"Tamparan" tu walaupun slow je, tapi kesannya amat mendalam dalam jiwa mommy & daddy.
Kisah "tamparan" dari baby SN terjadi malam tadi di dalam bilik tidur. Mommy tengah layan diari AF8 kat laptop mommy while daddy was busy formatting his laptop to Windows 7. Mommy letak mainan baby SN di atas riba dia dan mommy concentrate on watching the diary AF8. Baby SN kacau mommy yang tengah kusyuk tengok dengan berdiri depan mommy so mommy cuba mengalih perhatian baby SN dengan letakkan bermaca2m jenis permainan di hadapannya tetapi cubaan mommy ternyata gagal. Akhirnya mommy tolak baby SN ke arah daddy.
Baby SN kacau pulak daddy yang tengah format laptop tu dengan cara menolak skrin monitor laptop sampai hampir patah ke belakang. Cubaan baby SN mematahkan skrin monitor laptop daddy itu membuatkan daddy meletakkan baby SN jauh dari daddy jadi baby SN datang kacau mommy pulak.
Begitulah terjadi beberapa kali di mana mommy & daddy masing2 tak mempedulikan baby SN dan sibuk menghadap skrin laptop masing2. Akhirnya akibat tidak tahan lagi di perlakukan sedemikian rupa; baby SN menganugerahkan sedas "tamparan" buat mommy & daddy.
Mommy & daddy masing2 terpana dengan "tamparan" itu. Bahang pijarnya merebak ke seluruh deria rasa pada tubuh. Sakit yang terasa tidak pada pipi tetapi terus pada hati kerana tamparan itu bukan dalam bentuk pukulan fizikal pada tubuh badan.
"Tamparan" itu berupa tangisan sayu baby SN yang kesedihan akibat tidak di pedulikan oleh mommy & daddy. Beria-ria baby SN menangis setelah di abaikan oleh mommy & daddy. Tangisan itu bukan tangisan mengantuk atau tangisan kelaparan, sebaliknya tangisan yang tercetus akibat rasa terkilan di abaikan oleh mommy & daddy. Tangisan tulus dari hati yang menandakan betapa remuk redamnya perasaan seseorang yang inginkan perhatian.
Tangisan itu menjadi petunjuk kepada mommy & daddy yang baby SN inginkan perhatian dari mommy & daddy. Bukan permainan yang di pinta tapi perhatian mommy & daddy untuk bermain bersama2nya.
Tangisan baby SN itu berhenti sebaik mommy memeluknya. berkali2 permohonon maaf terluncur dari bibir mommy buat baby SN. Mommy cuba mengambil hati baby SN dengan bermain toys dia bersama2, ternyata cubaan mommy berjaya memujuk baby SN. Senyum dan ketawa baby SN ternyata lebih bermakna dari segala2nya. Benar kata orang, anak merupakan titipan harta yang paling berharga yang harus dijaga, dirawat dan dididik agar menjadi penyejuk hati.
Mommy & daddy tak marah pun kat baby SN sebab "tampar" kami but instead we both feel really thankful for that. Kami sedar yang kami selalu take things for granted towards you. Mentang2 baby SN senang di alihkan perhatian bila di pasangkan CD nursery rhymes dan CD Baby Einstein, mommy & daddy tidak cuba untuk menyelami perasaan baby SN yang inginkan perhatian dari mommy & daddy sewaktu bersama kami. Dah la kena tinggal di nursery dari 8.30 - 6ptg isnin-jumaat, bila hari cuti nak main2 degan mommy & daddy..tapi tak di layan sebaiknya pulak huhuhuhu.
"Tamparan" itu buat mommy & daddy sedar tanggungjawab kami sebagai ibubapa dan juga betapa pentingnya menjaga amanah Allah yang tak ternilai ini. Tangisan syahdu baby SN itu mengingatkan mommy & daddy bahawa kami perlu menghargai anak yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT buat kami ini. Baby SN lah harta dan aset untuk kami meneruskan cita-cita dan garis keturunan umat Islam di dunia ini.
Psssssttt : internet sedang maintenance 2-3hr sebelum ni, jd tak sempat blog hopping ke blog kawan2 lain lagi. nanti internet dah 'sembuh', I gi jenguk u all macam biasa...jangan ada yang merajuk dan nak "tampar" I pulak hehehehehe.