CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday 9 July 2010

Bila adik2 dah 'besar'

Sejak I balik Malaysia ni, I noticed that adik2 I semua dah besar2. By 'besar' kat sini not in terms of physical size but in terms of kematangan diorang. Rasa macam baru je I dukung diorang dan buat susu untuk diorang, alih2 tengok sekarang ni masing2 dah pandai jaga anak orang lain dah pulak hoho. Sejak2 arwah ma meninggal *2 years ago*, I rasa adik2 I yang seramai 5 orang tu have struggled in their own way to survive in this mean world. xpasti There are times when they'll fall down but most of the time, they are able to face all the ups & down in their life bravely. *refer : ~belajar untuk MELEPAS-kan~ (part 2).*


*Eji, Asul, Awin & I - 2008*


(1) Pein
Adik bawah I si Pein tu tak lama lagi pun bakal bergelar ayah since his wife dah pregnant. Padahal rasa macam baru je I balik Malaysia bulan 2 hari tu untuk wedding dia kan, *refer: Selamat menikoh wahai adikku; Pein's wedding ceremony*. Alih2 bila I balik kali ni..dah pregnant pon wife dia, si Fiza tu siul hehehe. I dengan Pein memang agak rapat bila dah besar ni walaupun masa kecik2 dulu pantang duk dekat asyik nak bergaduh je huhu. We shared lots of things together nak2 lagi after arwah ma passed away ni.


*Kak Nur, Pein & I masa kecik2 - bam2 kan I masa kecik? ehehe*


(2) Epik

Yang adik no 5 pulak si Epik tu sekarang ni Epik tengah cuti sem, so konon2 dia wat part time job lah as an assistant to my hubby untuk kutip data for hubby's studies kat sepanjang Sg Pahang tu. Dapatlah dia duit seposen dua untuk tambah2 duit belanja bila sem dah buka nanti. The good thing about Epit ni ialah dia akan buat apa yang di suruh *walaupun harus berkali2 disuruh*. So, kalau I suruh sapu rumah or I suruh dia jaga baby SN masa I gi kerja...dia dah boleh di harap lah *walaupun lepas I balik tu, terus dia tidur sebab katanya letih gila jaga baby* hahahaha.


*Epik & baby SN*


(3) Eji
Adik yang no 6 pulak, Eji dah ada girlfriend yang sama2 belajar dengan dia gak kat KPTM Bangi sekarang ni. Eceh, semalam bila girlfriend dia demam; EJi datang jumpa I sebab nak ambik kereta nak bawak girlfriend gi klinik kenyit..hohoho. Eji ni memang dari kecik sampai besar ialah adik yang paling senang di jaga dan paling baik dalam sibling I. Dia yang paling dengar cakap dan setakat ni tak pernah timbulkan masalah pada keluarga. Kesian gak bila dengar dia cerita yang budak2 kat rumah sewa dia dok perli Eji bila Eji ajak diorang solat sama2 huhuhu..sekeh kang baru tahu budak2 tu, orang ajak ke arah kebaikan pun nak perli2 orang.


*asul & eji - back in 2004 *


I kagum sangat bila tengok kematangan Eji ni yang dah lalui bermacam2 dalam hidup dia. Baru2 ni Eji ada cerita yang ada orang tuduh dia masuk dalam rumah sewa girlfriend dia. He stood up on his own, confront dengan orang yang tuduh tu dan suruh kemukan bukti kalau betul2 dia buat perkara tu. It turns out that rupanya ada budak perempuan lain yang bawak 'jantan' dia masuk rumah, tapi orang tuduh adik I pulak yang bersalah. Baru lah pakcik yang suka suki buat tuduhan tu terpisat2 mintak maaf sembah dengan Eji. Lagi satu Eji ni walaupun baru umur 20thn, dah buat macam2 kerja as a part time job untuk cari duit lebih buat belanja sebab seboleh2nya tak nak susahkan abah, abg2 dan kakak2 dia huhuhu..*terharu sangat tengok dia beria kerja masa cuti sem hari tu*. Jauh beza dengan I yang selalu mintak duit je dengan arwah ma masa I study dulu huhu.


(4) Asul
Adik no 4 ni tahun ni will sit for his SPM. Dalam adik beradik I, Asul ni di kira yang paling pandai dalam study setakat ni sebab dia pegang rekod bersih straight A's in UPSR dan PMR. tandukHopefully he'll make it to score straight A's in his SPM pulak. I harap kalau result dia gempak untuk SPM nanti, I nak dia apply study kat Kyushu University gak since sekarang ni Kyushu University offer undergraduate studies in Engineering that is perform in English language. So dah tak perlu spent masa 2 tahun untuk belajar bahasa jepun kalau nak belajar kat Jepun. Kadang2 I kesian tengok Asul sebab nampak sangat dia sunyi lately since abang2 semua dah tak stay kat Qelate; tambah2 pulak Asul ni paling rapat dengan Eji.


(5) Awin
Adik bongsu I ni pulak tengah dalam fasa anak dara sunti 16 tahun. Aiseh, kadang2 risau tengok cara pakaian dia yang agak 'kurang manis' di mata I huhu. Tapi bila ingat2 balik I zaman muda2 remaja dulu camtu gak, yang terlarang itu lah godaan jelir huhuhu. Kalau dulu I selalu kena tegur dengan abah dan arwah ma dalam bab berpakaian, Awin sekarang ni takde orang nak tegur dan marah dia. Lepas arwah ma meninggal, abah dah jadi tak garang macam dulu maybe sebab abah risau kalau abah marah, Awin akan nangis teringat kat arwah ma. So, yang boleh marah dan bebel kat Awin sekarang ni cuma kakak2 dan abang2 jer lah tapi kakak2 dan abang2 pun duk jauh, takde siapalah nak tegur dia. Budak kecik ni pun dah pandai berblog sekarang (*blog Awin*) and I realize that she always expressed her deepest feelings through her writings..which is good in a way that dia tak pendam benda tu lama2 dalam hati.


*awin & asul - back in 2004*


Looking back to the latest progress, buat I terbayang2 masa kecik yang kami dah lalui bersama2 and how great arwah ma dah didik kami sampai jadi macam sekarang. Maksud I bukan saja dari segi pendidikan duniawi, tapi arwah ma dah terapkan nilai hormat kepada kakak2 & abang2. Though sometimes we fight and we argued, most of the time adik2 akan tetap mengalah pada yang lebih tua. Nak2 lagi bila arwah ma dah takde ni, we have to rely on each other so much than before.


*aidilfitri 2005-kak nur takde dalam gambar sebab kak nur beraya kat NZ*


*Eji, Asul & Pein - Kuantan 2010*


I rasa rahsia di sebalik semua ni ialah arwah ma tak bagi guna "aku-kau" kalau bercakap sesama kami. Walaupun beza umur cuma setahun, we still have to addressed our older sibling as 'kak' or 'abe'. Cuma bila masing2 dah besar ni, baru lah berani guna "aku-mung" bila sembang. I harap sampai bila2 pun hubungan kami adik beradik akan rapat. Tak nak lah jadi dah tua nanti dan masing2 dah ada family sendiri, masa tu bergaduh berebut harta pusaka yang tak seberapa ke pulak..nauzubillah. Semoga Allah mengekalkan kasih sayang dan keharmonian senyumkenyit dalam hubungan kami adik beradik..amin.


Psssssttt : agak2 baby SN dah bersedia ke nak ada adik gak? rindu ehehe




29 words of wisdom & comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

bestkan bila ingat kenangan lama adik beradik. akak pun camtu, akak cuma 2 beradik. sekrg angah kat sepang. sekali2 rindu gak zaman kanak2 dulu, bila masing2 dah berkeluarga, sibuk ngan kerja masing2,jarang dpt berjumpa. nasib baik la cuti sekolah baru2 ni akak seminggu kat umah angah, sambil bwk anak2 jln.

dah plan nak tambah sowang lagik ek....

Unknown said...

muka kak yatie mase kecik sebijik muka baby sn..bagus tul adik2 beradik kak yatie ni kan..semuanya saling hormat :) samela adik beradik huda pun gitu..baik2 je smua..leh diharap :)

Sidratul Muntaha said...

hmm..
camne nak ckp yer yatie
kami org jawa ni mng ganti nama kedua dlm bahasa pertuturan adalah "aku"
baik pada yg tua or muda.
baik ckp jawa or cmpur.
actually yatie,ibu yg mendidk sebenarnya..
bukan den ajaran ape..
tu sebab,org tua2 dulu ckp..
biar bpk mati jgn mak yg mati.
bile mak mati..anak2 bertaburan..
wallahualam.

Rozilawati said...

sokong ngan huda... mukanye sama.. sebijik... hihihihih aku siap tergelak golek2 lagi bila teringatkan blog ko yg cakap muka sn adalah gabungan terbaik dr ko ngan solah... hahhahahhahaha... buktinye mmg nya.. tak yah gune pengukur dalm tenet... guna gambar ni pon dah cukup soheh...hahhahhah.. comeylll sgt.. ko kene crob gambar hg ni paste tp baby sn.. pahtu tulis adik kembar sn... pasti sume org percaya..hihihihi comeynyeeeee

Farah said...

seronok kan ramai adik badik ni..kecik2 dulu memang kuat gadoh sama2 hahaha

tiey said...

muka akak time kecik2 sebijikkk mcm baby sn...potostatttt!!!! hahaha

aNgAh_aLiFaH said...

setuju..! mmg sebijik baby SN tiru yatie masa kecik... ;)

i_sofia said...

muka baby SN sama mcm muka mummy dia rupanya.. :D.. saya cuma 4 beradik, sorang abg, 2 adik laki. bila dah besar ni, kadang2 teringat masa kecik2 dulu kan. how time flies.

Hamizah said...

sayu pula bc kisah org dah x ma..

Unknown said...

patutlah chomeyl.. kecik2 dia bam-bam... ;)

Insya Allah, semoga tautan adik-beradik ni kekal erat selamanya..

yg p/s tu... dah ade isi ker???

Hanz Jamaludin said...

Baby SN menjawab"Nazhan nak adik buat playmate-lah Mummy..."

Differ from me since me anak bongsu, me witness abang & kakak berkeluarga dulu...

isabelle said...

setiap adik beradik, lain2 citer dia kan?
haa..psl kak nur xde citer ke? takut kantoi dia baca ekkk?

transformed housewife said...

nak jawab utk Isabelle. Yati tak cerita pasal knur sbb tajuk dia "Bila adik2 dah besar". hehe. Knur dah lama "besar" (dr segi umur dan saiz ehehehe).

Oyis said...

bestnya having a big family! i have 3 siblings, but kitaorg still considered quite close jgk la, walaupon dah kawen and duduk jauh. i agree psl didikan jgn ckp aku mung, mmg rasa hormat tu kekal sampai tua. i am the eldest, and altho my adik2 are both boys, and they are much bigger and taller than me in terms of height, tp bila berckp masih x tinggi suara. i think it's bcoz of that.

Zaila Mohamad said...

ramainya adik Yatie, tapi best kan kalau semua rapat-rapat & saling membantu..zaila xramai adik beradik (5 org shj) tapi hubby ramai (12 org) so kalau time raya memanglah teramat meriah sangat2..

moga adik2 Yatie bahagia & menjadi anak-anak yang soleh / solehah buat ayah & arwah ma Yatie;)

Nadiah Sidek said...

bergenang air mata baca entry ni tapi bila baca part akhir sekali tu "agak2 baby SN dah bersedia ke nak ada adik gak?"...terus tersengih. eheh. dah ada isi ke tu? :D

Atiqah said...

bru perasan..baby SN ada iras kak yatie la mse kecik2..

MiJa said...

baca ntry ni, terpikir plak mampu ke i nk didik anak mcm our parents didik kita dulu2...moga2 dpt buat yg terbaik!..=)

e.l.i.z.@ said...

kenangan adik badik..

betul tu yatie..adik hop bosu ni lain sikit..sbb masa tu, abah pun tuo doh keh, so taring abah hiley doh la nok maroh² mcm zaman kito kecik dulu..meme berarap ko abe² nge kak² je la tlg tegur..tp kalu semua duk jauh, pyh jgk hehhe

yatie chomeyl said...

mamasyaza >> lum lg, saje je tanya tu hehe

huda >> ade gak masa2 x hormat tu..biasala adik beradik kan

ayu >> ada eh pepatah gitu? x tahu pulak hehe

meihiko >> nice idea, nti nk try letaklah gmbr kami sebelah menyebelah hehe

nieda said...

seronok baca cerita adik beradik yatie

AyuArjuna BiGoshh said...

hehe bestnya adk beradik ramai...

MyKhalish Journey said...

ku sgt kagum dgn ikatan u all adik beradik. rs terharu2 kan bila terigt blk ms kecik2 duk nyakat & sepak2, now dah bsr & dah kawin. sobb..sobb.. terigt..zmn kanak2 yg best..

Farah . 5577 said...

bestnye bile ingat blk memori adik beradik kan, nak nak lg ramai cam u.. me, 2 org je, pastu gap jauh, jd pengalaman membesar bersama tu xde.. gmbr u ms kecik tu cute! :)

haaa baby SN kata nak adik!! :D

yatie chomeyl said...

farah >> mmg best ramai adik beradik..nk gaduh pon best hehe

tiey >> ye ko potostat? eheh

angah alifah >> sebijik eh? hehe

i_sofia >> yup, seriously time flies so fast

k.hamizah >> mmg sedih bila dah xde ma...kena bergantung dgn aidk beradik je lah

yatie chomeyl said...

k,yong >> aaah masa kecik mmg bam bam pon...nsb baik bila dh besar, x bam2 sgt dah hehe

hanz >> adi bongsu best kan? kakak & abang dah kije...hehe

isabelle >> pasal knur nti leh la buat entry lain pulak ;)

k.nur >> nti nk cito pasal 'lari dr rumoh' lah hahaha

yatie chomeyl said...

oyis >> tu la kan, panggilan 'aku-mung' tu main peranan jugak

zaila >> tu la, sbb kami 8 beradik..meme ramai & meriah la

nadiah >> xde isi lagi la, saje je nak propa :)

atiqah >> akak pon br perasan bila ramai org bgtau

mija >> tu la kan, kita ni x tau lg mcamana anak2 kita nanti

yatie chomeyl said...

eliza >> kade2 sero x aci kan, abah x bekeng doh ko adik bosu...dekki la kito hehehe

nieda & ayu arjuna >> mmg best bila adik beradik ramai nih

mykhalish >> kdg2 ras ank kembali ke zmn kanak2 yg best kan

farah5577 >> oooppsss, not yet dear. kena habiskan study dulu hehe

Ummi Shira (AshAnas) said...

suke sgt bc kisah akak ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...