CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday, 26 August 2010

Ringankan beban mereka di bulan yang mulia ini

Yesterday, I have short conversation thru YM with my ex-roommate during my 3rd year studies at USM. She was in deep sorrow due to un expected incident that happened to her family back in Kelantan. Two of her uncle's family were involved in the incident of eight wooden houses destroyed in a fire at Pondok Terusan in Pasir Tumboh yesterday.

Here's the news about the incident as I took from NST and Utusan


8 houses razed in noon fire
Raihanah Mustafa is glad that her children were safe when fire  gutted eight wooden houses at Pondok Terusan in Pasir Tumboh,  Kota Baru yesterday. — NST picture by Fathil Asri
Raihanah Mustafa is glad that her children were safe when fire gutted eight wooden houses at Pondok Terusan in Pasir Tumboh, Kota Baru yesterday. — NST picture by Fathil Asri

KOTA BHARU: Eight wooden houses located within the premises of a religious learning community were destroyed in a fire at Pondok Terusan in Pasir Tumboh here yesterday.

However, there were no casualties in the incident which occurred around noon.

One of the occupants, Jamilah Jusoh, 47, said she was at home with her children Muhammad Asraf Ahmad, 3, and Muhammad Arif, 8, when the fire broke out.


"I was sewing clothes when I heard the sound of an explosion coming from another house.

"On checking, I saw one of the houses on fire."

"I quickly grabbed hold of my sons and we dashed for safety.


"However, I did not have enough time to salvage any of our belongings."

Her stepsister, Raihanah Mustafa, 27, said her preparations for Hari Raya, such as new clothes worth RM300 for her family, were gutted in the fire.

"However, I am grateful all my three children who were at home with me managed to escape in time to safety."


State Fire and Rescue Department director Azmi Osman said 36 firemen, including four officers in five engines, arrived at the scene shortly after receiving an emergency call at 12.12pm.

He said the houses were already engulfed in flames when firemen arrived.

"We took about 30 minutes to control the fire from spreading to other houses.

"The cause of the fire and losses are being investigated."


Kebakaran: 25 penduduk tinggal sehelai sepinggang

Seorang budak lelaki melihat kebakaran yang memusnahkan lapan buah rumah di kawasan Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 24 Ogos - Musibah menjelang Aidilfitri. Seramai 25 orang daripada lapan buah keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di kawasan Pondok Pasir Tumboh di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.12 tengah hari itu, kesemua mangsa tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka kerana api marak terlalu cepat, selain kedudukan rumah yang terlalu rapat.


Salah seorang mangsa, Jamilah Jusoh, 47, berkata, ketika kejadian, dia sedang menjahit baju yang ditempah oleh pelanggan untuk Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.


Menurutnya, dia tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi letupan dari tingkat atas rumahnya.


"Saya bergegas naik dan melihat api serta asap tebal keluar dari sebuah bilik. Saya terus mencapai tangan anak bongsu saya, Muhammad Asraf Ahmad, 3, untuk menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.


Sebelum keluar dari rumah, tambahnya, dia juga sempat menarik tangan seorang lagi anaknya, Muhammad Arif, 8, yang sedang bermain di ruang tamu di tingkat bawah.


"Semua baju yang ditempah pelanggan saya hangus dalam kebakaran itu malah semua peralatan dalam rumah juga tidak sempat diselamatkan.


"Bagaimanapun saya tetap bersyukur kerana kedua-dua anak saya terselamat dalam kebakaran ini," ujarnya.


Seorang lagi mangsa, Rohana Mustafa, 27, pula berkata, ketika kejadian, dia dan dua orang anaknya sedang tidur dan dikejutkan dengan bunyi letupan di bahagian luar rumah.


"Saya terus membawa anak-anak keluar kerana bimbang berlaku kejadian yang tidak diingini," katanya sedih kerana tidak sempat menyelamatkan baju raya anak-anaknya yang baru dibeli beberapa hari lalu.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Azmi Osman berkata, tiga buah jentera dan 36 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Pengkalan Chepa dan Darulnaim bergegas ke tempat kejadian sejurus selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.12 tengah hari.


Katanya, api berjaya dikawal kira-kira setengah jam kemudian dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.



Sedih kan? Tambah sedih bila kawan I bagitahu yang dalam kebakaran tersebut mereka hanya sempat menyelamatkan diri dan anak2 sahaja. Seluruh rumah dan barang2 berharga hangus semuanya. Plus, keluarga ini adalah dari golongan yang berpendapatan rendah yg bekerja sendiri sahaja. Family members pulak ramai iaitu satu keluarga ada 11 orang anak while the other one ada 7 orang anak; semua pun masih kecil.

Therefore, mereka sangat2 memerlukan bantuan orang ramai kerana ahli keluarga mereka yang lain pun bukan di kalangan orang senang, jadi mereka tak mampu untuk membina semula tempat tinggal mereka untuk memulakan hidup baru....lebih2 lagi di bulan ramadan ini. Sekarang ni kdua2 keluarga bapa saudara kawan I ni menetap di rumah atuk kawan I buat sementara waktu sehingga mereka mampu memulakahan hidup di rumah lain.

So, I would like to ask for your kind and help into this matter. If u all ada rezeki yg lebih bolehlah memberi sedikit sumbangan ikhlas samaada dari segi wang, pakaian, makanan dan barang2 keperluan hidup yang lain kerana mereka sehelai sepinggang sekarang ni. Kalau di ikutkan follower I ada seramai 400 orang, if setiap orang sudi derma RM5 pun ..I rasa dah sangat2 membantu keluarga mereka ini.


Sumbangan wang boleh bank-in ke :-
(i) akaun Bank Islam (BIMB)
nama: Rohayati Abd Rashid

no akaun: 08022020180142


(ii) akaun CIMB
nama: JAMILAH JUSOH
no akaun : 13030038418524

For those yang nak bagi sumbangan barang2 keperluan, makanan ataupun pakaian baik yang baru atau pakaian lama yang masih elok dan sudah tidak di pakai lagi; boleh terus hantar ke alamat:-
Ahmad dan Ashaari bin Sidik,
no 33 pondok terusan limbat,

pasir tumboh 16150 kota bharu
kelantan.

Bagi yang tak mampu nak turut sama menderma, cukuplah hanya mendoakan untuk mereka sahaja supaya tabah menghadapi dugaan ini. Plus, kalau sudi..sebar2kanlah juga berkenaan perkara ini kat kawan2 lain, mungkin di kalangan yang membaca blog u all terdiri dari hartawan, dermawan, jutawan dan individu yang bermurah hati ingin membantu keluarga ini di bulan yang mulia ini. Insya Allah.

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
"Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat." ~Hadith Riwayat Muslim: sumber dari sini~
Psssstt : dalam kita seronok beraya sakan dengan baju baru berpasang2, ingat2 lah juga kepada mereka yang lebih memerlukan. Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan orang2 yang bakhil dan kedekut..Amin.

12 words of wisdom & comments:

ddfirdaus said...

yatie, don't they have CIMB account. Bab2 nak derma ni kene click terus..kalau nanti2 nak tunggu carik bank alamatnye takut tak jadi..kindly email me at dbalkis@gmail.com

yatie chomeyl said...

dbalkis >> i dh letak akaun CIMB diorang, thanks dear ;)

ZuLiana said...
This comment has been removed by the author.
ZuLiana said...

good effort kak tie..
mintak permission utk sebarkn post ni..

yatie chomeyl said...

na > permission granted, sila lah sebar2kan

nieda said...

kesiannya...di bulan yg baik ni byk dugaan..moga kawan u bersabar. Pasti ada hikmahnya

Eliss said...

Insya Allah..

kew_chop said...

sienya..

transformed housewife said...

insyaallah. bilo tengok ore2 susoh gini, baru kito kaba, kito ni tak dokla susoh mano.

YUS said...

siae nto.. huhu... mcm2 dugaae bulae poso ni! sdey pulok...

btw, ni link baru eus.. hehe..

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

dear, sorry nak komen lari tajuk ni...tak leh nak review entry contest la...then tak leh tengok follower...

Unknown said...

kakyong pun ade tgk ni dlm tv.. sedih kan, lebih lagi tgk wajah anak2 tu..

satu usaha murni yang baik ni yatie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...