Baru2 ini, my best friend told me that lecturer kesayangan I masa di USM dulu dah bercerai dengan isterinya. Agak terkejut sewaktu mendengar cerita penceraian itu sebab pasangan itu bolehlah di katakan 'pasangan sehati sejiwa sama cantik sama padan'. Lecturer I dan wife nya tu, sama2 belajar di luar negara dan bila balik Malaysia sama2 berkhidmat untuk USM. Lecturer I tu boleh di katakan agak handsome lah jugak, muka chinese look, kulit cerah dan sangat stylish orangnya. Isterinya pulak tinggi lampai, body macam model, senyuman manis dan sopan santun lemah lembut, memenuhi ciri2 perempuan melayu terakhir gitu.
"you two make such a lovely couple"
Itulah pujian yang selalu kami berikan setiap kali terserempak dengan pasangan ini. Bukanlah puji depan2 diorang, tapi belakang2 lah hehe. Setiap kali melihat pasangan ini berjalan beriringan di kampus, terus terbit rasa kekaguman sebab rasa macam baca novel ~ orang handsome kahwin dengan orang cantik~. Pemikiran masa tu tak matang lagi kan, segala2nya tentang rupa saja. Maklum sajalah, selalunya pasangan yang kami jumpa mesti berbeza dari segi paras rupa; "kalau wife cantik biasanya dapat husband tak handsome...kalau husband kacak pulak biasanya dapat wife yang rupa biasa2 saja"--> itu pemikiran I & kawan2 I masa umur awal 20-an dulu2 lah ngeeeeeee.
Punca penceraian memanglah tidak di ketahui tapi jauh di sudut hati I dan kwan2, terfikir2 jugak lah apa agaknya yang membuatkan mereka mengambil keputusan untuk berpisah. Agak sedih jugak mendengar berita ini sebab mereka dah pun di kurniakan cahaya mata, kesian anak kecil yang tak mengerti apa2 tu kan.
Secara tidak lansung, perasaan risau turut terdetik di hati I. Usia perkahwinan hubby & I baru memasuki 2 tahun. Dalam tempoh ini, masih banyak yang kami perlu menyesuaikan diri dengan peel dan perangai masing2.
Everybody clearly understands the rules of "Men are from Mars and Women are from Venus"; tapi bukan semua orang mampu mengingatkan diri sendiri tentang perbezaan sifat lelaki dan perempuan. Bukan senang bagi dua orang yang berbeza jantina dan personaliti untuk hidup bersama melainkan ada sifat tolak ansur antar satu sama lain.
"Women Always Worry About The Things That Men Forget
Men Always Worry About The Things That Women Remember"
Itu status yang I cilok dari seorang kawan di wall FB nya. Masa membaca status tu, I tersenyum sorang2 dan setuju dengan kata2 itu. Kita orang perempuan ni kan, selalu komplen yang laki kita tak ingat tarikh birthday kita lah, tak ingat nak beli hadiah birthday kita lah, tak ingat nak celebrate birthday kita lah, lupa tarikh annivessary, lupa tarikh tunang, lupa tarikh declare, lupa tarikh 1st date, lupa macamana boleh jumpa dan banyakkkkkkkkkkkk lagi lah yang dia lupa. *apsal contoh bitrhday je sampai 4 ayat?....ngeeee, lu pikirlah sendiri :p*.
Orang lelaki pulak, dah tahu itu lah yang penting bagi isteri dia..boleh buat tak tahu lagi kan. Padahalnya, tiap2 tahun si isteri merajuk kan hal yang sama, tapi tetaplah tak ambil apa2 tindakan untuk mengelakkan perkara itu terjadi lagi. Tiap2 tahun ada je tarikh2 yang terlupa, padahal organizer kat handphone bukan main canggih..untuk set kan buat reminder isk3x.
Berbalik pada persoalan lovely couple tadi, jelaslah di sini bahawa pasangan sama cantik sama padan tak semestinya kekal bahagia. Dah banyak contoh orang kacak-orang cantik bercerai berai yang kita dah dengar sebelum ini kan. *dalam minda terus tergambar wajah Yusry & Erra Fazira ....haisy*. Malah sebenarnya, cabaran lebih besar buat pasangan sama cantik sama padan kerana dalam diri masing2 tertanam rasa ego dan bangga dengan kurniaan wajah pinjaman sementara dari Allah. Dalam diri barangkali terdetik rasa bahawa dia punya 'market value' yang tinggi, kalau satu pergi..sepuluh datang tau!.
Untuk menyemai kasih berpanjangan antara suami isteri, I rasa buku The 5 Love Language by Dr. Gary Chapman ada tips yang boleh di amalkan. Malahan, blog SaifulIslam turut menyarankan The 5 Love Languages ini di amalkan pada anak2 juga.
-
Words of Affirmation
Hearing the words, “I love you,” are important—hearing the reasons behind that love sends your spirits skyward. --> "masa bercinta tiap2 kali nak letak phone cakap I LOVE YOU, lepas kahwin?..hohohoho"
-
Quality Time
Being there for this type of person is critical, but really being there. Distractions, postponed dates, or the failure to listen can be especially hurtful.--> "sorang duk sibuk main FB, sorang lagi pulak sibuk baca SkySports, hohohoho"
-
Receiving Gifts
A missed birthday, anniversary, or a hasty, thoughtless gift would be disastrous—so would the absence of everyday gestures.--> "tak semestinya bracelet COACH, tapi apa2 hadi"ah pun takpe..asalkan ada effort yang menunjukkan anda menghargai pasangan anda..ehem ehem ehem"
-
Acts of Service
Can vacuuming the floors really be an expression of love? Absolutely! Anything you do to ease the burden of responsibilities weighing on an “Acts of Service” person will speak volumes. --> "sama2 kemas rumah jadi rumahku syurgaku..barulah seronok nak melepak di rumah"
-
Physical Touch
Hugs, pats on the back, holding hands, and thoughtful touches on the arm, shoulder, or face—they can all be ways to show excitement, concern, care, and love. --> "kalau keluar jalan2 tu, kalau boleh pegang tangan je sentiasa..barulah feeling romantik tu berkekalan....ceeeewah"
" Once in a while, in the middle of an ordinary life, love gives us a fairy tale ".
But fairy tales wont occurs everyday, sebab tu teori yang mengatakan pasangan sama cantik sama padan kekal bahagia sampai hujung nyawa dah tak boleh pakai sekarang ni. Jadi, tugas dan tanggungjawab kita suami isteri lah untuk sentiasa sama2 menyemai cinta setiap hari supaya sentiasa rasa hidup di alam cinta penuh keberkatan. Paras rupa tidak menjamin kebahgaian seseorang. Cinta di awal perkahwinan juga bukanlah jaminan perkahwinan itu kekal berpanjangan.
Suami selaku insan yang mempunyai 9 akal haruslah bertindak rasional dalam mengharungi kehidupan berumahtannga di sisi si isteri yang mempunyai 9 emosi dan 1 rasional sahaja. Sabarlah wahai suami tatkala isteri merajuk, tenanglah wahai suami apabila isteri mu mengeluh, pujuklah isteri mu ketika dia sedang bersedih dan tenangkanlah hatinya yang sedang dalam kegusaran. *ini tidak, asal isteri buat perangai je..terus ugut nak tambah lagi sorang..haisyyyyy tak patut3x*
Cubalah menjadi isteri yang mendengar kata, ikutilah suruhan suami mu selagi ia tidak bertentangan dengan hukum agama, gembirakanlah hati suami mu dengan hal2 yang bisa membuatnya tersenyum, berbicaralah dengan nada manja supaya suami mu tertawan dan berhiaslah supaya suami mu memandangmu dengn penuh kasih setiap masa. *ini tidak, kat rumah bukan main comot bau ikan goreng lagi..bila nak keluar rumah je, wahhh mekap kalah Rozita Che Wan ..haisyyyy tak patut3x*.
Sejujurnya, setiap hari ada sahaja yang kita akan belajar dalam kehidupan ini. Proses menyelami hati budi suami/isteri kita juga merupakan never ending learning subject. Semoga hubby & I akan menjadi best student dalam sessi mengenali hati masing2....dan semoga kasih kami berkekalan, insya Allah.
"Wahai orang yang beriman, sabarlah dan cukupkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatanmu dan patuhlah kepada Allah supaya kamu beroleh kemenangan." (Surah al-Imran ayat 200)
Psssssttt: apsal masa mengarang kat blog, berjela2 idea datang mencurah2. Tapi bila nak tulis paper/report/abstract/research proposal je; kat Introduction pun dah stuck berhari2x..isk3x..tak patut3x.
Yang benar,
~pasangan sama comot sama gedix~