CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday 18 February 2011

(Berita tergempar!) - Bayi umur 20 bulan buat kerja2 penyelidikan di universiti!

Petikan dari ahkbar: Hairan Betol

18 Feb 2011. Fukuoka, Japan
- Seorang bayi lelaki berusia 20 bulan di lihat memasuki premis bangunan Kyushu University, di cawangan Chikushi Campus pada jam 9:30 pagi waktu tempatan (GMT+09:00).

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiEjbPfLTxbjHY-lPOm73roxu2aIaAYmy8oBuqApKJ3qk4b_PtiuUYUIX2opJOG8r3wnBsbXEiro2R160YckiJDbR70gDFHzHR1csT1jXkjA0SzhixoBOYgw3oeQcj30Y_QK6PO_mFa5PfI/s1600/IMG_0087.JPG
+- bayi lelaki di kesan sedang berlegar2 di kawasan lobi institut -+


Dia di kesan memasuki bangunan makmal Research Institute for Applied Mechanics sebelum menuju ke tingkat 6 di dalam bangunan institut tersebut. Pemeriksaan lanjut mendapati bahawa bayi tersebut memasuki bilik yang di khaskan untuk Division of Renewable Energy Dynamics.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFU3fKVvKfau3ZHjV60CbN2dE6HZMlGQ02mpLzAa1GAAo_jSsbJwfxWL60P_UqAv881wHsP9DOGyE56UCmyO1sOu0PMW7PW1je0DO_YgH2hIYFh1OVPn2RtSu0Q8Ni94y8h61IGekqJPMY/s1600/IMG_0089.JPG


Bayi lelaki yang memakai sweater merah GAP yang di padankan dengan seluar tracksuit berwarna biru gelap itu turut ditemani oleh seorang perempuan yang juga memakai sweater GAP berwarna merah yang di padankan dengan scarf merah motif bunga dan seluar jeans LEVIS berwarna biru.


+- bayi tersebut bersama ibu nya -+


Wartawan kami yang berada di tempat kejadian turut melaporkan yang bayi tersebut di lihat menggunakan komputer dengan cekap sekali. Menurut sumber2 yang boleh di percayai, bayi lelaki itu sedang membuat proof reading paper yang sedang di usahakan dan turut membuat literature review bagi membantu ibunya yang juga merupakan seorang pelajar di institut tersebut. Selepas menyelesaikan proof reading dan literature review, beliau turut membantu dalam menyediakan wind rose graph.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgbJax0zdXGArZaHDJHEOfmG_xBwwqOyz8YZY6e9uLke489I056XPWwM-FigYlyuO4MTkC8Ln-vC8ob7I9onX_D2ToGJf9oeMxTLi9dM4gN9RmJOWL1AYS_EOtxkZW__rtiO19ArT98iIlh/s1600/IMG_0082.JPG
+- kerja2 penyelidikan sedang di jalankan -+


Setelah bertungkus lumus hampir beberapa jam, bayi lelaki itu di lihat berehat buat seketika sambil bermain iPhone. Sewaktu bayi lelaki itu berehat, ibu nya akan menyambung tugasan2 terbengkalai sambil bayi lelaki itu di lihat bersandar pada peha ibunya sambil duduk di atas kerusi bersebelahan. Ibu bayi tersebut juga sempat mengadakan perbincangan lanjut dengan supervisor beliau dengan di temani oleh bayi itu di sisi.


+- berehat buat seketika -+


Setelah di selidik, rupa2nya bayi itu di bawa ke institut itu oleh ibu nya kerana bayi itu tidak dapat di hantar ke nursery seperti kebiasaanya setiap hari. Menurut ibu nya, bayi itu mengalami cirit birit dan muntah2 sejak kelmarin. Memandangkan keadaannya yang masih belum sembuh sepenuhnya, ibu bayi itu tidak sampai hati mahu menghantar bayinya ke nursery. Dalam masa yang sama, ibu bayi itu perlu menghadiri perjumpaan dengan supervisornya.


Oleh kerana itu lah, ibu muda itu membuat keputusan untuk membawa bayinya ke university pada hari ini. Keputusan itu juga di buat kerana mengambil kira faktor di mana ibu itu perlu menghadiri kelas insentif untuk 5 hari di minggu hadapan. Oleh itu, ibu kepada bayi lelaki itu perlu memanfaatkan sepenuhnya perjumpaannya dengan supervisornya pada hari ini memandangkan beliau tidak akan ke institut tersebut sepanjang minggu hadapan.


Ketika di tanya tentang kesukaran yang di hadapi untuk melakukan kerja2 penyelidikan dengan bayi itu di sisinya, ibu itu menyatakan yang kerja2 penyelidikan berjalan seperti biasa kerana bayi lelaki itu begitu memahami dan tidak menimbulkan sebarang masalah kepada ibunya sepanjang bayi itu berada di institut tersebut.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiWfv7TM3gf1RmOAqXjSx99GJwovdyH7KXZbS71Y_zc3EaoJclQEvt6-NsBw9Y5uZPUX-EDbxrhNL9r8SPKs1pGa751NzXSrJYSt-34RTCoXFfZJ6CTciyvG_3E7bC7HrxHInTsPO7m5q3R/s1600/IMG_0079.JPG
+- memahami kesibukan ibunya -+


Ibu kepada bayi genius itu turut bergurau dan menyatakan situasi yang di alaminya hari ini tidak sekritikal dan seteruk situasi yang di hadapi oleh Cikgu Azmi (Dharma Harun Al-Rasyid) dan Cikgu Sherina (Noor Kumalasari) di dalam filem Adik Manja.

Laporan oleh : Yatie Chomeyl



Psssssttt
: glamor jadinya Mommy & Nazhan hari ni sebab semua orang pelik tengok budak kecil berkeliaran di dalam kawasan kampus pada hari persekolahan hohoho.

18 words of wisdom & comments:

Eray Majid said...

hahaha i love this news
memang gempak :)
baby genius SN
good dah ade aura uni since kecik
gambate! (opss betulkah?)

i_sofia said...

gud job baby SN!

Eliss said...

gempar sungguh berita ni..my nuha pun kalo sekali sekala bawak ofiz, memang havoc ;p

Genius Baby On Board said...

hahhahaha..so comey lah baby SN nih ... besau dah anak omak!

isabelle said...

kat msia ni, dah terbiasa nmpk anak2 ikut ke ofis, esp cuti skolah. sana mesti jrg ada kan?

nieda said...

terbaik news ni...pengorbanan tu yatie

Idayu said...

get well soon nazhan..

transformed housewife said...

Nazhan tererla bulih tulung Mama dio. K..Fizah & K.Tini pong keno wat berok jugok baru2 ni.

Nadiah Sidek said...

bagus nazhan tak kacau moommy. get well soon nazhan..

ddiini said...

jurus nazhan nie, xngaca mommy pn

Unknown said...

hehhehe... pandai la nazhan buat research... fikri dulu pun selalu ikut ibu g opis... pc tu dia sorg jer punya... hahhaha... masa tu dia sorg lagi, anis masih dlm perut. , boleh la.. la ni kalo buka opis sendiri & bawa 3-3 org, mau pengsan la ibu tak leh buat kerja,,

tie blog tie berat sgt, dah hampir 300Kb.. tu pasal selalu lambat loading... ;)

syayassir said...

hehe...
cumel...
esok2 ibu dia ikut nazhan pulak... :D

Umie said...

erkk, baby genius nie bole buat baito proof read paper tak?? nnt aunty anto paper kat nazhan utk check ye...hihi

odaijini nazhan!!

yatie chomeyl said...

eray >> mmg masa preggy dia pon dh bawak ke univ ni hehe, harap2 nanti di abesar dia pulak leh dtg study kat sini ;)

i-sofia >> thank you aunty ;)

eliss >> tu la pasal, mmg kecoh kan

yatie chomeyl said...

GBOB >> mmg besau, nsb baik dia xkcau org kat lab tu

isabelle >> kat sini mmg xpernah nampak, baby SN 1st case kot hehe

nieda >> yup, Nazhan pun kena berkorban sekali huhuhu

yatie chomeyl said...

Idayu >> arigatou aunty :)

mok long >> sini kalu wta berok xleh hntr nursery, cikgu takut jangkit ko budok2 lain

nadiah >> tu la, elokk je dia duk diam2 main iphone tu

yatie chomeyl said...

Ddinie >> ngucau maso nok susu jah, pastu dio main sore dio

k.yong >> ti dh try buang apa2 yg x patut tu..harap2 makin ringan la pasni

sya >> tu la, harap2 esok2 di abesar dia pulak bawak mommy jalan2 :)

yatie chomeyl said...

umie >> boleh2x, tp kalau kena koyak ke paper tu..x tau la eh ekekekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...