Gila yang I maksudkan di sini bukanlah gila = hilang akal, kurang waras mahupun kurang siuman, tetapi gila yang di maksudkan ialah keGILAan orang2 Jepun terhadap watak2 dari kartun dan manga.
Bertempat di Yahoo Dome, Fukuoka telah berlansungnya Next Generation World Hobby fair 2011 - winter pada 6 Feb 2011 from 9 a.m - 4 p.m. Kat bawah ni I quote info pasal world hobby fair yang di war-warkan untuk promosi.
One of Japan’s biggest video game and hobby fairs comes to Fukuoka! 26 companies will be showing off their latest creations, with presents for attendees and limited and pre-release items on sale. You can meet your favorite manga artists from Korokoro Comic, Shonen Sunday and Ciao too. Great fun for both kids and adults. Let’s explore Japanese subcultures!
Dengan niat mahu menyelami salah satu sisi dari japanese culture I pun terus lah memulakan operasi memujuk hubby untuk bawak Nazhan & I ke tempat tu *padahalnya gedik nak pergi sebab terpengaruh dengan iklan tu*. Mula2 hubby macam malas nak pergi sebab hajat hatinya nak berehat2 je di rumah di hari Ahad. Tapi sebab rimas agaknya dengan rayuan sayu dari si isteri, maka permintaan si siteri itu pun di penuhi je lah.
Kegilaan orang2 Jepun terhadap komik, kartun, manga dan anime memang terbukti sebab jalan nak ke tempat pameran tu sesak sangat2. Parking area berdekatan situ semua full, pastu kereta yang bersusun beratur tunggu parking pon panjang gila. Last2 hubby decided to park our car about 700m away from that place, so terpaksalah jalan kaki jauh sikit nak ke Yahoo Dome tu. Nasib baik cuaca hari tu tak sejuk sangat, so tak lah menggigil jalan kaki jauh2 di musim winter nih.
Nasib baik tiket masuk ke dalam dewan pameran tu free je. Bila sampai je kat situ, tengok ramai betul orang. Nak bergerak pun susah, dah la kitorang bawak stroller Nazhan. End up terpaksa lipat stroller dia masa jalan kat dalam dewan pameran tu sebab sesak sangat dengan manusia. Memang GILA ah orang2 jepun nih!.
+- sanggup beratur sejam lebih kat every booth -+
+- dari budak kecik sampailah ke mak-bapak sekali memenuhi ruang pameran -+
Memang ada banyak booth kat dalam dewan pameran tu tapi satu pun kitorang takleh nak masuk tengok sebab dah penuh sangat dengan orang. Dari budak2 kecik sampailah ke mak-bapak budak, semua pakat duk berpusu2 memenuhi booth.
Ada booth yang bagi main game, bagi free gift macam sticker, jual merchandise dari watak2 dalam manga, dan ada jugak yang organize game untuk visitors. Kitorang tak beli apa2 lah, watak2 tu pun tak semua kitorang kenal; yang paling kenal pun Conan je la kot.
Bayangkan untuk tengok sneak preview game Nintendo 3DS; kena ikut laluan khas untuk beratur semata2 nak ngintai je game tu. Bukan boleh main pun, cuma ngintai dari celah2 kotak yang disediakan. Nasib baik tak naik ketumbit kat mata ni sebab ngintai game Nintendo 3DS tu eheh.
Last2, kitorang pusing satu round dari jauh je dan ambik gambar dengan maskot je lah. Itu pun nasib baik dapat posing dengan maskot tu sebab kebetulan maskot tu baru nak keluar dari booth dan kitorang tengah berdiri betul2 tepi booth tu masa tu, maka nya dapatlah jugak posing tanpa perlu bersesak2 huhuhu.
Untuk mengubat kekecewaan Nazhan, his daddy decided to bought a set of long-bridge track for racing car set. Besar gedabak set tu, berat pulak tu. Dah la parking kereta jauh..makanya stroller Nazhan lah yang jadi mangsa untuk angkut mainan tu. Kesian Nazhan duduk bersempit2 dengan toys tu.
Yang sebenarnya poyo je alasan nak mengubat kekecewaan Nazhan padahalnya daddy yang over nak main dengan set tu. Bila balik rumah, bersemangatlah daddy pasang set tu; siap suruh mommy pegang Nazhan sebab tak nak bagi Nazhan kacau dia. Nazhan pulak macam sengaja je nak sakat daddy, sengaja Nazhan transformed himself jadi raksasa yang nak runtuhkan track tu ..bengang je daddy di buatnya. Aikk, bukan tadi daddy kata belikan track ni untuk Nazhan ke? Ngeee.
Pssssttt : sekarang ni racing-track tu tersadai je kat bilik wardrobe je, isk3x membazir je..kalau beli baju baru kat mommy lagi bagus ngeh3x.
19 words of wisdom & comments:
nasib x pecah track tuh kene pijak dengan raksasa :D
en. abah pun >< abah nazhan gak, selalu beli menan pelik2 utk ami, tp sebenarnya dia yg main lebih...makin tua makin pelik perangainye
* akak kenal doremon ngan nobita aje
comel sungguh conan tu. hihi.
kalau mainan pasal kereta ni biasanya memang bapaknya yang lagi excited, kan? hehe.
bestnyaaaaa..... nk g jugak hehe,
eheh stuju la beli baju lg best hik2..
p/s:cunnnyerr handbag, hok tu ko hak br no 2...nati g fukuoka kito g sopim beg skali deh...
wah!handbag baru ke tu..cantik..
boleh tahan jugok oghe gilo kat jepong dih..
Love nazhan's boots to bits! nak kirim satu, boleeee?
bestnya..saya suka tgk citer2 anime jepun nih. nak-nak ciet conan ngn inuyasha..tak penah miss..
amboi.. kalo ramai2 sesak2 camtu.. kakyong memang tak rela nak g dekat.. sbb tu jarang pergi karnival @ apa2 fair.. sbb boleh pitam bila tgk org ramai2... sesak napas... ekekke...
ni kalo 1-2 tahun lagi mesti habis dikerjakan dek nazhan trak tu... ;)
skrg ni kecik lagi, belum reti lagi...
I Ada sorang Kwn yg sgt menggilai komik2.org beli henbag,kasut n baju..tp dia kumpul komik berkoyan2.huhu
coollah trak tu.sure daddy yg excited lbih kan ;)
besar/pjgnya track tuuuuu...
ni SN ke yg main ayahnye yg main?
bestnyerr..! selalu ada event yg happening kat sana..!!
Tengok track ni rasa cam papanya yg main nanti.. tengok laa..! ha ha
Patutla Jepun byk produce citer kartun...mmg cartun freak tol diorang ni...agak2 org malaysia giler gak tak cam diorang...hmm..i wonder
Ps : Cam biasa, I dah klik u nyer Nuff n HB, jom klik2 kay
orang Jepun ni meme pelik2 kan perangai & hobi diorang..suko sangat ko watak kartun sapa ko ore kito d Malaysia ni pon banyak yg terpengaruh dengan komik2 mereka
hehe...daddynye rsa muda bli brg2 mainan cmtu..hehehe
Eray : tu la pasal, raksasa mengganas pijak2 track kui3x
Mama syaza : agaknya masa kecik2 dulu diorg xleh main tu yg bila dh tua ni lepas geram
Zesty zin : aaah bapaknya lagi over dari anaknya ngee
Hanis : dop ah, tu handbag lamo, beli tahun lepas
K/hamizah : meme ore Jepun gilo2 pelik2
Xeea : btol2 nak kirim Eh?
Normaliza : klu org yg mmg suka anime & manga mmg best lah dtg sini
K/yong : skrg dia kerjakan jugak dgn cara pijak2 huhu
US : mesti kalau kawan u baca entry ni, dia meronta2 nak gi fair ni jugak kan?
Isabelle : u've just stating the obvious, mmg daddy yg main bukannya SN
K/izan : aaah best2 event diorang kan
Aleyn : org Msia ramai gak yg giler benda2 Gini kan tp mungkin takde buat event mcm ni utk anime lovers di msia
Zaila : tu la, sampai jadi industry besar anime diorang ni
Atiqah : mmg muda lagi pon, belum masuk 3 series ngeee
Post a Comment