CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday 25 February 2011

Kaki gergasi

Kaki gergasi bukanlah takbole merujuk kepada gergasi yang giant itu, tetapi merujuk kepada kaki Yatie Chomeyl ini ye tuan2 dan puan2 sekalian.

Kaki I ni kalau ikut ukuran size kasut Malaysia kena pakai size 9. Kalau selipar/sandal; boleh lah lagi ambik size 8. Satu lagi; kaki I ni jenis mudah berpeluh, sebab tu I tak berani nak pakai high heels. Bila kaki berpeluh, tapak kaki jadi licin..tak pasal2 sliding masa tengah nak imbangkan kedudukan badan kan.


Kat Malaysia dulu2 susah jugak nak cari kasut size 9. Biasanya size 9 senang di dapati kat kedai Vinci la kan, I suka sebab harganya affordable duit yet design nya stylish. Kalau kasut2 branded yang mahal2 mungkin senang la kot nak cari size 9, tapi kalau kat kedai2 kasut biasa memang tak semua design ada size 9. Biasanya design yang I berkenan tu mesti takde size, sadis betul. Tapi kadang2 best jugak sebab masa clearance sale, kebanyakan kasut left overs ialah kasut size 9...masa tu memang I pulun shopping dengan gumbiraaaaa sekali menari eheh.


Sepanjang kat Munich & Madrid selama 2 tahun tu I memang takde masalah dari segi nak cari kasut size 9 ataupun kalau ikut European size 41/42. Cuma masalah timbul bila nak kena berebut kasut masa sale je sebab kebanyakan perempuan kat sana size sama macam I. Ada sekali tu masa shopping kasut, I berebut kasut dengan seorang perempuan orang putih tu..dia tengah try sebelah kanan, I pulak try sebelah kiri. Design kasut untuk size tu tinggal yang tu je last stock kat kedai tu. Last2 I mengalah je lah, kang tak pasal2 I kena belasah semata2 berebutkan sepasang kasut je, gatai ekekeke.


Masalah kaki gergasi yang panjang menjadi satu masalah bila I nak beli kasut kat Jepun ni. Faham2 je lah orang perempuan Jepun ni kan kebanyakan cute2, petite dan kecik2 je. maka, saiz kaki diorang pun kecik2 je lah. Kalau kat sini, I cuma boleh pakai kasut size LL; tu pun bukan semua design kasut ada size LL (25cm) ni. Yang banyak ialah size S dgn M je; setiap kali nak shopping kasut je mesti mak tension nyah!.tension


Kadang2 kasut size LL pun agak ketat untuk kaki I, tapi I dah takde pilihan lain. Sepanjang 2tahun kat sini I ada jumpa kasut yang betul2 muat dan selesa dengan kaki I..dan kasut tu bukan saiz LL tapi dia tulis "supermodel size". Perrghhhh, hebat kan? kenyit Terus berangan diri ini supermodel ngeee. Malangnya cuma Jusco je jual kasut supermodel size ni dan lebih malang lagi ialah design nya cuma ada 4 jenis je sepanjang tahun...sadissss betul.


+- himpunan kasut & sandal yours truly -+


Maka nya, dah banyak kali jugaklah I terbeli kasut yang mendatangkan kesakitan pada kaki. Habis tu nak buat camne kan, dah itu lah saiz yang paling besar yang ada..nak tak nak kena pakai je lah jugak. Setakat ni cuma 2 pasang boot je yang betul2 selesa untuk I pakai tanpa menyakitkan kaki. Kasut2 lain tu yang I beli kat sini kalau pakai jalan lama2 sikit memang memudharatkan kaki lah jawabnya; terpaksa I mengamalkan konsep "biar sakit asal stylo ~ beauty with pain".jelir

[DSC_0488.JPG] https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9HfxwGbv2ul-YMYZQ5BQBO7TEWvsTU8-t-fKDQN5eb6XEKTN8JLU6Rn8Kq7fKIfd_Pr6I7BzHHnHRfkDUStPdfQbM3yTuk1r8p9xFG3tpS_wg1cp3ybitqaHt_81zNVOpfQU54JxJ9neL/s1600/DSC_0220.JPG
+- fokus pada kaki I, kedua2 boot favourite yang setakat ni paling selesa untuk dipakai -+


Sebab tu lah I lebih selesa pakai kasut sport/sneakers je kalau keluar jalan2. Lagipun duk kat negara 4 musim kan, kebanyakan masa suhu sejuk kecuali masa summer je lah panas kot, maka nya lebih sesuai pakai kasut bertutup je lah sepanjang tahun. Tapi bila dah ada anak ni, payah jugak pakai sneakers sebab kadang2 tali kasut terburai masa tengah dukung anak, pastu terpijak pulak..tak pasal2 jatuh tersembam dengan anak sekali.


Kaki gergasi I ni jugak sebenarnya sama saiz dengan kaki hubby. Walaupun ketinggian I ni cuma 165cm berbanding hubby yang 170cm; kami berkongsi saiz kasut yang sama. Cuma tak semua kasut hubby I boleh pakai sebab kasut orang lelaki kan kembang dan lebar. Kaki I ni walaupun panjang tapi kurus je, jadi kalau pakai kasut hubby agak longgar kat bahagian strap. Kalau pakai sandal/selipar memang ngam2 sama saiz lah kaki kami suami isteri, kata sehati sejiwa kan maka haruslah kaki sepanjang sesaiz jugak; baru romantik.love


+- kasut I yang warna kuning (adidas) tu, kasut hubby sebelah kanan. *sama je panjangnya kan?* -+



Nampak gayanya sekarang ni Nazhan turut mengikut jejak kaki gergasi macam mommy sebab saiz kaki dia sekarang dah 13-14cm. Baru umur 20 bulan, tapi dah pun 9-10 pasang kasut/selipar yang kena beli untuk dia.


+- kasut2 si gergasi kecil -+
*Kasut putih kecik dan kasut biru tali merah tu jenama GAP, kasut biru-coklat kat depan tu jenama VANS, kasut merah-coklat kat belakang tu jenama NIKE, kasut light-brown tu jenama APRICA dan kasut hijau tu jenama OSH KOSH*


Nasib baik jugak shopping mall kat sini selalu ada sale untuk kasut2 branded, memang tak tahan lah tengok kasut budak2 semua comel2 cinonet kecik2 je. . Setiap kali beli kasut yang branded kat Nazhan, daddy dia mesti cakap "hebak Nazhan, kecik2 pakai kasut branded doh. Daddy ni dah tuo gobeng baru leh pakai kasut branded". *(translation: hebatnya Nazhan, kecik2 pakai kasut branded dah. Daddy ni dah tua bangka baru dapat pakai kasut branded)*.


Eceh, komplen banyakckp pulak daddy padahalnya ada jugak 2-3 pasang dari kasut2 Nazhan tu yang kitorang beli kat kedai 2nd hand je, elok lagi kasutnya macam tak pernah di pakai pun. Tambahan pulak, memang kasut original bukannya brand celup ataupun replica punya; so memang berbaloi2 lah walaupun beli kat kedai 2nd hand. Ye lah kan; kaki budak2 cepat panjang, macam membazir je if tiap2 bulan nak beli kasut baru ye dak?. *ewah, kalau kasut mommy beli tiap2 bulan tak membazir pulak*.jelir


Psssssttt : kat entry semalam Xeea ada tanya pasal boot Nazhan yang hitam-putih tu kan?. Boot tu I beli masa ada sale hujung tahun 2010 hari tu; dapatlah harga dalam 1000 yen ~ RM 37 je. senyumkenyit

17 words of wisdom & comments:

reitak said...

waaah koleksi kasut sikecik kalahkan koleksi mama nya :)

boootttts!!! I waaaaant!! tapi tak brapa sesuai nk pakai kat mesia yg panas nih... :(

Unknown said...

adik saya (pompuan) kasut saiz 10. memang payah nak cari. biasanya kalau gi kedai kasut mesti tanya, saiz paling besar saiz apa?

biasanya kalau kasut bertutup tu dia beli kasut lelaki tapi design ala-ala unisex gitu. hehe.

@e_da said...

yatie... kaki idasaiz 4 atau 5 je.. hantaran kasut tunang dulupun saiz 3.. hahahah gilerr kan...

cantik boot yatie tu tgk pun tau selesa... comey la kasut2 nazhan.. yatie kirim kasut tuk mika... ehheheh

cik osh said...

uikk...biar betul woghih?? tubuh kecik...tp besar kaki woghih dih? hehehehe.... ore tubuh besar..kaki saiz 7. kasut mudoh cari tapi baju pulop payoh..huhuhuhuh... ado dop kasut saiz 7 woghih dop pakai? wat mari kat ore bulih? hargo kiro hargo woghih2 la...hikhikhik...

Hanis MY said...

hanis pun kalo ado anok memey kijoey nok beli brg ko anok jah hehe tapi takdop rejeki lagi...

aiyooo srupo la kito sis! memey ssh nk cr kasut huwaaa.... LL tu certain design jah muat pahtu hanis sokmo cr bilo sale jah kalu jupo LL hak sedak paka memey riang gumbiralah! kadey2 tu design comey doh saiz pun LL bilo tera ketat gelemats eee menyampahss i tau huhuhu...

Nadiah Sidek said...

kite pun susah gak nak cari kasut..bkn sbb saiz besar tapi saiz kecik. kalau ada yg berkenan mesti takde saiz. huhu..

eRiNsZ said...

yatie.. bab kasut nie erin slalu jdik mngsa msa form5 dlu..

kasut ku mesti ilang sbelah time masuk compter lab..
huhuhu kes cindrella.. kasut saiz 3

transformed housewife said...

muloh ma royak kito ke kaki Mat Saleh. Sokmo payoh nok beli kasut dr dulu lg. hehehe

Oyis said...

saya plak terbalik. body kira M, tp kasut saiz 4 or 5, tp lebar!

syayassir said...

banyaknya kasut nazhan tu...
tak pe yatie, walaupun kaki mu kaki gergasi, yang penting, orang nya tetap maintain... hehehehe...

Unknown said...

terbalik dgn kakyong la tie.. kakyong saiz 4, saiz kecik pun susah jugak nak dpt... huuhhuu

yatie chomeyl said...

reitak >. yup, masa kat msia i x pakai pun boots...berpuluh2 kaki nanti

zety zin >> wahhhh, saiz 10 tu. kat msia ada kedai jual saiz 10 eh?

@eda >> aah kasut baby kat sini mmg best2...tu yg syiokkk shopping :)

yatie chomeyl said...

woghih : last ore pakai saiz 7 maos sekoloh menengoh dulu la kot;jadi klu nok bg ko woghih buleh bui kasut skoloh jah la :p

hanis : tu la, mggu lepas key oghe beli kasut nk join symposium tu...terpakso beli jugop kasut kulit tu wpon ketat...sakit kaki2

nadiah : kaki Nadiah saiz berapa?

yatie chomeyl said...

erinzs >> mesti peminat erinzs saje2 sorok kasut erinzs nih hehehe

k.nur >> tu la, tp lo ni laaaagii payoh sbb or ejepung ni kecik2...sekso nk cari kasut

oyis >> terbalik kito duo deh

yatie chomeyl said...

sya >> nasib baik kaki je yg membesar..ngeh3x

k.yong >> size 4 sama mcm kaki arwah mama saya :)

xeea said...

ala, ada lg tak sales jual boot tu? ai nak kirim. heee

btw, tak tahan kan tengok kasut2 for babies? kalaulah kat mesia ni ada byk kasut stylo dan murah2 mcm kat nihon tu, i pun mesti jadik mcm u. heee

Unknown said...

suka sgt boots.clark ada jual budak punyer..mahalnya..so,tgk jelah.ekekek!
byk kasut nazhan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...