CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday, 11 February 2011

Lecturer handsome/cantik pemangkin kejayaan pelajar



Baru2 ni keluar berita yang Yusry KRU yang hensem-bergaya-kaya-ada kereta Lamborghini biru tu akan menjadi penceramah jemputan nerd kat UiTM bagi kursus Muzik Video, Kesan Visual Digital dan Komposisi.


+- best nyer kalau dapat belajar dgn lecturer hensem-bergaya-kaya-ada kereta Lamborghini biru ni -+



Sumpah weh, masa baca berita ni terus I rasa macam nak study kat Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (FACT) UiTM jugak. Best ah student2 tu nanti cuci mata, errr tak I mean menuntut ilmu dengan Yusry yang hensem-bergaya-kaya-ada kereta Lamborghini biru angkatkening tu.

*berita lanjut boleh baca kat SINI dan SINI*

RedFireAnt fullinit  (Gambar) Inikah Kereta Super Mewah Lamborghini Milik Yusry KRU?

+- yusry dan kereta nya yang sehensem pemiliknya -+


Student2 pompuan yang akan attend kelas yang Yusry handle tu for sure akan melawa sedikit sebanyak. Yang selama ni malas nak gi kelas pun, terus datang kelas paling awal so that dapat duduk kerusi depan sekali dan leh tengok Yusry. Pastu I rasa tiap2 kali habis kelas je mesti Yusry kena bergambar dengan peminat2 dia errr I mean student2 dia ngeh3x. *ni sebenarnya kalau I yang jadi student dia, itu lah kot yang I akan buat ihikhik eheh*.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjFsJm6KaBzRIk03TPS39VdqVByffN7v0hejolvnmzCmkjl2fhNTlZB7vY_0bvIVpiVVFxEzmud_MCEhsNfQAcWAZ-uZ8wsdOOYpt9j3Dx1qFyQrzzaINcAh1u1_DCpH4JkRAF-mBqEGm_n/s1600/edited+pics3.jpg
+- tengok muka perempuan pipi tembam yang di landa star struck
blur sampai tak mampu senyum chomeyl2 -+


Berita ni juga secara tidak lansung telah menggamit memori silam tentang sikap BEAULISTIC freak or literally translated as "rupa-listik" yang ada dalam diri I ini. I sangat2 suka tengok orang cantik dan kacak dan akan terpegun ternganga mulut mengagumi keindahan ciptaan Allah. Di sebabkan sifat rupalistik ni juga lah, I memang akan beri tumpuan 200% pada cikgu/lecturer yang cun/hensem; dan biasanya I akan score untuk subjek2 yang di ajar oleh cikgu/lecturer yang cun/hensem itu. Ngeh3x, ihikhik agak sengal kan perangai ini?


Masa I form 4 dulu, cikgu yang ngajar Add Math tu cun giler. Kulit dia putih melepak macam Zizie Ezette, body pulak macam Rozita Che Wan, masih tak kahwin walaupun umurnya dah 40-an masa tu. Setiap kali cikgu ni tulis kat papan hitam, mata I akan kusyuk tengok kat tangan dan jari dia yang putih tu, bukan tengok apa yang dia tulis. Bila balik rumah bersemangat nak buat latihan dan siapkan homework sebab dalam kepala duk terbayang2 tangan cikgu yang cantik tengah tulis jalan kerja kat papan hitam.


Bila dah masuk matrix, tutor yang ngajar Math masa tu kebanyakannya tutor2 lelaki yang baru grad degree. Umur cuma tua 4-5thn je dari budak2. Memang bersemangat habis lah nak gi kuliah & kelas tutorial, siap duduk depan sekali. Tempat duduk I, front row seat kat dalam dewan kuliah tu memang tak de orang leh ambil sebab I dah booked untuk 3 semester seat tuh hahaha.


Masa tutor hensem tu ngajar pulak, I akan duduk menongkat dagu rindu dan tengok je kat muka tutor tu. Bila balik bilik, bersemangat siapkan assignments supaya nanti boleh gi kat bilik guru dan jumpa dengan tutor hensem tu. Kadang2 ada soalan tu memang dah tahu jawapannya, tapi sengaja buat2 tak reti semata2 sebab nak jumpa tutor tu gelakguling eheh.


Bila dah masuk universiti pun sama jugak perangai tak berubah2. Ada la 2-3 orang lecturer handsome yang ngajar course I kat USM tu.Walaupun diorang dah kahwin, I tak kisah pun sebab nya I minat nak tengok diorang je, bukannya nak kahwin dengan diorang ngeee. Kawan2 pun memang sedia maklum dengan perangai tak semenggah I ni dan diorang memang memberi sokongan penuhlah dengan reserved seat depan sekali untuk I duduk. So walaupun I datang lambat ke kelas *sebab susah nak bangun awal pagi kalau kelas kul 8*; seat depan sekali tu tetap ada menunggu untuk di duduki oleh I siul ngeee.


Pernah sekali tu, masa baru habis kelas I jalan dengan my best friend menuju ke tempat parking motor. Sambil jalan, kitorang sembang pasal lecturer hensem pujaan hati I tu. I siap cakap kuat2 la, "Comel kan Encik H tu, dah la comel beriman pulak tu". Tiba2 I dengar tapak kaki kat belakang kitorang, and guess who?. Ya betul tekaan korang tu, Encik H muncul dari belakang kitorang sebab dia pun on the way nak ke tempat parking jugak. OMG, memang I tak tahu nak react macamana masa tu :sweaty: sebab I tak sure encik H dengar ke tak pujian melambung I pasal rupa paras comel dia tu. So, I buat muka sardin je dan terus jalan laju2 ke arah motor tak toleh belakang lagi dah ekekekeke.


Masa buat master pun perangai ni masih berlanjutan lagi. Co-supervisor untuk semester thesis ialah seorang mamat German yang tengah buat PhD, so umur pun tua setahun dua je dari I. I pilih nak buat tajuk semester thesis tu bukan sebab suka dengan tajuk tu, but it's actually more on sebab I suka tengok mamat hensem tu. I siap buh nama dia kat e-mel "darling" lagi, alih2 satu hari tu tersend e-mel dengan nick name "darling" tu ke dia, huhuhu...sengal betul lah diri ini. Lepas tu terus rasa malu dah nak gi jumpa dia one on one untuk bincang pasal thesis, terpaksa ajak kawan2 lain temankan sebab nak cover malu tu.


Bila sambung 2nd year master kat Spain pun sama. Lecturer yang ngajar topik Wind Engineering hensem dan muda2. Suka2 hati I je bagi gelaran kat lecturer tu Abang Hensem dan Abang Kacak. Setiap kali kelas Abang Hensem dan Abang Kacak memang beri tumpuan penuh lah. Tapi bila lecturer2 yang agak berumur sikit ngajar, mula lah tangan ni gatal bukak laptop dan terus online YM kui3x.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgbFhv6aTfg9_f_BNTY3l1vvqZoJsQi5yYJxAy4X4sCOkik3pDn67ssvxLEPkY_PnmlzQ8idoSLv4ULJuuW9ymkuLFszk8On_u-bdCh2_iJo_6dsxDPcVsIG8g2uAFrqLk1RS9oPY2Cu8J_/s1600/P1000518.JPG
+- "Abang Hensem" yang ngajar subject Wind Engineering. sekali lagi perhatikan muka perempuan pipi tembam yang di landa rupalistik struck blur terhadap lecturer sendiri sampai senyum pun nampak tak ikhlas -+


I ingatkan bila dah kahwin ni, penyakit rupalistik terhadap lecturer dah terhapus. Rupa2nya tanggapan itu sama sekali tidak benar bila I sekali lagi di landa beaulistic-struck pada lecturer jemputan dari Tokyo yang ngajar kelas yang I attend few weeks ago. Kalau selalunya I memang akan ngantuk kat dalam kelas, tapi amazingly hari tu mata + telinga fokus dengan kusyuknya kat lecturer hensem tu. Eh, cop cop bukan I sorang je tau berperangai sengal gitu sebab I tengok semua budak perempuan dalam kelas hari tu pun tak ngantuk dan semua orang pun duk jeling2 kat jari lecturer tu untuk tengok ada cincin ke tak kat jari dia. Ngeh3x...tapi bila I jeling2 kat jari I sendiri yang dah ada cincin kahwin, errrr serta merta I menundukkan pandangan dan terus terhenti perangai tak tentu arah tadi jelir ngeeeeee.


So, I nak bagi saranan lah kat bakal cikgu/lecturer dan juga cikgu/lecturer sedia ada supaya sentiasa mementingkan penampilan. Bila cikgu/lecturer nampak cun/hensem, student pun akan fokus masa cikgu/lecturer tu ngajar, secara tak lansung tak de lah kejadian student tidur di dalam kelas. Sekian untuk makluman dan pengajaran buat semua pendidik. jelir

Psssssttt : Errrr, ke I sorang je student yang berperangai rupalistik sebegini eh?

27 words of wisdom & comments:

cik osh said...

sengih sore ore baco entri ni. mujor lunch hour! hahahahah!! woghih, cito ni tergantung ni!! apo reaksi lecturer tu once you send her the email with "darling" word on the top? heheheheh

Unknown said...

hehehe..kelakar la akak ni :) tp mmg betul pun kalau cikgu2 encem ngajo confirm huda pun akan concentrate..gitu gak lecturer2 dulu time kat uniten :) walla..

CuppyCakeMommy said...

baiklahh..saya akan bermake up tebal 2 inch untuk mengajar setiap hari..so student i yang macam u..leh score..heheheh

isabelle said...

selalu gak dpt komen my students suka i ngajar sbb dok tgu nak tgk ipakaibaju apa, lilit tudung mcmana...
hrp2 bukan la komen drp boys. kang menyimpang pulak.
baik2 niat nak tabur ilmu, kutipdosa pulak.huhu

Eray Majid said...

hahahaha..betul2..ade gak sifat2 rupalistik dalam hati nie...
bebudak akan jadi super semangat g class if ade lecturer yg handsome & cute..if appearance pun lebih kurang, ngajo plak x best..confirm ramai bebudak ponteng.

Puan ApasH said...

Saya pon tergolong dalam golongan tu kot. Tapi tak se'heavy" Yatie..hahaha..

Sepanjang 5thn belajar di UTP sekali je pernah berperangai camtu. Maybe pd dasarnya saya takde lecturer yg ensem2..hahaha..

Masa 1st year Sir Zamri baru sekadar Tutor Chemistry. By the time final year saje2 pilih Sir Zamri (yg dh jadi lecturer) punye tajuk utk Final Year Project baru dapat one to one discussion. Yang penting FYP saya 'A'..hehehe

Drama Mama said...

hahahahha lawakkk ok u jeling kat jari sendiri dah ada cincin. ekekekkeke!

http://twinkywinkystars.blogspot.com

Sidratul Muntaha said...

aaahaha
tajuk tak boleh blah
huuhu
aku bab2 cikgu cikgi hensem or cute ni
kureng le sikit
tpi ko thu
dah kwin ni
ape kena ntah
minat gila dgn 2 org korean artis
tak boleh tak!
Oh Ji HO dgn Choi Siwon.
huhuhuhuh..
dulu lakiku jawlinenya cam depa
la ni
lari jawline pastu 6 packs dah jdi tong gas!
ahaha.

@e_da said...

betul... kalau cikgu cantik.. rasa nak g kelasd esok tu nak tau baju apa plak dia pakai haritu...

waaa yatie peminat KRU ni.. syoknya dpt gambo ngan yusry.. glemerr youuuuuuu

umi nuha said...

aiyoh...jgn nak ngelat...dikau sudah lupa pd abg buah yg hensem tu gak ker..walaupun die xngajar..tp buah die sedap sbb yg jual pun hensem...ekekekek...

p/s: en solah, tlg ketuk kepala isteri encik yg suke berangan ni...ehehe

Eliss said...

best jugak erk kalo lecturer tu artis..tapi takut dok koya jah dalam kelas tak leh nak tumpu perhatian :p

staf uitm nak tumpang bergambar ngan yusry, agak2 boleh ker??hahahaha

Hanis MY said...

Ya ampunnnnn sis! is this true haha..comel giler ok... then how did u meet ur hubby..i tot u end up kawin dgn salah srg lect ke tutor ke huhu.. lawak la sis ni... bertuah ok! bergambar dgn yusry lagi huhuhu...nasib baik sy bukan peminat dia tapi jeles sebab bergambar dgn artis hehe...

Zaila Mohamad said...

pernah sekali terserempok nga Yusry nga Erra (masa diorang mula-mula kawen), masa tu diorang tgh shopping bantal tapi biaserlah time tu xdok handset kamera so xlehlah nak snap2..

*∽ IZAN ∽* said...

ahaaa.. tak dapek nak nolong. memang fitrah manusia suka yg cantek2.. come2.. hensem2... teringat masa dapt surat chenta dr ustad hensem masa darjah 6 dolu! ha ha

transformed housewife said...

kalu knur masuk kelas paka comei lajok, tok pasal2 anok2 murid Arab nok wat bini no 2,3, hehehehe. nasib baik nikoh doh. tu sokmo Knur royak 1st day of class, "I'm married and I have 2 daughters".

ddiini said...

adalah tie, mu kan dah ada encik hubby yg muka ala2 yusry kru tue...lect maths matrix tue cikgu rosdi ke????hehehehe....

AyuArjuna BiGoshh said...

huhu...ada gak persamaan ngan kite masa belajar dulu...pernah suke tgk sorang lecturer ni hensom macho abis...tapi bila ngajor kelas hmm hampeh jambu punya...perasan gak dia ni laki tapi suke pakai lipstik...hoho

yatie chomeyl said...

woghih >> tu ore smbung dop kisoh e-mel darling tu eheh

huda >> kiranya betul lah assumption akak ni kan? :p

cuppycakemommy >> bagusssss! lecturer mcm ni lah yg kita cari ekekeke

yatie chomeyl said...

isabelle >> kira nya student u pun perangai mcm I la kan? ;)

eray >> tu lah kan, kalau semua lecturer/cikgu cun/hensem mmg smngt nk g kelas tu jd tinggi kan

apash >> wahhh, smp dpt A gara2 sir Zamri yg hensem itu.. bagus3x ;)

yatie chomeyl said...

drama mama >> nsb baik i smpt sedar diri dan jeling kat jari, kalau i buat2 x ingat nk jeling jari I mcmana? :p

ayu >> aku pulak lps kawen yg x lyn cite korea. hahaha nti aku nk bgtau sam ko ckp dia dh jd tong gas :p

@eda >> i mmg kipas susah mati KRU dari kecik smp lah dh tua bangka ni :)

yatie chomeyl said...

umi nuha >> tu kes lain sbb kali ni i discuss psal cikgu/lecturer. nanti i cito psl abg buah pulop next time eheh

eliss >> weh3x, kalau jumpa yusry..bgtau dia "yatie chomeyl" kirim salam eh..suruh dia buka blog aku sekali ekekeke

hanis MY >> i minat je tgk diorg tp i x nak kawen dgn diorg, semua tu semata2 nk bg bsemangat nak study gitu ;)

yatie chomeyl said...

zaila >> tu lah kan, jame dulu xdop kamera kat hp..kalu dop mesti hambat doh diorg nak amik gmbr deh

k.izan >> woooh, ni lg dasyat..ustaz yg bg surat cinta..ini sudah terlabik ekekeke

k.nur >> bahayo2, pok2 arab gatal gelebek deh

yatie chomeyl said...

ddinii >> cikgu kuilah kesayange aku tu Cik Mat Tuah, cikgu tutorial pulop meme cikgu Rosdi la. cikgu Yassin pun hensem jugop, pendek kato sumo cikgu math maso KMM hensem2 belako hahahaha

ayu >> aiyarkkk, ngape dia pakai lipstick? lecturer tu auuwww auuuwww ke?

Ummi Shira (AshAnas) said...

ade sorg bdk tadika ni ms br2 masuk dulu beria2 xmo masuk kelas. alasan die, 'cikgu tak cantik'.... hadoi... kecik2 dh pandai milih cikgu...

e.l.i.z.@ said...

allahhhh terkejut wehhhhhh..napok yusryyyyyyy...tu la sero nk apply kijo kt uitm hahah buke nk jd student yusry hahha

dekkiiiiii tgk gambar dio ngan yusry..bilo tuuuu???? napok supo gambar baru!

rupalistik lajok demo ni hahahha..tp meme best kalu dpt lecturer hensem/lawa..meme semangat lebih sikit keh hehehhe

mr.H dgr kot tp dio wat² x dgr..blk dumoh, kompom dio nopak hahaha

yatie chomeyl said...

shira >> sape tu? shira eh? ekekekeke

eliza >> meme sengajo nok bui eli dekki, padahal gambar lamo tu..tahun 2005 kalu x silap. maso tu ore tgh wat degree lg, 3rd year..siap ponteng kelas bilo tahu KRU maghi Penang...sanggup sewo kereto semato2 nok jupo abg yuci yg hensem itu ehehehe

e.l.i.z.@ said...

kenakkkkkkkkkkkk ;P
wah 2005 dih. napok supo gambar baru..napok sgt la yusry menten x beruboh..pg td KRU g hotFM..demo tu siap nyanyi live lagu APA SAJA..puah hati dpt tgk muko ngantuk yusry ehehhe

*mujo saim sms suh bukok 8tv

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...