CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Tuesday 3 January 2012

Count-up 2011 di Dataran Shah Alam terbaikkk boh!

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif 
Sempena tahun baru 2012 ni, perkataan "countdown" dah tak lagi relevant tapi perkataan "count-up" pula di guna pakai. Bak kata Ustaz Azhar Idrus, "dari 2011 ke 2012..dari 11 ke 12, bukang count-down tapi count-up". mrgreen


On the new year's eve hari tu; I went to Dataran Kemerdekaan Shah Alam with my husband, my son SN; my sister Awin, my brothers Epik & Asyo and my best friend Deja untuk sama2 menyambut tahun baru 2012 dengan cara yang lebih 'bertamadun'. 

+- celebrate new year 2012 with my family and friends -+


Though the program start at 7.00 p.m tapi kitorang sampai around 8.30 p.m. Alhamdulillah sempat sama2 solat Isyak berjemaah yang di imamkan oleh Imam Muda Asyraf. 

+- solat Isyak berjemaah, sujud memuji kebesaran Allah. pic source: Jkkk Fan Club-+ 

+- MC majlis malam itu. pic source: Jkkk Fan Club -+


Nasib baik kitorang datang awal jugaklah, so dapat cop tempat duduk depan betul2 depan skrin. Sebenarnya I nak pergi duduk dekat dengan stage tapi hubby tak nak duduk bersesak2 sangat dengan orang sebab panas katanya.Kalau ikutkan peel azali diri ini, dah tentu2 nya I tak kisah nak berhimpit2 tapi dah kata pun gi dengar ceramah agam untuk berubah ke arah kebaikan..maka redha lah dengan arahan incik husband dan kami pun duduk je lah kat depan skrin tu kat sebelah kiri dari pentas.

 
+- tempat bersila kami malam itu -+

Lagipun kalau duduk depan sangat nanti SN tak boleh nak lari2 kat padang bila dia boring; budak2 faham2 sendiri lah kan. So, kitorang hampar tikar & suratkhabar kat area tengah; duduk bersila dan layan event malam tu dengan penuh santai.

+- gambar blur; lantakkk nak tepek jugak sebagai kenang-kenangan -+


Persembahan pertama lepas solat ialah persembahan dari Shahir. Awin & I je yang beria sorak bertepuk sedangkan orang2 kat sebelah kitorang cool je..ooppss termalu sendiri eheh. Lepas kena 'tegur secara berhikmah' oleh hubby, I sedaya upaya untuk control kegedikan dapat tengok performance Shahir dan buat2 cool macam orang lain jugak. 

 
+- Awin & I yang terpisat2 malu sendiri sebab kitorang ber2 je yang tepuk beria bila Shahir keluar kat atas pentas mrgreen  ahahaha -+

 +- muka makbudak yang teruja dapat tengok performance Shahir -+

+- pic source: Jkkk Fan Club -+
 
Shahir siap nyanyi lagu terbaru ciptaan Sham Kamikaze yang tak record lagi dan baru je siap. Best lagu tu, lagu kerohanian yang mendamaikan.

+- pic source: Jkkk Fan Club -+


 +- layan persembahan Shahir dari jauh -+


Lepas tu Sham Kamikaze goreng gitar untuk mengiringi nyanyian DakMie. Kalau tengok muka memang tak kenal siapa DakMie ni tapi kalau korang tengok cite Adam Maya; dia lah penyanyi OST Adam Maya tu. Best woooo dia nyanyi lagu walaupun tak ingat lirik...dan kalau hayati betul2 lirik lagu tu bukannya cinta sesama manusia tapi sebaliknya cinta pada Yang Maha Esa. Sebelum tu DakMie nyanyi lagu Luhur yang dulu lagu popular Kamikaze.

+- Sham Kamikaze menggoreng gitar separuh masak. pic source: Jkkk Fan Club-+

+- Dakmie tengah nyanyi lagu Luhur -+

Tepat pukul 9.30 malam; kehadiran tetamu yang paling di nanti-nantikan menggamatkan suasana. Sessi soal-jawab agama antara Ustaz Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak memang terbaik!. Soalan2 tentang kemusykilan agama dan soalan am di kendalikan oleh Zizan dengan santai untuk di jawab oleh Ustaz Azhar dan di selitkan dengan lawak jenaka bagi menghiburkan pengunjung. 


+- tengok betapa ramainya peminat UAI & Zizan, siasp ada yang sanggup berdiri nun kat hujung padang. pic source: Jkkk Fan Club -+

Kalau korang tak sempat pergi dan tak tengok lagi video2 tu, sila lah layan kat you.tube; search je "Ustaz Azhar Idrus Zizan Raja Lawak", confirm banyak video2 malam tu yang dah di share.


+- Zizan pun gelak besar dengar lawak UAI -+

+- tengok UAI dari skrin pun jadi lah -+


Paling best malam tu ialah bila Ustaz Azhar dengan sportingnya main gitar 2-3 minit dan di iringi nyanyian dengan senikata dalam bahasa "cina tranung" oleh Zizan mrgreen  hahaha.

 +- UAI gorenggg gitar, Zizan nyanyi lagu cina. pic source: Jkkk Fan Club -+


Habis je sesi soal jawab tu Ustaz Akhil Hayy pulak muncul kat pentas; nyanyi lagu Maher Zain. Then Ustaz Akhil Hayy sempat berduet dengan salah seorang pengungjung untuk nyanyi lagu tema Imam Muda tu. Sedap gak suara budak tu, lepas ni Ustaz Akhil Hayy buat show dengan budak tu je lah kot; takyah panggil Mawi dah mrgreen  eheh.

+- Ustaz Akhil Hayy -+


Untuk mengelakkan SN meragam atau bosan; kami bagi dia main iPhone je lah. Tapi kadang2 bila dia dah boring main iPhone, dia akan panjat kat ats bahu daddy or panjat paha Ayoh Pik dia. Lepas tu dia main susun2 selipar lah, lari2 kat sekeliling kitorang dan jugak makan potato chips. Nasib baik program ni di buat kat padang; senang sikit nak lepaskan dia main2 kat situ.

+- SN paksa mommy ambil gambar dia -+

+- budak kecik yang dha kebosanan, panjat sana sini untuk hiburkan hati sendiri -+


Menjelang detik 12 malam, laungan Asma-Ul-Husna di laungkan beramai-ramai. Tiada percikan bunga api mega yang membazir duit, tiada countdown mengira nombor dari 10 ke 1; tiada jeritan sorakan kegembiraan sambil berpelukan dengan yang bukan mahram sebaliknya laungan 99 nama-nama Allah di lafazkan oleh ~ 80 000 pengunjung yang ada pada malam itu. Sambutan tahun baru 2012 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di akhiri dengan bacaan doa dari Ustaz Azhar Idrus.

+- bacaan doa dari UAI menutup majlis sambutan. pic source: Jkkk Fan Club -+

Lepas tu, semua pengunjung berkemas dan bersiap-siap pulang. Alhamdulillah walaupun pengunjung ramai giler, tapi tiada lansung kejadian tak di ingini. In fact perjalanan untuk keluar dari parking pun smooth je. On the way ke tempat parking tu, sempat jugak tengok kereta Subaru yang di pandu Zizan.....perghhhh cun habis. Usyar2 jugak cari2 kereta WV Golf Ustaz Azhar, tapi tak nampak la pulak.

Sebelum balik pun sempat posing sedas dengan pokok lampu yang macam kat iCity tu, kiranya tak payah pergi iCity dah la kot ek?. mrgreen  Ngeeeee.

+- berangan konon2 dah pergi kat iCity jugak -+


Harap2nya program macam ini akan di teruskan lagi pada tahun2 akan datang. Kudos untuk penganjur program Jom Santai Bersama Generasi Idaman Selangor (GeMS) kelolaan Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha mereka untuk berkempen bagi Kempen Anti Zina dengan mengadakan pendekatan menyambut tahun baru dengan tema keagamaan serta bersifat santai. Ia ternyata mendapat sambutan hebat dan ianya memberi nafas baru kepada penganjuran majlis. 

+- pic source: Jkkk Fan Club -+


Pssstttt : Walaupun ramai orang tapi jalan tak jem pun masa on the way balik rumah. Pulak tu kitorang sempat singgah makan dulu; so sampai rumah semula dah dekat pukul 2 pagi. Nasib baik SN tak meragam.


~ Thanks for reading this (^-*) ~

 

19 words of wisdom & comments:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

ini yang kite mau...

♥MAMASYAZA♥ said...

bagus camnikan. akak ni sejak beranak pinak, dah tak pegi lagi sambutan tahun baru. tgk kat umah aje ponnngggg

Zaila Mohamad said...

bagus demo g..ambo g puko 11.30 sebab anak2 dok nangis nak tengok bunga api..patutlah tunggu punya tunggu takdok bunga api:P

tapi tengok dari kejauhan ada juga cuma tak pasti dari mana..seb baik tak keluar kereta..terus balik tido..hehehe

nieda said...

program mcm ni yg bagus.. berfaedah dari berfoya2 tak tentu pasal kan..

e.l.i.z.@ said...

allahhhh ruginyo x gggggggggg...eli x tau pung...br jah sakni adik eli oyak..igt keh dio nipu hahah mugo dio buke jenis nk dgr ceramoh..seronyo dio g tu sbb zizan kot :P

Oyis said...

Alhamdulillah, sambutan mcm ni lah hok betul2 ada kelassss :)

Nadiah Sidek said...

jeles!

Eliss said...

boleh pulak me tak tahu. esoknya me lepak sini baru terbaca banner. kalo dak , mesti pergi punya. patutlah jam semacam hari tu, kitorang pegi giant beli barang dapur.x countdown2 pun :p

Sidratul Muntaha said...

xdpt nak join sbb org tua dah blik keje lmbt..
mgm tingin nak pergi sbb shah alma dgn meru dah dekat sgt
agak2 letih tak larat nak blik btu caves,
boleh tido umah mak
huhuh..
mmg steady la UAI

Unknown said...

baca kat blog ni baru nampak gambaran sebenarnya majlis ni.. sbb ade stgh blog yg beri mukaddimah.. etrus tayang video jer...

Ezna Khalili said...

Ustaz Azhar Idrus naik Volkswagen Golf???? Perghhhh gila laju kereta tu...:-) Bestnyer dpt join ceramah ustaz kat sini....

Teratak Hami said...

Dengarnya acara ni lagi ramai dari acara di I-City tu :-)

Aleyn said...

Alhamdulillah....program semacam ni memang diberkati...semoga berterusan untuk tahun2 mendatang, amin

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Tahun depan kalau diizinkan ALLAH, ada lagi program begini harus pergi. Ingat nak pergi tapi kebetulan ada program anak yatim di Perlis. Moga seluruh negara akan melakukan seperti ini. AMIN

yatie chomeyl said...

Mrs K : ALhamdulillah

mama syaza : yatie pun tahun ni je baru pergi, sblm ni tidur terbongkang depan TV je hehehe

zaila : sekali sekalo ado program best gini, ambo join la ;)

yatie chomeyl said...

Nieda : yup, patut semua negeri pun buat gini

eliza : tu la, rugi x gi eli..best gilo lawak zizan & UAI ;)

Oyis : tu la, ALhamdulillah

yatie chomeyl said...

Nadiah : mmg sengaja nk bg u jeles :P

eliss : lorrr, rugi x tau..padahal dkt je dgn umah eliss kan?

ayu : tu la, kalau ayu gi..leh kita jumpa terus kat situ

yatie chomeyl said...

kak yong : blog Tie ni kan suka bebel panjang2 hahahah

Ummi Dania : aah, mmg dia naik kereta tu. :)

teratak hami : yup, dengar2 nya pun gitu lah

yatie chomeyl said...

Aleyn : alhamdulillah, Insya Allah :)

Kak NB : Insya Allah..harap2nya gitulah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...