CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday 2 November 2012

SULTAN KELANTAN berkenan membuka pintu ISTANA NEGERI kepada seluruh rakyat jelata

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Ini I nak share satu berita baik buat semua rakyat jelata samaada di negeri Kelantan, Malaysia @ di mana sahaja.

Tahu tak yang AL-SULTAN KELANTAN, SULTAN MUHAMMAD V telah mengampuni perkenan MEMBUKA PINTU ISTANA NEGERI, Kubang Kerian kepada seluruh rakyat jelata selama 35 HARI bermula hari ini 01 Nov hingga 06 Dis 2012 bagi memeriahkan Ekspo MAIK sempena ulangtahun ke 100 penubuhannya.




Ekspo bertemakan 'Seabad Mendaulatkan Islam' mensasarkan 100,000 pengunjung. Sebenarnya Pihak MAIK sebenarnya mencadangkan lokasi lain utk ekspo ini tapi Tuanku Sultan menitahkan agar ekspo ini diadakan di Istana Negeri. 



Memang ianya bakal menjadi satu SEJARAH kerana rakyat jelata semua DIJEMPUT ke Istana bermula jam 9 pg hingga 6 ptg setiap hari. Tarikan utama ekspo adalah Pameran Kegemilangan Islam Kelantan bertempat di Dewan Jubli Perak, Istana Negeri yang mempamerkan ratusan artifak menarik seperti replika rumah dan pedang Rasulullah SAW serta mimbar masjid berusia lebih 100 tahun.



HOS PENYIAR majlis ini ialah TV ALHIJRAH dan pelbagai program utk pengunjung bersama pihak TV ALHIJRAH juga diadakan. Di antara sebahagian pengisian program dari TV Al-Hijrah ialah :
  • Zon Aulad:Pertandingan mewarna
  • Sesi bersama Personaliti TV Al Hijrah
  • Pertandingan Tulisan Khat
  • Sesi bersama artis jemputan TVAH ~ PENAMPILAN ISTIMEWA : IRMA HASMIE
  • Kuiz TVAH
  • Konsert Mahabbah
  • Pelancaran program Ikhwan Maik
  • Ceramah motivasi remaja
  • Program bual bicara bersama tokoh agama 
  • Demonstrasi masakan oleh chef terkenal negara

Manakala sebagai tanda cakno (ambil berat) utk golongan 'saudara baru',org asli & golongan kurang mampu pula, sebanyak 40 gerai jualan turut disediakan di halaman istana termasuk gerai pameran/jualan dr agensi kerajaan & swasta.


Tiada tiket masuk dikenakan tetapi setiap pengunjung akan diberikan "penanda buku" percuma yang mempunyai nombor bersiri bagi mendapatkan hadiah cabutan bertuah berupa hamper dan barangan elektrik yang disediakan setiap hari.

Pengunjung yang masuk ke ruang pameran di Dewan Jubli Perak akan diberikan beg plastik khas bagi mengisi kasut mereka sebelum memasuki dewan. Penganjuran ekspo tersebut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Muzium Malaysia, Muzium Islam Kelantan, Muzium Negeri Kelantan, Arkib Negara, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Ketamadunan Islam (ISTAC), Muzium Kesenian Islam Malaysia dan agensi-agensi di bawah Maik.



+- TUANKU SULTAN MUHAMMAD V telah merasmikan pameran ini pd jam 10 pagi hari Khamis 1 Nov 2012 -+

Jadi, apa tunggu lagi?. Yang ada di Kelantan dan negeri2 berhampiran Kelantan bolehlah sama-sama menjayakan sasaran 100,000 pengunjung ini di samping itu secara tak langsung MENGHARGAI budi ikhlas Tuanku Sultan yg dikasihi yg berkenan membuka pintu Istana Negeri, Kubang Kerian utk rakyat semua...JUNJUNG KASIH TUANKU..!!

# Untuk Info lanjut, sila LIKE FB Ekspo MAIK 2012.

Pssssttt : rumah yang I duduk masa kecil2 dulu memang 2 minit je dari Istana Negeri ni tapi o course la I tak pernah dapat masuk pun istana ni. Kalau I dapat pergi ekspo ni, bestnyaaaaaaaaaa.


~ Thanks for reading this (^-*) ~ 
 

10 words of wisdom & comments:

Mama Hanim said...

wah best tu.. dulu penah gak masuk istana tu masa Majlis Taman ( sekolah rendah) n masa perarakan burung gergasi tu, siap ada Siti Nurhaliza lagi.. meme happening la..

Unknown said...

alhamdulillah..bagusnya sultan kelantan..

semoga sultan sultan lain pun ikut jejak langkah dia..

transformed housewife said...

knur pernah masuk kat bahagian blkg bila ado acaro sekoloh2 dulu. tapi tu kat padang istano jah. Rugila Tie tok gi gak. Kalu knur dok Kelate, nok gi tgk.

Zaila Mohamad said...

Allahu Akbar! (menggantikan Daulat Tuanku)

Meme Sultan yang berjiwa rakyat sungguh! Semoga Kelantan terus maju di bawah pimpinan Ku Yeh:)

noris said...

Allahu Akbar!

Moga Klate terus makmur di bwh naungan Tuanku!

Norliha Samad said...

terasa mcm nk jadi rakyat kelantan

Hanis MY said...

wow i likeee tapi dokleh nok g huhu eh dekatnyola rumoh yatiey dgn istana... dulu masa kecik2 gak darat la lalu depey istana mesti sorok excited hik2...

Unknown said...

Chomey demo nih... ado rajo yg meRAJAkan rakyat jelato sokmo...lebih chomey lgi Yatie Chomeyl share blog dgn isu-isu hok bagi celik minda mllui pengalame Mek selaku pesakit PhD aka "Permenant Head Damage"... (y)

Unknown said...

...teruskan penulisan pencerahan minda lagu Mek...! (y)

umie said...

yeay..kite dapat pegi jugak..:-)
salam perkenalan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...