Walaupun dah stay kat Japan ni 3 tahun lebih, but hubby and I still prefer watching drama/TV show from Malaysia. TV kat rumah kitorang ni bukak waktu pagi je dari kul 7.30 - 8.30 pg untuk kejutkan SN dari tidur dan bagi dia layan children show sambil breakfast sebelum ke nursery.
So malam2 kitorang biasanya dipenuhi dengan menonton drama/TV Show dari Malaysia. Sekarang ini tengah rancak layan drama "Dejavu di Kinabalu" (melalui online TV Streaming); lakonan Tiz Zaqyah & Aqasha sambil makan malam pukul 8. Lepas tu layan video MasterChef Selebriti Malaysia yang di download atau pun tengok directly kat you.tube.
Program realiti MasterChef Selebriti Malaysia ,Astro Ria
(saluran 104) yang di siarkan setiap Sabtu - Selasa jam 9 malam ini menggunakan konsep yang serupa
dengan konsep MasterChef Malaysia. Antara selebriti yang terlibat
ialah Serina Redzuawan, Siti Sarah, Jehan Miskin, Tomok, Karl Shafek,
Datuk Fazley Yaakob, Farouk Hussein, Major. Dr. Faiz, Angah Raja Lawak,
Raja Azmi, Soo Wincci, Juliza Adzlizan, Thanuja, Salamiah Hassan dan
Louisa Chong.
Sesi Rakaman MasterChef Selebriti Malaysia ini diadakan di Dapur Masterchef yang terletak di Industrial Park, Shah Alam. Then ada jugak cabaran sajian luar di mana diorang akan di bawa ke beberapa lokasi luar untuk memasak secara berkumpulan.
Setakat ini, rancangan ini dah pun masuk Episod ke 16; korang tengok tak?. Yang dah tersingkir ialah Dr Faiz, Salamiah Hasan, Siti Sarah, Serina, Louisa Chong, Raja Azmi dan Karl Shafeq. So sekarang ni dah tinggal top 9 lah.
Walaupun macam ramai yang menyampah kat gelagat Azwan Ali, tapi personally I rasa banyak sisi positif Azwan yang kita tak nampak selama ini terserlah dalam rancangan ini. Walaupun tiap2 minggu Azwan ni menangis bila ada yang tersingkir, tapi I tak rasa its a crocodile tears sebab nampak dia memang sedih betul. Plus, kalau tak de Azwan, mesti boring rancangan ini..kurang drama kurang menyengat lah TV Show
eheh.
My favorite contestant is Fazley sebab dia sangat berkebolehan memasak dan jugak sangat gentleman, selalu je tolong kawan2 yang lain. Lansung tak berlagak walaupun hebat..dah lah hensem pulak tu
ngeee. Selain tu Soo Wincci pun I suka sebab dia ala2 Master of Dessert gitu. Plus, Jehan pun hebat dari segi penyediaan macam2 jenis sos. Paling tak sangka, Tomok yang macam tak tahu masak dan selalu masuk pusingan penyingkiran (5x) tu still terselamat sampai sekarang dan semakin hebat dari segi memasak dan plating. SUka tengok muka Tomok yang gelabah masa masak, tapi end up terselamat dari di singkirkan.
Dek kerana penangan menonton MSM ni jugaklah, tiba2 datang angin nak buat plating jugak untuk menu makanan yang I masak. Of course lah lansung tak selawa diorang; tapi mak buyong tetap feeling happy bila konon2 ambik inspirasi dari rancangan ni untuk plating.
(1) Goreng pisah cicah susu pekat manis ~ gedik sangat potong pisang kecik2 dan bubuh susu dalam mangkuk kecik letak tengah2.
+- kalau masuk pertandingan kompem tersingkir minggu 1st, pisang di goreng terlebih well-done -+
(2) Bihun goreng bersama telur dadar hijau dan air cuka lada hijau ~ siap letak keropok kat tepi2 pinggan bajet bihun di bawah lindungan gitu.
+- siap tema hijau lagi, over tak mak? -+
Paling over ialah bila I tiba2 terasa nak makan something untuk dinner, I main order je kat hubby. Since I sampai rumah around 7.30 malam setiap hari so during the weekdays memang hubbylah yang akan prepare dinner sebab dinnertime paling lewat pun is at 8p.m sebab by 10 p.m dah kena tidurkan SN. Ada satu hari tu, dengan gediknya I order nak makan sup daging + telur dadar sosej ber-cheese, so I order thru Fb dari lab. Siap bagi instruction step by step kat hubby *bajet Masterchef sangat kan?*.
Nasib baik lah hubby ikutkan je permintaan wife yang banyak songeh ni. Sedap wooo makan telur + sosej + cheese di cicah dengan budu perah limau. Perghhhhh, memang terangkat lah. Thanks to my boo boo darling Chef yang hensem kacak bergaya
kat rumah tu *amboi puji tak agak2, mentang2 dapat makan sedap*.
+- chef di samping hasil masakan yang sungguh menyelerakan -+
So kalau korang pun layan MSM ni dan berminat nak try resipi2 yang selebriti dah masak, bolehlah tengok kat website ASTRO (klik SINI). Memang best2 resipi yang diorang share, tapi I kena tunggu weekend lah baru dapat try masak resipi2 retis ni, baru lah mak buyong pun boleh feeling retisss jugak
lalalala.
Psssstt : bagus jugak rancangan macam ni, sekurang-kurangnya rasa semangat sikit nak masak dan makan *eh tang makan tu memang bersemangat sentiasa je pon*
.
~ Thanks for reading this (^-*) ~



