CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday, 10 November 2011

Sukan sekolah anak tapi Mommy yang over



Hari Sukan ataupun kat Jepun di kenali sebagai Undokai ialah acara tahunan yang biasanya di adakan pada minggu kedua Oktober *nampak sangat acara dah berkurun tapi mommy baru nak update cerita kat blog huhuhu*. Acara start pukul 9 pagi tapi by 8.45 dah kena ada kat nursery. Walaupun rumah dekat je, tapi tetap lah mommy & SN lambat jugak sampai jelir.

+- walaupun lambat, sempat lagi cam whore -+


Since daddy dah balik Malaysia, maka terpaksa lah Cik Amah ambil alih tugas jadi photgrapher kami dengan menggunakan compact camera dengan video-cam sekali.

+- camera-girl of the day -+


Acara di mulakan dengan perarakan masuk dan persembahan dari pancaragam yang terdiri dari budak2 umur 6 tahun. Hebat gila sampai ternganga mulut I tengok diorang punya performance.



Lepas itu perarakan masuk para pelajar ke tengah padang. Then diorang nyanyi2 lagu and surprisingly SN hafal lirik lagu2 tu dan sing along. Mommy nak nyanyi sekali tapi tak tahu lirik pulak.






Untuk budak2 umur 1-2 tahun, ibu/bapa kena sama2 beratur masuk dalam padang; kalau tak haru biru la sensei diorang nak mengawal baby2 tu semua.


+- kasih ibu ~ redha bila anakanda picit2 pipi -+



Selesai saja ucapan dari pengetua nursery, acara sukan pun bermula. 

(1) Bayi umur 1 tahun
- acara bersenam dengan ibu.bapa macam SN masa hari sukan 2010, SN masuk acara geletek menggeletek dengan mommy sebab masa tu dia baru umur 1 tahun 4 bulan





(2) Toddler umur 2 tahun
- . Tahun ni punya hari sukan pun sama jugak masuk dengan mommy sebab umur dia baru 2 tahun 4 bulan. Tahun ni masuk untuk acara main bola pulak.


+- senyum simpul dan muka geram sebelum start acara main bola -+



Dah lah mommy tak join rehearsal, pastu tak faham sangat nihon-go; maka dengan blurnya mommy & SN main suka hati saja. Tak ikut pun arahan sensei dia. SN siap tendang lagi bola padahal sensei suruh baling2 je.





Lepas tu masa sensei suruh merangkak untuk kejar bola; SN refused to...so mommy yang terpaksa kena merangkak bagi pihak SN, boleh gitu?. Nasib baik mommy dah pakai skirt extension untuk cover,kalau tak mungkin nampak agak tak sopan di mata masyarakat bila mommy menonggeng2 kat tengah2 padang tu ihikhik .






+- (Video): SN nyanyi lagu jepun (2:37) -+
** full video : here **


 (3) kanak2 umur 3 tahun
- acara merangkak dan berguling2 atas padang
- acara bersenam dengan sensei





(4) kanak2 umur 4 tahun
- bersenam menggunakan kerusi
-bersenam menggunakan monkey bar





(5) kanak2 umur 5 tahun
- lari menggunakan tali skipping
- bersenam ala ahli gimnastik dan lompat masuk dalam gelung yang sensei pegang





(6) kanak2 umur 6 tahun
- lari keliling padang
- ada lagi acara lain tapi I dah balik sebab dah kelaparan 



As usual, I enjoy every bits of this yearly event as much as SN does.  

+- The happy mommy & son -+


Not only the kids enjoy this event but family members including grandparents took this event seriously. Semangat atuk & nenek bagi sorakan semangat kat cucu. Mak bapak pulak sibuk dengan video-cam dan kamera to capture this beautiful moment senyumkenyit.

 
 +- abang long, kak long, adik, atuk, nenek, makcik, pakcik, mak, bapak semua datang menyokong -+

 
 +- abang/kakak yang bersukan, adik yang terlentok keletihan -+



I adore their teachers for being able to guide and train the toddlers for this event. It's not easy to handle one kid and I do believe it's a hard work to handle hundreds of little kids to behave as well as to perform. Kudos to the sensei(s) of Kinomi Nursery for their great job!.

+- sensei (baju t-shirt putih) -+


Plus point is, every kids received the same medal and prizes regardless whether they win the game or not. This is important to teach the kids that it doesn't matter whether you win or lose the game, just enjoy yourself and cherish your childhood moment.





Psssstttt : sepanjang kat hari sukan tu, I have to upload pictures to FB every 5 minute as requested by SN's daddy. Mula2 nak video chat sepanjang event, tapi macam over sangat pulak..ala2 tak manis di pandangan orang ihikhik .




~ Thanks for reading this (^-*) ~

Wednesday, 9 November 2011

WW(7) : Someone's missing


Previous photo taken on July 2010





 Recent photo taken on October 2011

 



This absence, however, that makes the heart grow fonder.  ~ Back for good - Malaysia

Psssttt : We ♥ you and miss you so much love Daddy.



Tuesday, 8 November 2011

Tips posing untuk menyembunyikan lemak

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif 
Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat teman-teman blog ini. Sambil2 blogwalking tu, boleh juga kita alunkan takbir hari raya kerana bagi hari raya korban, takbir bermula dari solat subuh hari ‘Arafah (iaitu tanggal 9 Dzulhijjah) hinggalah selepas solat asar pada hari Tasyrik terakhir (yakni hari raya ke empat).

+- tekan play untuk mendengar takbir -+

Diriwayatkan dari ‘Ali dan ‘Ammar r.a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. bertakbir bermula dari hari ‘Arafah (selepas) solat subuh dan memutuskannya (yakni berhenti bertakbir) selepas solat asar hari terakhir Tasyriq”. (Riwayat Imam al-Hakim) sumber: mytajididyouth 


Tahun ini masuk tahun ke-5 secara peribadinya buat diri I untuk menyambut Aidiladha di luar negara; tahun ke-3 untuk SN dan juga yang pertama kali buat Naznin (hubby's sister). Alhamdulillah, kami baik-baik saja walaupun daddy tak beraya dengan kami tahun ini.Tiada drama air mata kesyahduan baik dari pihak mommy mahupun dari pihak SN.

+- ceria di pagi raya -+


Pagi-pagi raya macam biasa ke Masjid Fukuoka untuk menunaikan solat sunat Idul Adha berjemaah. Sebenarnya pagi raya tu ada majlis gotong royong kat kejiranan I, tapi sebab hujan lebat maka gotong royong cancelled. Kiranya hujan rahmat buat I sebab tak perlu attend gotong royong dan dapatlah ke masjid untuk bertakbir & solat.

+- bergambar dengan Japanese Muslim dalam Masjid Fukuoka lepas solat -+


Lepas solat kami balik rumah semula dan sambung masak juadah raya. Malam raya Naznin & I dah rebus ketupat segera + lemang segera + ketupat palas segera dan dah siap masak kuah kacang  & blueberry cheesecake. So hari raya kami cuma goreng daging satay je. Sambil-sambil masak, sempat jugak video chat dengan family di Malaysia dan dapat jugak tengok upacara korban di mana daddy di tugaskan untuk melapah daging.  


Jamuan hari raya warga Malaysia di Fukuoka pulak di buat pada sebelah petang, so sebelum pergi jamuan sempat singgah 3 kedai untuk shopping barang2 yang Naznin nak bawa balik Malaysia nanti. Macam biasa jugak juadah hari raya based on potluck memang meriah lebih daripada kat Malaysia...penuh sampai tak muat meja. Kalau korang beraya kat Malaysia pun I rasa tak meriah dengan makanan sampai macam ni kan?.




Since kat sini tak ada budaya bagi duit raya, kanak-kanak di beri goodies raya. Mommy cepat-cepat suruh SN beratur tapi dia pulak volunteer untuk jadi pengawas ~ pergi panggil kakak2 & abang2 untuk beratur; jaga line..last2 dia yang tak dapat masuk line ihikhik .

+- pengawas kenit SN tengah jaga barisan -+

Nasib baik ada yang perasan si kenit tu, so dapatlah SN masuk line jugak untuk ambil goodies. 


+- salam cium tangan sebelum dapat goodies -+

Lepas dah dapat goodies dia tak nak gerak keluar dari barisan, nak tunggu mintak lagi satu. Agaknya SN nak upah jadi pengawas kot; takpun SN nak ambik goodies tu untuk mommy jugak. Auwww senyumkenyit  so sweet.

+- muka masam sebab dapat 1 pack je -+

Nevertheless, lepas tu SN berysukur dengan apa yang dia dapat dan terus ngap tak toleh kiri kanan dah *sebijik macam perangai mommy* jelir .

+- nyum ..nyum...oishiii desu -+


Berpegang pada kata-kata "rezeki jangan di tolak"; maka I tidak melengahkan masa dan meneruskan aktiviti makan-makan dengan bersemangat. Tak sedar diri yang baju kurung moden ala pengantin itu akan menampakkan kebuncitan pada perut bila melantak tak sedar diri.

Oleh itu, pose-pose selepas makan semuanya berpaksikan special trick untuk menyembunyikan lemak terkumpul di perut.

(1) Pose duduk sambil riba anak
• duduk bertimpuh/bertinggung sambil anak di riba supaya kebuncitan perut tidak kelihatan di dalam gambar

+- menggunakan anak untuk kepentingan peribadi -+


(2) Pose berdiri dengan sebahagian badan di sembunyikan di belakang orang
• sebahagian badan di sembunyikan belakang orang lain so sebahagian kebuncitan perut dapat di sembunyikan juga

+- pose sembunyi badan sambil bajet ganas -+


(3)  Pose berdiri dengan sedikit membongkok
• berdiri dengan cara membongkokkan sedikit badan, dengan cara ini kebuncitan perut juga turut berganjak ke belakang



Itu lah 3 tricks yang dapat di kongsikan dengan kawan2 pembaca blog ini jika anda mengalami masalah yang sama dengan penulis. Tricks ini sesuai di aplikasikan jika sesi bergambar di lakukan selepas sesi makan-makan. Semoga tricks ini berguna untuk kawan2 dan dapat di manfaatkan oleh semua pihak senyumkenyit.


Selamat Hari Raya Idul Adha 1432 H, semoga kita di panjangkan umur untuk menyambutnya lagi tahun hadapan ...Insya Allah.

+- pagi pakai shawl, petang pakai tudung ~ dah macam cite Hindustan gitu tukar2 pakaian -+ 

+- warga Malaysia di Fukuoka -+


Psssstttt :  kalau dah aplikasikan tricks ini jangan lupa untuk share hasilnya dengan I juga ye  mrgreen .

~ Thanks for reading this (^-*) ~

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...