CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday 26 November 2009

PENGORBANAN itu bukan sesuatu yang mudah

Sempena kedatangan 10 Zulhijjah 1430H yang juga bersamaan dengan sambutan Aidiladha 2009, I ingin mengupas konteks pengorbanan dari pandangan insan kerdil yang chomeyl ngeeee.

Bila dapat peluang berada beberapa tahun di luar negara, yang terzahir di pandangan mata kasar ialah :-
☺keseronokan bersiar-siar dan berjalan-jalan melihat negara orang,
☺ kegirangan merasai suasana berbeza untuk 4 musim sepanjang tahun
☺ peluang mengenali budaya masyarakat lain,
☺ kesempatan merasai makanan tradisi negara lain
☺ keupayaan lebih efisien untuk belajar bertutur dalam bahasa lain


Tapi di sebalik keseronokan2 tersebut, tersembunyi 1001 kesedihan yang sekali sekala mengetuk pintu hati yang terdalam. Kesedihan yang terhasil lewat pengorbanan2 kecil yang terpaksa di lalui dengan hati yang tabah. Pengorbanan berjauhan beribu batu, terpisah benua dan berbeza timezone dengan keluarga walaupun kelihatan sepertinya cuma sebuah minor issue, sebenarnya menuntut bermacam rencah pengorbanan yang lebih besar.


Masih berbaloi kah pengorbanan2 kecil itu apabila :-
► tidak sempat menatap wajah bonda kesayangan hati sewaktu beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir dan juga tidak sempat untuk mencium jenazahnya sebelum di semadikan
*rujuk entry Setahun sudah berlalu, Memoirs of Ma : LHR airport, Memoirs of Ma: Quotes of my family, Friday the 13th dan Mother's Day??.
*

► tidak dapat meraikan kejayaan adik kesayangan yang belajar bersungguh2 sehingga mendapat 9A dalam PMR semata-mata memenuhi janji nya dengan arwah mama

► tidak ada di sisi adik-beradik untuk memberi shoulder to cry on sewaktu mereka mengalami saat2 sukar dalam hidup dan cuma mampu memberi nasihat dari jauh dengan menggunakan medium perantara bernama internet yang tidak boleh terlalu di harap memandangkan ia terkadang putus, terkadang lembab dan terkadang langsung tidak bersambung...*damn you berukband ngeee*

► tidak dapat sama2 membantu menguruskan majlis kenduri kahwin adik tersayang lalu terpaksa meminta bantuan sahabat baik untuk menjadi ganti diri ini memandangkan kakak sulung juga berada jauh di perantauan. Tidak tergambar sayu rasa hati mengenangkan keluh kesah si adik yang terpaksa melalui hari2 sukar dalam menyambut hari paling penting dalam hidupnya itu.

► kehilangan beberapa kali kesempatan untuk menyambut hari raya bersama2. Walaupun hari raya korban di anggap kurang meriah di sesetengah tempat tetapi bagi orang Kelantan, ia tetap di sambut semeriah Aidilfitri.


Senario-senario di atas inilah yang membuatkan terkadang ada jua waktu terjadi keadaan di mana payahnya memujuk hati menjadi setenang laut kerana sesekali ombak besar melanda, membawa tsunami yang mungkin muncul untuk memusnahkan keteguhan hati, keazaman semangat dan ketabahan jiwa.


Terkenang pula sedikit ilmu yang di pelajari dari subjek Lightweight Structure : "to increase stiffness material, one of the method is by increasing the core of the material"... kalau di aplikasi kan dalam konteks kehidupan, sama lah juga ibaratnya seperti "dasar hati haruslah di teguhkan untuk belajar menerima kesedihan kecil dan menukarkannya kepada tenaga kinetik yang boleh di gunakan untuk menggerakkan diri dan lebih memajukan diri".


Semoga pengorbanan kecil yang sedang kami sekeluarga lalui di bumi matahari terbit ini akan membuahkan hasil yang besar di masa hadapan, Insya Allah.......Amin Ya Rabbal Alamin. Selamat menyambut Aidiladha buat semua yang singgah di blog ini, semoga pengorbanan kalian mendapat tempat di sisi Nya.



Pssssttt : "Aku ini wanita biasa - Kadang ku kuat setegar karang - Kadang ku rapuh lemah liar merana -KD : Aku Wanita Biasa"...maaf andai sesekali entry berbau sedih menjengah blog chomeyl ini.

21 words of wisdom & comments:

e.l.i.z.@ said...

huhuh sedih la baca =(
meme pengorbanan yg sgt besar..betul la kato ore, ado pro n cons..sabar ne yatie chomeyl..

btw, selamat hari raya >_<

3740Journal said...

selamat hari raya yatie.

sedih i baca. tp itula namanyer pengorbanan. orang nampak mcm sesornag tu best je dpt duduk oversea, tp hakikat nyer sape yg tau kan.

take care

NzA said...

byk la brsabar ye yati..2lh namanya pengorbanan...Mcm kak nza, w.pn dok Msia gak ttp xdpt gak brhari raya dgn family cz disebabkn kengkangan masa.Mmg sedih sgt..Gitu gak bila ada sdaura mara meninggal bkn senang nk ambik cuti....apa nk buatkn...

Farah said...

selamat hari raya yatie!

Atiqah said...

insyaAllah pengorbanan membuatkan kte lbh tabah dan kuat, lbh matang dan bijak berfikir

Mummy Aqil said...

sob..sob.. sdhnya.. mmg byk pengorbanan yg perlu dilakukan. tp sabar k. xlm je lgk.. nnt dah blk sni semula.. konpem every ry n event nazhan dpt join... be strong dear n slmt hr ry aidiladha...

lieza said...

wah sedih ye bila baca yatie tak sempat tgk mama yati menghembuskan nafas terakhir dan menciumnya buat kali terakhir..Yatie lebih tabah dari saya...Byk tu pengorbanan..Sedih lah baca..Selamat hari raya aidiladha..

Ummu Ammar said...

Yatie..

Entry kali ni membuatkan akak mengenali sisi Yatie yg lain selain dr sisi happy go lucky, nakal2 sikit..huhuhu..

Akak nak share nasihat seorg rakan di sini..

Allah kurniakan kita kelebihan dan kebahagiaan buat kita hambaNya dan dalam masa yang sama Allah uji dgn cabaran dan kekurangan... supaya kita tidak lupa siapa diri kita di sisiNya..

mazni_azis said...

Selamat Hari Raya Aidiladha...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

teringat seorang kawan yang tinggal bertahun di luar negara, kata dia memang sakit menjadi anak perantau selalu rindukan malaysia tapi aneh, apabila tiba di malaysia..ada masanya aku terkenangkan dan rindukan..england yang membuat aku jiwa aku selalu merana dahulu..

Unknown said...

slmt hari raya too akak!sedih aje bunyi entry akak ni..tp jgn sedih2 sgt yer..

MyHasla said...

sob... sob... sob.... sedih lak baca entry yatie.... banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan bila menjadi anak perantau.
anyway.... selamat hari raya aidil adha untuk yatie and family di sana.

Nadiah Sidek said...

"hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri...lebih baik di negeri sendiri.."..huhu..

moga pengorbanan kecil kita ni tak sia2..

Unknown said...

salam aidiladha ;)

Cool said...

*pat pat shoulder*

yatie chomeyl said...

eliza >> jolo doh, gapo2 pong dale dunio ado pros and cons

azza >> btul2x, yg nampak yg seronok je.yg sedih org slalu wat2 x nampak huhu

nza >> tu lah ,bilo dok jauh meme sush la klu ado gapo2..nk kelik pon susoh

farah >> slmt hr raya gak

atiqah >> thanks for the nice words

yatie chomeyl said...

mommy aqil >> i hope so..harap2 3thn cpt berlalu

k haiza >> harap khaiza pun tabah jugak

ummu Ammar >> thanks akak utk nasihat itu, :)

mazni >> slmt hr raya angah

yatie chomeyl said...

kak NB >> btul jugak tu, bila blk Msia..rindu plak kat negara luar..manusia mmg macam ni kan hohoho

huda >> slmt hr raya gak..tak sedih sgt dah :)

myhasla >> slmt hr raya gak utk akak sekeluarga

yatie chomeyl said...

nadiah >> harap2nya camtulah

cik epal >> salam aidiladha gak

jiji >> nak hugs mulih? (^_^)

MiJa said...

pro & cons di mana2...
"tidak akan kamu resah jika kamu tahu apa yg dicari"

salam aidiladha ^^

yatie chomeyl said...

mija >> nice words, thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...