CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday 22 April 2010

siri ke-3 hobi Chomeyl : Penyampai radio virtual

Sebelum ni anda telah dibawa menjengah Siri hobi Chomeyl : Mengejar Artis (*_^) dan Siri ke-2 hobi Chomeyl : Akademi Fantasiot Fantasia. Kali ini segmen siri ke-3 hobi chomeyl akan membawa anda menyelami dunia Yatie Chomeyl selaku penyampai radio maya pulak... ceeewaaah *gedix nak guna perkataan penyampai radio tuh* lalalalalala.




I berjinak2 jadi DJ kat Radio TM FM masa I sambung my master study di Germany tahun 2006 dulu2. Radio ni bukan la ada AM/FM frekuensi macam siaran2 yang kita leh dengar kat radio tu. As this is virtual radio, ia cuma boleh di dengari di internet jer lah. Radio TM FM ni guna server yang di bayar oleh forum TorrentMalaya.


Lokasi untuk menDJ pulak, tak payah nak masuk dalam sound proof studio bagai, cukup kalau ada komputer/laptop + internet + Winamp jer. Dengan guna kan plugins kat Winamp dan connected it to the radio server, maka berkumandanglah suara chomeyl I ke seluruh dunia hik3x.


Since kebanyakan yang join forum ni ialah student2 dan ramai jugak yang berada di oversea, maka suara I pun turut didengari di seluruh dunia la gitu ihikhik ekekeke. Mula2 jadi DJ tu, I rasa kekok sebab cakap sorang2 depan laptop dalam bilik. Masa I kat Germany tu I menyewa studio apartment, jadi I memang stay sorang2. Dek kerana kebosanan stay sorang2 dalam bilik setiap kali balik rumah, I decided to be a permanent DJ at TM FM tu. Maklumlah, dasar orang yang mulut becok dan cakap banyak mcam I ni, memang sangap lah kalau duk sorang2 tak de kawan nak borak huhuhu, *I reti diam masa I marah je* sengihnampakgigi ngeeee.


I guna nama DJ Chomeyl sewaktu jadi DJ tu. Siap ada website khas untuk para DJ kat radio TM FM tu → refer: deejaytmfm (click). Lama2 menceburkan diri dalam dunia radio virtual tu, ada lah berjaya kumpul peminat sorang dua *perasan ihikhik ekekekeke* sampai ada yang ajak I kahwin lah jugak hohohoho. I bawa imej ceria dan happy go lucky masa menDJ, dan I juga ada tagline sendiri ~ DJ Chomeyl yaaa aaa auuw (click here)~.


Setiap kali I menDJ, of course I akan pasang lagu KRU. Lepas tu I jugak akan selitkan berita2 panas dan gossip2 terbaru artis2 Malaysia sambil pasang lagu2 yang di request oleh pendengar2. Kalau pasang lagu KRU tu, siap cerita lah di ambil dari album mana, keluar tahun bila, berapa track ada dalam album tu nerd bla bla bla pot pet pot pet.


Kadang2 tu I siap cerita salasilah keturunan artis2 tu. Contohnya kalau I pasang lagu "Kawan" nyanyian Ruhil Amani, I siap cerita lah yang Ruhil ni kahwin dengan pemuzik nama Jamie Wilson. Lepas tu I relate pulak cerita pasal kakak Ruhil nama Syafinaz jadi presenter Wanita Hari Ini kat TV3 tu kahwin dengan pelakon Gibran Agi. I tambah pulak cerita yang nama Gibran Agi tu tercetus agaknya sebab parents dia minat dengan penyair femes si Khalil Gibran tu...nerd hohohooho.


Contoh lagi; kalau I pasang lagu Khadijah Ibrahim, I cerita pulak pasal adik beradik dia pun artis jugak iaitu Latif Ibrahim dan jugak Sofiah Ibrahim. I sambung lagi salasilah keluarga diorang dengan bagitau yang penyanyi utama kumpulan KOOL tu iaitu Hairie tu anak kepada Sofiah Ibrahim tu huhuhuh giler hebat pengetahuan am I pasal artis2 kan, kalah wartawan occay! Muahahahahaaha..sebab itu lah I dapat gelaran Mami Jarum dari kawan2 I ihikhik ehehe.


Kat bawah ni ada few voice clips yang ada suara I mempromosikan radio TM FM ni dan juga voice clip untuk DJ2 lain kat Radio TM FM tu. *sila tekan button Play http://www.indianablood.org/donating/PublishingImages/Silver-Play-Button.jpg kalau nak dengar*


*promo DJ Chomeyl dalam bahasa utara*


*promo DJ Chomeyl dalam bahasa Qelate*


*Promo semua DJ2 di TM FM*


Antara kenangan paling manis yang I dah lalui masa jadi DJ kat virtual radio ni ialah I conduct interview session dengan Zila AF4. Mungkin Zila dah tak femes sangatlah sekarang kan, tapi masa I interview Zila tu musim AF4 baru je berakhir jadi kiranya Zila tengah hot lagi la. I contact PR dia masa tu melalui Myspace Zila. After few discussions, berlansunglah interview tu dengan jaya nya. Sekarang ni I rasa Zila pun dah tak aktif sangat dalam bidang seni. Zila pun dah selamat jadi isteri kepada pelakon dan pelawak Along merangkap diorang jugak lah yang jadi pengapit Mawi masa dia kahwin hari tu *tengok2 ~ kat ayat ni terserlah lagi ketinggian ilmu pengetahuan nerd I pasal artis2 Msia nih* hohohhoho.


*gambar Along + Zila di cilok dari Utusan Online*


I slow down jadi DJ bila dah sambung 2nd year of my master study kat Spain sebab I duk menyewa rumah dengan kawan2 lain *so I tak perlu cakap sorang2 depan lapop dah sebab dah ada kawan nak borak*. Tambah pulak rumah tu takde internet connection yang best since kami cuma online guna internet curi dari wifi jiran eheh. Lagi pun, bila I dah bertunang, tunang I (sekarang dah jadi hubby) tak suka orang lain dengar suara I sebab dia takut ada yang tergoda ehehe. Jadi I cuma jadi DJ tak rasmi kat rumah sewa kami dan listener I cuma lah housemate I yang 2 orang tu: Wani & Pei Lai ihikhik ehehehe.


Pssssssttttt :
kadang2 I bergurau dengan hubby cakap I nak jadi DJ virtual radio semula, hubby akan buat2 tak dengar je hohoho....apakah beliau jeles?
sengihnampakgigi ngeeeeeee

21 words of wisdom & comments:

Bibi Intan Suraya said...

tergelak sorang2 aku baca entry mu nih hihihi

ddfirdaus said...

lawak la yatie ni..sungguh talented..ngeeee!!!!

lieza said...

hebat yatie ni jd DJ virtual..kagum..hehehe

m-i-o said...

wow! best betul ada experience jadi DJ ni eh?

yg paling tak tahan ialah tagline tu - ya aa auwwww. kahkahkah! memang ada rencah AF di situ, siap bertagline bagai.

so amacam? masih AFUNDI shahir kita? :P

Eray Majid said...

owh yatie...sgt multi talented kamu yer.
kagum kagum :D

CIK NANA said...

Betul2..
Banyak benda yatiey leh buat!
Bravo...
multitasking gitu!
:)
me like!!!

Deeeee said...

Salam Kak Yatie,

Perghh ckp utara tu mmg baguihh la, cheq suka. Sebijik.
Huhuhu.. lama tak jengah blog akak ^__^
Baby SN sihat?

Nadiah Sidek said...

org yg byk mulut, mmg sesuai la jd DJ..ada je benda nak dicakap..ehe. cik abe yatie tu cemburu la tu. cemburu kan tanda sayang *wink*

Hamizah said...

suka bercakap rupanya yatiey ni..samalah kita.tp akak stakat jd mc majlis je..hehehe

Nurul Izza said...

ecewah..kecek banyok ko? supola kito ni..ganow la eh nok kughe kecek..huhuhu

xtaula plok yc leh jjadi dj.bulihla dgr sokmo =))

p.s: suko dgr yc kecek utara

cik osh said...

ingat lg dlu handle kuiz key woghih? sapa kejung sb dopleh nok shout. hahahah!! meeting dj tp takdop kecek hal dj pong. dok ngaruk koksey jah blako. hahaha!! miss those memories so much.

MyKhalish Journey said...

hehehe...mu mmg sesuwei jd dj. celoteh kat blog wout sore pun dah wat terhibur. kalu dgr sore, konpem inbox penuh dgn lamaran hot fm & era.. ofkos la en hubby xbg. hehe..

yatie chomeyl said...

bibi >> lenakli nk gelak, ajak zara sekali..baru hang x gelak sorang2 ekekeke

dbalkis, lieza, eray, cik nana >> xde bakat pon, tp saja gedix gak nak jd DJ ..berangan je lebih hik3x

m-i-o >> afunid shahir masih berjalan, nak2 lg minggu ni dia nyanyi lg yg best ehehe

yatie chomeyl said...

dayah >> akak duk kat penang 10 thn, tu yg leh la ckp loghat utara sikit2 ;)

nadiah >> tp dia x ngaku dia jeles, cuma x bg jd DJ ..tu je hik3x

k. hmizah >> kalau jd MC yatie segan pulak, sbb ramai org tgk...malu I hik3x

yatie chomeyl said...

Izza >> xleh dgr doh lo ni, hubby x bui doh jd DJ hehe

woghih >> yup, kenangan yg plg manis...ingat smp bilo2 ;)

mykhalish >> idok la smp cenggitu sekali kot ngeeeee

nieda said...

hebat yatie chomel ni..hehe

nadnye said...

baca entry nie ingat kat adik yang rasanya sebijik cam yatie, kalau pasal artis, AF semua dia tahu la, dan rasanya sama la bole jadi Dj kot..suka bercakap :P

hebat no, satu dunia dengor jadi DJ

mygoldpen said...

hebat lah yatie..kagum2..byk bakat, pengetahuan pun luas sungguh... :)

yatie chomeyl said...

nieda >> mana de hebat2, biasa2 je *blushing*

nadnye >> camtu leh la i geng dgn adik u hik3x

mygoldpen >> pengetahuan luas dale dunio artis jah kui3x

Ina said...

i ni slalu lmbt nk komen. tp sbnrnya dh baca awal2 entry ni. papepun nk gak ckp. canggih la u ni yatie. hobby u mmg menarik! terpk2 tringin lak nk dgr suara dj chomeyl tu hihi

Eliss said...

syok jugak jadi dj online ni.ms sek dulu, cikgu suh buat projek konon2 jadi dj gak..tp dubbing kat kaset ajer laa..heheeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...