CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday 4 June 2010

Bertindak segera bila gambar/entry anda dicuri

Pagi tadi masa I bukak blog, I terkejut bila dapat komen daripada Maisarah pasal penyalahgunaan gambar I di sebuah forum. I pun kelam kabut lah bukak forum tu dan ternyata ada gambar I yang tengah tersengih di sisi Loius Koo dalam entry bertemu Louis Koo..pelakon pujaan hati ku (^_*) telah dengan sesuka hati di curi gigil dan di tepek di forum tersebut.


Mula2 I gi bukak forum tu, serius I rasa marah nak meletup berapi2 sebab gambar I di gunakan sesuka hati tanpa kebenaran I. Dah lah tu, topik yang di bincangkan tu pun takde kaitan lansung dengan gambar I.
merajuk Lepas tu pulak komen2 yang menyusul selepas itu ada yang menjurus kepada rasa sakit hati pada diri I.

So, kat sini I nak share lah macamana cara untuk bertindak bila terjadi perkara macam ni kepada gambar/material milik peribadi yang kita publish di internet.

~LANGKAH2 PENCEGAHAN :-
1) WATERMARK gambar yang di muat naik ke internet

• pastikan watermark diletakkan di tempat yang tidak boleh di CROP contohnya berhampiran dengan muka.
• biarlah serabut sikit pun gambar asalkan kalau ada pihak nak salahguna gambar, u all masih ada bukti yang gambar tersebut memang milik peribadi u all

Cara2 meletak trademark ™ watermark atau copyright pada gambar

2) Letak DISCLAIMER tentang isi kandungan blog pada mana2 bahagian pada blog
• macam blog ni, I letak DISCLAIMER kat bawah sekali blog I
• pastikan u all mention about copyright reseved pada gambar2 peribadi u all dan juga pada entry yang u all susah payah perah otak

• boleh refer kat
website ni untuk tips apa nak tulis dalam blog disclaimer u all tu

3) Gantung banner COPYSCAPE kat blog u all
Protected by Copyscape Plagiarism Software


~TINDAKAN YANG PERLU DI AMBIL BILA GAMBAR/ENTRY DI CURI :-
  1. Cari contact details pada website yang curi gambar anda tu dan segera hantar polite message untuk mintak diorang removed material milik peribadi anda. Kalau takde contact details, try email kat webmaster@ domain website tersebut.
  2. Guna kan Whois service untuk mengetahui pemilik wesbite itu. U all akana dpaat senarai nama pemilik, no telefon dan u all boleh lah hubungi diorang dengan kadar segera. Masukkan je nama domain website tersebut kat search box tu, nanti berduyun2 information pasal website tersebut akan di paparkan.
  3. Hubungi adacall pencuri material anda itu,pemilik website itu dan webmaster website itu dan maklumkan tentang hak milik peribadi anda yang telah di cerobohi (customer's abuse).
  4. Tulis surat rasmi 'Cease and Desist' untuk menyatakan yang pihak tersebut harus segera mengeluarkan material yang dicuri dari anda itu. takbole Nanti kat bawah entry ni, I letakkan sample ayat yang I guna untuk hantar surat "Cease and Desist" kepada pihak terbabit.

  5. Kalau tuntutan anda masih tidak di beri perhatian sewajarnya, ketukmeje file a notice of Digital Millenium Copyright Act (DMCA) infringement denagn search engines macam Google untuk mengeluarkan website tersebut di keluarkan dari search results.
  6. Kalau u all nak kan bukti kan material tersebut memang milik asal u all, boleh lah gunakan Internet Archive yang boleh menunjukkan bahawa content itu memang ada di blog u all pada tarikh sebelum ia dikeluarkan pada website yang mencuri itu.
* prosedure2 ni I belajar dari copyscape* nerd


Kat sini I sertakan contoh surat CEASE & DESIST yang I hantar kat pencuri gambar I tu dan juga pada pemilik website tersebut serta pada webmaster yang menjaga forum itu. Sila scroll untuk isi penuh surat tersebut.
I am the owner of the picture that you claimed to be "gambar hiasan semata2". Kindly removed the picture as I had never give any permission to you to use my personal picture in this forum.

Please refer to the disclaimer that I've put in my blog --> "
This blog is intended to provide a semi-permanent point in time snapshot and manifestation of the various memories running around my brain that require long term synthesis. I'm not here to brag on but to keep the memories alive. Feel free to browse through it and read the contents written here BUT feel free also to notify me if you want to use my writings or my pictures at some other places (copyright reserved)."

As I've stated in the disclaimer, you have to notify me first if you want to use the picture in my blog. As you simply used it without getting any permission from me, I have the rights to take further action provided if you didn't removed the picture immediately from this post.

Furthermore, all contents in my blog is protected by COPYSCAPE. Therefore, you cant simply copy or use any items from my blogs without permission.

Once again, I want to make a nice request from you to remove my personal picture from this forum as I have nothing to do with this issue at all.
Thank you


Selepas beberapa jam I berusaha to fight for my right,
tensionakhirnya gambar I yang di curi telah di buang dari website tersebut dan I mendapat feedback menerusi e-mail dari webmaster forum terbabit untuk mengesahkan bahawa tuntutan I telah pun di penuhi.
Dear Member:

thanks for reporting, the problematic thread has been deleted, please login and check ,
if still got any problem, please give us message.
thanks and have a nice day.

-webmaster-

Jadi, I nak menyeru sangat2 kat kawan2 blogger semua untuk mengambil langkah2 pencegahan pada gambar2 milik peribadi yang kita publish di internet. Kita juga kena ambil tahu apa hak kita sebagai pemilik gambar2 tersebut supaya orang tak boleh sewenang2nya menyalahgunakan gambar kita.


Contohlah kan, kalau orang curi gambar kita pastu gi letak kat website dia konon2 nak promote MLM ke ... diorang leh simply curi gambar kita dan tulis testimonial yang konon2nya kita dah berjaya dapat beribu2 seminggu hasil MLM tersebut..sedangkan kita tak tahu menahu pasal gambar kita dah di salah gunakan itu.
men Kalau kita letak watermark pada gambar kita, dan watermark tu pada tempat yang susah nak di CROP kebarangkalian untuk gambar kita dicri sesuka hati lebih rendah berbanding dengan gambar yang takde watermark lansung. Tu I bagi satu contoh je lah, banyak lagi contoh2 penyalahgunaan lain yang boleh berlaku pada gambar2 yang kita publish di internet ni.


SO, ambil langkah berjaga2 macam yang I sarankan kat atas tu untuk mengelakkan perkara2 negatif berlaku.
By the way, for those who wish to copy my entry on Bertindak segera bila gambar/entry anda dicuri you can copy and paste it in your blog; but kindly inform it to me by leaving comments at this particular entry and also please put permalink to my blog.


Pssssttt :
mula2 jadi macam ni tadi I ingat nak private kan blog tp bila fikir2 balik, kalau I privatekan blog nanti lagi susah silent reader nak inform apa2 kat I kan.As for now,I rest my case!
xpasti

27 words of wisdom & comments:

Cikmin said...

salam yatiey..wah lama kita tak sembang2 ye..baby SN dah setahun ye... :)

p/s boleh cikmin share entri yatiey ni kt blog cikmin?

www.cikmin.com

yatie chomeyl said...

cik mmin >> tu lah, lama x borak2. sila2..memang entry ni patut dii kongsi bersama :)

Nadiah Sidek said...

ala..tak best betul la ada org yg duk curi2 gmbr ni. yg gmbr yatie tu diletak kat forum tu psl apa ye? nak promote brg ke?

@e_da said...

huh berani betul org tu ya,, ni yg tak suka ni main curi2.. bab nak watermark ni mmgkena tp tu la kalau boleh malas nak letak kan.. ada gak org yg jahat ni suka suki je ambil gambo org lain kan.. kena berhati2 lepas ni...

lieza said...

sabar ye yatie..suka hati je ambik gambar yatie buat bahan perbincangan..Nasib baik semua dah settle..Sebagai blogger kita kena tau kan hak2 kita..Jgn suka hati je nak curi gambar kita..Thanks share info berguna ni..

nadnye said...

alamak nie yang tak best...kene letak disclaimer camnie

Unknown said...

yatie,
gud sharing & fast action taken..
kakyong ade masuk semalam, (terbaca komen maisarah via email).. suka2 jer depa erkk...

kakyong pun perasan ramai kwn blog tak letak watermark.. ade yg ckp tak suka, nanti foto cacat lah.. tp kita sebenarnya tak nak hal2 mcm ni jadi.. yer lah, lebih2 lagi bila disalahgunakan utk perkara yg tak berkaitan..

Zaila Mohamad said...

waaah bagus tips dari Yatie ni..sangat2 membantu;)

azieazah said...

Terimakasih berkongsi info dan ilmu..

isabelle said...

aiyoo..
i x pernah guna watermark, sbb i rasa mcm leceh.
hmm..should i consider that?

transformed housewife said...

hish ada jah hok curi2 gambar ni. keno belajar pasal copyscape ni.

Nani~~{@ said...

salam yatiey,

alhamdulillah settle ur case..
haih..suka2 je nak ambik kepunyaan org tanpa izin kan:(

tq for sharing..sgt bermakna!

AyuArjuna BiGoshh said...

geramnya sesuka hati jer org gambar amik gambar tanpa kebenaran...sabar yatie...i yg tak sabar bila baca entry u ni

Unknown said...

amboi2 suke2 je ek depa tepek2 gambo org lain..isk3..x patutla..

♥MAMASYAZA♥ said...

tq atas info yg berguna ni..watermark mmg dah letak cuma disclaimer aje yg belom

*∽ IZAN ∽* said...

salam.. tu lah ...dunia cyber ni terlalu luas.. kadang2 kita pun tak sedar kalau hasil tangan kita dah di ciplak orang. Nasib baik ada kenalan yatie sampai kan.. kalau tak sampai sudah jugak tak tau kan... isk isk isk

Ummi Shira (AshAnas) said...

thanks kak share info ni.. harus di protect kan...

lame tak jalan2 blog akak... sori tau!

Hanz Jamaludin said...

u pun kena yer...lately ni me macam malas nak letak watermark..ni kena letak balik ni..

nadnye said...

yatie, i link ur entry okay..

Photo Journey & Dapur & Oven said...

Gambar Choc jeri pun ada yang amik wat promote choc dia kt Facebook. baru last week jeri perasan gambar tu org lain wat konon dia yang wat coklat tu. Kt facebook jeri tak letak watermark. lepasni, gambar kt FB pun kene letak watermark gak. Dia ckp small matter jer copy gmbr org. sabar jerlah

yatie chomeyl said...

nadiah >> bukan promote brg, tp bg contoh ape ntah..xde kaitan dgn gmbr pon..geram btol

@eda >> mmg kena hati2, dunia tanpa sempadan mcm skrg ni mmg bahaya

lieza >> tu la, ken atau hak kita supaya org x senang2 guna gmbr kita

nadnye >> mmg ken aletak dear

k.yong >> biar cact gmbr, asalkn hak kita x dicerobohi..kan k yong

yatie chomeyl said...

zaila & azieazah >> u r most welcome :)

isabelle >> u should consider that dear..nti klu dh jd mcm I, x ke haru huhuhu

k.nur >> ok, nti t ajar

padnani >> tu la pasal, geram btoll

ayuarjuna >> hehe..i dh sbr..u pulak hangen erk ekekeke

yatie chomeyl said...

Huda >> mmg x patut..rs nk sekeh2 je diorg huhu

mama syaza >> jgn lupa buh disclaimer tu ye :)

k.izan >> tu la, kalau xde yg bgtau..smp ke sudah yatie pon x tahu huhu

ashanas >> xpe shira, sesekali jln2 sini pon dah OK ;)

yatie chomeyl said...

Hanz >> ken aletak dear, nti jd apa2 meneysal x sudah

nadnye >> OK dear, permission granted

jeri >> tu la, kat FB pong keno letok gop lo ni...klu dop, ramai yg saloh guno gmbr tu nanti

~Eila Nur Kaseh~ said...

yatie,
tq for ur info..
eila pun nak buh watermark la nanti...
takut gakkan.. org skang ni bila terlebih pandai.. macam2 hal plak.. sumer nak amik mudah je..

edah said...

salam yatie..
jangan gelak k..but how to put disclaimer.. pls pls pls jangan gelak.. hahhaha

lianalovekhairi said...

tips yang berguna buat saya.tq for ur info

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...