CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Tuesday, 16 November 2010

Raya di Musim Luruh

Tajuk entry dah ala2 tajuk Cekerama Raya Di Musim Luruh lakonan Eja dengan Remy Ishak masa raya hari tu kan? Hehehe, itu cuma lakonan diorang semata2 je tu, tapi kami tahun ni memang akan beraya haji di musim luruh. Suasana daun maple merah dan daun ginko kuning menambahkan kecerian berhari raya. *refer: Aidiladha 1430H - 2009 @ Fukuoka*.


Tahun ni insya Allah kami sekeluarga akan menyambut Hari Raya Aidiladha buat kali ke-3 di bumi Fukuoka nih. Aidiladha 1431H/2010 di Jepun ni jatuh pada hari Rabu, sama dengan Malaysia jugak. Insya Allah pagi esok kami akan ke Masjid An Nour Fukuoka untuk sama2 bertakbir dari jam 7pg dan solat sunat Aidiladha pd jam 9pg, di ikuti dengan jamuan ringkas pd jam 11pg.


=- si kenit Shafiq Nazhan beraya di musim luruh buat kali ke2 -=
I tak bagitahu lagi dengan Prof yang I nak ponteng dari lab esok. Eh,kalau nak ponteng, perlu ke bagitahu..takkan nak cakap,"Prof, saya rasa nak ponteng sekolah lah esok, boleh tak?"...ekekekeke. Tengok keadaan lah, kalau I rajin...lepas solat tu mungkin I ke lab. Tapi BESAR kemungkinan, rasa malas lah KOT nak gi lab...lagi best kalau gi shooting pemandangan autumn dengan baju raya esok, leh gak buat modal untuk hantar kat Salam Perantau edisi tahun depan punya sengihnampakgigi ekekekeke.


Tahun ni, I tak rasa sedih sangat beraya macam tahun lepas (*refer: PENGORBANAN itu bukan sesuatu yang mudah*) sebab my eldest sister i.e. Kak Nur dah balik Malaysia. Jadi I tak risau sangat dah la pasal adik2 I sebab I tahu Kak Nur ada untuk beraya dengan diorang. I harap dalam kemeriahan beraya tu, family tetaplah ingat kat kami bertiga ni ye. Mesti best puok demo leh make daging singge, daging goreng, kerutuk daging, kurma daging dan mace2 jenis daging deh. Takpe, kami warga Malaysia kat Fukuoka ni pun akan buat jamuan raya hari Sabtu nanti, masa tu I nak makan puas2 ~ eh, macam selama ni makan tak puas kan?? Padahal, tiap2 kali jamuan, memang muka I lah yang makan paling banyak pun sengihnampakgigi hehehe.


Ini pulak I nak share sikit antara adab-adab semasa menyambut Eid Al Adha :-
1. Mandi (الاغتسال):
~ ia merupakan salah satu dari adab yang baik sebelum keluar bersolat. Ia telah dilaporkan oleh Sa'id Ibnu Jubair, berkata :"3 perkara yang menjadi sunnah pada hari Eid: berjalan kaki (ke tmpat solat), mandi, dan makan sebelum keluar (jika ianya Eidul-Fitri) *kalau Eid Al Adha, disunatkan makan selepas solat supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat.

2. Bertakbir pada hari Eid (التكبير يوم العيد ):
~ Ini merupakan sunnah yang terbesar pada hari tersebut.
~ Al-Daraqutni dan lain meriwayatkan bahawa Ibnu Umar semasa keluar pada hari Eidul-Fitr dan Eidul-Adha akan sedaya-upaya melakukan Takbir sehingga tiba ke tempat Solat, kemudian ia akan meneruskannya sehingga Imam tiba.

3. Mengucapkan tahniah (التهنئة):
~ Orang Islam boleh mengucapkan tahniah dan ucapan-ucapan yang baik dihari Eid, tidak kira apa bentuk ucapan sekalipun .
~ Misalnya mereka boleh mengucap diantara satu sama lain ucapan :"Taqabbal Allahu minnaa wa minkum" - Semoga Allah menerima amalan baik dari kami dan dari kamu atau Eid Mubarak .

4. Memakai baju yang baik/cantik untuk Eid (التجمل للعيدين ):
~ dari Jabir r.a. berkata :"Nabi saw, mempunyai Jubbah yang beliau akan memakainya pada hari Eid dan hari Jumaat"

5. Menggunakan jalan yang berlainan apabila pulang dari bersolat (الذهاب من طريق والعودة من آخر ):
~ Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw menukar jalannya pada hari Eid -
{عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ رواه البخاري 986 } (Riwayat Al-Bukhari).
## Sumber dari al-ahkam ##


http://farzana.files.wordpress.com/2009/11/eid-ul-adha.gif


Selamat menjalani ibadah korban untuk semua yang sudi singgah ke blog chomeyl ini. Semoga ibadah ikhlas dari kita di terima oleh Allah. Kami kat sini beli daging frozen je lah untuk makan di hari raya nanti. Sementara menunggu raya, I nak gi jenguk lembu2 I di kandang, agak2 dah sedia ke tak nak di korbankan eh?.
x

x

x

x


x

x


x

x

x

x

x

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjAQ5wjpjHhE4ExnEpdauP-WTDvbyXiRhHQjYjIimEQ0RqPuLrwGgDzH0rqsE7VGxaO-8mUXJI2VTxj88KRPGOLz2-uPgPl8DqiZ9DX-daHmU8Y1kQ6ngazpCOIXbmClhB9qoXTIcWbYtqA/s1600/Fullscreen+capture+11162010+100648+AM.bmp.jpg
=- lembu + kambing + biri2 peliharaanku di farmVille, bersediakah kalian untuk di korbankan?
sengihnampakgigi ngeee -=


Pssstt : incik hubby nak gi conference kat China hari jumaat ni, nampak gaya nya I gi dengan baby SN je lah jamuan raya warga Malaysia tu hari Sabtu nanti, huhuhu.

16 words of wisdom & comments:

Unknown said...

slmt hari raya aidiladha kak yatie n famili:)

Eliss said...

selamat hr raya :) jgn sedih2 dihari raya yer..

R28est said...

slmt hari raya aidiladha ma...

aNgAh_aLiFaH said...

yatie, main lagi farmville? angah dah tutup ladang dah... hehehe... best kan... teringat zaman mengharvest dlu... hehhehe...

ddfirdaus said...

ternakan ajaib i masih hidup segar bugar walaupun dah lama i tak jenguk ladang. mungkin kawan2 beri makan..

anyway, selamat aidiladha Yatie

Atiqah said...

salam aidil adha..

isabelle said...

hubby xde, xpe.
makan tetap makan. hehehe

Affieza said...

Salam aidiladha buat K.Yatie sekeluarga....

Affieza said...

Salam aidiladha buat K.Yatie sekeluarga....

Hamizah said...

salam adiladha,yatiey..

mygoldpen said...

selamat beraya di perantauan yatie...

transformed housewife said...

knur tok balikla rayo haji ni sbb cuti sari jah. Mokcik ado rayo dgn Abg De, Epit, Aeji, Asul & Awin. 2 mg lg Abe Ariff balik.

en_me said...

salam aidiladha akak itteww dr me yg jauh dimata.. chewahh

Nurul Izza said...

mati-mati iza ingat yc nga adik pompuan tu jah tino..ado kakok rupanya..

salam aidiladha...

yatie chomeyl said...

salam aidiladha unuk semua jugak...makan daging banyak2, jgn lupa kami yg jauh ni ;)

Unknown said...

salam aidil adha buat yatie sekeluarga...

hahaha... tgk lembu2 farmville tu, tingat lak dedulu rajin melayan deme nih... kehkehkeh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...