CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday, 6 January 2011

I am not that "Jangok" = Stylo - anymore

I noticed lately that few bloggers have been identified as fashionista bloggers, which is good in a way that everyone can easily feel relatable to these so called fashionista bloggers coz they are all 'normal human being' just like us. Not that I nak cakap yang celebrities tu bukan 'normal human being', tapi it's quiet difficult to style yourself macam artis sebab kalau artis pakai pelik2 tu takpelah..diorang nak buat show ke attend function ke apa kan. Ni kalau I nak pakai macam diorang tapi end up gi pasar beli ikan je, what the heck lah kan? Ngeeeeeee.


=- the latest it-girl yang stylo dan kekal bertudung-= gambar di curik dari SINI

KL's most stylish ladies of 2010 (Vivy Yusof)
Bila tengok gaya diorang, especially yang bertudung, I pun mulalah berangan nak bergaya macam diorang jugak. It was like when u watched America's Next Top Model, sambil tengok sambil berangan next time nak posing macam diorang gak, badan melengkung gaya hunchback, kaki hulur panjang2 bagi nampak tinggi and so and so.


Tiba2 teringat masa muda remaja zaman undergraduate studies kat USM dulu2 kan, bukan nak perasan ke apa tapi I memang salah seorang yang agak 'jangok' dalam kelas I tu. Dulu2 my girlfriends & I akan buat satu jamuan tertutup untuk Geng Bunga Angkasa.
*Bunga Angkasa bukan sebab kitorang minat dengan lagu Terra Rosa tu, tapi sebab kitorang kan girls dalam Kejuruteraan Aeroangkasa, tu yang suka suki bagi gelaran kat diri sendiri Geng Bunga Angkasa*. By the way jamuan ni di buat setiap kali lepas cuti raya, dan kitorang akan prepare anugerah2 tertentu contohnya gadis paling jangok(bergaya), gadis paling mesra alam, gadis paling skema, gadis paling berkarisma and etc. Untuk best dress pada malam jamuan tu pun kitorang ada sediakan award Queen of the Night. Pemenang setiap gelaran dan award tu ditentukan secara undian.

Guess what?, I sapu bersih gelaran Gadis Paling Jangok(stylo) dan Queen of the Night sepanjang 3 tahun jamuan itu di buat hehe.



In fact, masa kat USM dulu..my wardrobe collection pun selalu gak jadi sasaran kawan2 untuk pinjam baju masa nak dating ataupun masa diorang nak attend several function kan. Koleksi kasut I pulak toksah cakap lah, banyak sampai tak muat nak susun depan pintu bilik, so terpaksa sumbat dalam kotak dan letak bawah katil..bila nak pakai baru cari. Tu belum lagi collection jam dan jugak bangles yang sedondon dengan baju yang di pakai untuk hari tu. Tudung pulak, memang macam2 warna dan pesen, walaupun yang di pakai selalunya ialah tudung bawal warna hitam tu gak
gatai kui3x.


Sikap perasan stylo ni jugak membuatkan I cerewet dengan apa yang I sarungkan kat body I ni, kalau boleh nak nampak cantik & sexy je (isk3x, zaman jahiliah dulu la). Teringat peristiwa masa I nak attend konvokesyen master hubby kat UGM, Yogyakarta dulu2. Masa tu kami baru tunangan la, incik tunang dah siap belikan kebaya untuk I pakai ke majlis konvo dia tapi I tak berapa berkenan. End up, I paksa incik tunang bawak I pergi shopping kat Malioboro Street dan beli baju lain pada malam sebelum majlis konvo nya itu. Ulang alik tawaf dari kedai ke kedai kat situ berjam2 sampai akhirnya I bertemu dengan baju kebaya idaman hati untuk di pakai ke majlis konvo incik tunang. Over kan? Padahalnya bukan malis konvo I pun,gatai kui3x.


Sikap perasan stylo I ni jugak telah membuatkan I ugut takmo kawen dengan hubby 2 hari sebelum akad nikah kami. Perghhh dasyat kan?. Gini ceritanya, kan masa nak kawen tu I still kat Spain, so I mintak bakal biras I tolong tempahkan baju akad nikah kat tailor. Tapi ada mis-communication sikit yang membuatkan design baju akad nikah I tak macam yang I nak. Mengamuk sakanlah I kat tunang I masa tu (skrg dh jadi hubby lah), so I mintak hubby tolong sewa belt warna purple dari butik pengantin dekat rumah dia so that I boleh alter baju akad nikah I tu. I ugut kat tunang I, kalau takde belt tu, takmo kawen!. Ngeeee, sengal kan? Nasib baik incik tunang berjaya dapatkan belt yang I nak tu, maka berlansunglah jugak majlis akad nikah kami pada sebelah malam tanggal 22hb Ogos 2008 itu
gatai hehe.


=- kalau takde belt kat pinggang tu, I tetap kawen cuma mungkin I tak senyum lansung lah kot sepanjang majlis akad nikah tu kui3x -=


Anyway, sekarang ni I rasa perasaan nak bergaya tu dah dapat di kurangkan sikit. Lagipun, sekarang ni bajet shopping hubby yang control kan, so tak de lah mak meroyan nak jadi Becky Blomwood macam dulu2 masa pegang duit sendiri hehe.


Furthermore sekarang ni kalau I nak pakai apa2, kena dapat approval hubby dulu kan. 2-3hari lepas hubby dah sound2 yang dia tak berkenan dengan pesen shawl yang I pakai sebab nampak selekeh dan kadang2 ternampak telinga + rambut + leher bila I pakai shawl yang nipis sangat. Nampaknya I kena beli inner yang tutup leher tu baru boleh pakai shawl nipis2 tu semula,
anyone can suggest to me kat blogshop mana I boleh beli inner tu tak?.


=- si comot bila pakai shawl, senget benget sana sini bajet stylo -=


Pastu, hubby macam tahu2 je I nak try pakai shawl ala2 style Yuna dan Maria Elena yang gorgeous dan super cool itu, terus dia cakap; "tok berkene lah abe style gitu, macam selekeh jah..toksah lah pakai". Tsk3x sob sob sob..I ingat nak jawab "tapi diorang pakai cantek je", tapi tapi tapi..... tak jadi nak menjawab sebab takut jadi isteri derhaka pulak hohoho. Tapi sumpah, dalam hati I cakap, "cantek weh gaya tudung yang Yuna & Maria Elena itu" *wink wink*.


Minggu lepas lagi best, I kan baru beli boot. So I pun pakailah dress yang di padankan dengan legging pants, so that bila sarung boots jadi ah cunnnnn nya konon2 ala2 Kate Moss. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....elok je I berdiri kat depan hubby masa nak sarung boot tu, hubby tengok I dengan pandangan pelik pastu tanya "Ayg pakai seluar gapo lagu tu?". Erm..erm..erm..dengan muka tersengih2 macam kerang wangi, I masuk balik dalam rumah..tukar pakai seluar jeans biasa dan sumbat2 lah seluar jeans tu bagi muat kaki masuk dalam boots.Aiseh, there goes my dream to be like Kate Moss gatai eceh.


= Kate Moss in her legging/skinny jeans and boots -= Source: here


Walaupun last week ada offer 80% on Levi's skinny jeans, and I have found the perfect size 25 untuk I, tapi I tak berani nak beli sebab I tahu kalau beli pun mesti incik hubby takkan benarkan I pakai keluar. Bila ingat2 balik memang rasa menyesal gak lah tak rembat, tapi bila fikirkan redha suami tu lagi penting, terus hasutan syaitan iu dapat ditepis ecececece. *setan duk galak menghasut2 tepi telinga, "beli lah weh..cuma 1980yen=RM70 jer nih derrrr"*.


Not that I want to say yang Hubby I ni jenis mengonkong or kolot bab2 berfashion ni, but he just being what he should be as a good husband should be; that is to guide his wife to be a better muslimah. Lagipun, tak de lah I rasa ralat or menyesal ke apa tak dapat nak bergaya stylo2 sangat sebab I rasa I dah lalui fasa tu.


Plus, tugas I selaku isteri ialah untuk berhias untuk suami, so I kena ikutlah apa yang hubby nampak cantik di mata dia kan. As for now, according to hubby tudung bawal suits my face well and I tak lah selekeh senget benget sangat pakai tudung bawal, maka bertudung bawal kembali lah I sekarang ni ngeeeeeeeeeeeee.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjUylpI745kGL1ddk1IOa8payrAgExCPKvJSxNYT8KJ-qGSG3qUFvLAR7qVWXKuO5B0_Qyqb_FGDZ-DylXOOmKpRkYMADyok1fUy7ROf_h2UYJ-Ym1dhFz8i_CdZAmWwDW8MdFhUU-sjf6V/s1600/DSC_0201.JPG
=- jeans normal cut sumbat2 bagi muat masuk dalam boot, winter jacket-terlebih besar- size LL dan tudung bawal yang dah lama tak pakai ~ my current look, styled by incik hubby gatai kui3x -=


Oleh itu, tendency untuk bergaya sekarang ni dah di salurkan ke Nazhan pulak, beli jeans + kemeja + shirt + jaket hensem2 bagi budak kecik tu nampak stylo gitu eheh. Masa shopping kat Bebe Outlet minggu lepas, I siap mintak SA kat Bebe outlet tu cabut jaket yang tengah display kat anak patung dalam kedai tu sebab I berkenan sangat untuk di sarungkan kat Nazhan. Nasib baik SA tu redha je dengan peel I nih hehehe.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgbVBgaROaWK9D-_NOiVCcCP6hJp7NKC-xbGOb1O-5OE93MYeqUnYkFXXtplr6vXJ8ro6PQiOZdTwdHy-SmQp_9WEL6rbsjS1ykzpqCsu2-t1mJ8TBXlwR5iHgK3HrB-47bLuGyHzmALPkZ/s1600/blog8.jpg
=- Nazhan's outfit --> jacket: Bebe, sweater: baby GAP, jeans: Osh Kosh, Shoe: Aprica -=
*bajet2 macam kat dalam majalah gitu lah kan, siap tulis brand apa untuk setiap item gatai ekekeke*

I'm not saying that once u become a mother, u dah takleh nak stylo macam dulu2 lagi. In fact, ramai je blogger mom yang tetap maintain stylo dan cun melecun macam anak dara dulu. Contohnya macam: Lyna J, Rinie, Drama Mama, Sue Anna Joe, Eliza Dianna, Isabelle, Hanz, Farah, Azzamoro dan ramaiii lagi lah *I just named a few*. Cuma mungkin, cara bergaya tu dah berubah sikit, pakaian pun taklah ketat sana sini macam masa bujang dulu; which is a good transformation sebab takkanlah sampai ke tua pun nak berangan muda dan bergaya macam budak2 lagi kan?. Matang lah sikit derrrr...ke I pun mengalami midlife crisis macam Isabelle dah ni? Ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.


Pssssssssssttt : ye ke I dah matang sekarang ni? uhuk3x..macam tak percaya pulak dengan statement itu

29 words of wisdom & comments:

Eray Majid said...

hahaha betul kan...kite dah tak sejangok dulu, tapi yatie serious u should try maria elena style.

eray dah mula, n ramai fwens yg suke...try lar :)

(hehe sede pun pelik jugop mula2, tp he will get use to it, sooner or later hehehehe)

Hanz Jamaludin said...

hehehe..muncul gak my name dalam senarai tu...

baca your story ni me sengih2 jer sebab memang boleh relate sangat2...Ti, me ni pun'perasan' digelar minah kuat bergaya zaman student dolu2..sampai seloka kelas masa grad pun derang boleh buat ayat me suka melawa...

tapi betullah Ti, stylo tu dah kurang sikit since jadi mak2 ni..hubby pun cukup pantau kalu me pakai baju senteng ker & x leh dah pakai lengan pendek melainkan ngan inner..seksi cikit2 jer tapi still kena jeling/bebel gak ngan hubby at times..

zaman dolu2 cukup suka pakai baju fit, skarang ni kena top-up ngan jaket/cardis/vest...

babe, bagi idea sikit nak stylo masa preggie...perut dah tambah nampak ni...kena ubah penampilan ler...

*∽ IZAN ∽* said...

kah kah kah..! kelakar tul entry ni!! leh nak kansel nikah kalo tak dapat beltt..sadis tull!!

ahaha nak wat camne.. jiwo mudo.. mudo bukan sekali..! sekarang pun mudo lagi..!! he hehe.

tapi.. tak de ke nak tepa malam dapat gelaran 'ratu jangok bunga angakasa' tu..? nak tengokkk!! i loikeeeeee!! he heh e

CuppyCakeMommy said...

cantik di mata suami itu dah cukup lah yatiey i rasa..buat apa kita nak melawa bagi orang tengok cantik tapi suami sendiri makan hati..eheheheh..
stylo dah tu berbawal poun

Unknown said...

hehehe me pun agree ngn kak siti..as long as hubby tengok kite cantik itu dh memadai kak :)

tp sekali sekala nak melaram pun ok :) asalkan aurat terjaga kan kak :)
kak yatie mmg stylo!

isabelle said...

mula2 baca halfway smpii nmpk nama sendiri...ahahaha...

smpi ayat last tu...OH TIDAKKKKK.

:P

jgn le sebut midlife wei. mcm dah 40-50an lak.

Nurul Izza said...

hahahah pelik sungguh cik Yc ni..ado ko gituh..*xsey nikoh kalu xdok belt*

in fact, kalau dh mata hati keney, apola salahnya..hahah

transformed housewife said...

molekla hok mano SOlah tegur tu. knur memme jenis hok tok jangok tapi "Tini" dpt jangok CIk Ti dio kot :P

A.N.I.S.H said...

haha..suko la entry ni! :D

Oyis said...

nak tgk hok ratu jangok punya pic bole? hehehe...

saya ni teringin nak beli snood dkt sini http://www.maysaa.com/shop/scarves.html,
nak wat pakai ala2 selendang la jgk, tp rasanya x seswai kot ngan muka. so stick to tudung biasa je la huhu

Ummi Salsabila said...

Samalah kita yatie...dah anak dua ni lg laberkutang stylonya!

Hubby i pun jenis control.seksi tak boleh.ketat xboleh.pendek tak boleh.kene pki inner.or sarung tgn.
Suami yg soleh kan,mestilah jaga kita..;)

Kali mekap cantik2.dia perli,kat umah nape tak mekap?hahaha

I tringin nak pki boot.tp kalo pki kat msia,mcm ape je.

i_sofia said...

nak tgk gambar menang anugerah stylo bunga angkasa buleh?? kekekek
sofia dulu pun kasut berkotak2 bawah katil, tudung pulak time tu tgh glamer tudung bawal, mcm2 kaler, siap boleh jadi kedai dah. kekekeke..
sofia x reti nk pakai inner melekat tu. muka nampak boolat. so sofia pakai inner awning tp jenis pendek . aritu beli rm15 masa nk raya kat penang. kat area shah alam/puchong ni x jumpa lagi yg mcm tu. tgk gambar sofia kat fb, yg gambar ngan klcc tuh.
p/s: baca post ni ngan anak sofia. suka dia tgk gambar yati ngan ultramen tu.

useryna said...

hehe..agaknya kalau dah kawen mmg akan jadi camtu kot..keinginan nk berstylo2 ni ter'sekat' sket..ada lembaga penapis kan..hehe.

Anonymous said...

k.fa10 x pandai stylo mylo ni... lloni pun duk paka tudung bawal lg, seluar jeans pun 1st time paka sbb duk UK.

reitak said...

jeles la u dpt pakai boot stylo tuh...kat mesia tak prctical!! ;p

tgu nti if dapat bb girl, mau lagi yatie gayakan dia kan? ;p

its a phase..not mid-life crisis! hehehe

Eliss said...

jangok jah napoknya tu..comel sungguh pakai boot tu.teringin jugak nak pakai tapi mesti napok gedoboh..hahahahaha

Sukma SuKkma said...

Yatie...kita pakai apa yg kita suka dan sesuai dengan usia la kan..tp jgn lupakan identiti sendiri, gitu,..bak kata Coco Chanel

A girl should be two things: classy and fabulous.


A woman has the age she deserves.
Coco Chanel

p/s: yatie, pls vote for me at Show me Your Style 2 Contest ya TQ..http://www.facebook.com/reqs.php?fcode=c1d2486c7&f=100001429731771#!/photo.php?fbid=173922919309543&set=at.173919065976595.32221.134778679890634.682943354

nadnye said...

hahaha.. yang bab tudung tu betul la, kalu kuar fesyen pelik skit yang kita rasa okay tapi dia dah kata tak ok, ternampak sikit kat leher/pendek nampak yg tak patut nampak ..okay pass.Tapi tak semestinya tak boleh nak bergaya cuma kene pandai pilih yang bersesuaian dengan status ibu dan muslimah..hehehe. (tapi kdg perasan muda sentiasa). Sekarang nie suka pakai belt cari baju yg labuh tu pun kdg hubby kata over. hmm.. Yang penting suka Zelqha.com, Munawarah bajunya agak mahal skit tapi worth the money..

Aleyn said...

Hik..hik...klakor lah entry kamu ni....I likee...

I memang type underfashion...so i tak terkesima bab2 fasion ni sangat....terasa diri ini dah tuo...

Anyway...macam Izan..I nak nengok gak Ratu Jangok(1st time dengar) Bunga Angkasa tu...

ps. Oh yer...ghapo yer...i x dpt nak add blog u dlm blog list I...memanjang dah try...faiiilll

inisuha said...

kak yatie,
lawak je baca enri ni.btw, saya setuju, tak po perubahan utk kebaikan,dek pum, selendang kan licin, kalu silap pakai/tak pin dgn kemas, kejap je akan jadik senget benget, end up nampak selekeh..sebb saya pun mcm tu jugak :)

Unknown said...

jeles tgk uols yg stylo bergaya ni..

kakyong ni sejak dah tak kerja.. nak request beli sandal flat yg rege lebih RM20 pun sampai hari ni tak dpt2... sedey tau.. pakai selpar jepun jer.. mujur la ari tu antor fikri sek tadika kat dlm kawasan kg jer.. so berbaju kurung & selipar jepun x la rasa malu.. huhuuu...

btw, kakyong memang bukan kaki fesyen pun... as long kemas & simple..

yatie chomeyl said...

eray >> x berani la nk try, sbb solah x suka..hehe

Hanz >> tu la pasal, even if kita rasa xseksi pun hubby ckp seksi jugak..so xleh la pakai gitu lagi kan

k.izan >> gmbr free hair, sbb tu xleh nak tepek :)

cuppy cake mommy >> tu la, stylo dgn bawal la pulak skrg eh

yatie chomeyl said...

Huda >> dah x stylo la huda, selebet je skrg eheh

isabelle >> ekekke, xmo ngaku pulak dia :p

izza >> tu la perangai jame mudo2 dulu, loni dop buat doh ehehehe

yatie chomeyl said...

k.nur >> dapat sikit2 dr mek delimo la ni hehe

anish >> suko deh :p

oyis >> xleh tunjuk pic, x pakai tudung retep..sb tu jamue tertutup geng bungo angkaso jah ;)

US >> tu la, dh jd isteri ni..pakaian ikut style yg hubby tetapkann je lah nampaknya kan :)

yatie chomeyl said...

i_sofia >> nanti bawak naak sofia dtg sini, leh jumpa uktraman ;)

useryna >> aah, lembaga penapisan yg berkuasa mutlak hehe

fa10 >> oo ye ko? 1st time pakai seluar jeans di UK?wow, kat Msia memang xpakai lansung?

reitak >> aah, kat Msia if pakai boots orang mesti pandang semacam je kan

yatie chomeyl said...

eliss >> kalu pakai boots di malaysia, netup kaki panas terlajok eheh

sukma >> skrg dh x berapa fabolous la...sbb tudung jd senget benget bila dukung anak hehe

nadnye >> hahaha, nmpknya ramai mommy lain yg senasib dgn I rupa2nya ;)

yatie chomeyl said...

Aleyn >> i pun xtahu nape, ada mslh dgn RSS feed i kot huhuhu

inisuha >> nasib baik ada geng shawl senget benget ;)

k.yong >> yatie pon skrg ni dh kurang shopping sbb kena mintak duit dgn hubby. dulu2 pakai duit sendiri, syokkk je shopping hehe

e.l.i.z.@ said...

aikk bakpo eli x perasan entry ni hehhe..tp lucu sungguh la..siap ugut² nah xse kawen hahah..mujo ado jgk belt hihihi...ooo ms tu awok duk spain. kiro time tu wat degree denu ek? bestnyoh!!!!!

dulu istilah jangok pado eli ni, lain..jangok tu sokmo pakai bju kurung ala² datins kikiki

skinny jeans tu kawe keney benar la tp gak xmuat hahaha mugo peha besar.tu bersungguh g gym tu.konon nk kecik peha ekekkek

aha abd aziz said...

hahaha.....kelakar je bila baca yatie punya cerita ni.....kita memang x jangok lagi....ye ke....akak pun pernah jgk nak cuba pakai tudung macam yuna tu, abg kata "...macam mok limoh je....", potong stim betul lah...baru je nak bergaya, dah kena komplen....tapi sekarang anak2 dah besar, dah boleh berjangok semula...dia pun x komplen...:) suka suka
http://ahaaziz.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...