CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Monday, 14 February 2011

Asal Usul Permainan Bowling

Hari ni I nak bercerita pasal asal usul dan salasilah permainan bowling yang tidak pernah di ceritakan oleh sesiapa pun sebelum ini. Kira nya entry kali ini ialah pendedahan eksklusif tentang asal usul salasilah nerd keturunan permainan bowling.


Bowling merupakan sejenis permainan yang memerlukan bola + pin + laluan. Tidak dilupakan juga elemen penting bagi permainan bowling ialah longkang; khusus untuk menentukan sejauh mana kehebatan seseorang pemain itu.


Permainan bowling telah wujud sejak dari zaman batu lagi iaitu bermula sejak dari zaman Flinstone lagi. Memandangkan ia di mainkan pada zaman batu, maka bola dan juga pin untuk permainan bowling pada zaman itu di kenali sebagai BedROCK Bowling.

http://picture.mobilefan.net/PDAPic.nsf/--Download/0AD0DA2D7D6325874825706E000E760B/$File/TheFlintstonesBedrockBowlingV10.gif
+- bedrock bowling, pic source: here -+


Ramai yang tidak tahu soal bahawasanya perkataan BOWLING itu merupakan singkatan daripada dua elemen penting daripada permainan ini yakni tak lain tak bukan perkataan BOLA dan LONGKANG.
Bola ke Longkang= Bowlaing

Permainan bowling pada asalnya di cipta supaya bola tersebut di baling ke dalam longkang. Hasil daripada momentum yang terhasil akibat perlanggaran bola dengan longkang akan mendatangkan impak kepada laluan tersebut. Kemenangan di berikan kepada pemain yang tidak menjatuhkan pin2 tersebut walaupun terjadinya impak kepada longkang tersebut. Pada asalnya permainan ini mahu mengaplikasikan hukum resonan.
*Resonan
nerd ialah keupayaan sesuatu sistem untuk menyerap tenaga ayunan yang banyak apabila frekuensi ayunan ketika itu adalah sama dengan frekuensi asal*.


+- penulis sedang ingin menerangkan konsep resonan dalam gambar ini -+


Walaubagaimanapun, seiring dengan perkembangan masa cara bermain bowling turut berubah. Aplikasi resonan tidak lagi di terima pakai sebaliknya permainan bowling lebih menekankan kepada konsep Hukum Newton ke 3 nerd di mana bagi setiap objek yang bertindak ke atas sesuatu objek, objek akan mengenakan daya yang sama tetapi berlawanan arah.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiZNwnLeVgC8CkZ9WJxNQI2m4pZqpVgQ8LtzFKR1eY2lArO-cgS1HNTY5M5_h5ey3vVPRCw0imC4_0FvcNPLoqN7mLO1rKEvr7IfEwU8uTuDvojQ68iOTVA1fdAbuKebTlsUYehn9Dgz2-C/s1600/DSC_0042.JPG
+- incik hubby sedang mengaplikasikan Hukum Newton ke-3 -+

Dan dari situlah bermulanya permainan bowling seperti yang di mainkan sekarang ini iaitu bola di lorongkan di laluan itu untuk mengenai pin dan menjatuhkan pin2 itu seperti yang termaktub dalam Hukum Newton ke3. Pemenang di tentukan bergantung kepada jatuhan pin terbanyak.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiZMs1RGsY5jwh5No4uNnSWa9QFIQrQExE49STUeKt2d_n8OMFPI6W6dML02hpQzQvIuDMId9iCqoAejk-AwDLmJRYqzeJqvtC_F-CjbM6CiTUgu0amHueK23T6i2EW2CL1eLQZ7yYdTX-n/s1600/DSC_0040.JPG
+- perhatikan oscillation yang terhasil kepada bola tersebut -+


Kesedaran untuk tulis tentang asal usul permainan bowling ini timbul selepas pertandingan Bowling FUKU(3)M yang berlansung di Meinohama baru2 ini.


+- hadiah utama yang di tawarkan -+


Pertandingan bowling antara warga Malaysia di Fukuoka ini berlansung dengan meriahnya di mana peserta2 di bahagikan kepada 9 pasukan. Manakala setiap pasukan di anggotai oleh 4 orang ahli.


+- semua peserta pertandingan pada hari itu -+


Pertandingan berlansung untuk 3 games dan pemenang di kira berdasarkan kepada jatuhan pin terbanyak iaitu mengikut syarat pertandingan bowling Newton ke3. Pasukan yang I anggotai terdiri daripada hubby, Syamim, Abg Azizi dan Yatie Chomeyl sendiri lah. Anak2 pulak jadi tukang sorak je lah kat belakang.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiQP0HMSi8IN4DgA5O_xLjB_luLQisrZt7KMOVHMvxjBtQOWCDPlb3U8bPuo4OrXHRAZ5zVkwZimtcahubxX3EOQXrFU5s_pS2kYAXoTAV0ytdzgqITcEJ4GotH5BLBo_3gn-Ma-qlXXVfk/s1600/DSC_0109.JPG
+- team best dan chomeyl -+

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi1qXqpofhp2FwNTMWVSCmugC8PzfKSqHZhXvK-WOyRNQlmG0BG4OoSunX_WvhcW3XmOMuoc4SjGkMz7UIcPg8UYGdCMKaRzFQI1JZHaBYAhmAJimzzNsSO6qwVv5idaQbDQo4b7y-tJsnD/s1600/DSC_0048.JPG
+- Nazhan jadi penyokong setia mommy & daddy -+


Memandangkan tak ramai yang tahu tahu asal usul dan salasilah permainan bowling ini seperti yang di syaratkan mengikut bowling Resonan, maka kebanyakan pemain pada hari itu beria-ria mahu menjatuhkan pin sebanyak mungkin. Apa yang I perhatikan, cuma beberapa orang je yang betul2 memahami konsep asal permainan bowling mengikut hukum resonan.


Sebab itu bila I di gelakkan oleh pemain2 yang lain bila bola I menuju ke longkang, I memang tak ambil hati pun. I berlapang dada memaafkan diorang sebab I tahu diorang tak tahu tentang salasilah asal permainan bowling ini. Kalaulah diorang tahu yang sepatutnya permainan bowling di mainkan dengan cara bola bowling di baling ke dalam longkang secara berhemah supaya tidak menjatuhkan pin2 itu, kan bagus adus tsk3x.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxvvEWFb0kZdYZ-xB_4eWc708ZHozdlHL2dN9_uxriHhfMfpIXhsTBSMtryuDGgJFZTtipKkDOr2uUwGzCKOuC1f0idaffkySS42vzuX9GCWK7zL6M7uBI-oAFeZ9XqKWso5ELMfglEKid/s1600/edited+pics4.jpg
+- Skill Bowling Resonan encem yang bukan calang2 orang boleh buat -+



Tapi bila pemenang topi di umumkan mengikut permainan bowling Hukum Newton ke3, sedikit sebnayak ada rasa kecewa dalam diri I. Bukan senang tau nak baling bola ke dalam longkang tanpa menjatuhkan pin, tapi kenapa trophy dan hadiah utama di berikan kepada pemain yang menjatuhkan pin terbanyak dengan cara perlanggaran bola.


+- muka kecewa dengan syarat2 pertandingan Bowling yang tersasar jauh dari syarat2 asal -+


"Ini tidak adil!"; bisik hati kecil I. Tapi bila my hubby dapat jugak hadiah daripada kiraan jatuhan pin purata, maka I pun buat2 tak dengar lah dengan bisikan hati kecil I sebentar tadi. Hadiah utama penjatuh pin terbanyak di berikan kepada Paan untuk kategori lelaki dan K.Sofiah untuk kategori wanita. Manakala pasukan terbaik di berikan kepada pasukan A.Sheikh + K.Liza + Paan + Aziz.


+- incik hubby dapat hadiah sempena jatuhan pin purata -+


Walau apa pun, I puas hati dengan pencapaian peribadi I dalam pertandingan itu sebab I memang ikut syarat asal permainan bowling Resonan. peace Tak kisahlah walaupun cuma dapat hadiah saguhati sebab join pertandingan itu sebab I tahu yang I jujur dalam mengikut cara2 bermain bowling yang asal seperti yang termaktub dalam sejarah dan sala silah permainan bowling sebelum ini.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgpZP4H2-57ydIaFu9HU5dWTCgvHGk3ImNb4FK6dC9Futh86NGBF8c_VlHnXxlO_4O92PWUvg4p3JBHC2a1jI1tyrv7S5aMsuIVbth9fHqkoIOnS4a0kDpWM0Ck_t4jePCci4aySyDCL05R/s1600/DSC_0078.JPG
+- final score. hebat kan I? tak banyak menjatuhkan pin *seperti yang di sarankan oleh Bowling resonan dan bukannya Bowling Newton ke-3*.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi1eo2z-pHJl0yzVAyB3PSKmFQyZqCoiXwFCI1feGv8qsSze4AM9dbN_tgWyl7QGdTI2oaVp23EeQgOfrnjQOtuIT2OipBs1exipfFKWi2aeHVnGPfCW-Br2LeS6zwvSNP-35VbwOYQOuaC/s1600/DSC_0081.JPG
+- tumpang posing dengan trophy kemenangan orang lain je lah jawabnya -+


Agak2 lepas baca salasilah dan asal usul permainan bowling ini, korang termasuk dalam golongan pemain Bowling Resonan ataupun Pemain Bowling Hukum Newton ke-3? fikir


Pssssstttt : penulis sedang di landa in-denial syndrome pinokio dimana beliau masih tidak dapat menerima kekalahan maka buat cerita putar belit alam. Biasalah tu der, dunia memang macam ni penuh dengan tipu muslihat di mana2.

17 words of wisdom & comments:

Ummi Shira (AshAnas) said...

hoho... pandai ek mempengaruhi minda org lain.....

♥MAMASYAZA♥ said...

lama tak main bowling, teruja ni, kena p la hujung minggu nanti

Hanis MY said...

wahhhh romantikanyaaaa sebab baju sama! i likeeee....

syayassir said...

hahaha...
nasib kita cikgu bowling... (walaupun hampir terpedaya juga mulanya tadi... :D)
ala, untuk suka suki, janji dapat baling bola kan... hehehe...

isabelle said...

i main bowlong je... sebab asyik masuk longkang

Anonymous said...

sayo nok jd pemain bowling resonan la!!!!

Oyis said...

hehe, sehati sejiwa eh kita, main bowling bersama2 walau pon dipisahkan jarak ribuan batu hihihi..

e.l.i.z.@ said...

aiyaaa x igt doh hukum newton ke3 :P

teror doh tu main bola longkang heheh

Nadiah Sidek said...

hahaha..kalau mcm tu mesti kite boleh beat yatie. rasanya lagi byk bola kite ke longkang dpd yatie..hehe. tak berat ke bola tu? tak pernah main pun

@e_da said...

fuyyooooooooo syok arr.. tgk entry ni terus ngidam nak menbowling gak..hehehhe

Ummi Salsabila said...

lama tak men bowling.haha.samalah,bola masuk longkang je lebih! tp u gaya dah ada tu. ;p

yatie chomeyl said...

shira >> mesti lah, manipulasi tu penting eheh

mama syaza >> pi jangan tak pi, jgn lupa apply bowling resonans ye

hanis >> beli masa SALE kat GAP ngeee

yatie chomeyl said...

sya >> wah, mesti sya terer men bowling kan? ;)

isabelle >> bagus3x, maksudnya u ikut game bowling resonans

fa10 >> bagus, ini lah yang kita cari hehe

yatie chomeyl said...

oyis >> tu la pasal, serupoo rupo2nyo kito

eliza >> meme ketereran sejak azali tu ekekeke

nadiah >> amik bola yg plg ringan, tu pon terhuyung hayang nak angkat huhuhu

yatie chomeyl said...

@eda >> wahh men bowling pun leh ngidam jugak eh? kui3x

US >> gaya memang penting wpon bola ke longkang eheh

cikpuanhady said...

bestnyer main bowling..main ramai-ramai pulak tu, mesti meriah..

Jom skodeng :Anwar Hadi | 1st time tengok terus suka & gelak tak hengat!

nienaryonie said...

Mohon pencerahan dengan lebih lanjut tentang asal usul permainan boling ini.

Em, maybe boleh share jika ada trusted sources yg digunakan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...