CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday 3 February 2011

Si "CACAT" yang berjaya: part 2



Sambungan dari Kisah si "CACAT" yang berjaya: part 1, untuk entry kali ni I nak bercerita tentang hinaan yang pernah di lalui oleh lelaki itu sepanjang hidupnya dari kecil sampai sekarang usianya mencecah 32tahun.


Perkataan 'cacat' yang sering si labelkan buatnya dari kecil terbawa2 sehingga dia telah dewasa. Sedangkan pada luarannya, lelaki itu tampak normal seperti orang lain namun orang2 sekeliling tetap melabelkannya cacat hanya kerana tutur bicara nya yang kurang jelas dan sedikit gagap.



Dia pernah di hina si penjual roti canai di sebuah warung berdekatan rumahnya yang tidak mahu menjual roti canai kepadanya, kerana di khuatiri lelaki 'cacat' ini tidak ada wang untuk membayar. Malah si penjual roti canai mengejek cara lelaki itu bertutur dan tidak mengendahkan keinginan lelaki itu yang ingin membelikan roti canai buat ibu nya. Lantas lelaki itu pulang ke rumahnya dan memberitahu hal yang terjadi itu kepada ibunya. 5 minit kemudian, si ibu bergegas ke warung itu untuk membela anaknya dan juga untuk menunjukkan kepada si penjual roti canai bahawa lelaki itu punyai cukup wang malah lebih banyak wang daripada si penjual roti canai itu sendiri. She made it clear that none of her family members will buy anything from that
warung for the rest of their life!.


Seperti insan lain, lelaki ini juga punya hati dan perasaan untuk mencintai dan di cintai. Malangnya, sifat lurus dan percayanya pada semua orang sering di salah guna oleh sesetengah perempuan yang hanya mahu mempergunakan dirinya untuk kepentingan peribadi mereka. Pernah terjadi peristiwa di mana lelaki itu di hadiahkan seekor ular yang berbungkus rapi di dalam kotak berbalut indah. Semua itu kerana lelaki 'cacat' itu menyukai seorang perempuan yang nyatanya telah mempunyai kekasih; tapi si perempuan itu tetap 'melayan' lelaki 'cacat' itu kerana tahu yang lelaki itu mampu memberikan kemewahan material berbanding kekasih hatinya. Seluruh ahli keluarganya marahkan lelaki itu kerana terlalu mempercayai perempuan seperti itu; dan dalam masa yang sama mereka bertindak untuk membelanya. Bapa saudaranya bergegas ke rumah kekasih perempuan itu dan memberi 'amaran keras' buat si perempuan dan juga kekasihnya untuk berhenti dari mempergunakan lelaki 'cacat' itu atau keluarga lelaki 'cacat' itu akan mengambil tindakan keras yang selanjutnya.



Di sebalik kejayaan lelaki itu dalam hidupnya ialah kerana hasil usaha ibunya yang tidak pernah menganggapnya cacat. Ibu itu mendidiknya setegas mungkin supaya dia tidak larut dalam simpati dan perasaan mahu dikasihani hanya kerana dia 'berbeza' dari adik beradiknya yang lain.



Malah dia lah yang paling kerap di marahi dan di rotan oleh ibunya, bukan kerana tidak sayang tetapi kerana si ibu mahu lelaki itu lebih cekal dan berani menghadapi hidup yang sukar di masa hadapan, dan berdepan dengan caci keji masyarakat sekeliling.


Lelaki itu menyedari niat suci ibunya dan cuba sedaya upaya untuk membahagiakan ibunya. Dalam dunia ini, cuma kata2 nasihat dari ibunya sahaja yang betul2 'masuk' ke kepalanya. Ibunya sering mengingatkan adik beradiknya yang lain untuk 'menjaga' lelaki itu bila ibu sudah tiada.


Sewaktu hayatnya, si ibu akan bertindak untuk membela nasib lelaki itu setiap kali dia di gelar 'cacat'. Besar harapan si ibu, yang setelah ketiadaanya nanti anak2nya yang lain akan terus membela nasib lelaki itu jika dia di hina dan di perkotak katikkan oleh orang2 yang tidak betanggungjawab.



Dan kini ibu nya sudah hampir 2 tahun setengah meninggalkan mereka untuk selama2nya. Adik beradiknya yang lain sudah punyai keluarga sendiri, dan tidak lagi menetap di Kelantan bersamanya. Dia tinggal di rumah besar peninggalan arwah datuknya itu bersama bapa saudaranya dan sekali sekala adik beradiknya akan pulang menjenguknya di kampung.Masing2 punya komitmen sendiri terhadap pelajaran dan juga karier.



Alhamdulillah, dia boleh menjaga diri sendiri berkat didikan arwah ibunya; malah bertindak cemerlang menjaga keperluan adik2 nya yang masih belajar. Namun jauh di sudut hatinya, dia merasakan kesunyian dan fitrah untuk hidup berumahtangga sentiasa bermain di fikirannya. Lelaki itu juga mahu hidupnya di kelilingi isteri dan anak2 seperti kakak dan dua daripada enam orang adiknya yang sudah berkeluarga.


Perjalanan hidupnya sehari2 banyak di habiskan untuk kerja dari pagi sehingga ke senja. Waktu malam pula, sebaik pulang dari masjid dia akan menghabiskan masa berbual2 dengan orang kampungnya di kedai kopi untuk menghalau kesunyian di hatinya. Dia yakin, kalau arwah ibunya masih ada; si ibu pasti akan mencarikan jodoh buatnya. Kini, cuma harapan dan doa tidak putus2 sahaja yang mampu di lakukan olehnya semoga di kurniakan seorang isteri yang solehah untuk menemani hari2nya yang sunyi.

"Ya Allah, ketemukanlah lelaki itu dengan perempuan yang terbaik untuknya".


Lelaki yang di maksudkan itu is my one and only
older brother. Our family is trying our best to look for someone that could be his sunshine and cheer him up when he's down. Someone that could keep him company as we were living far away from him. Someone that could give undying love to him and accept him just the way he is. Someone who can be his 'sparring' partner to go to the mosque everyday, insya Allah.


I'm sharing this story of him to let the 'special' mom out there to know that you are not alone. For those mum with 'special' kids out there who happen to read this entry, I just want to say that treat that 'special' child of yours as equal as other kids. They are not different if we never differentiate them. They are 'normal' just like others, so treat them 'normally' BUT don't forget to put extra effort and strength to fight for their rights!.



I also hope that for those self-proclaimed 'normal' people out there, who happen to read this entry, please treat these 'special' person nicely because you never knew what they have gone through in their life. Their life as a 'special' person is a damn hell lot tougher than yours, thus they deserve 'special' acknowledgment and 'special' credit for being able to stay put through thick and thin in their life.


I'm really hoping the kind of true love story like Chris Medina and Juliana Ramos will come to him too, one fine day. Insya Allah.




Psssssttt: It's easy to be fragile but it's not that easy to stay strong.

11 words of wisdom & comments:

transformed housewife said...

I always feel guilty for not being able to be there when he needs me. Let's pray and hope for someone to be his true love.

isabelle said...

hamboi...bersungguh smpi part2.

babe,
my hubby minta tlg ur hubby cekkan harga battery grip nikon D90 kat sana how
much. email me at snowwybear@gmail.com ye.tq

Coffee Mama said...

Salam Yatie,
Terharu baca story ni..
Not everyone in the world will go through a smooth sailing journey in life, but we always learn throughout the journey..Hopefully he will find the best partner!

Nadiah Sidek said...

lebih menyedihkan kalau ahli keluarga sendiri menyisihkan anak istimewa. benda ni ada je berlaku. kesian sgt kalau takde support dpd family member

Ummi Salsabila said...

Terharu..Alhamdulillah.dia berjaya berdikari mencari rezeki walaupun begitu.malah boleh membantu keluarga..Alhamdulillah dia juga bertuah Ada family yg syg n support...smg ada hati terbuka untuknya.Amin...

yatie chomeyl said...

k.nur >> insya Allah, harap2 gitu la

isabelle >> nti i tny hubby i, then i emel u

yatie chomeyl said...

coffee mama >> i hope so, insya Allah :)

nadiah >> yup, kdg2 family sendiri pun x bg support..tu lg kesian

US >> insya Allah, amin :)

Unknown said...

kakyong mula baca part 2.. halfn way thru, terus teringat ni mesti ur brother sbb Adyani kan penah tulis kat blog..

kakyong doakan semoga abg Tie bertemu jodoh dengan seorang wanita yg berhati luhur & menjadi teman hidup seiring jalan... Amin

yatie chomeyl said...

k.yong >> insya Allah, harap2 nya gitu lah kan

cikpuanhady said...

i'm speechless..semoga abg yatie berjumpa dengan insan yang akan menyayanginya dengan setulus hati..

yatie chomeyl said...

cik puan hady >> thanks utk doa tu. insya Allah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...