CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday, 24 June 2011

Cintamu Milik Siapa?



Minggu lepas salah seorang dari
adik I telah mengadu yang dia baru sahaja kecewa dalam bercinta. Dia mengadu tentang betapa sakitnya hati,betapa peritnya pada jiwa dan betapa kecewanya dia di atas perhubungan yang terputus di tengah jalan itu.

Mula-mula membaca luahan hati dia kat YM tu, I rasa macam agak lucu dan I senyum-senyum sahaja dengan hubby. I anggap apa yang
adik I alami itu sebagai salah satu sisi dalam kehidupan yang perlu dia lalui untuk mendewasakan diri.

I cuba bagi kata-kata semangat untuk dia yang putus cinta bukanlah pengakhiran kepada segalanya. Malah ia sebenarnya ialah permulaan kepada diri dia yang baru. Sejujuranya I tak berapa berkenan bila adik bagitahu yang dia tengah rapat dengan seseorang dan menganggap gadis itu istimewa di hatinya.

I kenal sangat dengan adik I yang seorang ini, dia jenis orang yang setia (tak macam kakaknya yang 'boyanita') dan hatinya sangat rapuh dan sensitif. Tetapi dia meyakinkan I yang dia ikhlas dalam perhubungan itu dan bersungguh-sungguh menyatakan yang gadis itu mampu memahami hatinya dan boleh membantunya mengatasi masa-masa sukar apabila berjuahan dari keluarga terutama sekali selepas pemergian arwah Mama.

I cuba untuk memahami gelora jiwa muda di hatinya seperti mana yang pernah I lalui dulu. I cuba untuk mengurangkan sifat over-protective dalam diri I dan menerima keputusan adik I itu dengan hati terbuka. Tapi bila perhubungan mereka berakhir tidak seindah seperti yang di harapkan, ingin sahaja I nyatakan pada adik I yang "kan Kak Ti dah cakap dulu!."..huhuhu.

Tapi kemudiannya akal I bertindak untuk mengatasi emosi dan I menyedari bahawa ia memang fitrah manusia untuk di cintai dan mencintai. Secara emosinya, sebagai seorang kakak yang chomeyl menyanyangi adik-adiknya, I memang kecewa dengan gadis itu kerana telah mengecewakan sekeping hati milik adik I.

Tapi selepas membaca artikel
Indikasi Cinta Milik Siapa di iluvIslam; ia membuatkan I berfikir semula tentang pemilik asal cinta dari setiap insan.

Indikasi Cinta Milik Siapa

Cinta Melahirkan Rindu

Bayangkan kita seorang pelajar yang jauh dari dakapan keluarga, sudah pasti rasa rindu akan timbul dikala terkenangkan mereka. Bahkan tangisan kerinduan mampu mengalir kerana rindunya kita kepada mereka.

Bayangkan pula kita seorang suami, sudah pasti merindui si isteri jika lama ditinggalkan. Lebih-lebih lagi bagi si isteri, yang lembut hatinya menangisi perasaan rindu yang bermain di hati.

Begitu juga anak muda yang dikaburi dengan kerinduan kepada kekasihnya, sehingga tidur tak lena, makan tak selera, mandi tak basah, solat tak khusyuk (kalau solat), hidup bagai tidak menentu.

Bayangkan pula kita sebagai ibu bapa, sudah tentu merindui gelagat anak-anak yang kita sayangi. Anak-anak yang jauh dari pandangan sentiasa bermain di fikiran kita, sentiasa memikirkan keselamatan mereka, sentiasa memikir kebahagian mereka, dan yang pasti sentiasa merindui untuk ketemu mereka.

Mengapakah rasa rindu mampu muncul di hati sanubari kita?

Cinta. Ya, Kerana cinta.

Cinta yang melahirkan rasa rindu, kerana kerinduan tidak akan lahir tanpa ada kuasa cinta yang mengikatnya.

Inilah ketenangan yang pasti menghiasi hati kita ketika mengingati sesuatu yang kita cintai. Apatah lagi ketika mendapat tahu kita bakal menjumpainya, bahkan jika couple sekarang, cukup hanya terdengar nama si dia, terus tergetar hatinya.

Apabila terus menerus diingatkan tentang sesuatu yang kita cinta, rasa cinta dan rindu akan terus bercambah dan makin kukuh.

Persoalannya disini, jika teringat ibu bapa, anak-anak, suami atau isteri, kekasih hati, mengapa kerinduan mampu timbul dan kebahagiaan kononnya dirasai?

Sedangkan ketika kita menjauh dari Allah Ar-Rahim, tiada pun rasa rindu seperti rindu kita pada lainnya?

Adakah kita lebih merindui sesuatu yang lain selain Allah?

Ketika mendengar ibu dan ayah akan datang menziarah kita, atau mendengar suami atau isteri sudah ingin pulang, mengapa terasa bahagia sungguh mengenainya.

Sedangkan ketika nama Allah yang dilaungkan tidak terasa apa-apa di hati kita, ketika perkara mengenai Allah disampaikan juga seperti ianya berlalu begitu sahaja, ketika kita mendengar ayat-ayat dari-Nya, tidak bertambah rasa cinta dan rindu kepada-Nya?

Namun, bila cinta yang lain datang menyapa, makin bertambah rasa cinta dan rindu di hati kita?

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal." - [QS Al-Anfal, 8:2]

Muhasabah Cintamu....


http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/18476_221318199495_40569674495_2988410_5333987_n.jpg

Tangisan Kerana Cinta

Berapa ramai antara kita bersedih dan menangis ketika kita makin jauh dari ibu dan ayah, menangis ketika anak-anak makin jauh dari kita, menangis ketika meninggalkan keluarga kita, menangis ketika kehilangan sesuatu barang yang dicintai, menangis ketika wang ringgit kita makin berkurang, ketika harta dan perniagaan makin merugi, bahkan banyak lagi kepentingan dalam kehidupan kita yang kita menangis tatkala ia makin menjauh.

"Dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan." - [QS Al-Fajr, 89:20]

Namun, pernah tidak kita menangis kerana kehilangan cinta Allah, menangis ketika mengingati Allah, menangis ketika membaca ayat-Nya, menangis ketika makin menjauh dari Allah, menangis ketika bermaksiat dihadapan Allah, menangis ketika tidak mampu berkorban untuk Allah dan menangis kerana merindui Allah?

Tidakkah kita merasa hina kerana lebih sanggup menangisi sesuatu keadaan atau perkara, namun bila mengenai Allah kita tidak mampu menangis? Adakah cinta kita kepada yang selain dari Allah melebihi dari tahap cinta yang digariskan Allah?

Katakanlah: "Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuwatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." "Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." - [QS At-Taubah, 9:24]

Cukuplah mencintai sesuatu yang lain melebihi cinta kita kepada Allah, Rasul dan Jihad.

Sedarlah cinta kita milik siapa yang paling utama. Bukan kepentingan kita, keluarga kita, kerjaya kita, kenderaan kita, rumah kita, masa rehat kita, tenaga kita dan harta kita, lebih kita pentingkan sehingga mengorbankan kepentingan cinta kepada Allah, Rasul dan Jihad.

Kita wajib berkorban demi kepentingan cinta Allah, Rasul dan Jihad, bukan mengorbankan kepentingan cinta Allah, Rasul dan Jihad untuk kepentingan yang lainnya. Berkorbanlah demi cinta-Nya.

Tangisan cinta yang paling utama milik Allah, usahakan tangisan kerana Allah lebih kita utamakan berbanding tangisan kerana ciptaan-Nya. Seperti para sahabat yang bercucur air matanya tatkala tidak dapat berjuang, berjihad di jalan Allah.

"Dan tiada (pula) berdosa atas orang-orang yang apabila mereka datang kepadamu, supaya kamu memberi mereka kenderaan, lalu kamu berkata: "Aku tidak memperoleh kenderaan untuk membawamu" lalu mereka kembali, sedang mata mereka bercucuran air mata karena kesedihan.." - [QS At-Taubah, 9:92]

Inilah tangisan yang sepatutnya, menangis ketika tertinggal tahajjud kita, dhuha dan quran kita, menangis ketika tidak dapat berkorban masa dan tenaga kerana Allah, menangis ketika cinta kita dirampas selain cinta kepada Allah.

Muhasabah Cintamu...

Kebahagian dan Ketenangan Cinta

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." - [QS Ar-Ra'd, 13:28]

Inilah kebahagian dan ketenangan yang sepatutnya, jangan sampai hati kita lebih tenang ketika mengingat selain dari Allah.

Ramai antara kita lebih bahagia dan tenang ketika mengingati keluarga, harta kekayaan, kerjaya, pujian dan sanjungan manusia.

Takutlah hati itu sudah dikotori, sudah dinodai dengan kebahagian lain yang tidak hakiki, yang pada pandangan manusia dan dunia pasti membahagiakan, namun pandangan Allah itu lebih utama.

Kebahagian dan ketenangan sebenar hanya akan hadir bila kita mendekati Allah.

Kepekaan hati kita mungkin sudah makin cair ditelan arus keduniaan. Kekadang dosa yang dilakukan dianggap hanya seperti lalat yang singgah dan mampu hilang hanya dengan dikuis begitu sahaja, sedangkan kita seharusnya menganggap dosa dan maksiat itu laksana gunung yang bakal menghempap kita ketika melakukannya, laksana gunung berapi yang bakal membakar kita.

Inilah kepekaan hati yang perlu kita asah bersama, hatta dosa kecil itu lebih kita takuti.

"Dosa kecil lebih aku takuti dari dosa besar kerana ia tidak dapat dirasa kerana kekecilannya." - (Ibn Qayyim)

Jangan turuti hawa nafsu yang mengundang kepada dosa dan maksiat, yang mengundang kepada futurnya cinta utama dan yang akhirnya menumpulkan hati kita.

"Mereka itulah orang-orang yang dikunci mati hati mereka oleh Allah dan mengikuti hawa nafsu mereka." - [QS Muhammad, 47:16]

Indikasi Cinta Milik Siapa

Setelah bersama menghayati rindu dan tangisan kerana kecintaan. Mari tepuk dada, tanya iman. Siapa sebenarnya cinta paling utama?

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakdan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)." - [QS Al-Imran, 3:14]

Adakah manusia lebih kita cintai dari Allah?
Adakah harta lebih kita cintai dari Allah?
Adakah kerjaya lebih kita cintai dari Allah?
Adakah kehidupan dunia lebih kita cintai dari Allah?
Adakah kenderaan dan kediaman lebih kita cintai dari Allah?
Adakah keseronokan hiburan lebih kita cintai dari Allah?
Adakah kenyamanan tidur lebih kita cintai dari Allah?
Adakah waktu rehat kita lebih dicintai dari Allah?

Apa yang paling kita rindu bila kehilangannya?
Ke mana tangisan kita sering dicucurkan?
Inilah indikasi cinta kita milik siapa.

Ayuh ikhwah dan akhwat sekalian, tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan berdosa yang tidak mempunyai masa hadapan.

Tanamlah azam dan kesungguhan kearah yang lebih baik dan sentiasalah tingkatkan ia.

Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, dan usahakan esok hari agar lebih baik dari hari ini.

Mari muhasabah cinta kita bersama, letakkan kepentingan cinta yang lebih utama, nikmat-nikmat yang diberikan kepada kita perlu dicintai, tapi yang perlu dicintai adalah cinta kita kepada Pemberi Nikmat yang lebih utama.

Muhasabah Cintamu...

- Artikel iluvislam.com


Kadang-kadang kita terlalu taksub mencintai manusia sedangkan cinta yang sebenar ialah pada Yang Maha Penyayang; yang cinta dan kasihNya buat kita melimpah ruah.


i-love-allah


Artikel ini I tujukan buat diri sendiri dan buat semua yang sedang bercinta tidak kira cinta pada suami, pada isteri, pada anak-anak, pada keluarga atau pada Seth Tan sekalipun.
ihikhik

Mari kita sama-sama muhasabah cinta kita dan letakkan lah perasaan cinta itu di tempat yang sepatutnya. Insya Allah cinta pada Allah tidak akan sesekali mengecewakan kita.


http://ramadanreminders.org/wp-content/uploads/2009/11/love4allah1.jpg


Pssssssssttt: hari ini genap 3 tahun arwah Mama pulang di sisi Sang Pencipta. Cinta dan rindu I pada arwah mama tak pernah pudar dan ingatan I pada arwah Mama tak pernah hilang walau sedetik pun. Tapi I redha yang Allah lebih menyayangi arwah Mama; semoga roh arwah Mama tenang di sisi Allah dan semoga Allah sentiasa memberikan kasih dan cintaNya buat arwah Mama di alam sana. Ameen. ~ Al-fatihah

~
Thanks for reading this (^-*) ~

13 words of wisdom & comments:

eRaY said...

yatie, thanks for sharing this....betulkan, manusia selalu tak sedar...bila cinta & rindu telah tersasar..salah pemilik...pemilik tidak sah....

e.l.i.z.@ said...

hihih brapo umo adik awok tu? meme sero lucu kalu budok² putus cinta..*mugo kito x ajin raso kali gak :P

Oyis said...

ur a very good sister, yatie. ur arwah mama kalo masih ada would surely be very proud of you.

NzA said...

mugo adik kuat n taboh...rama lagi mek2 comel hok setio tu.....

*∽ IZAN ∽* said...

tak pee.. tentu ada yg lebih baik utk adik yatie tu nantii..

transformed housewife said...

sapo putuh ni? Aeji? Knur tok tahu gapo2 pun. huhu

kakyong said...

sejak selalu follow drama melayu ni, kdg2 rasa mcm penulis skrip skrg ni byk sgt buat drama 'cinta taksub'.. huhuu..

perkongsian yg baik ni Tie.. utk kita fikir2 kan dan renung2 kan... ;)



Terima kasih MZ @ Mama Zharfan
Simple giveaway Kakyong HY Ibu 3A
Gendang Silat Patani–Batu Kurau

Ummi Salsabila said...

My sis pun tgh frust bercinta.tak le Nak lupakan boy tu.asik nanges jek.nnt I nk suh dia bc blog u.tq

kak ina kl said...

al fatihah buat arwah mama kamu.
setiap kali putus cinta memang terasa seksa jiwa raga..selalunya akan dapat yang lebih baik dari yang dulu..cam kisah cinta akak pulak bila baca N3 ni.

terima kasih sudi bagi komen tentang blog akak yer

yatie chomeyl said...

eray >> betul, kita sering terlupa kan?

eliza >> umur baru 21 jah, mudo lagi kui3x

oyis >> thanks for the compliment *blushing*

yatie chomeyl said...

Nza >> tu la, mugo mudo lagi tu gak..lmbt lg nok nikohnyo pong hehe

k/izan >> aah, ramai lg yg dia akan jumpa dlm hidup ni..bunga bukan sekuntum ngeee

k/nur >> alaaa..biasolah. budok2 tu key meme malu nk share pasla gewe2 dgn k/nur

yatie chomeyl said...

k/yong >> patutny apenulis2 skrip pun kena baca jugak artikel macam ni kan kak yong *wink wink*

US >> yup, budak2 mud akalau frust cenggitu la jadinya *macam kita masa muda2 dulu jugak* eheh

kak ina >> thanks jugak sbb akak sudi jenguk blog sayay yang tak seberapa ini :)

Sitisifir10 said...

Yatie, adik k.pija pun gitu jugak... habis duit kredit pun buat serabut sampai nak pilih pensel pun berjam sbb sambil pilih sambil mesej... tapi semenjak ada kesedaran diri tu, alhamdulillah... dah tak terikat dah dia dengan tepon tu dan hubungan tu pun dia buang sendiri :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...