CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Showing posts with label meroyan time. Show all posts
Showing posts with label meroyan time. Show all posts

Thursday, 12 April 2012

Pernah bodoh..tapi jangan bodoh lama2 sangat

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Petang semalam, masa tengah rilek menunggu calculation siap di kira oleh cik computer; ada sorang kenalan lama masa zaman degree kat US.M dulu buzz dekat FB. Kata nya terjumpa FB I thru FB adik I, dunia ni memang kecik je kan?. So borak2 tanya khabar dan sambil borak2 tu ada la terselit sepatah dua kisah silam zaman dulu.

 +- amekkk kau, tak berpinar mata tengok nombor2 tu semua -+

Kisahnya, member yang tegur kat FB ni ialah best friend kepada scandal I zaman bodoh dulu. Sebab apa I cakap bodoh, sebab dah tahu hubungan tu tak ke mana dan jantan tu tak sesuai untuk I *tapi mungkin dia sesuai untuk orang lain la kot sebab dia pun dah kahwin sekarang ni* tapi, tetap nak melayan hormon gatal masa tu.


Bila baca luahan hati adik I yang kononnya tengah sedih berduka lara dan heartbreak bila putus cinta, I memang tak boleh nak menahan diri dari berleter. U know why, sebab kakak mu ini dan lalui banyakkkk scandal sebelum akhirnya berjodohan dengan incik hubby.


Bila di kenang-kenang balik, memang bodoh ada scandal2 itu semua sebab :-
(i) rugi duit
(ii) rugi masa
(iii) tambah dosa yang dah sedia banyak
(iv) konon2 jiwa terluka bila putus cinta
(v) buang air mata pada tempat yang tak sepatutnya.
(vi) hubungan dengan family pun terjejas sebab lagi banyak habiskan masa dengan scandal
(vii) study pun terabai bila kepala tengah angau mahupun bila gaduh lalu kepala serabut
(viii) bila dah betul2 setia dan niat nakkahwin pun, orang2 sekeliling akan ada yang gatal mulut nak ungkit pasal scandal2 dan kejahilan silam


 +- sumber : transitionculture -+


Adik-adik ku, seriously ada sebab kenapa ada pepatah yang menyatakan "orang tua lebih dulu makan garam", maka sebab itu budak2 kena dengar cakap orang yang lebih tua dari mereka. Sebabnya ialah "we've been there, and we've done that!" dan kami orang2 yang lebih tua tak mahu korang ulangi benda2 bodoh yang kami pernah buat dulu.

putus cinta - Picture Box
 +- sumber : picturepush -+


Trust me, kalau boleh di undur semula masa pasti ada banyak benda yang kita nak perbetulkan kebodohan masa silam kan?. Tapi perkataan "KALAU" itu macam menolak suratan pulak, jadi kisah kebodohan silam ini di jadikan pengajaran untuk ubah diri jadi lebih baik dan juga dalam masa yang sama untuk di jadikan pengajaran kepada adik2 dan anak2.

Salah satu kebodohan waktu otak tak berapa reti berfikir ialah "bercinta sebelum kahwin". Sebab itu I nyatakan sebagai scandal2 saja, sebab masa tu hubungan yang terjalin bukannya niat nak mencari redha Allah sebaliknya sebab tengok orang lain ada boipren, maka aku pun nak..gitu je kekdah nya. Lepas tu bila putus, kononnya aku lah manusia paling sedih di atas muka bumi ini. Then bila jumpa scandal lain, lupa pulak segala rasa sakit itu dan begitulah prosesnya berulang sampai ke sudah huhuhu.


I pernah tulis satu entry waktu 'bodoh' dulu konon2 derita habis la tu, bila baca balik sekarang tergelak dengan 'kebodohan' diri sendiri itu.

+- sumber : thatonerule -+


There's a quote : "If someone you love, hurts you... cry a river, build a bridge, and get over it". It's not the end of the world. Lagipun, cuba timbang balik berapa banyak air mata yang tumpah sebab sedih putus cinta berbanding air mata yang tumpah sebab mengenang dosa-dosa silam?. Muhasabah lah; menangislah karena dosa dosamu terhadap Allah... Bukan menangis karena putus cinta terhadap ciptaanNYA.


Bila I dah sambung master, tiba2 datangnya kekuatan dalam diri ini untuk hentikan segala scandal2 itu. Mungkin sebab masa tu, jauh dari Malaysia so means of communication dengan scandal2 dah berkurangan. I terus buat keputusan drastik, putus dengan scandal2 itu dan bagi kata dua saja kepada mana2 lelaki yang nak berscandal dengan I masa tu i,e "kalau betul2 berkenan, jumpa parents saya dan masuk meminang. Kalau mereka setuju, saya pun setuju".

Alhamdulillah, itulah yang incik hubby lakukan.


A friend of mine; Wani pernah bagitahu, "bila kita ikhlas nak sesuatu perhubungan itu berakhir ke jinjang pelamin, Insya Allah akan dipermudahkan jalan oleh Allah". Dan kata-kata inilah yang I selalu pass kat adik2 ipar I selaku Dr Love tak bertauliah untuk diorang.



Doa saja banyak2 moga di pertemukan jodoh pada masa yang sesuai, dan di beri jodoh yang boleh memipin kita ke jalan Nya. Mungkin kita "nakal" sikit masa muda, tapi kalau dapat suami yang baik, Insya Allah kita juga akan berubah menjadi lebih baik.

 
 +- sumber : Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’ -+



Bebelan panjang lebar hari ini bukan saja untuk adik2 I dan adik2 ipar I, tapi untuk semua adik2 bujang yang lain. Jodoh kita sudah tertulis di Luh Mahfuz, tak perlu menggedik scandal sana sini macam kakak mu ini. Contohi lah Farah Lee yang berkahwin dengan Ally Iskandar berlandaskan cinta sesudah kahwin. Jangan contohi artis2 lain yang bercinta bagai nak rak lepas tu putus dan bila wartawan tanya, bagi jawapan "tiada jodoh antara kami".


Pssssttt : ni baru membebel kat adik2, cuba korang bayangkan bila I membebel kat SN nanti. Jenuhlah SN nak tahan telinga bila mommy meroyan if dia bawak balik awek kat rumah nanti ihikhik ngeh3x. 


Psssstt lagi : sekian bebelan hari ini, nak sambung calculation pulak sebelum SV pulak membebel kat I ngeee.
 

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

Monday, 2 April 2012

Asyik menunjuk-nunjuk je kat blog, RIAK tau tak?

 http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Last Friday ada terbaca status dari kawan twitter mengenai rasa kurang senang yang timbul selepas membaca satu blog yang suka menunjuk-nunjuk harta yang dia ada. Rasa kurang senang kawan I itu membuatkan timbul persoalan pula pada I, tentang kemungkinan wujudnya rasa kurang senang pada orang yang membaca blog ini jugak.


 

Begitulah lebih kurang perbincangan dan persoalan yang timbul masa lunch hour hari Jumaat lepas. Bila timbul persoalan ini, I belek semula entry2 lama I yang macam berbau 'riak'; tak berapa berfaedah dan mungkin nampak menunjuk-nunjuk di pandangan pembaca blog ini. Ada sebilangan entry itu I delete dan ada jugak yang I kekalkan saja. 


Entry yang I delete tu sebab I rasa, hal itu tak sesuai dah nak di kongsi dengan semua orang *lagipun kita tak tahu siapa yang baca blog kita ni kan*. Tapi ada jugak entry 'menunjuk-nunjuk' yang I kekalkan lagi, saja I simpan buat kenang-kenangan tentang "kebodohan" diri ini dalam berblog suatu ketika dulu. *contohnya macam entry dapat henbeg C dari hubby, walaupun entry ni macam menunjuk-nunjuk tapi I decided to keep it sebab itulah henbeg C I yang pertama I dapat dari hubby*.


Awal-awal berblog dulu, I tahu siapa yang baca blog ini sebab tak ramai pun orang-ornag yang baca. Mostly yang singgah cuma kawan-kawan dan family saja. Tapi sekarang ni, semakin ramai yang sudi menyinggah dan mostly I tak pernah kenal di dunia nyata *walaupun blog ini tak lah famous mana pun siul*


Memang susah nak puaskan hati semua orang, sebab I pun pernah jugak ada rasa annoying jugak kadang-kadang bila singgah blog orang lain macam yang pernah I kongsi kat entry Monolog dalaman seorang Perempuan tua. Kadang-kadang kita memang niat nak berkongsi kegembiraan dan cerita saja, tapi mungkin orang yang baca rasa meluat dan rasa macam kita menunjuk-nunjuk. 


Tapi kadang-kadang juga, selaku insan biasa kita memang takkan terlepas dari sikap riak dan takbur dalam diri, maklum sendiri yang kita bukannya nabi yang bersifat maksum. Konon-kononya tulis entry itu sebab nak berkongsi tips saja, tapi dalam masa yang sama kita tertunggu-tunggu rindu orang bagi komen untuk puji kita...dah tak pasal-pasal kembang semangkuk hidung yang dah sedia kembang itu dan akhirnya secara sedar atau tidak, timbullah sifat riak dalam diri *mengata diri I sendiri ni*.


Thanks to my friend yang telah menimbulkan persoalan riak dalam ber-blog & ber-tweet ini, kerana secara tidak lansung ia membuatkan I lebih berhati-hati dalam ber-blog selepas ini. I have to remind myself on Why Do I Blog in the first place, so I jenguk balik entry lama I Why do you BLOG? untuk mengingatkan diri sendiri yang alpa ini. 


Mari sama-sama kita muhasabah diri sebelum kita publish entry. Lepas publish entry pun, muhasabah diri jugak bila dapat komen, jangan harapkan komen baik-baik sahaja. Terimalah juga dengan hati yang terbuka kalau ada komen-komen membina peace

Ehhh tapi kalau komen2 yang meyakitkan hati tu, abaikan saja lah dari menyemakkan fikiran anda.  

Haters Gonna Hate. *Keeps on walking*

 haters gonna hate


Pssssttt : suka baca blog Jimi-wiser, tenang dan sentiasa buat otak ini berfikir-fikir senyumkenyit. I wish I could write a good piece in my blog just like him.

~ Thanks for reading this (^-*) ~

 

Tuesday, 27 March 2012

Kes culik hanya drama..lempang laju2 nak?

 http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Beberapa minggu yang lalu negara kita seakan di serang oleh fenomena gadis remaja di culik tapi minggu lalu kita di kejutkan pula dengan berita bahawasanya budak-budak itu sendiri yang rela hati buat cerita kononnya di culik semata-mata nak tinggal dengan teman lelaki.


KUANTAN – Remaja perempuan yang ditemui dua hari selepas dia dikatakan diculik ketika membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lalu, akhirnya mengaku kepada polis bahawa dia sebenarnya tidak diculik. Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, mengaku dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya berusia 26 tahun setelah mengalami tekanan emosi.
Siti Fatihah Mengaku Tidak Diculik
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T. Narenasagaran berkata, pengakuan itu dibuat ketika polis menyoal siasat gadis itu selepas dia ditemui di rumah keluarga teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan, petang semalam.

“Setelah menyiasat kes ini, polis mendapati Siti Nur Fatihah bukan diculik. Remaja ini keluar dari rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak.

“Gadis ini mengaku dia lari dari rumah untuk menenangkan fikiran dan mahu tinggal sementara dengan keluarga teman lelakinya,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ahad lalu, Siti Nur Fatihah dilaporkan `diculik’ oleh tiga individu termasuk seorang wanita semasa keluar membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini.
Gadis itu bagaimanapun ditemui selepas polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an di Kampung Merchong, kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Dia dibawa ke kampung tersebut yang terletak kira-kira 120 kilometer dari bandar ini.
Narenasagaran memberitahu, remaja itu sendiri menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita itu untuk menghantarnya ke rumah teman lelakinya di Kampung Merchong pada hari dia dilaporkan hilang oleh keluarganya.

Menurutnya, Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Sultanah Fatimah di sini untuk diberi kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu ditemui sesiapa.
Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 20-an yang didakwa melarikan gadis tersebut, Narenasagaran berkata, mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil untuk memberi keterangan.

“Mereka tidak melakukan penculikan. Mangsa sendiri mengaku tidak diculik serta tidak dikasari atau dipaksa,” jelas beliau sambil memberitahu kes ini dianggap selesai.
Sementara itu, di MELAKA, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak perlu menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes culik di negara ini.
Menurutnya, polis yakin anggota dan pegawai polis sedia ada mampu menangani kejadian seumpama itu.

“Kes penculikan dan kehilangan individu di negara ini tidak serius. Bagaimanapun, ia mungkin disensasikan seolah-olah negara ini tidak selamat sehingga mencetuskan suasana panik dalam masyarakat,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di pejabatnya di Seri Negeri, hari ini.
Ismail menambah, beliau percaya kepada kemampuan pasukan polis dalam menghadapi sebarang kejadian jenayah termasuk kes culik selain akan meningkatkan pemantauan dan rondaan bagi memastikan keselamatan rakyat terjamin.


Pagi ini pulak, keluar berita yang menyatakan bahawa kes remaja yang di culik dan di bawa lari ke Thailand tu pun cuma drama semata-mata yang telah di rancang oleh remaja itu sendiri. Amboiii..hebatnya eh ko budak kecik boleh jadi mastermind sampai melibatkan polis Thailand segala. Kan elok kalau 'kepandaian' itu di salurkan ke landasan yang betul.


 Kes culik Nazatul hanya drama ~ Oleh NORHAYATI YAHAYA (norhayati.yahaya@kosmo.com.my)

SHAH ALAM – Remaja perempuan, Nazatul Fardiana Mohd. Norizwan (gambar kecil) yang didakwa diculik ke Thailand sebenarnya merupakan perancang utama ‘kes penculikannya’ dengan mereka-reka situasi tersebut bagi membebaskan dirinya bersama lima lagi remaja warga Myanmar ketika ditahan oleh negara itu di Bangkok, 11 Mac lalu.


ZAHEDI menunjukkan gambar Nazatul Fardiana pada sidang media di Shah Alam semalam.



Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, maklumat itu diperolehi berdasarkan keterangan konsisten daripada lima warga Myanmar tersebut yang dibawa ke negara ini untuk diambil keterangan sejak Khamis minggu lalu.

Menurut Zahedi, lima warga Myanmar tersebut iaitu Muhd. Yunus Abdul Rahim, 17; Muhd. Nur Abdul Rahim, 14; Abdul Aziz Normal Hakim, 14; Ramzabi Hussin, 14, dan Janetbi Hussin, 14, memberitahu, Nazatul mencetuskan idea mengatakan mereka diculik ketika itu kerana tidak mahu dimarah oleh ibu mereka.

“Berdasarkan keterangan, kita dapati hubungan mereka akrab dan saya tidak nafikan mereka terlibat dalam kegiatan meminta sedekah di kawasan itu secara tidak sah dan hasil kegiatan itu digunakan untuk diri mereka sendiri.

“Walaupun berdasarkan keterangan mereka yang mendakwa, misi adalah untuk melarikan diri daripada lelaki bernama Shah dan Sadiq, kita percaya kegiatan mengutip sedekah itu didalangi oleh mereka sendiri,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, semalam.

Zahedi turut menghuraikan kronologi perjalanan semua remaja itu dalam tempoh mereka ‘hilang’ ketika mereka ditemui merayau-rayau di Terminal 1, Seremban sebelum dibawa ke IPD Seremban, 31 Januari lalu dan ketika itu, Nazatul turut mengaku dirinya adalah warga Myanmar.


Eloknya budak-budak macam ni, kumpulkan setempat dan hantar terus duduk kat Thailand tu. Dah tak payah duduk dengan mak bapak, dah ko teringin sangat nak buat-buat di culik kan?. 

Tak reti ke perbuatan tu bukan saja menyusahkan mak bapak korang, tapi menyusahkan jugak mak bapak yang lain. Budak-budak yang tumbuh bulu pun tak habis lagi macam korang ni bukan reti fikir panjang. 

Mak bapak yang lain susah hati sampai tak boleh tidur malam duk memikirkan apalah langkah-langkah penjagaan yang harus di perketatkan untuk memastikan keselamatan anak-anak kami terutamanya yang ada anak2 gadis remaja. Yang korang boleh pulak sesedap rasa buat cerita konon2 diculik, yang kami mak bapak lain ni berpeluh ketiak demi memastikan anak-anak sentiasa di bawah ketiak kami.

Eeeee...kalau korang kat depan mata ahkak sekarang...ahkak lempang laju2 pipi tu bertubi-tubi berdas-das...gerammmmm tau tak?.

Ooo ahkak tahu, korang konon-kononnya menghayati sangat2 lirik lagu Bawa Aku Pergi (Zizan feat Kaka) tu eh?. Bajet macam mengikuti arus & trend lah kan..sebab trend sekarang ni budak2 remaja buat2 kena culik semata-mata sebab nak lari dari rumah. "In" sangat trend ni *tangan di dada, mata ke atas*.

Jangan ingat korang dah remaja, konon-konon dah boleh berdikari dan hidup tanpa mak bapak. Orang yang nak masuk 3 series macam ahkak ko ni pun masih perlukan ibu bapa untuk mengharungi cabaran hidup. Korang tak tahu apa rasanya hidup tanpa seorang ibu di  sisi, korang take things for granted sebab korang tak tahu apa erti kehilangan dan korang tak tahu betapa susanya hidup tanpa seorang ibu/ayah di sisi.

Pssssttt : Sangat emosi bila membaca cerita2 tentang betapa tak bersyukurnya anak2 yang  masih punyai ibu & ayah.
 
~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

Wednesday, 21 March 2012

Bebelan bernanah telinga dan SPM 9A untuk Awin.

 http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Hari ini keputusan SPM 2011 di umumkan. My youngest sister is one of the candidates. Tuhan je yang tahu betapa I tumpang berdebar-debar menanti keputusan SPM Awin. Kadang-kadang I rasa I ni lebih berperanan sebagai "mak" berbanding "kakak" pada Awin ~ maklumlah jurang  umur kami pun agak jauh iaitu 13 tahun.

Kalau dengan 4 orang adik2 lelaki I tu, I punya tahap bebel tak lah dasyat sangat. Tapi tahap bebelan I pada Awin ni memang boleh mencairkan tahi telinga yang dah berketul-ketul. Semua serba tak kena, semua benda nak tegur..setiap inci pergerakan dia akan di perhatikan.tension


" Baju tu bakpo gak ketat & singkat sangat?".

"Tudung tu fungsi dio nok tutup dado, kalu pakai gitu..xdop pekdoh pakai tudung"

"Tu bubuh gambar dengan jate tu, mace la konpom nikoh dengan dio"

"Takdop posing lain ko..sokmo cekok pinggang pastu mulut muncung ambik gambar, habis comey doh ko tu?"

"Saing tu pilih hok molek2 sikit gak. Kak ti dulu walaupun nakal, tapi Kak Ti pilih saing hok juruh2 sebab nanti saing2 tu akan influence kito ke arah kebaikan".

"Bangun lambat gini, lamo lekat pah tuo..pah nikoh nanti pong payoh bangun pagi".

"Tok soh gelenya nok gewe la, nanti masuk matrix jup jate lain. Pah masuk U jupo jate lain pulok..pah nanti kijo jupo jate lain pulok. Buke tentu nikoh dengan gewe lo ni pong."


Ye puan-puan sekalian, itulah serba sedikit sebanyak bebelan yang terpaksa di harungi oleh Awin sejak2 dia habis SPM hari tu. Sebaik sahaja Awin habis SPM  awal Disember tahun lepas, I terus suruh dia stay dengan I selama 2 bulan kat Damansara *masa tu I internship kat PJ*. Then I terus angkut Awin ke Fukuoka dan tinggal kat sini selama sebulan dengan SN & I.

+- we had great time -+

Sejujurnya I memang over protective kat Awin sebab dia sorang-sorangnya adik perempuan I. Pulak tu, dunia remaja sekarang ni sangat-sangat mencabar...macam2 kes sosial berlaku setiap hari. Yang di jaga betul2 pun boleh hanyut, ini pulak kalau yang di biarkan saja bebas tanpa panduan....adusrisau wooo.

+- walaupun bebel macam mak2, tapi I tetap muda remaja macam sebaya je dengan Awin kan? #perasan -+


Lagipun, apa yang Awin lalui sekarang ni sama dengan apa yang I pernah lalui dulu *hormon baru nak berkembang, extra gedik la sikit*.Cuma yang membezakan keadaan kami ialah, dulu2 Arwah Ma lah yang akan membebel dan menegur silap langkah dan perbuatan I. Awin kehilangan Arwah Ma waktu dia berumur 14 tahun, usia yang cukup muda untuk dia mengerti tentang erti kehilangan seorang ibu.

+- jangan tertipu dengan sengihan di wajahku, sebenarnya kat rumah garangggg lebih dari singa -+

Tapi Awin ni budak yang cekal dan kuat semangat. Sejuta kali I membebel kat dia pun, sekali pun dia tak pernah melawan dan menjawab. Paling2 dia cuma senyum je dan diam. I tahu dalam diam, dia akan analisa balik teguran2 I dan lama2 nanti dia akan sedar yang semua teguran tu untuk kebaikan dia juga. rindu  *kalau I dulu, lepas kena bebel mesti merajuk & berkurung dalam bilik buat2 tak nak makan ~ padahal dah standby setin biskut dalam bilik untuk stok di kala merajuk*.

Mula-mula I risau jugak nak bebel banyak-banyak sebab takut dia sentap. Tapi mulut ni memang tak boleh di tahan-tahan...nakkkkkk jugakkkkk bebel banyak2 laser2 pedas berapi kat Awin. Alhamdulillah, she can accept it in a positive way..read her side of story here.

 +- bukti yang menunjukkan Awin "suka" bila I bebel kat dia -+


Cerita bebelan sikit punya panjang berjela, sebenarnya entry ni nak ucap tahniah kat Awin sebab dapat 9A. Walaupun tak dapat nak menyamai result SPM Asyo, tapi sekurang2nya result Awin lagi hebat dari kakak2 dan abang2nya *alaaaa, soalan SPM sekarang senang..tak macam masa zaman kita dulu ~ ayat cover malu seorang kakak* gatai 


Alhamdulillah, we (kakak2 dan abang2) are proud of you. Hopefully you'd be able to be a pharmacist, just as you wish. I sincerely treasure the time that we'd spent together for the past months and I hope you feel the same too. My prayer is always with you..and though I rarely told you this...I ♥ YOU SO MUCH , more than you know.

Pssssttt : Kalau Arwah Ma ada , mesti dia gembira sangat sebab anak bongsu dia yang manja kededek ni dapat result hebat cenggini...sob sob sob sedih
~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

Thursday, 29 December 2011

Now Not everyone can fly..a letter to Tony Fernandes



I took Air Asia X flight on my way back to Malaysia last month because I've been wanting to fly with Air Asia X in order to support our own Low Cost Carrier company. I have experienced quite a bad flight journey with their staff and customer service. 

I was thinking to share it in my blog so that friends and family (especially those who travels with baby/child) that are going to use Air Asia X in the future; are well-prepared to face the same condition that I've went through. So for those who are interested to know about my experience, kindly read this letter of complaint from me to Air Asia X.

=================================================================================

Mr Tony Fernandes
CEO, Air Asia
LCC Terminal, Jalan KLIA S3, Southern Support Zone
Kuala Lumpur International Airport 64000 Sepang,
Selangor Darul Ehsan                                                                      19 November 2011








Dear Mr Tony, 
I was a passenger on one of  your flight (together with my son and my sister in law) from Tokyo Haneda (HND) to Kuala Lumpur (KUL) on 17th November 2011 (Flight D7 523). Forgive me for writing directly to you, but I feel you personally need to know exactly how badly your customers were treated by your front-line staff so you can take appropriate remedial action.




(1) Before On-Board
My rough experiences with your staff begin at the check-in counter. I was told that I can’t bring my child’s stroller up to the aircraft door/steps. I used to fly with several other airlines to go to Malaysia such as Malaysia Airlines (MAS), Korea Airlines, Cathay Pacific and Thai Airways before this and all of these airlines allow me to bring my child’s stroller up to the aircraft door/steps for international flight.


I have even checked in the Air Asia website, and it is stated that “You can continue to use the stroller up to the aircraft door/steps”. So I told your counter staff politely about it, and then they look at my son and told me that “he can walk, he don’t need a stroller”. If it is so, why I couldn’t find any clause in your website stating that as one of the criteria to bring along the stroller?.

+- information provided in the Air Asia website -+


Then your ‘not-so-friendly’ counter staff insisted that I checked in the stroller as luggage and pay for the extra weight caused by check-in the stroller. Again I remembered that I’ve check about it in your website and it is stated that “we allow baby buggies/strollers/prams to be carried free of charge”. When I told this politely to the counter staff, she replied with irritating voice and says “Either you pay or you throw it!".

 +- information provided in the Air Asia website -+


So in the end I was ‘forced’ to pay extra 9kg which cost me 18000 yen (2000 yen per kg) as I don’t want to throw away my child’s brand new Recaro stroller.
*18 000yen = RM 735*

After that my family and I was waiting patiently to be on board into the flight D7 523 when the delay announcement was announced due to bad weather. These things happen, I do not complain about the weather as I do understand that some things are beyond anyone’s control. After all, a flight delay case has become one of Air Asia’s ‘trademarks’; so I’m fine with that.

 +- my son and his friends; waiting eagerly to get on board -+


(2) On the plane
After getting on board, we were greeted by ‘not-so-friendly’ cabin crews. Is it that hard for them to smile to your customers?. The plane is ready to take-off, things are going well. I thought so far so good but this is what happened next :
  •   Sticky chewing-gum on the in-flight sales magazine; tell me how can I browse through the pages and buy the items when I feel gross to turn over to the next pages?. Aren't your staffs are supposed to check the magazine before putting it into the pocket?.
 +- sticky chewing gum -+

  
+- in-flight entertainment tab -+
  •   Crumpling page on the back page of the magazine where the QRReader code was displayed. Tell me how am I supposed to scan it with my iPhone when it is in that condition?. 
 
+- unable to scan QR code due to the crumpled page -+
  • I pre-book meal in my ticket booking but I don’t know whether a drink is provided with the meal. So I ask politely to the cabin crew and she replied with annoying voice and says “we only give mineral water!”. Is it that difficult for your cabin crew to reply politely to your customer?. Can’t she just tell me nicely if I want drinks, I have to pay for it as you only provide mineral water?. I don’t mind to pay for the drinks but I do mind paying for a flight ticket that gives me bad customer service
 +- my pre-booked meal with the paid-on-board drinks -+

(3) After landing
We arrived at LCCT airport, Kuala Lumpur at 6.30 a.m. For parents travelling with baby and toddler; we will usually encounter several difficulties to handle our child as they were already tired during the long haul journey, jetlag due to time difference, hungry baby and it all end up with one grumpy little child. 

That’s when a stroller become the ultimate aid as we can put our child on it and hang our carry-on bags to the stroller and then only we can proceed to comfort the child.

+- before take-off -+

 +- during take-off -+

+- still sleeping even after the touch-down -+

Unfortunately I am not able to comfort my son after the long flight journey because this is what happened next :
  •   I have to focus on carrying the hand luggage down the steps in front of the aircraft door; went up the steps again to get my child and all of these are done without any help from your cabin crew or your ground staff.
  • We have to walk on the airport pavement for 1-2 km as the plane was parked far away from the terminal door. I have to carry my hand luggage and carry my son and walk quite far; what a great early morning exercise. I was thinking, “wouldn’t it be nice if I have my child’s stroller with me so that I don’t have to carry my 12kg son on my hip and carry my 7kg luggage on my hand as well as carrying 3kg laptop bag on my shoulder?”. 
  •  It is quite dangerous walking on the airport pavement near to the taxiway and runway with my child; what with the airplane around; with the ground equipment stuffs are all over the place; with the runway transport and luggage transport moving here and there without any gate barrier or even a mobile temporary gate along the walk from the plane to the terminal door. 
  • What make it even more dangerous is that only one staff is showing the right way to go while your other ground staffs seems very busy talking to each other on the drama episodes they watch last night (I overheard them talking). It will be much safer if I can put my son on his stroller. In the end, even if my child can already walk I still have to carry him on my hip because I don’t want to be worried that he might be hit by the ground transport on the airport pavement while walking/running on the runway.
      +- information provided in the Air Asia website -+

 
(4) At the terminal
I picked up my luggage and headed through the arrival gate. But before that, I went to toilet but unfortunately I am not being able to do anything there because the toilet inside the terminal is too dirty and smells so bad.

I went to baby room to change my son’s diaper and the same condition occurs at the baby room. The room is smelly and soaked disposable diapers are all over the place because the bin is full. Like it or not, I have to change my child’s diapers and bring home my son’s soaked disposable diapers.





These bad experiences with your flight and airport services leave me with this 6 questions:
  • Does Air Asia X have any protocol in place for staff to follow the information provided in your website and also to treat your polite customers nicely?

  • If you do have a protocol, does the response I describe above fit with it? In particular are your staffs allowed to ask passenger to make payment for the items that are free to check in and direct passengers to make the payment rather than help them nicely?

  • Can I get the refund on the payment that I have been 'forced' to make for my child's stroller?.

  • Do you condone staff rudeness to passengers, and are they ever allowed to replied impolitely to the request made politely by the passenger? 

  • Why is it that the information given in your website is not so useful as it is not the same with the one at the check-in counter?

  •   Do you consider it is safe for the passengers to walk on the airport pavement without even putting clear signs on which way to go, or putting any barrier to show the limits to the boundary area that passenger can’t step in?

I am waiting for the answers to these questions because the experiences that I encounter during my flight with you are totally different with what you promised in your website. One of Air Asia X values is to offer “Low Fare, No Frills: Providing guests with the choice of customizing services without compromising on quality and services”.  


Unfortunately, as your passenger, I feel that your quality of customer service and safety is quite bad.  I would like to know if in addition to being a low-cost airline, Air Asia X is a low-service airline and a low-courtesy airline. If it is, I will make my future travel choices accordingly, and ensure that my friends and family do likewise.


I await your response.

Yours faithfully;
A frustrated D7 523 passengers.
(MSc in European Master Studies in Aeronautics and Space Technology)
==================================================================================
Pssssttt : Mr Tony, if you read this I will gladly post any reply you choose to send. I await for your response.

 ## other passengers complaints that I found regarding to Air Asia service --> AirAsia, never again?
 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...