Rindu yang tak pernah padam buat Arwah Ma berkunjung lagi. Biasanya kalau tengah stress dengan study, rindu itu semakin membuak-buak sebab selama ini Arwah Ma lah penguat semangat untuk terus berjuang dan mencapai kejayaan. Semangat yang Arwah Ma beri kadang2 bukan sahaja melalui kata2 pendorong tapi jugak paling penting dari segi doa yang tak pernah putus. *refer entry yang ditulis pada tahun 2007 sewaktu di Germany: MA---I LOVE you*
Lagi satu penambah semangat ialah bila I bayangkan kegembiraan di wajah dia setiap kali anaknya ini bercerita tentang kejayaan I dalam pelajaran. Terpampar jelas kegembiraan di wajahnya, dan kemudian berita gembira itu akan Arwah Ma kongsi dengan mak2 saudara dan mak2 sepupu yang menjadi teman borak di waktu petang. Priceless..bukan sebab dapat bagi Arwah Ma modal untuk membanggakan diri, tetapi seronok melihat Arwah Ma mahu ibu2 yang lain turut sama berusaha gigih dalam mendorong kejayaan pelajaran seorang anak.
Jujur, ada ketikanya dalam perjalanan yang hampir ke penghujung ini dugaan dan cubaan yang datang seakan terlalu menghimpit. Saat itu, rindu pada Arwah Ma memang tidak terbendung. Mujur Allah kurniakan suami yang selalu berfikiran positif dan selalu mengangkat diri ini tatkala terjatuh.
Sebagai pengubat rindu buat Arwah Ma, cuma Al-Fatihah dan doa sahaja yang mampu di berikan. Moga Allah temukan kami di syurgaNya kelak dan moga Allah kurniakan lebih kekuatan pada diri ini untuk
mengharungi semua ujian yang mendatang dengan lebih kesabaran dan
ketabahan, Ameen.
Psssttt : sesekali entry "mendung" menjengah blog, biasalah mak buyong kan tak stabil dari segi emosi. Kejap sedih, kejap gembira..layankan je lah labu.
~ Thanks for reading this (^-*) ~














