Untuk kesekian kali nya, ingin saya menyatakan yang kehidupan kami di Fukuoka sekarang ini berjalan seperti biasa. Setiap hari kami ke universiti seperti kebiasaannya, dan hujung minggu juga kami lalui dengan aktiviti bersiar-siar seperti biasa. Kalau betul lah kesan radiasi itu sudah kritikal, sudah tentunya kami di bumi Jepun ini dahulu yang akan terjejas; kenapa pulak orang2 di Malaysia yang melebih-lebih pulak risau tentang kesan radiasi berbanding kami sendiri di Jepun ini?.
Mengikut pandangan saya kerajaan Jepun telah melakukan pelbagai usaha untuk mengawal radiasi dari tersebar. Malahan, kelmarin
kerajaan jepun menyatakan bahawa keadaan sekarang adalah terkawal dan tidak merbahaya serta langkah berjaga-jaga perlulah diambil supaya sentiasa bersedia dalam apa jua situasi.
Setakat ni arahan daripada Perdana Menteri Jepun adalah supaya semua rakyat mendengar berita dengan tenang, dan bertindak dengan tenang. Berkenaan radioaktif, apa yang patut di beri perhatian buat masa ini di kawasan berdekatan Fukushima (sekitar 30km) ialah :-
1) stay safe at home,
2) kurangkan aktiviti luar,
3) keluar dgn memakai mask, topi etc,
4) basuh tangan dan muka; salin pakaian selepas keluar rumah.
5) read quran and make doa - sumber: AMIR
Saya juga membaca luahan beberapa sahabat di kawasan Tokyo dan Sendai yang serba salah samada mahu pulang ke Malaysia atau terus tinggal di sini. Sahabat2 itu bukan tidak mahu pulang tetapi ada beberapa perkara yang perlu di pertimbangkan sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia :-
(1) untuk pulang perlu buat re-entry permit; sedangkan di imigresen sekarang ini sudah sesak dengan orang yang turut sama2 mahu mendapatkan re-entry permit.
(2) tiket juga dah SOLD-OUT untuk jangka masa terdekat ini
(3) merasa tidak wajar untuk meninggalkan saudara2 di Jepun ini kerna berasa bersikap 'selfish'; meninggalkan saudara2 yang masih belum mendapat hidayah - sumber: SINI
Oleh itu, saya memohon pemahaman dan pengertian yang tinggi dari keluarga dan kenalan di Malaysia untuk tidak terlalu mendesak dan menyesakkan fikiran orang2 Malaysia di Jepun dengan pertanyaan yang kadang-kadang secara tidak sengaja telah menyakitkan hati seperti yang di kongi oleh seorang sahabat di catatan ini (Klik SINI untuk baca).
Alhamdulillah Kerajaan Malaysia juga sedia membiaya rakyat atau penuntut Malaysia di Jepun yang mahu pulang ke tanah air ekoran bencana gempa bumi dan tsunami terburuk yang melanda negara itu Jumaat lalu. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, mereka yang mahu berbuat demikian boleh melaporkan diri di Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.
"Kita sudah memaklumkan kepada semua rakyat Malaysia di sana sekiranya mahu pulang, mereka boleh lapor diri di kedutaan kita di Tokyo dan pihak kedutaan akan mengatur pengangkutan termasuk membiaya tambang balik menggunakan penerbangan Malaysia Airlines (MAS)," katanya.
Jadi beri lah peluang untuk rakyat Malaysia di kawasan terjejas gempa dan tsunami itu untuk membuat keputusan yang terbaik untuk diri dan keluarga mereka kerana cuma mereka yang tahu apa yang terbaik untuk di lakukan. Apa yang orang2 di Malaysia boleh lakukan ialah untuk tidak putus-putus berdoa untuk keselamatan bersama.
+- gambar kiri : selepas gempa 11 Mac 2011 -+
+- gambar kanan : kerja2 pembaikan hampir selesai 15 Mac 2011 -+
Di sini juga ingin saya kongsikan pandangan daripada Pakar nuklear UKM, Prof Datuk Dr Sukiman Sarmani yang bertajuk Iktibar dari Fukushima. Pandangan ini saya petik daripada SINI.
Loji Nuklear Fukushima I yang terdiri dari 6 buah boiling water reactor dirancang pada zaman 1950an. Reaktor itu adalah generasi 1 dan dibina dengan spesifikasi Gempa 8.2 Ritcher dan tsunami 6.5 m. Perancangan itu tepat pada waktu itu. Masalah utama ialah tsunami 10 m apabila generator emergency untuk mendingin reaktor dan stor bahanapi terpakai tergendala untuk beberapa jam.
Loji yang lebih baru di sebelahnya Fukushima II ada 4 reaktor tidak terkesan. Reaktor jenis sama di Todai tidak terkesan kerana tinggi dari paras laut dan tidak di landa tsunami.
Bagi rakyat Malaysia tidak perlu khuatir kerana kedudukan geografi yang jauh dan keadaan cuaca yang akan mengalihkan saki baki sisa radioaktif jika ada ke laut. Sis yang mungkin sampai jika ada ialah Caesium-137, Strontiuum-90. pada kandungan yang sangat kecil.
Debu radioaktif yang tinggi hanya mencemari daerah 3km dari loji untuk tempoh yang pendek, beberapa hari kerana bahan radioaktif mempunyai hayat pendek dari beberapa saat ke beberapa jam.
Pihak berkuasa juga sedang mengambil langkah untuk dilaksanakan jika ada keperluan.
Wassalam.
Untuk bacaan lanjut mengenal nuklear di Malaysia, boleh di baca di Krisis Nuklear Jepun : Pasca Tragedi Gempa Bumi dan Tsunami; juga hasil pandangan Profesor Datuk Dr. Sukiman Sarmani, Pakar Penyelidik Tenaga Atom & Nuklear, Program Sains Nuklear, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kalau ada yang tidak berapa nak percaya dengan apa yang saya kongsikan ini, boleh lah berhubung terus dengan beliau di Email:sukiman@ukm.my
Psssssttt : kalau nak maklumat cepat, pantas dan sahih dengan keadaan di Jepun, boleh tanyakan di FB AMIR. saya pasti jawapan yang di berikan lebih sahih dari apa yang di laporkan di berita2 di Malaysia. Wallahualam.
