CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday, 3 December 2010

11 AMALAN YANG TERBALIK DI MALAYSIA

I copy paste this from FB. Semoga bermanfaat untuk di kongsi bersama di hari Jumaat.

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-


1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah

~ Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

~ Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil.

~ Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.

~ Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.


3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allahbaik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.


4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.


5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.


6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?


7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. ??


8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapatbaca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.


9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid sedangkan itu ialah peraturan Allah. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.


10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri ituberhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.


11. Kita cukup teruja untuk forward kan sms atau emel dalam bentuk jokes, gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....


Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kitamaka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)


---------------------------------------------------------------------------------------------

On another different story, Baby SN is down with diarrhea since two days ago. Poor my little baby, terus nampak susut pipi tembam dia sebab dah banyak kali ber*k cair je kan. Susu pun I terpaksa stopkan dulu. Semalam dah bawak gi jumpa Dr dan dah pun suap ubat, tapi still tak berhenti lagi ceri beri nye itu.


=- muka 'meneran' poo poo -=

Yesterday both hubby and I took half day off to take care of my baby. Since hari ni, both hubby & I kena attend class, I terpaksa mintak tolong another Malaysian kat sini i.e Norai yang tengah sarat mengandung untuk tolong jagakan baby SN kejap sepanjang I gi kelas petang ni dari pukul 1-4:30ptg. I takleh hantar Baby SN ke nursery since this diarrhea is related to endemic virus that might be contagious to other kids at the nursery.

I dah siapkan DVD dia untuk bawak gi rumah Norai, as well as tonnes of disposable diapers hohoho. Hope Baby SN tak melalak lah duk dengan Cik Norai jap lagi, maklumlah mommy's boy ni susah sikit kalau dengan orang lain. This might be a good training session for Norai to be prepared to face the real world as a mom lagi sebulan hehehe.

Psssstt: hajat hati nak je bawak baby SN masuk kelas sekali huhuhu.


9 words of wisdom & comments:

Aleyn said...

ala ciannyer Baby SN kena cirit plak...nak tukar bulan kot...heheh

Sidratul Muntaha said...

sume aku tak buat tie..
ehehe..
bapak aku plak jenis mmg gitu..
tpi pasal kenduri haji tu..
klul belah org jawa mmg pergi buta,balik pun buat...
yg meniggal tu mmg takdan arr nak buat kenduri
tahlil pun dah lepas seminggu
tu pun base pada org yg bagi
takde bagi
mmg tak buat
entahlah tie..
aku tak thu nak ckp org kita macamana..
bukan nak kata,aku punya kenduri pun seadanya..
takde sanding2 bagai...
so,atas kita mcmana nak bg kesedaran ilmu tu bertamabah.
lagi satu,msm berantai pasal penjaga kaabah la.. ape laa
tu pun satu hal...
seb baek aku jenis,abis kredit,aku diam.
tak kose nak forward bukan2
tpn pun cap ayam je.
takde pakai iphone ker. 3g ker..
janji boleh tpn supplier,boss n customer sudahlah..
nak fb n blogging,komputer ade.
huhuhhu

reitak said...

aha...its true ;p

oooo poor baby SN, get well soon! kang mama & papa p class tak sedap ati.

Hamizah said...

suamiku dah wasiat awal2 kalau dia mati jgn wat kenduri arwh tu..bazir duit je..
jgn lupa duit digunakan tu duit anak yatim (dan maknya)hehe..

kesian bb yatie bg make gapo la?moga cepat sembuh..

isabelle said...

i paling setuju the first two, sebab tu contoh yg paling kerap nampak.

p/s:
cian baby SN.....

Nurul Izza said...

sumo tu betul betul betul..sbb tu ms nikoh haghi tu xbuat ngeley, buat kenduri biasa2 jah.ma oyak, mace xberkat plok..

p.s: hehehehehheeh kelakar tgk muko SN. nyaknyo..sbb minum susu fresh ko?

Oyis said...

get well soon baby SN!

yatie chomeyl said...

Aleyn >> jangkit dgn budak2 kat sekolah dia rasanya

ayu >> aku ada yg buat dr perkara2 ni sbb tu nkkena letak kat blog utk ingatkn diri sendiri

reitak >. yup, mmg ssh hati dlm kelas duk teringat anak

yatie chomeyl said...

k.hamizah >> bagusnyo dh siap pese awal2 kan

isabelle >> yup, mmg sgt obvious kan

izza >> oghe pon x ngeley, panggil make jah :) baby SN tu buke sbb susu, endemic virus jangkit dgn kwn2 di skoloh dio

oyis >> thanks dear

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...