CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday, 20 May 2011

Kenapa ?????

Tadi I ada terbaca kat wall FB Wardina Saffiyah yang beliau tengah kecewa dengan sesetengah pihak yang masih galak menyiarkan gambar beliau sebelum berhijrah. I faham kekecewaan yang di alami oleh Wardina.


Orang-orang yang gedik sangat nak letak gambar Wardina yang tidak berhijab, lepas tu di iringi pulak dengan segala kata caci makian tu memang jenis manusia yang mementingkan trafik ke blog nya sahaja lah kot. Tak peduli perasaan orang lain dan tak peduli jugak implikasi perbuatan itu ke atas diri Wardina yang 'baru'.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiUp74uTzrzHyq3w4bHTjID-_C8UMZoJn9xzGm6w0uPtFcQOUPal9nVIIWZAcU-aX29_Xiw5vnxow9YsC0VdJ7sPNkAQO7j13YNpbCIM4NMBCXyTvdIwdYp0UKXY-ykf5b_GUTzIKhJdkc/s1600/wardina2.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgeGK27yasnfpdIduYtJGzw3xZ_CTLqX5Q_HeSvIPfk3dCRFUhtBxgMPfGe_JuiQyLuZDHgHCuYluJu776WIEvVsRY3ZrJpxaUVpcsgLXTPBhv4nuvH_KRirvIFCVQbqwUY4_FmLcwIf1s/s1600/wardina1.jpg


Wardina kan dah 'berhijrah', jadi kenapa mereka-mereka itu perlu lagi nak mengaibkan dia dengan kesalahan masa lalu?.

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (QS. Al Baqarah: 222).


Sekurang-kurangnya kita boldeh nampak Wardina betul-betul berusaha untuk menjadi orang yang lebih baik. Wardina siap menganjurkan usrah bersama-sama dengan peminat-peminat beliau dan juga join usrah dengan Dr Harlina Siraj (pemenang anugerah Maal Hijrah 2011). Korang-korang yang sedap jari duk mengata wardina tu, pernah ke join usrah?

Kalau tak pernah, sila renung salah silap diri sendiri dan tarbiyah diri sendiri sebelum sesuka hati sesedap jari mengata orang lain.


+- Wardina, Heliza helmi dan Irma Hasmie mengikuti usrah di Bukit Antarabangsa -+


Disclaimer: Gambar ini di kongsi oleh seseorang di FB. perkongsian gambar ini ialah untuk menyedarkan orang2 yang 'tak sedar diri' itu bahawasanya banyak lagi gambar yang lebih baik untuk di kongsi di blog.


Terlanjur bercakap tentang gambar di blog, terlintas lagi satu persoalan di benak I. Soalan ini di tujukan kepada kawan blogger dan jugak kawan-kawan FB - para muslimah yang bertudung. I perasan ada sebilangan kecil dari muslimah yang bertudung, tidak segan silu untuk upload gambar yang tidak bertudung di blog/FB. Kenapa?


Kenapa bila dah pakai tudung, tetap nak letak gambar free hair di FB/twitter/blog? Janganlah bagi alasan sebab gambar tu di ambil di rumah, maka ia menjadikan gambar itu 'halal' untuk di letakkan di blog. I tak nak cakap banyak tentang ini sebab I dah pernah kupas dalam entry Saya mahu BANNED GAMBAR TAK SENONOH dari blog MUSLIMAH.


Wardina tidak punya pilihan untuk membuang (delete) gambar-gambar beliau itu kerana beliau tidak punya kuasa untuk delete entry/gambar di blog orang lain. Tapi bagaimana pula dengan diri kita sendiri yang pergi upload gambar peribadi yang tidak menutup aurat di blog/FB di laman peribadi kita?. Tak boleh kah kita tapis dulu gambar mana yang sesuai di pertontonkan kepada khalayak?.

"Ikut suka hati aku lah, blog aku!". Ewah, sedap jari menaip menjawab..jentik jari tu baru tahu. Memang lah blog kau suka hati kau nak letak apa, jadi ni blog aku maka suka hati aku lah nak tegur kau kan.

Abu Sa’id Al-Khudri r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah shollallôhu ‘alaihi wasallam bersabda: ”Barang siapa diantaramu melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika ia tak sanggup, maka dengan lidahnya. Dan jika tak sanggup juga, maka dengan hatinya, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” ~ H.R. Muslim


Kalau betul-betul nak upload sangat, apa kata sekurang-kurangnya lebih afdhal kalau di blurkan bahagian yang tidak sepatutnya di lihat oleh orang lain tu (contohnya: rambut, leher, lengan). Lepas tu, hah upload lah kalau nak sangat tunjuk gambar tu di blog/FB dll.


Semua orang buat silap, dan kadang kala kita tidak sedar dengan kesilapan yang kita buat. Persoalan 'kenapa' dan peringatan ini I tujukan untuk diri sendiri juga. Cuba lah kita ambil sedikit masa dan belek semula gambar-gambar yang pernah kita upload di internet/forum/blog/FB; check samada gambar itu memenuhi syariat ke tidak?.


Bukan senang nak berubah ke arah kebaikan, dan bukan senang jugak untuk orang lain terima dan percaya dengan 'penghijrahan' yang kita lakukan. Bila kita dah ambil keputusan untuk berubah menjadi lebih baik, eloklah kalau kita cuba untuk istiqamah dengan penghijrahan tersebut; dan berdoa lah semoga hati kita teguh di jalan Allah.


Psssssttt : Alhamdulillah, nampak gaya nya Sham Kamikaze pun sudah 'berhijrah' menjadi insan yang lebih baik. Boleh tengok video pengalaman beliau di sini (klik).

Psssstttt (2) : Alhamdulillah Amer
Munawer dari Ruffedge yang dah berhijrah menjaid pendakwah bebas turut memberi pengaruh positif kepada Lah VE, Taj Innuendo, Pot Innuendo, Azan Ruffedge, Zaf VE, dan juga Mode Ruffedge. Berita lanjut, klik sini.

Psssssttt lagi: Jom kita pakat-pakat check gambar-gamba ryang pernah di upload di blog/FB kita. Jom kita pakat-pakat delete gambar-gambar kita yang tidak menutup aurat. Jom jom jom..jom heboh heboh :p

15 words of wisdom & comments:

cik osh said...

ni la dia. manusia sentiasa dengki dengan kebahagiaan dan kesenangan manusia lain. semoga mereka diberi taufiq dan hidayah. bayangkan kalau kena kat family sendiri atau diri sendiri mcm mana...

@e_da said...

alhamdulillah ramai artis dah berhijrah kan.. harapnya biarla berkekalan seiring dengan akhlak...

nape la manusia busuk hati.. kalau org dah berubah kepada yg baik janganla dipertikaikan.. tak faham sikap mereka ni..wardina be strong k.. bijak amna kan.

Min Aina Ila Aina said...

Ujian dakwah buat Wardina. Bukan senang untuk buat kebaikan apatah lagi dia kini sedang mengajak orang lain turut sama berbuat kebaikan. Semoga dia kuat, dan kita juga diberi kekuatan yang sama.

Suhana Shahril said...

cik abang I dh banned kan gmbr2 I dr masuk blog wlpun ia bertudung. Katanya, gmbr yg ditangkap utk tatapan dia sj bukan utk org lain. Gmbr anak2 xpe. Kalo nk letak, kena mlalui saluran penapisan dl, kalo line clear br leh masuk...huhuu..xle dah nak interprem...

anumuchan said...

Nice entri kak yatie..betul2 kadang2 tak faham jugak kenapa ada orang upload gmbar tak bertudung sedangkan dia pakai tudung..tapi macam kes wardina ni takpatutla orang2 saja nak letak gambar dia yang dulu2..yang lama tu biarla berlalu kan..yang sekarang ni ambik iktibar..

transformed housewife said...

Wardina antara artis muda yg paling awal berhijrah. Org yg pakai tudung sbb dia tergerak hati nak pakai kdg2 lg elok dr kita yg dah pakai lama tudung tapi dlm hati masih kotor.(mengingatkan diri sendiri). Baru tahu pasal VE, Ruffedge tu pun jd pendakwah. alhamdulillah.

Unknown said...

kakyong pun ade nampak kat twitter wardina.. pity her. Udah2 la tu kan..

kakyong pun tak setuju pasal tampal gambar x pakai tudung ni.. kakyong pernah tegur seseorg di blog.. tp dia leh ckp suami dia x kesah pun... motip??? x faham apa yg dia faham pasal jaga 'maruah diri'...

Ummi Salsabila said...

Ini lah fitnah di saman moden.melalui gambar,kisah lama.bukan Setakat wardina ramai lg yg terikut sama, isteri ameer ruffedge pun sama.Sedangkan sekarang sudah bertudung dan menutup aurat.kasihan.

Org yg mengaibkan mereka lah yg mendapat dosa.wallahualam:)

Anonymous said...

nok berhijrah pun terp[aksa menempuh cabaran besar...
mudohan mereka itu sedar dan mudah2an wardina lebih tabah

syayassir said...

ari tu dah nampak entry ni, tapi bila klik, tak keluar pulak.. ni boleh pulak tengok...

hmm, kesian wardina kan.. manusia kan boleh berubah.. hormati je lah orang yang dah berubah. tak perlu nak ungkit cite2 lama dia...

bab upload gambar tak bertudung di fb/blog tu pun tak faham juga. sekalipun gambar tu memang zaman belum bertudung, seeloknya, tak perlu lah letak... jagalah kehormatan sendiri, kan..

*nak gi belek2 gambo lagi nih... hehe..

Sidratul Muntaha said...

tudung...
tie mesti ingatkan ayu dulu time sekolah dulu...
serkop hak kecik tu ler yg pakai bile takde tudung mcm skunk..
#kes tak mampu punya pasal...
tudung sekecil itu pun yg buat pergi ngaret,buat petik kelapa sawit.
nmpk kecil,tpi train sikit2..lama2 bila dah besar dan tahu,mmg tudung yg sempurna jugak dipakai.
ade jugak kawan yg sebegitu,kejap pakai kejap buka.
soal akidah mmg bukan main2..
tpinya...
kalau suami sendiri pun tak mampu nak mendidik,mudahan hidayah Allah itu ade dan smpai sekalipun dah senja.
sebab itu sume atas Allah.
tpi mmg sgt belas bila lihat org memaki muslimah lain di atas kesilapan yg lepas - lepas.
moga Allah ampuankan mereka dan beri hidayah jugak.
kita yg melihat ini pun usah mencerca...
doakan sama2 agar mereka yg menghina si tuan punya bdn itu diampuankan dosa oleh Allah dan diberikan hidayah.

yatie chomeyl said...

woghih >> tu la, mitok2 ore2 tu cpt2 sedar la deh

@eda >> tu la, hrp2 wardina sentiasa tabah

aina >> yup, semoga kita pun sentiasa di beri kekuatan utk jadi muslim yg lebih baik

yatie chomeyl said...

Suhana >> wah, bagus cik abg u..kena ada lembaga penapisan dulu, i like :)

anum >> aah, org2 tu x fikir pnjg kot

k/nur >> btol3x, kade2 hok baru pakai tudung ni lagi juruh dr yg dh lamo pakai tudung :D

yatie chomeyl said...

k/yong >> tu la, kesian wardina kan?

fa10 >> ujian untuk wardina kot ni kak deh

sya >> i pun x settle lg check gmbr2 lama ni

yatie chomeyl said...

ayu >> harap2 iman kita snetiasa bertambah baik setiap hari, amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...