CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Tuesday, 24 May 2011

Living in Malaysia is VERY expensive!

Do you know that Malaysians have less purchasing power than many nationals elsewhere?.

If you don't know already, it's expensive to live in Malaysia, especially in Kuala Lumpur. A report shows that Malaysians have less purchasing power than many nationals elsewhere.

The Malaysian Insider, an online Malaysian news website, examined the purchasing power of Malaysians in comparison to nationals of other countries. The website cited a 2010 Prices and Wages report by UBS AG, a Swiss banking giant.

Here are the highlights:

The purchasing power of KL residents is 33.8% of New Yorkers; 42% compared to London, 33.7% to Sydney, 32.6% to Los Angeles, and 31.6% to Zurish.

KL workers need to labour 22 minutes for a bread loaf. In comparison, Los Angeles counterparts take 18 minutes. In Sydney, it's 16 minutes. In Tokyo, 15 minutes. In Zurich, 12 minutes.

The Malaysian Insider also compared broadband prices in Malaysia to those in countries. Even after currency conversion, Malaysia comes out on top... in expensiveness. Here's the summary:

Kuala Lumpur - 5Mbps broadband package - RM149
London - 10Mbps broadband package - GBP13.50
Melbourne - 5-8Mbps broadband package - AUD40
New York - 7Mbps broadband package - USD41.95

Here's another tidbit from The Malaysian Insider article:

In KL, a Honda Civic is priced at RM115,000 - 20 times an auditor's average monthly earnings.

In Melbourne & London, the price is respectively AUD25,000 and GBP19,000 - 3 times an auditor's average monthly earnings in those places.

Source: MSN Malaysia News.




I totally agrees with this news, based on my own experience living in 3 foreign countries for the past 5 years. Harga barangan keperluan di Malaysia tidak sepadan dengan gaji yang di perolehi. Selama ini orang duk cakap, taraf hidup di Jepun ialah yang tertinggi di dunia. Tapi sekarang ni I nak bagi contoh harga barangan dan keperluan di Fukuoka ni untuk perbandingan dan korang fikir lah sendiri ye. (anggapkan 100 yen = RM 1)

(1) Minyak kenderaan


Harga minyak kereta, seliter around 151 yen (RM 1.51) seliter. Kalau minyak mahal ala-ala RON97 tu 162 yen ( RM 1.62) seliter. Minyak diesel pulak berharga 129 yen (RM 1.29) seliter. Kalau kat Malaysia, berapa harga petrol dan diesel ye kawan-kawan?.

Pandai-pandai lah korang bandingkan sendiri.




+- harga minyak petrol dan diesel di Jepun (dalam kotak merah) -+


Itu harga kat stesen minyak yang popular macam Shell, Esso, Idemitsu dan Eneos. Tapi untuk orang yang jenis cheapskate macam kitorang ni, isi minyak kat stesen minyak biasa-biasa kat kampung je, harganya baru 140 yen (RM1.40) seliter!. Padahalnya Jepun bukanlah negara pengeluar minyak pun.


(2) Pakaian


I bagi contoh untuk pakaian bayi dan kanak-kanak. Kat sini ada kedai nam Nishimatsuya yang jual baju bayi & kanak-kanak bermula dari harga 299 yen (RM2.99). Kualiti kain pun bagus setaraf dengan jenama An.akku ataupun Ki.ko di Malaysia. Range harga baju dalam kedai tu 299 - 5000 yen (RM 2.99 - RM 50).


+- kedai pakaian baby.kids Nishimatsuya -+



Bukan itu sahaja, pakaian berjenama antarabangsa pun boleh di beli dengan harga yang jauh lebih murah. Contohnya seluar jeans Lev.i's harga nya around 3000 - 7000 yen (RM 30 - RM 70). Kalau bertuah, masa ada sale siap boleh beli 2 percuma 1 dengan harga 3999 yen (RM 39.99) sahaja. Sebab tu lah, masa Deja datang Jepun hari tu dia borong beli sampai 3 helai seluar jeans Lev.i's ehehehe.


(3) Barangan runcit & keperluan

Kalau kat Malaysia, nilai untuk harga RM50 tu tak berapa banyak untuk beli barangan runcit/keperluan rumah seminggu kan?. Kalau pergi Tesc.o/Gia.nt tu, kalau kami beli barang keperluan untuk semingu untuk sekeluarga tu, biasanya akan spent around RM80 -RM150.

Tapi kat sini, kalau 5000 yen (RM50) tu agaknya dah boleh dapat barang penuh 2 troli kot. I bagi contoh harga barangan keperluan ye :-
○ gula : 168 yen (RM 1.68) untuk 1kg. Kadang2 hari sabtu/ahad ada mall yang jual serendah 99 yen sahaja (RM 0.99) 1kg, murah tak?
○ minyak masak : 258 yen (RM 2.58) untuk 1.3L
○ susu segar : 149 yen (RM 1.49) untuk 1L
○ beras : 1980 yen (RM 19.80) untuk 10 kg
○ daging ayam yang dah siap di potong : 700 yen (RM7) untuk 2kg
○ ayam (belum potong) : 380 yen (RM3.80) seekor
○ daging : 1200 yen (RM12) untuk 1kg


Biasanya untuk seminggu, kitorang spend dalam 2000 - 3000 yen (RM 20-30) untuk barangan runcit, 2500 yen (RM25) untuk daging dan ayam, dan 1500 yen (RM15) untuk buah-buahan dan sayur-sayuran.

(4) Klinik

Di Jepun ni, orang yang ada insurans cuma perlu bayar 30% dari bayaran perkhidmatan ke klinik. The health care system in Japan provides healthcare services, with the patient accepting responsibility for 30% of these costs while the government pays the remaining 70%.

Lagi best ialah children's medical costs are usually fully covered up to age six. I pernah cerita kat dalam entry pergi klinik, boleh klik sini untuk baca lebih lanjut.


(posing kat depan kaunter klinik)

Kalau kat Malaysia rasanya caj untuk perkhidmatan kesihatan kanak-kanak lagi mahal berbanding orang dewasa. I ingat lagi masa balik Malaysia bulan Jun tahun lepas, masa tu SN demam. Sekali pergi klinik, kena caj sampai RM60 padahal Dr check cuma berapa minit je pun huhuhu.


Rasanya ada banyak lagi perbandingan yang boleh dibuat, tapi cukupah dulu kot dengan perbandingan yang I sebutkan dalam 4 contoh di atas tu.


I pasti lepas kawan-kawan semua baca berita tu dan juga senarai harga perbandingan dengan barangan di Jepun yang I bagi dalam entry ni, kawan-kawan akan bersetuju yang harga barangan di Malaysia tidak sepadan dengan gaji yang diterima.


Sebab itu lah agaknya, ramai rakyat Malaysia yang mengambil keputusan untuk tidak kembali ke Malaysia apabila berpeluang untuk bekerja di luar negara. Bukan kerana tidak sayangkan tanah air sendiri, tapi kerana merasakan gaji yang di terima tidak bernilai apa-apa di hujung bulan.


# Update : Read bibi in London's entry Antara RM1000 di Malaysia dan 1000GBP di London; which she wrote as a response to this entry.

## NOTA TAMBAHAN : 100 yen di sini bukan sama nilainya dengan RM1. Apa yang ingin saya tunjukkan ialah dari segi nilai wang itu bukan dari segi matawang!. Kalau nak convert, memang lah 100 yen = RM 3.60. Tapi kalau macam tu convert lah jugak gaji yang di perolehi di sini. gaji fresh graduate kat sini ialah around 240 000 yen (kalau ikut nilai wang RM2400 lebih kurnag malaysia lah kan); tapi kalau nak convert ssangat macam yang si kufikirfikirlabutahu duk bising kat komen ni, jadi lah RM9000!.)*. Now tell me, kat Malaysia ada ke gaji fresh graduate RM9000?????.
***nota ini untuk yang tak faham nilai wang dan bukan nilai matawang yang ingin saya jelaskan dalam entry ini especially to
kufikirfikirlabutahu yang cakap saya tipu. *kalau saya tipu, tak payah kamu nak gedik datang baca kat sini, saya bukan paksa kamu percaya pun. pembaca blog ini semua bijak pandai, boleh fikir sendiri yang mana betul yang mana tipu.HARAP MAKLUM!*

Psssssttt : semoga akan tiba suatu hari di mana purchasing power di Malaysia akan lebih setimpal dengan gaji yang di terima, Insya Allah.

Link


39 words of wisdom & comments:

Rinah said...

Salam Kak Yatie,

Apa yang akak tulis nie ada benarnya.

Amin.

Suhana Shahril said...

See.. kan Ana dah ckp, that why lah x brapa nak setuju kalau wajibkan pakai car seat utk anak2.Bukan sbb x sayang dan hargai keselamatan tp itulah..harga brgn yg dijual di M'sia x setimpal dgn gaji yg diterima. Lagi gaji naik, lagi harga brg naik. Mcm mana nak survive. Org yg x keja lagilah susah. Inikan pula yg keja gomen cam sy nih.kalau yatie nak tau, half gaji bulan2 spend utk isi minyak keta Ron95 (ni dijangka nak naik lg ni), half lagi bayar taski+nurseri anak2 (gaji saya sj).Suami (umah,bil2 -api,air,stremix, belanja mkn, bli brg keperluan harian). Kena dikit2 simpan duit utk kecemasan. Nak bli baju/kasut aka shoping2--kirim salam. Mgkn 3,4 bln skali jer kot.astro dah x pakai-mngarut, bukan nengok sgt pun-bil siaran basic jer pun dah dekat RM50. Itu kedua2 suami istri keja ya. Mcm mana nak survive kalo suami jer yg keja?Lagi kesian.

Ina said...

bygkan org keje kilang gaji sbln bape je nk sara keluarga lg kan. kt sini kiter xkeje ada anak masih boleh survive, bersuka ria n menyimpan. kt msia kalau umum harga gula naik restoran awal2 lg dh tambah harga air secawan. dah la penguatkuasaan xde lagi lah org awam tertindas. selagi hubby xjd hartawan nk tanak dok msia kena cari jln buat income.

isabelle said...

maka dgn itu, i mengisytiharkan i adalah golongan kaya..sebab tinggal di malaysia.bahaha..

useryna said...

sokong sangat2 kak yati..saya yg sempat duduk setahun lebih kat germany, then baru 2 bulan balik mesia dah terasa sangat 'kesempitan' bila berbelanja kat sini.. dulu dah terbiasa beli barang dapur seminggu baru 20€ (rm80++), skang balik mesia klau 80 tu bleh bli ape je..huhuhuhu...

nurbijen said...

salam perkenalan,

I'm agreed 100% , gaji yg dpt tak tau ke mana... bila muhasabah diri, kat mana yg silap sebab duit gaji mengalir bagaikan air? tapi bila analisis 360 degree, faktor yg yati kupas ni juga berkait rapat.

dan buat pengetahuan yati, keluarga yg berpendapatan RM2000 sebulan dah dikira miskin tau. Sumber ni pun dapat masa bayar zakat pendapatan tahun lepas. So berapa ramai keluarga di Malaysia yang berada dalam belenggu kemiskinan?

Pasal kuasa membeli tu, setakat ni ore kelate masih tinggi lagi kuasa membelinya :)

Fid said...

ehhhh harga kat malaysia murah tu banding dgn negara lain semua paling murah tuuuu

rakyat manja nak subsidi
hahaha
bong.......ngokss kannnnn

anumuchan said...

setuju2..memang rasa gaji tak setimpal dengan harga barang2..lagi2 kalau yang duduk dekat KL tu kan..duit habis macam tu je..huhu

Sidratul Muntaha said...

aihh,...
tie mesti paham dgn keluhan itu...

ibuaiman said...

Salam Yati..setuju sgt2 isu ini. Majikan suami saya, org US pun ckp mmg kos hidup kat M'sia tinggi terutama harga rumah dan kereta kalau nak dibandingkan dgn gaji rakyatnya. Memang sedih, lbh separuh gaji habis duk byr kete n umah, blm lg cmpr ngan keperluan rumah. Sian orang M'sia, harga kereta nasional yg tak brp kualiti pun mahal, lagi lah harga kereta import, gov knkan tax mahal..Public transport pun tak brp blh hrp...

nieda said...

no wonder ramai yang berhijrah kt oversea..dulu husband i pun ada bgtau masa dia study kt UK kalau pergi supermarket dgn nilai rm50 boleh penuh 1 troli. kalau kt sini tak dapat

syayassir said...

hmm, rasa sedih pulak kan baca entry yatie ni... bukan apa, sedih dengan keadaan gaji yang tak naik2.. tapi, harga barangan, macam tiap2 bulan pulak naik...

hmm, tak tau nak kata apa lah...

fisa othman said...

uiksss ni yg buat kan hati terbakor je...

isk isk memang kenaikan gaji dgn kenaikan harga barang plus minus sama sahaja malahan kenaikan harga barang melampau kenaikan dia ada lah...

transformed housewife said...

meme mahal pong. knur pong teraso sgt ni. meme gaji knur habih bayar sekoloh + nursery budok2. nok beli kereto so lg pun tangguh dulu sbb raso mace tok cukup duit jah. huhu

Bibi Intan Suraya said...

yatie,
i made a sequel of your entry

http://tulip-thewhitestar.blogspot.com/2011/05/antara-rm1000-di-malaysia-dan-1000gbp.html

;)

Ummi Salsabila said...

betul.me setuju dgn yg dianalisis di sini.

semuanya naik.semuanya kena bayar mcm2.mmg ramai malaysian tanak blk msia kalo gaji xsetimpal dgn harga brg.

Min Aina Ila Aina said...

Persoalannya MENGAPA???????
dan setuju dengan Kak Fid.

Keluarga kami sudah dalam keadaan tertekan sekarang, gaji suami asyik kena potong je, harga barang naik.uhuhu.

Cool said...

haih@!~ cemana, duit banyak masuk poket boss/menteri .. yang saki baki tu la yg dibayar kepada pekerja.

yatie chomeyl said...

Rinah >> amin, sama2 kita doa ye

suhana >> yup, now I understand kenapa Ana tak setuju hari tu.

Ina >> btol2x, kami kat sini leh je survive dgnstau scholarship..siap buleh beli kereta lagi

yatie chomeyl said...

Isabell >> yup, I setuju hehe

useryna >> yup, kalau 20 euro tu penuh troli dah kan

nur >> salam perkenalan jugak :). yup, setuju part ore qelate masih tinggi kuasa membeli tu ...tu yg buat raso nok duduk di kelate jah tu

yatie chomeyl said...

ahkak Fi d>> ekekek, cukup2 sinis..kalau depa x faham2 jugak x tau la nak kata apa lagi daaaa

anum >> aah, duk KL lagi la..duit mengalir lagi laju dr air

ayu >> faham sgt2 dear *hugs*

yatie chomeyl said...

ibuaiman >> btol, kat tmpt lain public transport diorg efisyen. org US sendiri boleh ckp gini kan..apa tah lagi kita rakyat Msia ni sendiri yg dh lama bertahun-tahun menanggung derita

nieda >> yup, kat luar negara nilai RM 50 (ikut matawang) memang dh byk utk shopping groceries

sya >> sedih mmg sedih. harap2 ada perubahan lah lepas ni kan

yatie chomeyl said...

fisa >> hati terbakor, jiwa merana , poket makin kosong, ye dak?

k/nur >> tu la ti beli kereto kat sini tu, at least muroh dan x keno byr bule2 doh huhuhu

bibi >> thanks babe. aku dh update letak link entry ko dlm entry aku ni.

yatie chomeyl said...

US >> tu la, buat apa balik kalau life kat luar lagi membahagiakan, ye tak?

aina >> persoalan yang tak bertemu jawapan sampai sekarang, kan?

jiji >> setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!

alohamolly said...

Memang setuju, when I pergi Down Under..nampak eh..all the good and necessity (spaghetti cost AUD99 cents a pack, Msia at least MYR3.95..versus imported instant noodles- AUD3.99 for pack of 5)

That is my first impression when I look at the leaflet..bagusnya...at least indirectly manage to get the people to make healthier food choices.

Even their houses seem more affordable(if we don't convert but use their salary scale to compare)

MyKhalish Journey said...

seriusly kami mmg sgt "gumbira" dgn rege brg yg semakin naik & naik. "xsbr" tgg minyak plak naik lgk. keja tiap2 bln, bergaji dgn profesion skrg pun rs cam nothing. hmmm... nak pdh duk jepun la. ekekeke...

e.l.i.z.@ said...

plg sakit hati myk la awok weh...ron97 loni rm2.80 ko rm2.90..xigt sbb kami stop doh guno ron97, x mampu huhuuh..konon myk mhl buleh jago enjin keto la..tp gak, kalu naik sapa rm3/liter, meme buleh bankrap la keh

untung sungguh duk oversea ni dih..brg muroh gitumo..mesia ni meng-kaya-kan org² atasan jah huhuuh

Unknown said...

memang betul, taraf hidup kat mesia ni dah semakin tinggi..

mcm kami skrg ni, memang jrg2 la dpt makan daging ayam bagai.. telur ayam pun mahal.. segala2nya dah mahal.. :(((



n3 terbaru kakyong
Review Nora Elena episod 10
Review Nora Elena episod 4
Prestasi 10 hari : 13–22 May 2011

Unknown said...

sgt setuju yatie...dr JB tie pindah dok KL, mmg terasa sgt! thats why la kami cr side income...mcm kau terpaksa aku terpaksa jer kitorg nie...pejamkan mata jer, ikutkan penat, leceh, malas mmg diakui laa...tp terpaksa la utk masa depan yg lebih selesa kan...adeh laa..

Idayu said...

setuju3...blk br2 nih rasa duit keluar mcm air jek.........

yatie chomeyl said...

Aloha Molly >> yup, the salary and the purchasing power in other countries are way higher compared to Malaysia

mykhalish >> meh la pindah mai jepun hehe

eliza >> meme sbnrnya lg untung duk overse, brg muroh pastu molek2 pulop tuh

yatie chomeyl said...

k/yong >> kita kena byk doa & usaha ni untuk jadikan Msia punya purchasing power setimpal dgn pendapatan...opt for changes!

ezatil >> JB pung mahal jugop brg deh..tp muroh sikit dr KL la bekali

Idayu >> aah kan, setiap kali blk Msia rasa sekejap je habis duit yen yg di bawak tu

mun said...

yatie mohon share this entry kat belog mun eh....thanks

kufikirfikirlabutahu said...

nak komen sikit boleh x, apa pasai ckadar pertukaran RM1 = 100 yen, keadana semasa sekitar RM3 = 100 yen, patut edit balik, bagi boleh lebih dipercayai,,,,berdosa tipu tau

yatie chomeyl said...

Mun >> permission granted, sila2x

kufikirfikirlabutahu >> tu hah saya dah jawab kat dalam entry. kalau betul2 nak convert, sila lah convert jugak gaji yang diterim akat sini utk fresh grad ialah around 240 000 yen = RM 9000 sebulan!

kufikirfikirlabutahu said...

tapi kamu belum tukar dan edit masukan ini, adakah kamu cuba menipu atau membodoh2kakyat malaysia, hanya kamu di luar negara tak bermakna kamu boleh terus-menerus, memberikan fakta palsu.....please edit, make it more reliable

yatie chomeyl said...

apa yang saya tipu? cuba bagitahu?

saya compare tu berdasarkan nilai wang bukan nilai matawang, takkan tak faham jugak?

by the way, news itu bukan saya yang tulis..tapi MSN Malaysia News yang tulis.

kalau macam tu, pergi lah cakap kat MSN Malaysia News tu yang berita tu tipu.

Plus, kalau ye saya tipu...kenapa orang2 di Malaysia semuanya bersetuju dgn berita ini?

bukak mata dna baca betul2, jangan nak buta hati. saya bukan kondem kerjaan, saya cuma cakap fakta berdasarkan berita itu.

Unknown said...

JB ok lg la..kalu apartment hok ada swimming pool, gym, car park still leh dpt rm600...kalu KL harga mcm tu standard flat jer..mkn2 pun tersangat murah...gerai biasa kat KL x dpt dah kalo amik lauk2 biasa (ayam/ikan/daging+sayur) dgn harga area RM4...JB biasa jer mkn RM3.50-RM4. Pasar Borong pun byk huhu..utk sesiapa yg suka beli brg basah laa...ikan2 lg byk choice n murah. xder tol, x jem sgt...so far suker la huhu...mcm promote JB la pulok dih kikiki...tp, mmg suker sgt sbb makanan dia besh2 n murah!! Ayam Penyet pun leh dpt RM5,6 jer huhu

Toshio (Zharfan) said...

kufikirfikirlabutahu

Kau tahu tak nasi ayam di Brunei berapa sepinggan? B$ 4.00 satu pinggan bukannya B$ 1.70 (faktor B$1=RM2.40). Dia tengok Malaysia jual berapa. Kalau Malaysia jual nasi ayam RM 4.00 sepinggan, Brunei jual B$ 4.00 sepinggan. Itu maksudnya. Dia bincangkan kos kehidupan sesebuah negara dengan pendapatan mereka hidup di sana.

Memanglah gaji mahal menjadi isu tetapi kos kehidupan yang mahal menyebabkan terpaksa kerja di luar negara. Kenapa Bangla, Vietnam, Nepal dan India ramai kerja di Malaysia. kerana gaji mereka tidak digunakan di Malaysia dan convert terus duit mereka untuk bawa balik negara mereka.

Blogger ini tinggal di Jepun dan tidak membawa gaji di Malaysia, dia hidup dan membeli di Jepun. Dia compare gaji Jepun kehidupan di Jepun dan gaji Malaysia kehidupan di Malaysia. Melainkan dia bergaji Jepun semata-mata nak bawa balik Malaysia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...