11 jun akan mencatat satu lagi sejarah bolasepak Negara, pertembungan dua pasukan pantai timur Kelantan dan Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil, dijangka lebih 80,000 penyokong kedua-dua pasukan akan hadir untuk menyaksikan perlawanan akhir piala FA ini. Jualan tiket juga amat menggalakkan.
Debaran makin dirasai oleh jurulatih yang pertama kali mengalas tugas musim 2011 sebagai jurulatih kelantan ini, Datuk M.Karathu tidak akan mengambil mudah perlawanan malam esok walaupun diatas kertas kelantan sudah menang 3-0 kerana mahu pemain fokus dari tekanan fizikal dan mental. Semua pemain di prestasi yang baik dan bebas digantung, Datuk M.Karathu percaya para pemain yang akan diturunkan pada malam esok akan menunjukkan semangat juang yang tinggi dan tidak terlalu yakin serta mengambil mudah saingan lawan.
Syabas bagi peminat setia yang datang dari jauh,tidak kira menaiki apa pun kereta sendiri,kereta api ,bas ,kapal terbang,motosikal dan berkonvoi ,berhati-hatilah dan sentiasa menjaga keselamatan diri,kami doakan anda semua selamat sampai di Bukit Jalil dan pulang.
Peringatan kepada penyokong Kelantan anda dilarang memulakan provokasi ,menyeludup mercun ,pemetik api, bendera politik dan sepanduk provokasi. Pihak Polis Diraja Malaysia dijangka akan mengerahkan seramai 2430 orang anggota termasuk ”Special Branch (SB)” berpakaian awam, berkuda, anjing-anjing pengesan juga akan digunakan dan PDRM akan dibantu oleh 400 anggota ikatan sukarelawan Malaysia RELA.
Sekali lagi di ingatkan pihak KAFA tidak akan bertanggungjawap jika anda ditangkap dan didakwa , fikirkan kerjaya dan orang yang menyayangi anda.Ingat kita datang ke stadium bukan mahu tunjuk ”Gedebe” tapi mahu memberi suntikan semangat kepada pemain agar kelantan dapat menjuarai piala FA 2011 ini.
Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo
Ambo denge hubby akan tetap sokong Qelate dari bumi Ultraman ni. yang penting, tengok bola tengok bola jugop, semaye jange tinggal tu. GOMO QELATE GOMO!
4 words of wisdom & comments:
masya allah..berkatnyo jadi ore Klate;)
tapi tulah, lawe puok sediri..kalu kaloh pom dok sero sedih mano;)
abe de ado maghi jugok nok tengok bola. tapi Knur tok tahula dio tido mano sbb dio dge sain2 dio.
n teganu menang~
sorry klate.. try again next time okeh
anyway good game, congratz to both team^^
zaila >> btol3x
k/nur >> oooo rajinnyo abe de, siap g KL lg
misz miyu >> takdop hal, meme tganu deserve it :)
Post a Comment