CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday 10 June 2011

Khas untuk isteri seperti "Nora Elena" dan suami seperti "Seth"

“Wanita itu aurat maka bila ia keluar rumah syaitan menyambutnya.” (HR. At-Tirmidzi no. 1183, dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albani dalam Irwaul Ghalil no. 273, '

Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliyah dahulu.''Al-Ahzab : 33

Didalam hadits yang diriwayatkan dari Ibnu Umar bahwasanya Rasulullah saw bersabda,”Janganlah seorang wanita pergi (lebih dari) tiga hari kecuali bersamanya seorang mahram.” (HR. Muslim)


Menurut ayat Allah tersebut memang maksud ketentuan syari'atnya menyeru para wanita agar menetap di rumah, menahan diri agar tidak keluar kecuali untuk suatu kepentingan.

Namun nasihat Al-Qur'an tersebut bukan bererti bahawa kaum wanita harus menetap di rumah selama-lamanya dan tidak boleh keluar sama sekali, juga bukan bererti atau bermaksud untuk merendahkan kehormatan wanita apalagi mengikis kehidupan sosialnya, sebagaimana tuduhan kebanyakan musuh-musuh Allah.

Justeru sebaliknya Al-Qur'an ingin menunjukkan suatu jalan pemeliharaan diri yang dapat ditempuh dengan kehendaknya sendiri dan bukan ditentukan oleh kehendak orang lain.


Syarat-syarat keluar rumah bagi para wanita:

1. ADANYA IZIN:-

a) Menurut Ibnu Taimiyah dalam Al-Fatawa menyebutkan bahwa dalam hal meminta izin ini ada dua hal,

- bagi wanita yang telah menikah, izin yang dimaksud adalah izin dari suami,

- bagi wanita yang belum menikah izinnya adalah izin dari orang tuanya.

b) Dan untuk meminta izin, ada izin umum dan ada izin khusus.

- Izin umum adalah meminta izin keluar rumah untuk keperluan yang memang dianggap keperluan rutin, seperti belanja, sekolah dllnya. Hal ini tidak perlu setiap kali keluar meminta izin tapi cukuplah sekali minta izin,

- Izin khusus pula ialah untuk keperluan yang jarang-jarang seperti silaturrahim, menjenguk orang sakit dllnya, maka perlu meminta izin dahulu setiap akan pergi untuk keperluan tersebut.

Rasullullah saw bersabda :" Siapa saja istri yg keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya,maka ia berada dalam kemurkaan Allah sampai ia pulang atau suaminya merelakannya " (H.R.Khathib,dari Anas ).


2. UNTUK TUJUAN KEBAIKAN

• seperti:· Pergi menuntut ilmu· Pergi untuk beramar ma'ruf nahi munkar (berda'wah)· Silaturrahiim· Berdagang atau bekerja


3. TIDAK BER-TABARRUJ

• maksudnya tidak bersolek dan berdandan yang berlebihan, tidak memakai perhiasan-perhiasan yang menarik, sehingga mengundang syahwat laki-laki juga tidak memperlihatkan keindahan tubuhnya.


4. MENUTUP AURAT DAN MENJAGA ADAB-ADAB ISLAM

• Menutup aurat ketika keluar rumah merupakan kewajiban syar'i yang harus dipatuhi oleh setiap muslimah yang telah akil baligh, busana yang menjadi standard syar'i adalah sebagi berikut:

a. Menutupi seluruh tubuh kecuali wajah dan dua telapak tangan

b. Tidak ketat hingga lekuk tubuh tidak terlihat.

c. Tidak tipis hingga warna kulit tidak terlihat.

d. Tidak menyerupai laki-laki

e. Tidak berwarna yang terlalu striking sehingga menarik perhatian orang.

f. Dipakai bukan maksud memamerkan dan tidak bergambar makhluk hidup.

Firman Allah s.w.t

“Wahai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu dan putri-putrimu serta wanita-wanitanya kaum mukminin: Hendaklah mereka mengulurkan jilbab-jilbab mereka di atas tubuh mereka. Yang demikian itu lebih pantas bagi mereka untuk dikenali (sebagai wanita merdeka dan wanita baik-baik) sehingga mereka tidak diganggu…” (Al-Ahzab: 59)


Adapun adab-adab Islam juga harus dijaga antaranya, menjaga pandangan, tidak ikhtilat (berdua-duaan dengan lawan jenis), tidak berbicara dengan suara yang menimbulkan rangsangan, tidak berjalan berlenggang-lenggok dan lain sebagainya yang akan merosakkan citra Islam.


Sumber: FB note


Jadi apakah perkaitan nya ini semua dengan drama Nora Elena itu?.

Persoalan2 ini timbul selepas menonton episod terbaru drama Nora Elena iaitu :-

1) Kenapa Seth merelakan dengan sepenuh hati apa sahaja pilihan pakaian yang di pakai oleh isterinya sewaktu keluar dari rumah?.

Kenapa Seth suka tengok isteri dia pakai blouse *warna coklat yang tak cantik lansung pun sebenarnya* dan seksi untuk jamuan makan-makan di rumah mereka?

Bukankah itu membuka ruang dan peluang untuk menarik perhatian lelaki lain?


2) Kenapa Nora Elena duduk berbual/minum dengan Insp. Amir tanpa meminta izin suaminya terlebih dahulu?. OK, mungkin boleh bagi alasan terserempak tetapi tak boleh ke call atau SMS Seth sekejap untuk inform dan minta izin?

Bukankah itu membuka ruang dan peluang untuk menimbulkan fitnah di mata-mata yang memandang?


Di sini terlihat jelas apa yang di syariatkan oleh agama Islam bukan berniat untuk mengongkong sebaliknya untuk mengelakkan fitnah dan menjaga maruah dan kehormatan diri seorang wanita. *By the way, definisi kehormatan diri yang sebenar tidak sama lansung dengan definisi maruah diri yang di berikan oleh 'adinda evans' jelir sehingga mencetuskan kontroversi baru-baru ini*.


Entry hari ini I tujukan khusus buat "Nora Elena", seorang isteri yang di gambarkan sebagai tidak pernah meninggalkan solat tetapi kadangkala terlepas pandang beberapa tuntutan agama yang lain.

Entry ini juga khusus buat Seth, seorang suami yang merelakan isterinya untuk berpakaian sesuka hati apabila melangkah keluar dari rumah ataupun apabila di depan orang lain yang bukan mahram.

Entry ini juga secara peribadi di tujukan sebagai peringatan buat diri I supaya memahami kenapa hubby I tidak memberi izin kepada I untuk keluar ke Konoha Mall malam ini for "ladies night out" dengan kawan-kawan di sini.jelir Sebaliknya hubby amat berpuas hati bila venue 'ladies night out' kami di buat di rumah sahaja.

http://masanorihashimoto.files.wordpress.com/2011/05/konoha-mall.jpg?w=560
+- Konoha Mall. Pic source: Masanorihashimoto -+


Secara umumnya, sesiapa sahaja boleh mengaitkan diri mereka dengan watak Nora Elena dan Seth. Apa yang berlaku pada Nora Elena itu (fitnah sewaktu di luar rumah) boleh jadi berlaku pada I, pada you dan pada sesiapa sahaja. Sama-sama kita ambil pengajarannya dari apa yang telah di gariskan oleh agama kita. Jom, sama-sama berubah ke arah kebaikan. Yosh!

Psssstttt : Sorry lah sebab emo terlebih bila tengok drama Nora Elena tu, padahal dah tahu itu cuma semata-mata lakonan. Tapi percayalah, cerita itu memang berlaku di sekeliling kita malahan mungkin juga berlaku dalam kehidupan kita sendiri. Wallahuallam.

~ Thanks for reading this . Anda semakin chomeyl kalau anda memberi komen (^-*) ~

24 words of wisdom & comments:

Sidratul Muntaha said...

ko layan tie?!!
huhuh...
aku tak terlayan alnsung.
nak nonton pun..
aih..
tv kemana..aku kenama.
tpi siyes la..
takdenay aku nak nengok citer tak logik tu..
bukan la nak perlekeh tpi cannot gi arr...
mmg tak boleh..
psl kuar mlm tu..
ko untung dpt jumpa kwn..
aku ni..
life aku...
keje laki anto..
nak jumpa member blog laki aku ikut sama..
nak jumpa pun boleh tpi kenapa propose dan belah siang ejr.
kuh kuh kuh
#kena buat entry ala2 report jumpa dengan sape n ke mana..
kah kah kah
tpi oklah..
takdelah aku lupa diri bila dengan kwn2..
baca surat bantahan kat sini.
lawak seh..
http://cikgeligeli.blogspot.com/2011/06/surat-terbuka-kepada-tv3-bantahan.html

Hanis MY said...

ore tok sapa ep tu lg kut, wahh bagus entri ni kellas... tula jolo2 byk benda2 buleh timbul fitnah haishhh...nauzubillah lah key

Hamizah said...

promote ke?akak pon xtgk..hehe

isabelle said...

i tak tengok. maka tau2 gitu je la sbb sana sini org dok citer

cik norai said...

lately byk sungguh baca entry pasal kesah ni membuatkan cik nak cube tengok la drama yg buat ramai org sentap jiwa nak tulis entry nih hehehe

AA said...

tqh pun x lyn drama tu...tp entry k yatie ni amat sesuai utk peringatan semua..thanks kak

ddiini said...

mmm...aku pn br smlm tgk cite tue...biasa2 je tp drama mlayu mmg mcm tue, kononnya smyg xtggl tp bab aurat x d jg...pdhl klu isteri xjg aurat suami pn turut rasa tempiasnye

nieda said...

ramainya org buat entry psl drama nora elena ni..yg baik kita ambil, yg buruk kita elakkan.
i baru je layan dlm minggu ni, bila rmai blogger kata best.

Eliss said...

jangan amik yang berdosa tu kan :) hok molek jah boleh tiru contoh tak tinggal solat :)

cikgunurulizza said...

salam yatie.kalau la drama ni leh selit elemen elemen mcm minta izin suami keluar rumah, pakai tutp aurat... ok jugak kan..ala nama pun drama kan.tapi post ni sangat berguna..:)

aNgAh_aLiFaH said...

btul tu. setahu angah, solat tu mencegah diri dari membuat kejahatan. tapi kalau solat tak tinggal (siap sound laki sendiri tak penah solat), diri sendiri pakai skirt ketat dan pendek nak buat pe?? lu pk la sendiri.. kan?

anumuchan said...

tula cerita ni..watak elena tu tak payah pakai seksi2 pun takpe je rasanya kan..apa yang nak ditunjukkan pun entahla..tapi tensen gkla jalan cerita lembab..

transformed housewife said...

malah nok tengok tv bilo male sbb male maso knur ngadap blog. hehehe. tapi baguhla Tie dok peringat ni.

*∽ IZAN ∽* said...

adoyaii.. nko punyer entry ni kan yatiee.. kadang 2 kobar baekk punyaa.. ehehehehe.

Drama Nora Elena tu tak leh di buat teladan pun... uhuhuhu. Baju coklat tu ada lubang kat pinggang
wehhh...

Zaila Mohamad said...

ore layan sebab tertengok dr awal tapi kalu nak baca novel..malah eh sebab tahu doh kalu dale novel lagilah over keterangan penulis tentang Nora & Seth tu;D

Yati, sorrylah sapa sudoh xpos voucer tu, ceritanya macam ni haritu kan pate pahtu loni nya hilang ntah mano doh..nati ore bg hadioh mugo lain deh..insya allah..

mazni_azis said...

Good entry ucu... Br layan 2 episod tp tgk sambil2 msk so tak tau la best ke tak citer ni

Idayu said...

btol3..tgh tension nih...cerita melayu oh cerita melayu.
mcmna la tunang boleh percaya ckp org lain lbh dr tunang sendiri?
suami percaya org lain lbh dr isteri sendiri?
kalu id x caya pada nora x pe, sbb i suka! he3
si seth tuh sng2 percaya ckp org lain, gerammm!!!!

p/s: agak2 seth ker yg rogol nora dulu ek?( alahh... busy bodynya mak cik temah nih!)

yatie chomeyl said...

ayu >> layan jugak sambil prepare dinner

hanis >> nanti smp episode tu mesti teringat gapo yg or etulis ni :)

k/hamizah >> x promote, menyuarakan x puas hati jah hehe

yatie chomeyl said...

isabelle >> i tgk buat isi masa sambil masak dinner

cik norai >> best cite dia. sila lah tgk

atiqah >> u r welcome dear :)

yatie chomeyl said...

ddini >> jolo3x, aku setuju..sokmo gitu deh drama melayu

nieda >> bets mmg best tp tu la...bnyk yg nak di komen ngeee

eliss >> OK. got that

yatie chomeyl said...

thenunu >> aah drama selalu nya buat suka hati la kan

angah >> btol3x..sendiri mau ingat la kot

anum >> tp ttp bets utk di layan eheh

yatie chomeyl said...

k/nur >> ti tgk maso bele2 masok utk dinner

k/izan >> memang nak konarr , saj ebg tajuk panas hehe

zaila >> takpo, takdop hal zaila :)

yatie chomeyl said...

angah >> boleh la bets jugak cite ni buat layan petang2 lepa smaghrib ;)

idayu >> aah mmg seth tan tu yg rogol nora ..i baca novel dia ngeeee

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

yatie kena ulas mengenai rogol yang macam dihalalkan dalam drama ini, sedangkan ianya adalah jenayah berat dari sudut islam dan civil. Sudahlah tu ramai yang tulis dekat fb, perogol handsomelah, tak kisahlah kalau dirogol lelaki begini. Ya ALLAH...sedarlah apa yang kita cakap tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...