Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat teman-teman blog ini. Sambil2 blogwalking tu, boleh juga kita alunkan takbir hari raya kerana bagi hari raya korban, takbir bermula dari solat subuh hari ‘Arafah (iaitu tanggal 9 Dzulhijjah) hinggalah selepas solat asar pada hari Tasyrik terakhir (yakni hari raya ke empat).
+- tekan play untuk mendengar takbir -+
Diriwayatkan dari ‘Ali dan ‘Ammar r.a. yang menceritakan;
“Sesungguhnya Nabi s.a.w. bertakbir bermula dari hari ‘Arafah (selepas)
solat subuh dan memutuskannya (yakni berhenti bertakbir) selepas solat
asar hari terakhir Tasyriq”. (Riwayat Imam al-Hakim) sumber: mytajididyouth
Tahun ini masuk tahun ke-5 secara peribadinya buat diri I untuk menyambut Aidiladha di luar negara; tahun ke-3 untuk SN dan juga yang pertama kali buat Naznin (hubby's sister). Alhamdulillah, kami baik-baik saja walaupun daddy tak beraya dengan kami tahun ini.Tiada drama air mata kesyahduan baik dari pihak mommy mahupun dari pihak SN.
+- ceria di pagi raya -+
Pagi-pagi raya macam biasa ke Masjid Fukuoka untuk menunaikan solat sunat Idul Adha berjemaah. Sebenarnya pagi raya tu ada majlis gotong royong kat kejiranan I, tapi sebab hujan lebat maka gotong royong cancelled. Kiranya hujan rahmat buat I sebab tak perlu attend gotong royong dan dapatlah ke masjid untuk bertakbir & solat.
+- bergambar dengan Japanese Muslim dalam Masjid Fukuoka lepas solat -+
Lepas solat kami balik rumah semula dan sambung masak juadah raya. Malam raya Naznin & I dah rebus ketupat segera + lemang segera + ketupat palas segera dan dah siap masak kuah kacang & blueberry cheesecake. So hari raya kami cuma goreng daging satay je. Sambil-sambil masak, sempat jugak video chat dengan family di Malaysia dan dapat jugak tengok upacara korban di mana daddy di tugaskan untuk melapah daging.
Jamuan hari raya warga Malaysia di Fukuoka pulak di buat pada sebelah petang, so sebelum pergi jamuan sempat singgah 3 kedai untuk shopping barang2 yang Naznin nak bawa balik Malaysia nanti. Macam biasa jugak juadah hari raya based on potluck memang meriah lebih daripada kat Malaysia...penuh sampai tak muat meja. Kalau korang beraya kat Malaysia pun I rasa tak meriah dengan makanan sampai macam ni kan?.
Since kat sini tak ada budaya bagi duit raya, kanak-kanak di beri goodies raya. Mommy cepat-cepat suruh SN beratur tapi dia pulak volunteer untuk jadi pengawas ~ pergi panggil kakak2 & abang2 untuk beratur; jaga line..last2 dia yang tak dapat masuk line .
+- pengawas kenit SN tengah jaga barisan -+
Nasib baik ada yang perasan si kenit tu, so dapatlah SN masuk line jugak untuk ambil goodies.
+- salam cium tangan sebelum dapat goodies -+
Lepas dah dapat goodies dia tak nak gerak keluar dari barisan, nak tunggu mintak lagi satu. Agaknya SN nak upah jadi pengawas kot; takpun SN nak ambik goodies tu untuk mommy jugak. Auwww so sweet.
+- muka masam sebab dapat 1 pack je -+
Nevertheless, lepas tu SN berysukur dengan apa yang dia dapat dan terus ngap tak toleh kiri kanan dah *sebijik macam perangai mommy* .
+- nyum ..nyum...oishiii desu -+
Berpegang pada kata-kata "rezeki jangan di tolak"; maka I tidak melengahkan masa dan meneruskan aktiviti makan-makan dengan bersemangat. Tak sedar diri yang baju kurung moden ala pengantin itu akan menampakkan kebuncitan pada perut bila melantak tak sedar diri.
Oleh itu, pose-pose selepas makan semuanya berpaksikan special trick untuk menyembunyikan lemak terkumpul di perut.
(1) Pose duduk sambil riba anak
• duduk bertimpuh/bertinggung sambil anak di riba supaya kebuncitan perut tidak kelihatan di dalam gambar
+- menggunakan anak untuk kepentingan peribadi -+
(2) Pose berdiri dengan sebahagian badan di sembunyikan di belakang orang
• sebahagian badan di sembunyikan belakang orang lain so sebahagian kebuncitan perut dapat di sembunyikan juga
+- pose sembunyi badan sambil bajet ganas -+
(3) Pose berdiri dengan sedikit membongkok
• berdiri dengan cara membongkokkan sedikit badan, dengan cara ini kebuncitan perut juga turut berganjak ke belakang
Itu lah 3 tricks yang dapat di kongsikan dengan kawan2 pembaca blog ini jika anda mengalami masalah yang sama dengan penulis. Tricks ini sesuai di aplikasikan jika sesi bergambar di lakukan selepas sesi makan-makan. Semoga tricks ini berguna untuk kawan2 dan dapat di manfaatkan oleh semua pihak .
Selamat Hari Raya Idul Adha 1432 H, semoga kita di panjangkan umur untuk menyambutnya lagi tahun hadapan ...Insya Allah.
+- pagi pakai shawl, petang pakai tudung ~ dah macam cite Hindustan gitu tukar2 pakaian -+
+- warga Malaysia di Fukuoka -+
Psssstttt : kalau dah aplikasikan tricks ini jangan lupa untuk share hasilnya dengan I juga ye .
~ Thanks for reading this (^-*) ~
22 words of wisdom & comments:
issyyyy uols mana ada lemak pong
body slim giler tue
ai ni lain la ngeee
sempoi jer japanese muslim tu pakai tudung ngan kimono p beraya....menu raya WOW terbaek gituew....
salam aidiladha..
haha..berguna sungguh tips2 tu...best..best!!
wah wah wah..
mariah ko raya kat sana yer..
huhuuhh
aku ade nmpk cake costo?ke costco?
cake ke ape tu?
kak yatie dah slim dah..xyah sorok2 lemak.hehee..meriah raya kat sana..huhuu
ekekke.. ape menda yg nak disoroknya..tgk slim2 jek. ekekek... wahh bkn main pengawas, sgt bz yer..
selamat hari raya yatiey. ehh u manade ade lemak nak sembunyi2 lemak. cess. kalau i ni lain la. mmg kene praktiskan semua gaya tu. keke
alololo... buncit le sgt u tu. takde maknanye la.
i ni ha..smpi terperasan diri mengandung.hahaha
Bagus SN, sifat kepimpinan dah terserlah.
Jemput sertai GA simple di blog saya..
cayalah SN..kecik2 dah boleh memimpin..
yatie, pose istimewa u memang comeyl lah..boleh praktikkan ni..hahah..
amboi meriahnya raya...
alah, Tie memang dah kurus.. mana ada lemak.. tak mcm kakyong nih.. kihkih.. :p
semua orang oyak yatie mana ada lemak pong..huhuhuhu...
kalo i ni iyalah kan..bertimbon-timbon:P
btw, selamat hari raya Yatie..
Hehehehehe...suka tajuk entry ni...pandai yatie sorok eh....
mano ado buncit pong. Knur ni baru jah lg, perut napok doh. Abe Ariff dok ngosek kato kembar. huhu
lady ayu : japanese muslim tu yg ajar I cara2 pakai yukata dulu tu, cantik kan dia pakai
normaliza :jgn lupa manfaatkan tips2 tu ye hehe
ayu : costco tu nama kedai...sbnrnya tu kek coklat tp beli kat costco..so jadi lah kek costco hahaha
Anum : meriah sbb ramai ada kat sini :)
mykahlish : pengawas garang tu, jgn main2 karang dia tulis nama bg kat cikgu disiplin :P
azza : sbb i dh sembunyi tu yg u x nmpk tu hehe
isabelle : u tu masa preggy pun slim je i tgk :p
yusmaira : insya Allah nanti I join kalau smpt ye
rai : sila jgn malu2 utk praktikkan hehe
kak yong : meriah sgt, lg meriiah dr raya kat msia hehe
zaila : ado la bennarnyo, tp ore x napok sbb dah di susuk :P
Ummi Dania Yasmine : mesti lah kena cover baikkk punyer
kak nur : molek jugop kalu kembar, dpt 2 terus .. xpyh beranok byk kali hahaha
memang tak nampak laa buncit itu :p elehhh, padahal tak buncit mana kan :)
kak yatie buncit ke?sejak bila.. slim gila je saya tgk masa dkt msia aritu.. saya yg buncit sangat..sob..sob..sob..
eliss : dh cover, sbb tu x napok :P
faryza : xpe, lepas ni amik gmbr ikut tips ni...xkan nampak apa2 lemak terbonjol kat perut tu..percayalah ;)
hahaha..tips yg sama pernah disuggest oleh akak ipar sy.. Alhamdulillah, sy ok aje..sbnrnya dia yg mmg apply that taktics almost always la..hihi.. Hm, teringin nk jln2 ke negara Nippon paint tu..Klu jln2 ke sana, leh ke jln2 umah akak? Xmalu la sy nie..
NEW ARRIVAL Updated! - NEW YEAR PROMOTIONS
Post a Comment