CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Tuesday 3 July 2012

Bila ibu bekerja, anak lelaki lebih ringan tulang?



Few weekends ago, geng Malaysians in Fukuoka ada buat BBQ simple..makan2 di hujung minggu kat Nagatani Dam. It was like ad-hoc planning, pagi Ahad tu I dapat phone call dari kak Ida dan ajak join makan2. Mak buyong suka aje bila orang ajak makan2 ni, nasib baik hari Sabtu tu mak buyong ada masak nasi beriani sikit...so I perap ayam Tandoori je lah sebagai lauk. Hubby pulak buat puding karamel masa SN & I mandi. Lepas tu packing foods dan terus bersiap2 ke tempat BBQ tu.

Yang tukang bakar ialah geng lelaki, so isteri2 ni pakat duduk bersila dan menghadap makanan je lah. Sambil makan2, kaum wanita sibuk la borak2. Nak di jadikan cerita, geng2 wanita ni semua terpikat dengan puding karamel yang hubby I buat tu. Tak habis2 diorang puji cakap sedap walaupun masa tu I lupa nak tuang gula karamel yang ada dalam plastik. Berbakul-bakul pujian hubby dapat masa tu, nasib baik dia tak dengar sebab dia duk jauh kat tempat dapur panggang tu kan...jadi I tumpang 'kembang' bagi pihak hubby, boleh gitu? love ngeeeee.


Sambil2 makan puding tu, one of my friend here i.e Aimi tiba2 keluarkan teori tentang perkaitan ibu bekerja dan kesannya ke atas anak lelaki. Menurut teori Aimi itu, kalau seorang ibu itu bekerja; anak lelaki nya lebih pandai menguruskan rumah dan Insya Allah bila dah berkahwin, lelaki itu ringan tulang untuk membantu isteri nya di rumah. Ini mungkin kerana, si anak dah di latih oleh si ibu untuk membantu ataupun mungkin juga anak tu kesian kat ibu nya yang penat bekerja, so anak tu rasa bertanggungjawab untuk sama2 meringankan beban kerja ibu di rumah.


Erm, bila I kaitkan dengan situasi I mungkin ada betulnya jugaklah teori Aimi ini. MIL memang bekerja dan baru je pencen tahun lepas. Hubby pulak setakat kitorang menjalani kehidupan berumahtangga selama 3 tahun 10 bulan ini; memang sangat2 ringan tulang dalam bab2 buat kerja rumah e.g menyapu, kemas rumah, basuh baju, jemur kain, lipat kain, basuh pinggan, mop lantai and etc. In fact kerja I kat rumah ni cuma memasak dan menjaga anak je.

+- hubby and SN jemur kain, mommy tukang tengok je -+

Lately pulak, hubby dah boleh di harap sangat2 untuk memasak walaupun dia baru saja mula pegang sudip dan kuali lepas dah habis PhD dan masa I semakin busy ni je. Memang awal2 dulu rasa masakan hubby agak off sikit, tapi sekarang ni dah makin hebat...kadang2 lagi sedap dari yang I masak gatai eheh.


Kalau tengok adik2 lelaki I seramai 4 orang tu pun diorang memang dah di latih dari kecik untuk buat kerja2 rumah. Arwah Ma memang bahagikan tugas kemas rumah kat setiap orang. I pun selalu je suruh adik2 lelaki I buat kerja2 rumah jugak, kalau tak....memang semput lah I sorang2 nak kemas rumah yang kitorang duduk kat kampung dulu tu. 

Eh, ke bilangan kakak/adik perempuan pun mempengaruhi jugak teori ni eh?. In my siblings, ada 3 perempuan dan 5 lelaki. Kak Nur selalu stay kat asrama dan tak duk kat kampung sangat, Awin pulak si bongsu yang konon2nya tak reti lagi buat kerja rumah masa tu, so terpaksalah Arwah ma mintak anak2 lelaki dia untuk tolong I buat kerja2 rumah kot ye?.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhVvtLmaYChJcNHLPL7K-1plRJZTHhHgzs956AugSURumKyKuTDtOke7xSen_BNnG1gWvu6QwXGcpWeZKA_yDU8UmBC_FkfOZN13B0ZW_Zs-9fF8ZVmBGxvccz-Z797RXMsbZcfSZNIEzUj/s1600/IMGP5078.JPG
+- rumah keluarga kat kampung ada 9 bilik + 2 ruang tamu + 2 ruang dapur, bayangkan if Arwah mama ataupun I kena kemas sorang2...tak ke pengsan? adus -+


I tengok Pein (adik no-4) tu walaupun dia liat sikit bila I suruh kemas rumah dulu2, tapi sekarang ni bila dah kahwin boleh lah di harap untuk tolong isteri dia Fiza untuk masak dan jemur kain. Agaknya sebab dia suka makan, tu yang dia suka memasak kot..itu pasal lah perut pun dah sama boroi dengan Fiza yang tengah preggy 3 bulan tu *mengata adik sendiri*.

+- Pein tengah masak mee goreng mamak *perut tu sikit lagi nak terlanggar dengan kuali gatai * -+


So, persoalannya di sini.."Adakah korang bersetuju dengan teori yang menyatakan --> Bila ibu bekerja, anak lelaki lebih ringan tulang?". Suami dan adik beradik lelaki korang boleh di harap tak untuk buat kerja2 rumah?. Cuba cerita sikit kat ruangan komen, boleh sama2 kita cari kesahihan teori ni. Bila dah cukup data, baru I boleh proceed dengan calculation dan produced graph tentang teori ini gatai muahahaha.

Psssttt : "beria nak buat kajian tentang teori ni bagai, kajian PhD awak tu dah siap ke mak buyong oi?" ; kataku pada diri sendiri jelir ngeh3x.


 

24 words of wisdom & comments:

AA said...

hmm ada betulnye..tp teori ni x leh apply kat family sy..hehe..sbbnye even opah dlu kerja, abah sy smpai skrg x reti nk kemas rumah..msk tu bolehla..dia minat msk dia akn bljr smpai dpt sjl then blk umh ajr kat umi sy smpai umi sy mahir..pastu dia x kn msk dh..bertuah punye suami kan..haha..dan sy tgk perangai dia turun kat adik2 laki sy..rumah sy besar jgk mcm umh akk tu..9 bilik , 2ruang tamu, 3 dapur, 3 blk air (maklumah duduk dgn atok opah..umh asyik menambah je setiap kali nk raya)..so tugas sapa lagi nk kemas semua tu kalo bkn sy dgn umi sy..adik2 lain..hmmm tlg buat sepah lg ada la..hr sy nk bertunang pon..lg 45 mnt rombongan nk dtg sy dok mengemop lantai kat ruang balkoni..bju pun dok pakai t-shirt lg mse tu..dlu umi sy x kerja, so no hal la dia nk kms rumah..bila dia keje pun mcm tu jgk..tugas di rumah x penah kurg..skrg ni kmbl x keje..lg goyang kaki la adik2 laki sy..

makanya teori ni tidak boleh diaplikasikan dlm keluarga sy..hrpnye bakal suami sy tidak begitu..huhu..

Anonymous said...

Husband saya, alhamdulillah, boleh diharap, masak (jarang2 sebab dia kata saya masak lagi sedap. Ayat je tu.) Tolong basuh baju, sidai baju, jaga anak. Tapi tak boleh harap untuk kemas rumah. Hehe..
Family dia semua laki.

Tapi lain plak with my family. Adik laki saya yang sulung, langsung tak boleh diharap.
Boleh disuruh buat kerja, tapi kalau tinggal buat sendiri, memang hampeh lah.
Masak lagi la fail.
Maybe sebab dia duduk asrama kot.

Lain pulak dengan adik laki yang bongsu. Yang tu, serba serbi boleh, tapi malas ya rabbi~. Sebab dia tahu dia banyak kakak kot.

Masa my mum tinggalkan both of them, adik yang bongsu plak yang masak (goreng nasik) untuk abangnya, sebab abangnya nak pegang sudip kuali pun tak reti.

Teori?
Tak tau lah nak kata. Kene tengok faktor luaran sama kot.

transformed housewife said...

teori yg menarik. Abe Ariff pun sokmo wat kijo2 rumoh jugok walaupun kalu suruh masok, masok maggi jah. hehe.

Fazlinil Irma said...

boleh pakai.. sbb kawan sy ada 4 org abg dan dia bongsu perempuan. mak ayah keja. sy tgok abg2 dia mmg boleh diharap.

adik beradik lelaki sy plak mmg manja mengada. mentang la mak sy tak keja. dan mak sy pun memanjakan dorg. tak suruh. smpaikan ada ayat, 'takpelah tak basuh bilik air. tgu ima (sy lah tu) balik. nti dia buat.' grrrrr..

apa pun, tak kiralah mak kerja atau tak. sy rasa hal2 kerja rumah ni kena suruh. kalau tak suruh mmg x jalan. :)

bila dah selalu disuruh dia jd kebiasaan.

Teratak Hami said...

Boleh pakai coz suami akak (MIL tak kerja) buat kerja bila disuruh ... hehe.

Tapi bapak & abang akak lagi le takle harap wlpn ibu akak bekerja.

** Kutuk family sendiri .. hehe. Ke kami ponpuan2 ni terlebih rajin???

Irfa said...

mgkin jugak teori tu betul.

Nanak said...

emm, bilangan anak perempuan pn mempengaruhi kot..hehe..belah i, ada sorang abg n soranga dik lelaki..yg abg ni mmg liat sikit..nsb baik blm kawin,klu tak merana bini..hahaha..

adik lelaki i pula kalau kakak2 dia balik(5org) dia mmg goyang kaki but since tgl dia sorang tgl dgn mom n dad, selalu jg tlg my mom..

belah my hubby ada sorang je perempuan, pasal tu kot, dorang yg 4org lelaki ni blh di harap..ahahaha..my hubby sndri mmg rajin kemas rumah n basuh baju..

amboi,pjg pula komen kali ni..:)

Zaila Mohamad said...

teori ni macam ada betulnya juga tapi aku rasa semua bergantung kepada ibu & faktor genetik..melalui pemerhatian aku; kalau ibu tak bekerja, anak2 cenderung untuk menjadi pemalas sebabnya dah biasa dengan semua benda ibu yang buat..tapi kalau genetik keluarga tu jenis rajin, mak tak kerja ke kerja ke konpem anak2 akan rajin..hehehe

macam aku, masa kecil mak aku tak keje & xsuka ajar buat kerja rumah so that's why aku ni pemalas:P dah anak dara pon tak reti nak masak tapi Alhamdulillah bila dah kahwin dapat laki rajin sedikit dari aku..HAHAHA MIL aku tak kerja tapi mempunyai anak yang ramai (12 orang) so husben aku dah biasa jaga adik2 masa dia membesar di kampung dulu..sekarang pon boleh dikatakan ringan tulang tolong aku buat kerja rumah

yang penting anak2 semasa diorang kecil lagi harus disuruh & diajar membantu ibubapa, barulah diorang membesar dengan keadaan macam tu & terbiasa sampai berumahtangga:)

Unknown said...

husband huda mmg pandai masak sebab masa study dulu, dia yg rajin masak kat umah sewa..bab mengemas tgk keadaan..kalau dia dah mula angkat vacuum tu maknanya dia tgh ada mood nak mengemasla tu :) mil x keje kak..

Unknown said...

husband huda mmg pandai masak sebab masa study dulu, dia yg rajin masak kat umah sewa..bab mengemas tgk keadaan..kalau dia dah mula angkat vacuum tu maknanya dia tgh ada mood nak mengemasla tu :) mil x keje kak..

Asmara said...

iye kot. husband kene suruh baru buat, mak x kerja, masa kecik mak suruh belajar je katanya. hehe.. tp sejak kawin pandai jugak dia tolong apa2 yg patut tp byk kene suruh la. masak pandai jugak mybe sbb 4 taun bujang duk oversea nak taknak mesti pandai gak masak kan!

love live good life said...

ermm..teori tu dapat nk komen sbb takde subjek nak buat perbandingan. tapi kalo your husband boleh buat puding karamel tu mmg kira hebatlah. my husband goreng telur pun belum tentu sedap *wink*

aisha said...

hihi...mungkin ada betui ye..tp yg penting tgk peribadi seseorg tu kot..hihi..tp ade juga yg ibu tak keje, anak die rajin gak tlg2 isteri buat keje rumah :)

ur husband buatkan pudding tu mmmg hebattt!! :)2 thumbs UP:)

Nadiah Sidek said...

tak juga. macam kite, mak kerja tapi adik lelaki tak ringan tulang pun :p

yatie chomeyl said...

AA : harap2nya tiqah dpt suami yg rajin la. anyway, bila majlisnya? xnk jemput kaka ke? hehe

Honey-dear : aah kan, faktor luaran pun turut mempengaruhi jugak teori ni

yatie chomeyl said...

Kak Nur : maybe sbb kak nur sokmo masok kot, sbb tu abe arif x pandai2 masok hehe

Fazlinil Irma : wah, cenggitu tidak adil!. kalau saya dah lama protes kat mak ehehehe

yatie chomeyl said...

Teratak Hami : akak terlebih rajin kot...yatie ni malas sbb tu arwah Ma kena suruh yg lelaki pakat2 tolong hahahaha

Irfa : kan kan kan..mcm betul gak la sikit2

yatie chomeyl said...

Nanak : aaa kan, if dh ramai kaka2, mesti yg lelaki tu byk goyang kaki kan

zaila : oo kalu gitu kito keno start suruh anok kito buat kijo dari kecik lagi, besar2 seksok sene sikit kito hehehe

yatie chomeyl said...

Huda : husband akak wpon duk umah sewa masa study selalu gi beli mknan kat luar je, hahahaha

Kak As : aah kan, kalu yg study kat oversea biasnaya budak2 lelaki tu mmg pandai masak kan.

yatie chomeyl said...

FIZA : practice makes perfect kot dear, u latih ur hubby buat telur hari2...conpom lepas ni sedap hahaha

Aisha : aaah kan, depend pada ibu tu..mcmana dia didik anak dia. btw, puding tu beli yg adunan ekspress je hehehehe

yatie chomeyl said...

Nadiah : sbb awak terlebih rajin kot, sbb tu adik lelaki jadi malas nk buat kerja dah ekeke

Eliss said...

mungkin ada betulnya. untung dpt suami rajin kan :) hubby eliss tak lipat baju ngan masak ajer, yg lain dia pernah buat lah tapi sebenarnya dia pandai msk ;p br sekali dua rs mskan dia spnjg hmpr 5 thn kawen ;p

Unknown said...

i rasa teory tu betul..sbb my MIL pun masa dulu bukak kedai jahit tu husband i masa tu balik sekolah kena pandai2 masak sendiri..zaman tu dia masak nasi goreng tak pun megi je lah..skang ni da advance sikit..hehe..

yatie chomeyl said...

Eliss : harap2nya rajinlah smp ke tua, kitorg ni br 3 thn je kawen ni hehe

Rai : kira hebat la go-shujin u tu kecik2 dh leh masak nasi goreng sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...