CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday, 27 July 2012

Ujian SENANG dan Ujian SUSAH

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Ujian itu ada 2 jenis, ujian SUSAH dan ujian SENANG. Biasanya manusia ini lebih mengingati Allah pada saat di beri ujian SUSAH dan alpa bila di uji dengan SENANG. Sama-sama kita renung balik dalam diri kita sendiri.

Ujian kesusahan
  • Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: [Surah al-Baqarah, ayat 155] 
  • (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."[Surah al-Baqarah, ayat 156] 
  • Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. [Surah al-Baqarah, ayat 157]

Ujian kesenangan
  • “Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, nescaya hilang semua yang(biasa) kamu seru, kecuali DIA(ALLAH). Tetapi apabila DIA menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling (dari ALLAH) dan manusia memang selalunya kufur” [Surah Al-Israa, ayat 67].
 

Untuk orang2 yang lebih SENANG, mungkin orang2 yang agak SUSAH seperti mereka2 di bawah ini memerlukan sedikit bantuan sumbangan dari anda.

(1) Program Bertadarus Al-Quran bersama Anak Ulu Semera, Sarawak
Memerlukan bantuan anda untuk memberi sumbangan berbentuk wang ringgit untuk membeli.
  • Al Quran untuk orang kampung
  • Bantuan kepada surau kerana baru-baru ini surau mengalami banjir, hanya beberapa naskah al quran sahaja dapat diselamatkan. Beberapa perabot telah rosak teruk.
  • Sedikit sagu hati dan barangan akan diberi pada setiap perserta di pagi raya.
  • Sedikit sagu hati kepada AJK surau yang memantau tadarus itu dijalankan.
+- Info lanjut : klik SINI -+


(2)  Anak2 Ummu Sofea, Terong, Perak
Kami memerlukan bantuan baju raya dan duit raya untuk anak-anak Ummu Sofea di Terong, Perak. Insyaallah kami akan berangkat pada 11 Ogos kesana. PM di Inbox FB Norhayati Berahim atau e-mail nbkara@yahoo.com untuk mendapatkan nombor akaun.

 +- Info lanjut : klik SINI -+


(3) Angah berumur 5 tahun, menderita penyakit Leukimia dan kanser pada duburnya. 
Akaun : ASFA ZURA MOHD NOOR 162311000302 MAYBANK
*Akaun bank Ibu Saudara Angah, iaitu adik kepada Bapa Angah.

+- Info lanjut :klik SINI -+


(4)  Tabung Ahmad Sufi 
Ahmad Sufi dilahirkan pada 12 mac 2012 dan sejak lahir dia menghadapi masalah paru2 yang kritikal. Ahmad Sufi telah dipindahkan ke Canberra Hospital sehingga kini, kos di Canberra Hospital pula tidak kurang dari AUD 1500 sehari.

Di sini dengan rendah dirinya saya memohon sekiranya ada diantara anda yang sudi memberikan sumbangan kepada Ahmad Sufi bagi menampung kos perbelanjaan rawatan dia di sana.

BSN: 14133-41-00000395-4 :JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI(Ibu Saudara Ahmad Sufi)
MAYBANK: 152107010378 : JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI

Maya Syuhada Binti Suhaimi(Ibu saudara Ahmad Sufi)

CIMB: 14100000462201

Name : Romi Agus Shumadi Romi Suhaimi(ayah Ahmad Sufi)

Bank: St George Bank
Branch: 112 908
Account No: 411178305

 +- Info lanjut :klik SINI -+

(5) Alia Haryani, ibu tunggal dengan anak kecil yang telah sakit sejak sekian lama 
Alia Haryani,ibu tunggal yg tiada pendapatan,dgn anak kecil terpaksa bertarung dgn kesakitan dan terpaksa mendapat rawatan dan tinggal di HUSM, Kelantan bersama anak kecilnya sejak sekian lama.

 +-gambar dari blog beliau -+


Akaun : Haryani bt Mat Hussin -(Maybank) - 1640-3426-6923.

Untuk info lanjut, bacalah kisah yang beliau coretkan di blgo beliau Alia Haryanie.


(6) Ibu Tunggal Anak 3 Memerlukan Bantuan Perkakas Rumah
Seorang ibu tunggal anak 3 orang remaja lelaki hidup sehelai sepinggang sebelum menumpang di rumah seorang kawan yg juga ibu tunggal anak 5 orang selama sebulan. Kini mereka baru dapat berdikari sikit menyewa rumah di Shah Alam dekat dgn sekolah anak-anaknya. Tapi rumah tu kosong. Yg ada cuma pakaian mereka, buku sekolah anak-anak dan sehelai comforter untuk alas tidur. 

Cuba check rumah korang kalau ada barang-barang yang tak digunakan, beli lebih tapi tak pakai-pakai, hadiah kahwin bertahun lepas masih dok dalam kotak lebih baik beri pada mereka yang amat memerlukan sebagai sokongan untuk mereka terus berdiri.

Info lanjut tentang barang2 yang di perlukan, boleh RUJUK SINI. Lokasi pengumpulan barang akan dibuka di 2 tempat: Shah Alam dan Taman Permata. Target Tarikh Penghantaran Barang: 30 Julai 2012. (Isnin).


Kesenangan memang mudah buat kita lupa.Kesenangan itu dikejar dengan berlebih-lebihan sehingga menjauhkan diri daripada ALLAH, dan bila dikecapi, tambah menjauhkan diri daripadaNya. Bergeraklah, bersyukurlah dengan kesenangan yang kita ada, dan kembalilah kepada ALLAH SWT dalam keadaan hati yang sempurna. Hal ini kerana, setinggi mana pun kita, kita hanyalah HAMBA kepadaNya

Pssssttt : "baju raya beratus-ratus boleh beli, nak hulur derma sepuluh dua pun berkira ke", kataku pada diri sendiri.

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

14 words of wisdom & comments:

Unknown said...

yatie,
thanks sharing ni..kesiannya budak yang kena kanser pada duburnya tu.. insya allah..yang mana termampu kita cuba bantu..

Eliss said...

ramai betul orang memerlukan bantuan kan.

nanti email eliss alamat yer, nak bagi kad raya :)
elissmie [at] gmail [dot] com

transformed housewife said...

kdg2 kita ingat kita dah susah sgt tp ramai lg yg lg susah dr kita.

Sidratul Muntaha said...

Angah tu dah under 2nd operation
sama2 berdoa tuka nk2 kecil ini dan sama2 bantu ibu2 dan mereka yg susah ini.

Kamalia said...

yatie..thanks sharing this info..yang pasal alia haryani ni memang tak penah baca pun..semoga kita bersama dapat membantu mana yang memerlukan..

Aleyn said...

Insaf tul tengok snak kecil menderita sakit ni....semoga mereka semua mendapat bantuan dan dapat hidup normal spt kanak2 lain, amin

Thanks for sharing

Asmara said...

Allahuakbar.. thanks Yatie share kat sini. InsyaAllah.. moga amalan kita ini diterima Allah..

Ezna Khalili said...

kesian dan simpati pada mereka :(

FnF Simple Life said...

Insaf... saya tak sanggup nak baca apa2 juga bentuk penderitaan yg melibatkan bayi dan kanak2.... mereka tak faham lagi apa itu penyakit tapi terpaksa menghadapi kesakitan,

Mudah2an ramai yang sudi menghulur bantuan bila disebar disini.

yatie chomeyl said...

Rai : insya Allah, sama2 lah kita

Kak nur : betul3x

yatie chomeyl said...

Eliss : ok, nanti ore send deh

sidratul muntaha : Insya Allah, moga2 berkat doa di bulan mulia ni

yatie chomeyl said...

Kamalia : u r most welcome :)

Aleyn : tu la, kecik2 dh menderita :(

yatie chomeyl said...

Kak As : Insya Allah, Ameen

Ezna : moga mereka di sembuhkan dgn segera, Ameen

yatie chomeyl said...

FnF : Insya Allah, harap2nya macam tu lah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...