Cherry Blossoms (Sakura) can be viewed from January to June in different regions in Japan, but most of cherry blossom festivals fall between March to May. This event is an annual festival held in Japan during the spring season. Festival dates are usually determined with reference to cherry blossom forecasts and vary from year to year.
+- cherry blossom (sakura) -+
Hanami which literally means flower viewing; are held all over Japan in spring. In hanami parties, people have fun, drinking, eating, and have a picnic under sakura trees. For this year's hanami's party; SN's family sambut dua hari berturut-turut on last weekend.
+- SN's family masa hanami party Sabtu dan Ahad lepas -+
On Saturday (9/4/2011) evening, kami singgah kat sungai dekat rumah kami. We had our hanami party sambil makan onigiri dan potato chips saja as we didnt really plan to picnic there. Sungai ni I lalu tiap2 hari pergi dan balik ke universiti. Itu yang membuak-buak nak posing kat situ sebab setiap hari duk tengok cantik dan damai je dereten pokok2 sakura tu di sepanjang tebing sungai ni.
+- deretan sakura di tepi sungai -+
+- mommy & Nazhan posing ala kanak2 riang -+
Nazhan yang baru bangun tidur masa tu terpaksa ikutkan je lah perangai gedik mommy nya ini hohoho. Mula2 monyok jugak lah si kecik tu bila di ajak posing, tapi lepas tu dia pulak yang over posing sambil mengejar burung2 merpati kat situ.
+- Nazhan menguap pun mommy & daddy paksa ambik gambar jugak -+
+- jinak2 merpati; tengah makan potato chips -+
+- Nazhan said: "yellow" while pointing his fingers to the flower-+
+- cubaan Nazhan untuk mengejar merpati -+
Our second hanami Party for this year was held in conjunction with an event made by other Malaysians in Fukuoka on Sunday (10/4/2011). This event has now become the annual activity for Malaysians in Fukuoka.
+- Kasuga Park -+
Held in Kasuga Koen, our family arrived at the place at 10 a.m. As we are amongst the early bird to arrive there, we get the privileged to choose the best spot for our Hanami party. It is common to see mats with no people lying on the ground in order to get the best spot. Nasib baik kami awal, dapat spot yang menarik dan terbaik jugak; di bawah rimbunan pokok2 sakura di atas tanah yang landai. Memang berbaloi2 kami datang awal.
+- pose macho oleh model kecik sambil mommy cop tempat untuk tunggu daddy letak tikar -+
As usual, we had a blast of Malaysian foods that are hard to resist. There were nasi beriani, nasi hujan panas, nasi lemak, mee goreng, kuey teow goreng, bihun putih, mee kari, ayam berempah, ayam bakar, cakes, muffins, puddings, and many more. Sebaik sahaja doa makan siap di baca, maka dengan semangat juang yang tinggi I pun serbu makanan2 tu. Isk3x, buruk lantak betul.
+- makanan dan minuman yang di sediakan -+
During the hanami party, 3 new undergraduate students and 1 new post graduate student who have just arrived from Malaysia; were introduced to the other members of FUKU(3)M club. 2 orang dari Johor, sorang dari KL dan sorang lagi dari Penang. Hopefully, they will enjoy their new life here in Fukuoka as much as we do.
+- sessi memperkenalkan diri -+
There were also performances from a music band at the park. Agaknya band ni tengah berlatih untuk perform on a special event kot, tapi sebab diorang berlatih kat padang tu maka dapatlah pengunjung2 Kasuga Park menikmati jugak performance diorang tu sambil makan2.
+- musical performance -+
+- Mommy & Nazhan enjoying the performance di sisi barisan bunga tulip -+
+- Nazhan & Daddy kusyuk tengok performance -+
As we brought along Nazhan's bicycle; he enjoy being push on it, sit back, relax and enjoy the musical performance. Nak kayuh tak reti lagi, maka nya mommy lah yang kena terbongkok-bongkok tolak basikal Nazhan tu huhu.
+- ewah, siap lambai2 tangan lagi budak kecik ni -+
+- tumpang posing kat basikal Nazhan, nasib baik tak patah -+
Mula2 sampai kat park tu, Nazhan agak moody sebab kena bangun tidur awal tapi lepas main2 kat playground terus mood dia OK. Mood mommy pulak tak berapa nak OK sebab kena temankan dia main kat bawah terik mentari tu *takut hitam sebab tak apply sun block cream* eheh.
+- budak kecik macho yang agak moody masa mula2 sampai kat taman -+
+- berkerut2 muka mommy kena berpanas temankan Nazhan main kat playground -+
Di sebabkan mood dia baik jugak hari tu, Nazhan dah tak jealous pun bila mommy dukung baby lain. Mood baik jugak hari tu bila mana dia tak kisah kawan2 lain main basikal dia dan bola dia. Sebabnya Nazhan pun macam mommy lah, bila dah ngadap makanan..lupa dah dengan keadaan di sekeliling ekekeke.
+- Nazhan tak sabar2 nak makan, bawak pinggan dan bersedia nak serbu makanan-+
+- muka ceria sebab dah kenyang -+
The weather was nice with warm sunshine and breezy air make it a perfect day for a picnic. The blue sky and the white color of sakura making it a superb view for photo taking; the thing that I love the most ngeeee.
The party that begin at 11 a.m ended at 4 p.m. Overall, it was just a simple picnic where he have the chance to eat Malaysian food here in Fukuoka. Though it was just a simple picnic, it was definitely a memorable moment that we surely enjoy. Tambah2 lagi best bila angin bertiup, kelopak sakura akan gugur...cantik sangat2 tak boleh nak di terangkan dengan kata-kata.
+- menikmati pemandangan indah di depan mata -+
Kalau hari2 biasa semua sibuk dengan study masing2, walaupun tinggal di kawasan dekat2 jer masa weekdays memang tak jumpa lansung lah. Bila ada aktiviti on weekend macam ni baru lah syok nak sembang dan borak puas2 sambil bergossip sikit2 ekekkeke.
+- sesi tembak menembak -+
+- sesi beramah mesra -+
Last but not least, gambar beramai-ramai berlatarbelakngkan sakura dan langit yang biru. Memang cun habis ah!. Gambar ihsan dari blog Paan. Kalau nak tengok gambar2 lain lagi yang super super superb, jenguklah blog Paan. Tata titi tutu tete toto.
+- Malaysians in Fukuoka; Hanami 2011 -+
Pssssttt: minggu ni sakura dah gugur dah, posing dengan sakura gugur pun chomeyl jugak.
Orang kata "jauh berjalan luas pengalaman". Sekian lama I mengutip pengalaman di negara asing, semakin kuat perasaan di dalam hati yang menyedari bahawa terdapat banyak kekurangan yang perlu di baiki dalam negara kita.
(1) Kejujuran dalam berniaga
Apa kejadahnya nak ludah di dalam air minuman yang di jual?. Lepas ni, sila hati2 kalau nak beli air yang di jual di gerai2. Rasanya lebih afdhal kalau buat sendiri air dan bawak bekal dari rumah; jimat dan terjamin kebersihannya.
(2) Perompak/pencuri/peragut di mana2 sahaja
Aktiviti merompak/mencuri/meragut di lakukan secara terang-terangan siang-siang hari. Tiada istilah takut di lihat orang dalam diri mereka yang gelap hati ini. Barangkali ini natijahnya yang terjadi bila mana hukum Allah tidak di guna pakai dalam sistem perundangan sedangkan hukum Allah itu lah yang paling adil dan bijaksana *read: hukum hudud*
Berhati-hatilah sewaktu memandu. Jangan sesekali meletakkan barangan apa2 pun di atas kerusi di dalam kereta. Perompak/pencuri/peragut ini terlalu pantas dan cekap; sekelip mata sahaja mereka boleh melakukan jenayah itu tanpa kita sempat berbuat apa-apa pun.
The video was captured with in-car video survillance camera on 27th March 2011. The culprits, usually a motorcyclist and a pillion rider, tail the driver and smash the car window to snatch items placed inside the car. The attacks are usually launched when the car is stationary by the road side or at traffic light junctions. Ladies, armor your windows please.
(3) Radioaktif bukannya datang dari Jepun, sebaliknya ada di Malaysia sendiri!
Tragedi yang menimpa penduduk-penduduk di Bukit Merah, Perak sekitar tahun 1982-87 eloklah dijadikan teladan. Ramai yang telah meninggal dunia akibat pendedahan kepada sisa-sisa radioaktif – leukemia, kanser, kelahiran bayi cacat dan sebagainya. Apa???? Tak pernah tahu pun pasal ni. Kalau macam tu, sila baca betul2 kat sini -->Kronologi Kejadian Asian Rare Earth di Bukit Merah.
Sejarah mungkin bakal berulang. Sebuah syarikat Australia kini membina kilang memproses ‘rare earth’ di Kawasan Perindustrian Gebeng yang terletak di Kuantan, Pahang. Pemprosesan ‘rare earth’ ini dikhuatiri akan mencemari sumber air dan seterusnya mengakibatkan kejadian seperti di Bukit Merah, Perak. Kesan jangkamasa panjang yang akan diakibatkan amatlah ketara kerana sisa radioaktif tidak mudah reput. #sumber: Sisa Radiokatif
Bukan berniat mengutuk dan mengeji negara sendiri sebaliknya ini lah kenyataan nya yang ada di depan mata kita sekarang. Kerana sayangkan negara Malaysia yang tercinta ini lah, kita rakyat jelata harus menyedari situasi yang berlaku di negara kita.
Kerana sayangkan Malaysia negara ku yang tercinta ini lah, kita harus berusaha untuk menjadikan Malaysia aman damai dari sebarang perkara-perkara yang tidak di ingini.
Beberapa hari lepas adik bongsu I; Awin bagitahu yang salah seorang cikgu kesayangan I iaitu Cikgu Wahab masuk ICU. Untung jugak ada adik yang sekolah sama dengan I, sekurang-kurangnya boleh tahu juga perkembangan cikgu2 walaupun dah lama meninggalkan bangku sekolah.
Cikgu Wahab ngajar Matematik Moden masa I form 4. Bila I dah naik Form 5, cikgu lain yang ajar Math Mod tapi tetap jugak malam2 I join tuition yang Cikgu Wahab buat. Awin dan Abah dah pergi melawat Cikgu Wahab masa kat ICU, tapi tak dibenarkan masuk untuk tengok. Cuma ahli keluarga terdekat beliau je yang di benarkan masuk. Alih2 malam tadi I dapat message dari kawan2 yang menyatakan Cikgu Wahab telah kembali ke rahmatullah.
He was diagnosed having diabetes before this. Kawan I bagitahu dia kena tibi, dan terus di masukkan ke ICU. Semalam pukul 11 dia telah di jemput oleh penciptanya. Ajal dan maut itu memang ketentuan di tangan Allah. Tak kira usia kita muda atau tua, kita tetap akan dijemput-Nya. Tidak tercepat atau terlewat walaupun sesaat.
Mendengar berita sedih ini buat I teringat kembali kenangan masa jadi student arwah tahun 1998-1999 dulu. Arwah suka tepuk meja nak bagi budak2 terkejut, so that takde siapa yang akan tidur dalam kelas dia. Arwah Cikgu Wahab juga suka buat lawak; kelas dia memang penuh dengan gelak ketawa je.
Perkataan keramat yang Cikgu Wahab suka sebut tiap2 kali dia mengajar ialah "Bele2 berok jah" ~ yang kalau directly translated akan membawa maksud "sambil2 berak je". Sebenarnya arwah nak menunjukkan yang Matematik tu mudah je dan tak lah susah snagat macam yang budak2 selalu fikir. Itu yang arah buat perumpaan, ibaratnya tengah berak pun boleh selesaikan soalan kira2 tu semua. Di sebabkan arwah suka sebut macam tu lah, secara psikologi nya ia telah membantu membuang tanggapan bahawa matematik itu susah dalam diri I.
+- Arwah Cikgu Wahab (dalam bulatan merah) dan guru2 SMKIP ; gambar dari Majalah Persadapetra 1999 -+
Hanya iringan doa yang dapat di kirimkan buat Cikgu Wahab. Segala jasa cikgu mendidik saya takkan saya lupa sampai bila2. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas Allahyarham Cikgu Wahab dan semoga beliau di tempatkan di kalangan hamba2-Nya yang soleh. Ameen.
• A wife + mommy + student who is now living in the Ultraman's hometown;
••trying real hard to survive in her Permanent Head Damage studies. ○○○
••• She self-proclaimed herself as Yatie Chomeyl in order to sound & look cute. ○○○
••• Loves ♥ traveling + early childhood education + culture + entertainment + shopping!. ○○○
••• Her studies has bring her to lot of places in Europe and Japan; so the theme of her blog goes : "Spaghetti kuah percik, Sushi cicah budu".○○○
••• Enjoy her ramblings!.
This blog is intended to provide a semi-permanent point in time snapshot and manifestation of the various memories running around my brain that require long term synthesis. I'm not here to brag on but to keep the memories alive.
Feel free to browse through it and read the contents written here BUT feel free also to notify me if you want to use my writings or my pictures at some other places (copyright reserved).