CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday, 26 August 2011

Grand Iftar 1432H

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
2 weeks ago (14th Ramadhan 1432H), we (Malaysians Muslim in Fukuoka) were assigned to prepare the food for the Grand Iftar organized by Al Nour Islamic Culture Center at Fukuoka Masjid, Hakozaki-shi, Fukuoka. Every Sunday, one Muslim community in Fukuoka will support a grand iftar for all.



Menu for the grand iftar were
Nasi Jagung, Kurma daging, Ayam berempah, salad, Cake, Pudding, and dates. Since we have to prepare food for 400 persons, every family were assigned to several menu to cook. As for me, I have to cook 30 pots of Nasi Jagung, imagine that!. Although I come from big family but cooking for other people in this big amount makes me nervous. Thus explained the chaos you see in these pictures.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhl5pVKNp6Lcqc-kjpiVcpP7dvVSmWK2swidDPDazb4uca5OsnogK4I2gcMI0WPC7IibIXYXJggi6MD50aCkqdhpFSgtpU1gXLOeVwlmFd0Y0gzDcmRdrq_J67mSFCo4miTuSeinjF-PGI/s1600/Grand+Iftar+2011_1432H.jpg
+- dapur bersepah masa kelam kabut memasak -+


I got into a bit of hassles a couple of times during the cooking process such as nasi mentah, tak cukup periuk nasi, SN nak berdukung saja and yada yada. Nevertheless, with Allah's helps I managed to finish cooking on time. Then, we proceed to Masjid Fukuoka for Zuhr prayer and started packing the foods into 2 bento-packaging, 1 for desserts and 1 for main course.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjTwJ27fPSZBVW-x1PLH-L4EJECON8GZN1JFaszTCmkUucS8iQOIsr7qaqTr4U4eQFmBSkVODyN4C_lylYwIb4jpueopyO8Vs5DYZf8lIHWu61CR7RBgh0nS38AS91_svxWS9lqAJ_mQ3Q/s1600/Grand+Iftar+2011_1432H-1.jpg


During the previous years, only the guys were doing the packing. But for this years, everyone took parts during the packing session thus making the process efficient and much more faster. By 3 p.m; we are done with packing the foods.


+- kaum lelaki yang isi nasi, sambil telan air liur tanda terliur mrgreen -+


+- mem besar buat kerja sambil duduk mrgreen sebab ada budak kecik yang manja datang bertenggek nak beriba -+


While waiting for the parents to finish packing, the kids finds their own way to entertain themselves. Though I brought along SN's jigsaw puzzles to play with, I guess these kids prefer doing their own 'activities'.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhwkeXXbMddWwx9lEHCut6JBa0ZVxjZbrzIG4jdbFR3-l3MD3ufXXqED5vMBj-BAet00CVzLJXMOFXLfcsEB2Zmquc9vQP8CbOy5IYA37pZQNeula1vreZ2IRP9Z7Zjr4klbVUSPUVS9I8/s1600/Grand+Iftar+2011_1432H-2.jpg
+- aktiviti anak2 masa mak bapak busy membungkus -+


Pudding + cakes + dates were served right before the Maghrib azan. After Maghrib prayer, nasi jagung + ayam berempah + kurma daging + salad were served to everyone.






Alhamdulillah, the foods that we prepared were enough for everyone and some can even brought it home with them to eat for after Taraweeh or even for sahur.

Rasulullah s.a.w sentiasa menggalakkan untuk menyediakan makanan kepada orang yang berpuasa. Baginda bersabda ; "Barangsiapa menyediakan makanan kepada orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti pahala orang yang berpuasa dengan tidak sedikit pun kurang dari pahala orang yang berpuasa itu" [riwayat Turmizi, kitab puasa, bab kelebihan menyediakan makanan kepada orang yang berpuasa, (Hadis 807). Berkata Imam Turmizi ; Hadis Hasan sahih].


In a Hadeeth (narration) on the authority of Zayd ibn Khaalid Al-Juhani may Allaah be pleased with him he said that the Prophet sallallaahu `alayhi wa sallam ( may Allaah exalt his mention ) said: “Whoever gives food to a fasting person to break his fast will have a reward like his without decreasing his reward in the slightest way.” [At-Tirmithi: Hasan Saheeh and At-Tabaraani & Abdul-Razzaaq].


Despite the fact that it's quite tiring to prepare the foods in the first place, looking at the happiness in some of the faces making us feels satisfied and it enlighten our day thus eliminate the tiredness away.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJFMT3CgP0W4XrySyGwLe6B9mDhNX4fM7jHTl_0dtuCDMstZFOSyHdHzi_ahi7nZb13VDlBGVkdEMkc1fVaukgYcPl-8dVRq7zXhyphenhyphenTHsjT0zZOzb94nN83bsITORqRRSNt4xfsST-ErJE/s1600/294688_1456009895801_1699976641_671134_1927933_n.jpg
+- sebahagian komuniti Muslimah di Fukuoka -+

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj4nNn3qgNDzFW4PiKcKRYKM34tDhxKgLSga8NbmcnPwMPhYP0JxZp2iA_X62xXUfNI-uE-awj1l2M-sxhwbGphQTUwbiZj5pdviPFELOqPlXEDJgoKWJKRD-skX9Q5Jortp2LkxOidAZ4/s1600/300747_1456010375813_1699976641_671135_421233_n.jpg
+- anak siapa yang main belakang langsir masa mak dia busy makan tu?. bagus betul, pandai jaga diri masa mommy dia 'sibuk' mrgreen -+


Thank you to those involved during this Grand Iftar preparation for making this Grand Iftar a great success.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5ca1nzok8hHIX9R4hDpfurZVIHVoGPWtXMj2N7R9fPlXW7Pdnrg1d5hMRCPHGjD39TQwCxQksDdYhsxUsBvQhlXZBQAteKjURtm44zJ09MuEShbhTliHjsenQgs2m4cbW-xz0HE49lZw/s1600/299476_1456009495791_1699976641_671133_6305694_n.jpg
+- geng Hakozaki-Malaysia -+



+- sebahagian kaum lelaki Muslim Malaysia di Fukuoka -+

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-m_sQKlyL-Rc2njTwdN-ARvnaib9vOXHD8hRfGHbiIPWvuAJuNq_S09NXwbn919VaZmf7o-_o8lsXMh0Haubg39yLkIWxJmrITfva_jALcVoKDfrGFCyiTwGFbP_eSZx9jlcM05gKAqo/s1600/Grand+Iftar+2011_1432H-3.jpg
+- menunggu azan Maghrib dengan sabar sambil posing sedas dua -+


May all of us still be granted to meet Ramadhan again next year, and may we be given the chance to prepare foods for Grand Iftar again next year..Insya Allah.



Psssssssssttt : semakin hujung-hujung puasa ni, semakin tak ada idea nak masak apa untuk sahur dan berbuka.

Photo credit: Azli-san and Kak Liza

~ Thanks for reading this (^-*) ~

Thursday, 25 August 2011

Al-kisah Baju Raya

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari ke-25 dalam bulan Ramadhan 1432H. Macamana amalan?. Macamana kesungguhan mengejar Lailatul Qadar?. Masih membara kah semangat itu atau pun dah semakin pudar di telan keinginan meluap-luap untuk berhari raya?. Teeeeettttt, sama-samalah kita fikirkan.


Tahun ini kami sekeluarga akan menyambut raya di Fukuoka, tak balik beraya di Malaysia. Nothing much to worry or to be sad about *ayat pujuk hati sendiri* sebab kemeriahan beraya di Fukuoka ini pun meriah macam kat Malaysia; seperti yang pernah di ceritakan dalam entry
Dendang Perantau Fukuoka, Yang bestnya bila beraya di perantauan; Ada baby dalam perut Cik Ti ~tsk3x (T_T); Nasi AirKelantan Fukuoka ☺,dan Sesi penutup untuk membuncitkan perut ~ Aidilfitri 1431H.



Walaupun beraya di perantauan, dengan gediknya I request juga baju raya dan dengan sabarnya keluarga mertua menurut kemahuan I. Mula-mula nak suruh adik I tolong belikan, tapi adik I kan 4 orang lelaki. Yang perempuan sorang tu stay asrama, payah lah pulak nak suruh pergi beli baju raya idaman hati. Kalau nak suruh Kak Nur lagi payah sebab Kak Nur online malam je, so mengendeng dekat mak mertua dengan adik ipar lah. Untung jugak ada 3 orang adik ipar perempuan dan 2 orang adik ipar I tu tengah bercuti.



Tengok-tengok kat online shop tapi tak berani nak beli terus sebab takut scam. Kalau ada yang betul-betul pasti tak scam pulak, harga nya macam tak padan dengan poket I.
Since sekarang ini style jubah kaftan dengan kurung moden kaftan tengah "in"; so I request adik ipar belikan design cenggitu lah. Lagipun SN dah stop menyusu, bolehlah mommy nak melaram pakai jubah ataupun baju pelik-pelik sikit sebab dah tak payah fikir macamana nak selak baju untuk susukan dia.

+-Baju kurung kaftan seri permata fasiha. Source: Butik Allinfashion -+

Zaza Sequin Collar Kaftan in Blue
+- Zaza Sequin Collar Kaftan in Blue, Source : FashionValet -+


Lebih kurang macam itulah design yang I berkenan, tapi tak lah beli baju dari FV tu, tak padan dengan poket I rasanya hehe. Walaupun body I ini kira senang nak cari size, tapi ramadhan kali ini rasanya berat badan I turun lagi. Bila baju yang di beli oleh adik ipar & MIL tu selamat sampai ke Fukuoka, alamakkkkkkkk terlebih gedoboh la pulak.


Baju tu saiz 40, memang OK kat bahu dan lengan. Kalau beli saiz 38 nanti bahu macam kecik sikit, angkat ketiak kang koyak pulak lengan baju. tapi bila beli saiz 40; adoyaiiii besar nya kat pinggang ku ini.
Terus sentap, muncung sedepa sebab pakai baju kurung moden tapi shape macam guni beras. Bukan nya sentap kat baju tu, tapi sentap kat diri sendiri sebab siapa suruh kurus sangat, kan dah jadi macam bini popeye *mengata diri sendiri* mrgreen. "Over nya nak sentap bagai, tak reti bersyukur ada baju baru untuk beraya", monolog dalaman hati untuk muhasabh diri.


Nasib baik tempoh sentap itu tak lama sangat sebab ada kawan I kat sini yang ada mesin jahit. Terus mintak tolong dia kecikkan pesak kat baju tu, dan malam semalam dah dapat pun baju yang di alter tu. Elok terletak cantik je kat badan I, dah tak jadi macam guni beras maka muncung pun dapat di sedut semula ke dalam
ihikhik eheh.


Kejadian sentap kepada diri sendiri ini mengingatkan I pada alkisah baju raya masa kecik-kecik dulu. To be honest I memang cerewet dari kecik lagi bab baju especially baju raya. Dulu-dulu at least Arwah Ma akan prepare 3 pasang baju untuk beraya.



Masa kecik-kecik Arwah Ma yang jahit baju I, tapi ada satu tahun tu Arwah Ma jahit baju yang I tak berkenan warna nya *warna hitam* dan juga design kecik kat atas, kembang kat bawah. Merajuk sebab tak berkenan dengan baju tu, padahal umur baru 7 or 8 tahun je masa tu. Last-last tunjuk perasaan, masa raya pertama tak nak pakai baju hitam tu; pakai baju raya tahun lepas untuk raya pertama. raya ke-2 dan ke-3 pakai baju kasual, dress dan gaun kembang-kembang lah kalau tak silap.



Bila dah remaja, hantar baju kat tailor. Ada sekali tu, tailor tu salah jahit baju I, terkecik la pulak. Sentap lagi, terus Arwah Nenek pergi kat rumah tailor tu dan bagi 'syarahan percuma' kat orang tu. Mentang-mentanglah Arwah Atuk bekas penghulu kampung, Arwah Nenek pun kira macam 1st lady la, tu yang boleh pergi bagi 'syarahan' kat tailor tu.



Bila dah makin meningkat dewasa, hantar baju kat tailor tepi rumah kat kampung tu je. Tailor tu memang terkenal la jugak, dan dia ni mak sepupu I lah. Memang best hantar baju kat dia sebab jahitan kemas dan design yang kita nak pun memang di penuhi. Tapi, masalahnya kalau hantar 3 pasang baju, dia akan tanya baju mana untuk raya pertama, baju mana untuk raya kedua. Sebab musababnya dia tanya itu ialah biasanya baju raya kami sekeluarga *Arwah Ma, Makcik,
Kak Nur, Awin and I*; cuma akan di siapkan pada pagi raya sahaja. Biasanya beberapa minit sebelum nak pergi semayang raya baru lah baju tu siap. Adoyaiiii.



4-5 tahun kebelakangan ini sampailah sekarang, I lebih suka beli baju siap je. Senang, cepat dan affordable. Tapi itu lah, bila beli baju yang dah siap ni, biasanya I memang kena alter part pinggang tu especially bila beli baju kebaya atau baju kurung moden. Kalau guna cutting asal, memang baju kebaya tu jadi bentuk guni beras lah kot
jelir.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsuFusiUXjMYmXzBFzDkcAJNnA47AKWa7xPEfkl_8q1fUoYDNbTYSWrIwl3PqnKfE8wVxKMVjBmTu6QkVsF9MkbBEqYHYNaXRkgXxpBkDY6ULEndptHTunEtGzD0xB0yrb49z8QCFZ3ZY/s1600/AIDILFITRI.jpg
+- gaya over, zaman anak dara -+


Untuk raya tahun lepas dan 2 tahun lepas pulak, I pakai baju yang jahit masa kahwin hari tu. Untung jugak buat baju 2-3 pasang masa kahwin, boleh pakai buat beraya, jimat belanja provided that saiz badan tak mengembang sangat lah berbanding dengan mula-mula kahwin.
mrgreen


+- pakai baju kahwin 2008 pada Aidilfitri 2009 & 2010 -+


Memandangkan baju raya tahun ni dah settle untuk kami bertiga (SN pakai baju melayu yang Cik Deja bagi hadiah 2tahun lepas); tinggal I nak cari scarf dengan aksesori nak pakai dengan baju raya je lah. Bila I cakap I tak ada tudung, terus hubby membulatkan mata dia yang tak berapa bulat tu sambil bertanya "Tak ada tudung?????"; serentak dengan itu juga jari dia menunjuk ke arah hanger tudung.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjyi6eQIHPbBohpuvCURTSaWrC9e8dt8pE42JI7F7wcVk2WV76wRMYcNMi_uIdurBBv2Fi8PfKadgUTFvo6tKGv-QtlG6rtjZ34fZ7SVAMQH87w0Tek80P4ZgxGULaG_IuVbm-xhmkPASk/s1600/blog.jpg
+- koleksi tudung & Shawl Yatie Chomeyl di Fukuoka -+


Ye lah, fine....I belit je lah dengan mana-mana shawl/tudung yang ada. Poyo beria sangat nak baju raya, tudung raya, aksesori raya bagai tu...sekali sensei tak bagi cuti. Lagipun raya kan jatuh hari Selasa, entah-entah Sensei bagi kerja menimbun-nimbun pulak. Takkan pakai baju raya pastu pergi lab, duduk mengadap komputer je kan...apa kejadahnya pekdahnya?. jelir Ambik kau, padan muka sendiri!.


Pssssstttt: Fuhhh kiri fuhhhh kanan, harap-harap Sensei berkenanlah bagi off day hari raya nanti. Kalau tak, I ponteng je lah *macamlah tak biasa ponteng lab ni kan*
ihikhik .

~ Thanks for reading this (^-*) ~

Wednesday, 24 August 2011

Bajet glamour habis la tu :p

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Macam biasa, tiap-tiap kali beraya di perantauan maka secara automatiknya tangan ini akan terasa gatal je nak hantar gambar kat Salam Perantauan. Tahun lepas siap hantar kat Salam Perantauan Utusan Online , Salam Kampus Kosmo Online dan Salam Ramadhan Metro 1431H (refer entry Separuh Ramadhan 1431H berlalu, muka kami dah keluar I tell you).


Tahun ini pun sama, hantar gambar kat semua akhbar yang buat segmen beraya di perantauan, tapi setakat ini baru di siarkan kat Salam Aidilfitri Dari Perantauan - Utusan Online sahaja baru. Jadi lah tu, daripada tak tersiar lansung ye tak?.mrgreen

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhkJc8T1fQ6iRUAISRFvxZdPqreRsId-7mV7kGDWZRLr8XIhCyix9mUJiipt4HK2cTD-nstVEZQuJiZ3JwSld-FWs1daSM2_iw68iJzk8eVzoXjjWTrSOIgNNzCw7ZdeOUW9fHRzZYnu3o/s1600/Fullscreen+capture+8112011+11731+PM.bmp.jpg


Posing dalam gambar yang di hantar ini pun dah dapat menggambarkan kesyahduan kami untuk berhari raya di perantauan, memang family SN menjiwai watak betul.....kalah Ellie Suriati jelir .

Psssssssssttt:
kalau korang ada jumpa gambar kami kat paper, bagitahu la ye *bajet tersiar, pastu bajet ada orang kenal......perasan tak habis-habis*


~ Thanks for reading this (^-*) ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...