CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Sunday 6 December 2009

Kereta Terjunam di KB Mall

Sambil2 menonton nyanyian syahdu mahdu Anang kat Konsert Jom Heboh kat streaming tv3, I terpana bila terbaca entry yang di tulis oleh Mommy Lyna kat blog nya tentang KB Mall Runtuh. Terus I cepat2 search related news tentang ini, dan terjumpa berita ni kat Utusan Online.

KOTA BAHARU 6 Dis. — Dua pelajar perempuan sebuah kolej kejururawatan Masterskill cawangan Kota Baharu maut manakala seorang lagi parah apabila sebuah kereta terjunam dari tingkat atas sebuah pasar raya KB Mall di sini.

Jurucakap polis yang mengesahkan perkara itu berkata berdasarkan laporan awal kejadian itu berlaku pada pukul 5.40 petang.

— BERNAMA


(gambar sumber Utusan Online)


Video ni pula di ambil dari web Salam Pantai Timur. Apa yang I sempat dengar dari ulasan perakam video ini ialah pemandu kereta Mazda ini ialah seorang perempuan. Perakam video juga turut mengulas tentang kelewatan pasukan paramedik tiba di tempat kejadian.



Memandangkan KB Mall ini merupakan tempat shopping favourite I di Qelate, I memang dapat bayangkan betapa teruknya impak perlanggaran ini kerana kereta ini tercampak dari rooftop di tingkat 3 sehingga ke ground floor, bayangkanlah impaknya!. Pemerhatian awal I dari gambar2 yang di tunjukkan membuatkan I meneka yang si pemandu kereta tersebut mengundur dengan laju sehingga terlanggar dinding, mungkin betul juga andaian yang mengatakan si pemandu tersilap masuk gear..tapi Wallahualam kejadian sebenar nya tak tahu lah pulak kan.


# Update dari Jiey : buletin utama melaporkan kereta tu rosak jadi ada yang membantu dgn menolak kereta tersebut. Enjin berjaya di hidupkan tetapi pemandu tidak berjaya mengawal kenderaan, undur sehingga melanggar dinding.... isk3x #

http://img8.imageshack.us/img8/9462/16632201775928016532808.jpg
(gambar di cedok dari sini)

Takziah buat keluarga mangsa. Tak dapat I bayangkan betapa sedihnya perasaan keluarga kedua-dua pelajar itu sebaik menerima perkhabaran tragedi ini. Semoga mereka tabah menghadapi kehilangan ini. Al- Fatihah.

http://akuadi.org/life/wp-content/uploads/2008/12/al-fatihah.gif

Berita lanjut boleh di baca di :-
(i) MyMetro
(ii) Berita Harian
(iii) MSTar Online
(iv) Perisik Rakyat

18 words of wisdom & comments:

Unknown said...

ngerinya yatie....

Photo Journey & Dapur & Oven said...

Sgt terkezut dgr berita ni.. Adik ngn spupu jeri siap g jd wartawan tak bertauliah jap kt situ ptg td. Sero nok maroh jah ko drebar kete mazda tu. Al-fatihah utk keluarga mangsa

Jiey^Mien said...

dgr dlm tv td kato keto dio punoh, pah pengunjung pakak tolok rama2.. pahtu enjin start n dio tokleh control.. reverse sapa langga dinding..
pah tv3 oyak jgk td, pemandu tu lari.. pelik la.. nyo lari bulih!!!

dehe@farhan said...

ciannyo~~alfatihah utk mngsa..tp keto 2 mcm mazda 323 hatchback..bkn satria..

Anonymous said...

ngeri..
kesian dengan pelajar yang tak bersalah tu...

Nadiah Sidek said...

kesiannya. takziah buat keluarga mangsa..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

macamana brickwall boleh pecah? bukan gypsum atau papan, biasa kalau kereta langgar brickwall, kereta yang pecah..yelah dah ajalkan..

MyHasla said...

tgk gak kat berita tadi. pelik gak camana boleh bolos dinding sampai pecah masuk dalam mall. mesti lepas ni orang pertikai kan sape contractor yg buat bangunan tu.... sebab struktur bangunan yang dibina boleh mengakibatkan kejadian camtu! By right shouldn't happen tat way.

kesian mangsa yang terkorban! Alfatihah untuk mereka berdua.

Delimasari said...

tragedi yg tak d jangka...
kete boleh menembusi dinding yerkkk.
alfatihah buat keluarga mereka.

tiey said...

latest news pg ni...pemandu xlari pn..ada kat icu..pompuan dgrnye..

nasib baik jgk la xg kbmall ptg tu..

yatie chomeyl said...

miela >> mgm ngeri kan Kak Ieyla

jeri >> bunyi khabar budok lesen L jah yg bwk keto tu

jiey >> smp hati dio lari..nyanyo ko hok mati tuh

paan >> aah, kti saloh info..sbnrnya keto ford laser TX3

yatie chomeyl said...

sya >> tu lah kan, kesian btul

nadiah >> mesti diorg terkejut dgn berita ni

kak NB >> tu lah, dah ajal mcm tu..tp kesian juga kan

yatie chomeyl said...

my hasla>> katanya dinding tu utk ruang angin je..bukan yg bhgn dinding brick..wallahualam la

delimasari >> aah, tragedi malang tak berbau

tiey >> tp dlm paper tulis ao 3 org yg naik keta tuh, 2 org lari...driver je yg cedera dan tak smpt lari

Cikpid said...

tgk gak buletin utama mlm td..

n rs cam camne plak ek dinding tu boleh runtuh gitu??

Mummy Aqil said...

dasat tul keta tuh g rempuh dinding smp landing ats eskalator tuh.. cian kat student tu.. semoga keluarga mereka tabah dgn ketentuan illahi..

Ummi Shira (AshAnas) said...

malang tak berbau kan... siapa sangka dok baik2 shopping dlm mall pun blh eksiden kete... takziah buat yg meninggal... ni la bukti kuasa Allah, kita takleh jangka bila ajal kita... sangka kita dlm tu dh slmt dr kn langgar kete, tp hakikatnya.... al-Fatihah

yatie chomeyl said...

cik pid >> impak perlanggaran tu kuat sgt kot, sbb tu smp runtuh

mummy aqil >> tu lah kan, kesian kat famili diorang

ash anas >> btul3x, tempat yg boleh kata selamat dr kereta pon berlaku jugak kejadian gini kan

shukriah's said...

ghalik pulok dengar pengulas tu dok kecek..(",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...