CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Tuesday, 22 December 2009

Fenomena2 luarbiasa di musim sejuk

Musim luruh yang telah berlalu pergi memberi ruang pada musim sejuk memunculkan dirinya. Malahan, bulan Disember di anggap sebagai bulan di mana musim sejuk akan menunjukkan belangnya..*ceeewah, bajet winter nih macam harimau ke?, siap ada belang bagai hohoho*. Musim sejuk yang menyerang Fukuoka buat ketika ini bukan sahaja membawa bersamanya angin2 sejuk yang menghembus pipi, tetapi juga turut mencetuskan fenomena2 luar biasa yang seringkali terjadi pada musim sejuk sahaja.


Perubahan fasa (phase change) pada vortex-vortex kecil dikenali sebagai "eddies" di ruang udara telah membolehkan meteorologist mengkaji precipitation dan membuat jangkaan suhu saban hari dengan menggunakan turbulence model, meteorological model dan CFD di dalam analisis mereka. Namun begitu, pihak meteorologist telah terlepas pandang tentang fenomena2 luarbiasa yang berlaku di musim sejuk.


Oleh itu, mari kita kaji fenomena2 luarbiasa yang di hadapi oleh kami sekeluarga akibat kedatangan musim sejuk :-


Fenomena 1: Kemunculan angkasawan dan juga perempuan berpurdah
Sebaik bermula masa puncak bagi musim sejuk iaitu pertengahan Disember, maka akan kelihatanlah penduduk bumi yang akan berpakaian seperti seorang angkasawan. Bezanya cuma tiada topeng oksigen yang di pakai di muka, tetapi jaket yang menyaluti tubuh masing-masing dah nampak sebijik macam G-Suit yang di pakai oleh
pilot2 fighter aircraft ataupun kadar kekembungan pada jaket dah menyamai ketebalan astronaut suit...sengihnampakgigi ngeh3x. Glove yang di sarungkan di tangan juga menyerupai astronaut suit gloves.


Selain itu, I sendiri telah mendapat seru untuk berpurdah eheh. Bukan berpurdah jilbab bagai tu, tetapi menutup sebahagian muka dengan winter scarf sebab tiap2 kali kayuh basikal dari train station ke kampus, angin sejuk yang menghembus muka memang boleh buat muka jadi kejung. Tambahan pula kalau hari yang turun salji macam Jumaat lepas tu, salji yang jatuh lalu di tiup angin masuk ke lubang hidung yang luas hohohoho....meleleh mukus 24jam.

http://ep.yimg.com/ca/I/spacestore_2083_8404329
(Cuba bandingkan sarung tangan daddy dan sarung tangan astronaut --> credit pic : thespacestore , sebijik kan? sengihnampakgigi ngeeeee)

(kiri: Angkasawan baby yang bersedia nak masuk space shuttle eheh)
(kanan: Fesyen berpurdah yang diaksesorikan dengan jaket yang terlekat sebijik dua salji)



Fenomena 2 : Symptom kebuluran menjadi-jadi
Kedatangan musim sejuk turut membawa bersama fenomena kebuluran ke dalam keluarga kami. Tahap kebuluran boleh di katakan menghampiri paras kronik terutama di hari cuti hujung minggu bilamana sebahagian besar masa di penuhi dengan aktiviti bersantai di rumah. Gendang gendut tali kecapi, untuk menyengangkan perut suka hati, maka hubby & I telah bertungkus lumus memasak menu2 seperti keropok lekor + custard cream pudding + chocolate strawberry oat muffin dan puding roti berkismis. Percaya atau tidak, kesemua menu ini di sediakan untuk santapan pada hari Ahad sahaja..tu belum termasuk dengan lauk untuk lunch iaitu kari ikan.



Walaupun rupa masakan2 ini memang tak cun langsung, rasa nya boleh tahan la
siul*padahal sebab lapar, semua pun ngap je*. Percubaan pertama membuat keropok lekor sendiri lepas jumpa resepi dari blog Umie. Malangnya, keropok lekor SN sedikit keras *boleh retak konkrit tu kalau di baling ke dinding sengihnampakgigi eheh*. Muffin chocolate strawberry oat tu pulak terhasil sebab berniat nak merasmikan loyang muffin pemberian Kak Nora. Walaupun rupa nya macam menggerutu macam katak kodok eeeeeee, tapi rasanya boleh lah lagi di terima oleh anak tekak. Sementara menu custard cream pudding tu pulak terhasil bila dah terbeli whipping cream yang di jual agak murah di MArukio pada hari Ahad tu. Alang2 dah cukup bahan, maka terhasillah custard cream pudding yang-tak-berapa-chomeyl-tapi-lazat itu sengihnampakgigi ngeeeee.


(kerepok lekor SN-keras dan kejung, resepi dari Umie)


(chocolate strawberry oat muffin yang menggerutu)


(resipi chocolate strawberry oat muffin dari skyblue)


(custard cream pudding, resipi dari yani)


Fenomena 3 : Aktiviti berjalan2 terbantut

Cuaca sejuk ini juga telah mendatangkan rasa malas untuk berjalan2 melihat alam seperti hobi kegemaran sepanjang zaman yang selalu di lakukan sebelum ini. Kalau boleh, nak duduk berbungkus dalam selimut
futon 24jam, beralaskan electric carpet dan ditiup hembusan angin :anongnangyari: dari heater minyak tanah. Kalau jalan2 pon, gi window shopping kat dalam kedai sebab dalam kedai ada heater, jadi tak lah sejuk sangat. *padahal dah nak habis tempat nak jalan2, refer : travel & Living in Japan (click here)*.

[DSC_0478.jpg]
(gi jenguk khemah Malaysia masa World Tenjin Culture Festival pon kejap je)


Electric Blanket
(electric carpet yang best , pic source: chipango)


Fenomena 4 : Blusher percuma baik utk wanita mahupun lelaki
Musim sejuk turut membawa bersamanya khidmat make-up secara percuma tetapi di khusukan untuk bahagian pipi sahaja. Pipi akan berona merah bak di selaputi blusher dan boleh didapati secara percuma dengan cara menadah pipi kepada hembusan angin sejuk. Chomeyl juga bila tengok lelaki2 pun jadi merah pipi, nampak jambu gitu u all...auwwwww. kenyit ...chomeyl nyah....ekekeke.

[DSC_0507.jpg]
(jambu tak baby SN bila pipi ber"blusher" asli?)


Pssttt: menunggu nak bermain salji macam tahun lepas *refer entry Demam salji @Demam cinta? (^-*)*, tapi salji dah stop plak :tsk: huhuhu.


25 words of wisdom & comments:

Atiqah said...

wow bestnye salji..hehe
teringin nk merasai winter..

nieda said...

salji...kalau i kat sana mesti jakun tgk salji..sejuk2 ni mmg sentiasa lapar kan, sama gak mcm i, bulan dec hujan memanjang so perut pun berkeroncong..
I tgk CNN pagi tadi, x ingat negara mana dah 10 orang mati sbb cuaca sejuk sangat sehingga mencecah -22 celcius..

e.l.i.s.s.m.i.e said...

agak2 kalo malaysia ada winter, mcm mana erk..hikss
chomel btol baby SN dengan winter coatnya.

Hamizah said...

winter yang x snow pon dah tak mampu nak hadapinya apatah lagi tempat ada snow..akak pasti terbungkus dalam elktrik carpet tu...

naurah makwa said...

BESTNYA..TERINGIN NAK MAIN SALJI

kew_chop said...

kijo make jugok ni. sekut kering pun sedap sejuk2 gini. tuan badan jah hok to kering2, dok gelembung sokmo ni.. comelnya bb SN pakai baju tu.

Nur,Nura, Nurad, Yani said...

terbalik kito nih deh. Ti sejuk, knur sini panas! budok2 ni dok mitok nok main dlm inflatable pool doh.

Jiey^Mien said...

Comelnyo baby angkasawan!!
sero nok kekoh2 pipi bia koho pink!

Nadiah Sidek said...

merahnya pipi nazhan! tp angin winter mmg takleh tahan la. sakit hidung dibuatnya!

AshAnas said...

waa, bestnye... wlpn tak dpt rasa fenomena itu, bc entry kak yatie ni pun, dpt rs apa yg korg rasa... hehe...
dulu kan, ayah slalu bwk km skluarga gi jalan2 luar negara ms winter sbb nk main salji... haha...
rindu nk pegi lagi... tp dh kawin ni, mn la ayah nk bwk shira dh, hehe... tmbh2 dh de famili baru, huhu...

Mummy Aqil said...

owhh menariknya mknan2 di atas.. sure syiokk kan.. mkn mknan panas2 di ms sejuk smbl berselimut.. dah kenyang, trus tarik selimut lgk.. hehehe.

chomeyll nyer bb SN dgn blusher...phweewittt

Huda said...

benar2 sejuk ni kak..x jadi nak pi jepang time winter :)

azzamoro said...

terigin nak pegang salji yang betul. tapi tak taula i tahan ker tak. masuk bilik salji yang tipu kt genting highland tu pun dah tak tahan. ape th lg yg betul..huhu

NURUL IZZA said...

ish..sian SN..comey je blush2 gitu.ekeke. tapikan akak, memang sakit hidung kalau tak tutup.oleh beku.

lapar tu memangla..ekeke.hubby kalau winter memang..pipi mengembang, badan pon sama. dh sejuk nk maian apapon xleh, dh tu perut asyik lapor je.makan selalu..

p/s: comey je muffin tuh..walaupon xnampk sgt stroberi tuh, tapi cun jugak!

nak kopok goteyyyyyyy

NORHAYATI BERAHIM said...

mesti sejuk banget, tak sanggup2, teringat masa balik turki musim salji, duduk tak sampai dua minggu dah menangis2 nak balik..terkenangkan betapa sedapnya mandi dan mudahnya berwuduk di malaysia..he.he

MAMASYAZA said...

bestkan dpt main salji...mesti sejuk giler kat sana. so cute la babyN sekrg ni, bertambah2 cute ngan pipi merah dia tu...

isabelle said...

syoknya main snow. tapi i xtahan sejuk la. so, am thinking to avoid negara2 yg sgt sejuk for my PhD.what a lame excuse.

cuma i seronok terbayang kejambuan lelaki dgn pipi blushed mcm tu. hehe. kiut!

Aleyn said...

Sejuk2 pun tapi mesti bestkan....maklumlah i tak pernah lagi merasa pure salji...ari tu gi Jepun sebulan tapi musim luruh...nak masuk winter jer dah kena balik

yatie chomeyl said...

atiqah >> best, mmg best

nieda >>kat ner tu? ntah2 rusia or canada kot

eliss >> klu msia ada salji, ramailah angkasawan kat msia eheh

k.mizah >> blanket pon ada yg ketrik, mmg x mo keluar lah bila dh berbungkus hik3x

yatie chomeyl said...

naurah >> meh sini cepat, smpt lg main salji neh

murni >> tu la, lapar semace perut nih

k.nur >> meme la terbalik sbb line lain2..hehe

jiey >> tu la, sokmo mommy kekoh pipi dio sebab nok bui jd pink kui2x

yatie chomeyl said...

nadiah >> tu la pasal, perit rasa hidung kan?

ash anas >> wah, betsnya kecik2 dh jln2 ke oversea...takpe, nanti shira dtg dgn anas plak ok? :)

mummy aqil >> masa mula2 msk mmg panas, tp tinggal kejap atas meja dh jd sejuk mcm dlm peti huhu

huda >> aah, x best jln2 time winter..jln2 masa spring baru best

yatie chomeyl said...

azza >>I pon sama, pakai glove tebal2 pon nk beku dah tgn hehe

izza >> kepok gote x jadi, keras kekkung..pekong ko dinding pon leh retok dinding wakakaka

kak NB >> time sejuk2 neh mandi pon selang sehari je ngeeeee

isabelle >> mmg kiut smp rasa nak cubit2 pipi diorg, nsb baik hubby kat sebelah ehehe

aleyn >> next time u dtg time winter plak ok ;)

iem said...

salam kenal,
wow bestnye salji..hehe
teringin nk merasai winter..

nza said...

mmg le time sejuk perut cpt lapar...dok kg hr tu pn gitu...2 br sejuk musim tengkujuh blm sejuk salji....

rajinnya yati masak....

yatie chomeyl said...

Iem >> salam kenal gak. :)

nza >> terpaksa merajinkan diri masak sbb lapar tahap kebulur dah ekekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...