Autobiografi I : Aku sebuah beg pink
Aku ialah sebuah beg yang di lahirkan sebagai beg berjenis hobo berwarna merah jambu. Kulit yang menyelaputi badan aku ialah dari jenis material polyvinyl. Aku dilahirkan di China tetapi aku di besarkan di sebuah pasaraya di bandar Kota Bharu yang juga di kenali sebagai Kota Serambi Mekah di Malaysia. Aku di gantung bersama beg lain di pasaraya tersebut sehinggalah pada suatu hari seorang lelaki kacak datang membeli aku. Menurut lelaki itu, aku akan di hadiakan kepada adiknya yang chomeyl.
Bermulalah episod baru di dalam hidup aku bersama tuan baru yang chomeyl. Aku di bawa kemana-mana dan berbagai2 barang di isi ke dalam badan ku oleh tuan ku yang chomeyl itu. Statusnya selaku isteri,ibu dan juga pelajar membuatkan tuanku benar-benar memaksimumkan kapasiti keluasan badanku seboleh mungkin dan aku berbangga kerana dapat memberikan khidmat kepada tuanku yang chomeyl itu.
Aku ialah sebuah beg yang di lahirkan sebagai beg berjenis hobo berwarna merah jambu. Kulit yang menyelaputi badan aku ialah dari jenis material polyvinyl. Aku dilahirkan di China tetapi aku di besarkan di sebuah pasaraya di bandar Kota Bharu yang juga di kenali sebagai Kota Serambi Mekah di Malaysia. Aku di gantung bersama beg lain di pasaraya tersebut sehinggalah pada suatu hari seorang lelaki kacak datang membeli aku. Menurut lelaki itu, aku akan di hadiakan kepada adiknya yang chomeyl.
Bermulalah episod baru di dalam hidup aku bersama tuan baru yang chomeyl. Aku di bawa kemana-mana dan berbagai2 barang di isi ke dalam badan ku oleh tuan ku yang chomeyl itu. Statusnya selaku isteri,ibu dan juga pelajar membuatkan tuanku benar-benar memaksimumkan kapasiti keluasan badanku seboleh mungkin dan aku berbangga kerana dapat memberikan khidmat kepada tuanku yang chomeyl itu.
Malangnya langit tidak selalu nya cerah, hujan lebat di iringi kilat sabung menyabung dan petir berdentum kuat menandakan cerita duka bakal mengunjungi episod hidupku selaku sebuah beg. Suami kepada tuan ku yang chomeyl telah tidak sengaja menarik zip pada badanku dengan kuat sehingga tercabut dari badanku.."Aduh", aku menjerit tanda protes menunjukkan kesakitan tidak terperi. Tuan ku yang chomeyl cepat2 mendapatkan aku dan melakukan CPR ke atas badanku. Aku di bekalkan dengan bantuan pernafasan berupa paper clip berwarna hitam untuk mengelakkan kecederaan parah.
Wajah sayu tuan ku yang chomeyl menjadi wajah terakhir yang aku tatap sebelum menghembuskan nafasku yang terakhir. Tibalah detik perpisahan di antara aku sebuah beg pink dengan tuan ku yang chomeyl setelah berkhidmat hampir 3 bulan untuknya. Sebelum menutup mata ku, dapat aku lihat setitis air mata pilu mengalir di pipi tuan ku yang chomeyl demi menangisi kepergianku. "Selamat tinggal tuan ku yang chomeyl", bisik ku perlahan.
Autobiografi II : Aku sebuah beg kasual
Aku ialah sebuah beg kasual sandang sebelah bahu yang di lahirkan dengan warna kulit yang agak gelap seakan warna tanah. Aku di lahirkan di negara matahari terbit iaitu Jepun dan di beri nama Jassie oleh ibu bapaku. Bencana alam ribut taufan yang melanda tempat kelahiranku telah memisahkan aku dan keluarga ku sehingga aku di hantar ke sebuah pusat perlindungan di kedai barangan terpakai Eco Mall walaupun aku belum pernah berkhidmat untuk sesiapa sebelum ini.
Setelah hampir berbulan- bulan di sini, suatu hari aku telah di beli oleh seorang perempuan chomeyl yang datang berkunjung ke kedai itu bersama suami dan anaknya. Suami perempuan yang chomeyl ini telah membayar harga ku dan dapat ku lihat kegirangan yang terpancar jelas di wajah perempuan yang chomeyl itu.
Sebaik sampai di kediaman mereka, tuan baru ku yang chomeyl itu cepat2 mengisi badanku dengan berbagai2 barangan. Sambil itu, aku terdengar tuan ku yang chomeyl itu memberitahu bahawa dia akan menjaga ku dengan sebaik mungkin supaya tidak berulang sejarah pahitnya bersama beg lama nya.
Tuan ku menyukai badan ku yang mempunyai 3 bahagian untuk menyimpan barang. Bahagian depan yang berzip pada badanku mempunyai ruang khas untuk meletak dompet, pen dan handphone. Bahagian depan pada badanku juga merupakan tempat yang ideal untuk tuan ku yang chomeyl untuk meletakkan chomeyl nursing cover untuk memudahkan dia mengambilnya bila-bila masa bayi kecilnya mahu di susukan sewaktu di dalam keretapi dalam perjalanan ke sekolah.
Manakala pada bahagian dalam badanku terdapat ruang berbutang untuk menempatkan fail, dokumen dan kertas-kertas penting buat tuan ku yang chomeyl itu memandangkan dia seorang pelajar. Aku berbangga kerana ruan berbutang ini dapat menyelamatkan kertas-kertas milik tuan ku dari basah atau berkedut.
Sementara itu, tuan ku yang chomeyl telah menyusun barang2 kecil miliknya di dalam 2 uncang kecil yang berbeza mengikut klasifikasi. Semangat patriotik tuan ku yang chomeyl terpapar jelas kerana aku dapat melihat uncang itu bertulis perkataan Malaysia; negara kelahirannya. ..*padahal uncang free dapat dari MAS kui3x*. Uncang merah memuatkan barang-barang mainan milik putera kecilnya supaya si putera dapat bermain tatkala kebosanan semasa menaiki keretapi selama sejam 30minit setiap hari.
Uncang biru pula memuatkan barang2 kecil lain yang penting bagi tuan ku yang chomeyl itu seperti inkang (cop nama a.k.a signature), kompas arah kiblat, external pendrive, minyak cap kapak, losyen tangan dan tidak lupa jajan untuk kudap-kudapan di kala perut berbunyi menandakan perut lapar.
Tuan ku yang chomeyl menyusun uncang2 tersebut pada bahagian utama badanku. Tidak lupa juga tuanku meletakkan beg bekalan makanan dan botol air yang di bawa untuk santapan tengahari di sekolah. Status sebagai mommy yang di sandang oleh tuan ku yang chomeyl juga bererti dia perlu membawa set pam susu elektrik setiap hari, dan set itu di letakkan di bahagian utama pada badanku.
Sekarang ini sudah hampir sepurnama aku telah berkhidmat dengan cemerlang kepada tuan ku yang chomeyl sehingga melayakkan aku menjadi penerima Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC) bagi beg-beg milik tuan ku. Aku bangga mempuanyai tuan yang cermat dan pandai menyusun barangan nya ke dalam badanku sebaik mungkin. Aku juga berharap yang aku mampu memberikan perkhidmatan yang da bomb untuk tuan ku yang chomeyl itu dalam jangka masa yang lama.
Walau bagaimanapun aku telah terdengar perbualan tuan ku yang chomeyl dengan suami nya bahawa dia ingin mencuba nasib dalam How Do You Organise Your Bag? contest anjuran MomBloggersPlanet. Tuan ku yang chomeyl menyimpan hasrat untuk memenangi beg Organize Jacq set tajaan dari Gin&Jacqie. Walaupun sedikit cemburu mendengar berita ini, aku mendoakan yang tuan ku yang chomeyl itu berjaya mendapat beg yang di ingini nya itu kerana aku akur dengan ketentuan bahawa tiada sesuatu yang kekal di dunia ini, begitu juga lah riwayat kehidupan aku selaku beg kasual.
Suka ataupun tidak akan tiba masa dan ketika nya di mana tuan ku tidak lagi memerlukan khidmat aku. Lagi pula aku faham kenapa tuan ku yang chomeyl itu begitu mengidamkan untuk memiliki beg Organize Jacq set, memandangkan beg itu mempuanyai banyak kelehbihan yang tidak di miliki oleh diriku ini dan beg Organize Jacq set mampu melengkapi gaya feminin, elite-look yet classy dan dalam masa yang sama menyerlahkan ciri2 anggun tuan ku seperti tips memilih handbag(click here) yang pernah di sarankan oleh tuan ku yang chomeyl suatu ketika dahulu. Untuk itu, aku akan terus memberikan khidmat ku selagi di perlukan dan pada hari di mana tuan ku yang chomeyl itu bergaya dengan beg Organize Jacq set yang baru dan chomeyl itu, aku cuma akan memberi senyuman tanda sokongan buat beg Organize Jacq set dengan ucapan..."Organize Jacq set...you rocks, babe!".
Psssstt: berkurun dah tak tulis karangan bentuk auto-biografi cenggini kui3x, teringat zaman sekolah la pulak ngeeeee.
23 words of wisdom & comments:
tapi betullah Yatie, sejak dah kahwin ni Zaila pun perlukan bag yang besar & organize pasal dohlah nak kena bawa semua benda dalam tu mace wallet, pampers anak, wet tissue, handsets, kamera, diary, make up case & etc..pahtu bila nak cari benda dalam tu, mulalah tergagai2 (malu sungguh!!!)
wow..mantap essay autobiografi..
cayalah kak yatie..leh menang contest ni..
mudahan kn..
good luck..
beg tiqah pun besar gedabak..dh mcm beg mommy je..siap de poket utk ltk diapers..gara2 beli bag dari tote boutique sbb mostly customer cik As mommy2..hehe
tp best bag cmtu sbb thn lasak..mmg sesuai la ngn tiqah.
yatie .. contest ke ape nie? .. aku pon nk wat karangan gak la.. aku tuka la format cerpen.. kekeke
zaila >> sbb tu yatie buh brg2 kecik dlm uncang, sene nak gagau cari
atiqah >> beg besar mmg trend skrg kat sini..so anak dara ke mak dara ke semu apakai beg besar2 eheh
apid >> contest lah..join cepat, dah nak habis tempoh neh ngeee
autobiografi 1 : pembukaan : 9/10, isi : 29/30 penutup : 9/10
autobiografi 2 : supo jah la deh... heheheh...
ore dopleh bui full mark. cikgu bm kato dop logik budok buleh full mark essay. tapi ore suko entri ni. demo kreatif... ;)
kak, suke bc entry ni... kreatif la... hope diorang pilih akak as winner...
teringt zmn2 sekolah dulu tulis karangan cmni! hihi..
all the best!
kak tie nih..tguling2 oghe duk baco blog dio tu gak eh~~real good hand writing...adore u much!!mesti menang!!
akak mmg pandai ngarang ek? :)sweet je bacenye..tp mmg best, leh wat buku ni :)
gud luck kak!
woghih >> tinggi nyo markah, buleh A doh la ore ni hehe
ash anas >> mintak2 masin jari jemari shira menaip ngeeee
nadiah >> thanks dear ;)
kek tie >> fuh..fuh..puh mene sungguh ngeeee
huda >> ngarang time otak tak berkarat sgt ok la kot..time takder idea, tak jd gak ngarang ehehe
good luck!!!
yatie tak penat ke bawak beg macam tu? kalau akak, pergi mana-mana suka knapsack , senang yatie nak bawak nazhan dengan beg tu..tak adalah jatuh2..
knapsack..semua boleh sumbat, flash air, botol susu, pakaian ganti..laptop kecil, takla senget badan yatie yang kecil tu...
k. hamizah >> thanks ;)
kak NB >> dulu mmg pakai bagpack tp bila nk duduk dlm train susah sbb dukung baby SN kat depan, beg kat belakang..tambah lg beg nursery baby SN..x muat nak duduk, bila berdiri pon beg asyik terlanggar org sebelah je. pakai beg sandang tepi gini, masuk tren je yatie terus letak atas lantai hik3x
kuat semangat betul yatie ni...that's why dh amik phd!..gud luck!
suke sgt bc entry nih.pbreast pum tu yg medela fis ke? tapi kan, mmgla..dh ade anak ni, handbag tu mmg penuh baju anak, pampers, nursing covver, baju die..sume hal milik die..yg kt pya, seketul dompet je..
ganbatte!!
tragis sungguh nasib beg pink tu.....jauh lak tu g mengembara.....
:D, :D.....
Sukernyer baca entry ni di pagi isnin ni! Teringat zaman kanak2 kena karang crita aku sepasang kasut.
Gerenti menang ni!
fuhh gila kentang mantop essay ni.. leh menang beg br ni.. konpem si 'kasual' rs sdh.. huhu...
salam yatie....amboi panjang karangan...berpinau mata membaca...sian beg pink tu...anyway semoga mng la contest tu....
Okeh aku kasi B= pasal tak cukup emosi sebagai sebuah bag! HUR HUR HUR@!~
nina >> thanks dear :)
nza >> tu lah pasal kak, jauh berkelana eheh
Hanz >> mintak2 masin jari jemari u menaip ngee
mummy Aqil >> takpe, kalau menang pon si kasual tetap di hati ceewahhh
alimaz >> karangan kurang dr 250 patah perkataan dah
jiji >> baik cikgu, lain kali saya selitkan emosi utk beg pulak eheh
Salam.. Yatie.... Bestnya karanganmu ini.. Gelak sakan Kak Nur... :) Kelakar sunggoh!!.. Hope Yatie bleh menang contest tu..
U R So Creative.. + Chomyl..hehehe
Post a Comment