CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday, 18 March 2010

Siri ke-2 hobi Chomeyl : Akademi Fantasiot Fantasia

Entry ni ala2 kesinambungan untuk entry I yang dulu2 iaitu Siri hobi Chomeyl : Mengejar Artis (*_^) di mana I bercerita pasal hobi I mengejar show artis yang terdekat mahupun terjauh eheh. Untuk entry kali ni pulak I nak membuat pengakuan jujur tentang ke-GILA-an ataupun bak kata ore Qelate "my obsession" towards Akademi Fantasia ~ AF ngeeeee.

http://flamindevil.files.wordpress.com/2009/01/af61.jpg


I started watching AF since AF1 lagi but my craziness and obsession towards AF ignited its sparks during its 2nd season which apparently I believe was the most hottest season in the AF history ever. During AF2, I was on the 2nd year of my undergraduate studies in USM. Contoh2 kegilaan melampau @ tak masuk akal yang I buat sepanjang musim AF2 :-


(1) Reserved seat at the TV Room
Masa tu kan duk hostel, faham2 jer lah kena share tengok TV kat bilik TV. Setiap aras ada bilik TV sendiri tapi cuma 2nd floor je yang ada decoder ASTRO jadi semua pun berebut nak tengok AF kat situ. Kerusi sofa untuk duduk cuma ada 3 rows je..aiseh. What I do is --> bila balik je dari kelas sebelah petang, I akan bawak buku berkepuk2 untuk letak kat atas kerusi2 di row belakang sekali bilik TV. Kira nya dapatlah I cop tempat tu untuk geng2 I sekali. Pastu I cepat2 balik bilik untuk mandi dan semayang maghrib dan dengan sepantas kilatnya bergegas ke bilik TV semula untuk jaga seat2 yang I cop tadi gatai muahahahaha.

Masa ni makan + minum + 'konon2' buat assignment + 'konon2' study notes --> semua nya di buat di atas kerusi cop di dalam bilik TV sambil tunggu diari AF dan juga konsert mingguan AF bermula ngeeeee. Sila bayangkan kegigihan I setiap hari dari Isnin sampailah ke Sabtu untuk cop tempat di bilik TV. Trust me, nothing can come my way at that time..and when I mean nothing, I absolutely mean nothing! termasuklah I sanggup 'gaduh2 manja' kalau ada orang alih buku2 yang I letak untuk cop seat I tuh hohohoho.

http://www.columbia.k12.mo.us/tmp/nobermie/student%20computer%20pic.gif
*ala2 gini la situasi I masa tu; pic source:google*


(2) Top-up credit phone RM60 setiap minggu
As a student that amount of money is not small, malah kalau di tambah semua sekali dah jadi RM600 that I've spent for voting mostly ADAM and occasionally ZAHID or sometimes FARAH breep breep. Untuk konsert final pulak, kebetulan masa tu cuti semester..so layan kat rumah. I pau handphone arwah mama untuk vote ADAM sengihnampakgigi ekekeke.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh54_4kn624CLK0SLQhIpKLNTz2QvcXU_CR7WRRx_l7-kdVSdvrQplYI3yS-aRMm5JsSTr3BvrCBPL506NeT-uNB_9a8tkP-JxIWjY2jJDiHUihG65yJfAd9I4iAICr1bsqW9PzpMz7MWQH/s400/adam+AF2.jpg http://www.utusan.com.my/pix/2005/0723/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01_big.jpg http://galaxieblog.com.my/blog/photos/2008/5/16/noorsila1219_1.jpg


(3) Beli VCD konsert
Bila hari Isnin je, I akan pergi ke kedai VCD kat pekan Parit Buntar untuk beli VCD konsert minggu sebelum itu. Padahal dah tengok LIVE, pastu tengok ulangan..tapi still jugak gedix pi beli VCD pulak hohoho. Tu belum I cerita berapa puluh juta kali duk ulang tayang pasang kat TV sampai setiap patah perkataan yang Aznil cakap, setiap pergerakan step tarian diorang dan setiap patah lirik lagu tu I mampu hafal gatai ngeeeee...dasyat2x.


(4) Beli merchandise AF
I juga dengan penuh bersemanga wajanya beli t-shirt yang ada gambar bola-bola AF tu la hehe. Pastu dengan bersemangat jugak akan pakai t-shirt tu tiap2 minggu masa tengok konsert *walaupun cuma tengok depan TV kat rumah je* ihikhik hahahaha, sakai betul. Pastu kalau pakai kat hostel pulak, kembang kempis hidung sebab berlagak ada t-shirt AF, macamlah orang lain heran sangat dengan t-shirt I tu ahaks.


Bila musim AF3 bermula, bilik TV kat blok I dah takder decoder ASTRO. Jadi kawan2 seangkatan dengan I yang sama2 gilakan AF akan keluar ke kedai2 mamak dekat2 area kampus untuk tengok kat sana. Tapi I tak suka tengok kat kedai mamak sebab bising, nanti I takleh nak fokus dan dengar suara diorang nyanyi *beria nak fokus dengar, bajet2 I ni pengkritik tetap tapi yang tak berbayar ihikhik eheh*. What I do is --> I balik rumah my aunt yang masa tu stay kat Kulim. I sanggup rempit dengan mutor selama 40minit dari Parit Buntar- Kulim, melalui jalan ladang kelapa sawit yang cuma di lalui oleh lori2 je, siap lalu kawasan tanah perkuburan Islam dan jugak tapak jirat hohoho.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdJysFBEM5CJ5x2NrdhKLBnOObBtimh-zUZvdoec58lI8hr5GNdSND8CgqwSZVNjb5J67BpE8fCT3WK2WOTqe_7YVyg6MlCxGlnvEnpkrB3K__xR6G01_YHlQ2NNR_4loGkRptFA1Jt4IC/s320/mat-rempit.jpg
*rempit tahap macam ni bila lalu kawasan kubur tu hik3x, pic source: here*


I ingatkan bila I dah sambung study kat Germany, kegilaan I towards AF akan pudar. Tetapi I dah kelam kabut gelabah bila I dapat tahu yang AF5 dah nak start..jenuh I fikir macamana I nak tengok ni. Nasib baik I jumpa satu website torrent untuk men-download diari dan konsert mingguan. I sanggup bersengkang mata tunggu setiap hari untuk diari & konsert di upload sengihnampakgigi ngeeee. Masa ni jugak bila call arwah mama, mesti kitorang discuss pasal performance dak2 AF5 dan siapa yang arwah mama minat.Tapi sebab I takde kat rumah, dia pun dah tak AFUNDI siapa2 la eheh.


Furthermore, I ingat bila I dah kahwin..kegilaan I terhadap AF akan terus berkubur. Owh, tidak..sekali lagi I silap. Masa AF7 tahun lepas I sanggup refresh beratus2 kali kat youtube untuk tunggu kalau2 ada orang dah upload diari dan konsert. Sanggup jugak tidur lewat malam semata2 nak habiskan tengok konsert walaupun masa tu tengah sarat mengandungkan baby SN ihikhik hik3x. Tu belum lagi I cerita how many hours that I've spent reading through blogs *especially klubbkidd's* and other source of entertainment news to sibuk2 cari cerita pasal budak2 AF tu uhuk3x.


As for now, AF8 dah pun bermula I rasa KeGILAan itu masih kekal dalam jiwa I sebab tiap2 malam after dinner, I akan jenguk you tube untuk tengok diari dan kadang2 abaikan baby SN and his daddy semata2 sebab kusyuk layan diari hohoho. Nasib baik takleh AFUNDI dari sini, kalau tak......sengihnampakgigi ngeeeeeeeeeeeeeee. Setakat ni I suka tengok Ain kalau yang pompuan dan yang laki pulak of course lah I suka tengok Shahir *ahli kumpulan nasyid Saujana* sebab dia paling syiok di pandang mata ceeewahhhh...tapi I ni kan suka tak tetap pendirian, lepas ni mesti I suka yang lain pulak eheh.



*gambar di cilok dari murai.com.my*


Psssssttt : agak2 ada ke mak2 budak lain yang buruk perangai macam I nih? huhuhu.


25 words of wisdom & comments:

kew_chop said...

oghe gilo af masa mawi dulu jah. AF4, loni sikit2 jah.

cik osh said...

demo woghih!! topup 60rial seminggu?? biso laaa!!

nieda said...

huhu masih minat lagi dgn AF yer..i dah kureng kalau compare masa zaman bujang dulu cuma follow gitu2 jer..selalunya konsert hari sabtu tak tgk live sbb humaira sibuk nak tidur jadinya kena tgk ulang tayang hari lain..
Bab AF ni, i teringat masa konsert final AF7, tgh syok tgk tetiba air ketuban pecah, dah rasa kontraksi terus p spital, tak sempat tgk sampai habis..heheh

safinah said...

AF8 sudah datang.. jom kite LAYANNNN! :p

Anonymous said...

hehehe...
dulu2 masa belajar, berkejar ke kedai makan, siap cup tempat sebab nak tengok AF.. sebab umah sewa takde astro...

tapi, bila dah kawin, macam hilang mood pulak nak tengok. sebab nanti en. husband duk jeling2 jek... hehehe

transformed housewife said...

knur tok ambik tahu doh. malah nok baso doh mugo2 ni. hehe. dulu2 pun buke gilor sgt nok tengok walaupun gi jugok rumoh mokcik dulu2 bilo nok tengok. ;p

Eliss said...

aku memang tak minat AF.Dulu layan AF masa musim mawi tu jer sekali, tu pun ms tu duk ngan akak.akak aku layan, so aku terlayan ajer..ter jer ok :P

Nanak said...

wah, sungguh gigih di situ..:)

munira said...

yatie..dasyat gila mung!
huh..ini dah di kira peminat 'sejati' nih!

AyuArjuna BiGoshh said...

ahahaha...rasa sekali masa vote mawi 3 kali...lps tu rasa menyesal apsal la aku vote mawi buang kredit sungguh

NzA said...

aduz!!!dasyat gak jd peminat fanatik nie..kak nza dok minat sgt AF loni...malah nk tgk....

Nurul Izza said...

dasat wei YC neh.hahhaha dulu xtau pon AF tu gapo. balik cuti baru tau..tp key AF2 la plg best. sebaknyo fara tu best giloss sogho dio.kade2 duk sini pon search jugok pasal AF@..nk tgk fara nyanyi lagu janji manismu n tenda biru.

yatie chomeyl said...

murni >> oghe gilo sokmo dr dulu pah lo ni haha

rosemyn >> jame gilo dulu la..lo ni dok doh hik3x

nieda >> hahha kelakar cerita u tu...baby excited nk tgk konsert gak kot..tu yg dia nk keluar cepat2

safinah >> jommmmmmmmmmmm ;)

sya >> hubby yatie jeling gak, tp buat2 x fhm hahaha

yatie chomeyl said...

k.nur >> meme knur x minat sokmo doh jak dulu pong mugo lagu ni hehe

eliss >> heee...x mo ngaku la tu =p

nanak >> gigih tak bertempat namanya eheh

munira >> tu la..ala2 kipas susah mati a.k.a die hard fan ngeee

ayu arjuna >> kui3x..i pun bila pikir balik rasa nyesal hbs duit byk g ngundi hohoho

yatie chomeyl said...

k. nza >> meme fanatik gilo..tamboh2 lo ni norman KRU plop pengetua..koho la fanatik haha

izza >> btul, AF@ meme TERBAIKK

Bibi Intan Suraya said...

teringat balik zaman kita kat USM dulu....bab reserved seat nk tgk AF tu mmg tak tahann! aku ponn cop pkai buku jgk!! hehehe..

tp slps AF3, aku dh x minat lg...

Nani~~{@ said...

jom2 yatie..tgk kat youtube je:)

MyKhalish Journey said...

fuhh mmg dasat penangan AF pd dkau. huhu.... kali ni kasi bb SN skali angkat sepanduk AFUNDI hokey. heheeh

Unknown said...

akak ni mmg kelakarla..sanggup berabih duit lg :)

yatie chomeyl said...

bibi >> hahha tu la pasal, sum apakat kalut letak buku atas kusi ekekeke

nani >> jom2x, dah ada org upload tu hik3x

mykhalish >> baby SN pun heran apa la yg mummy duk beria tgk sgt tu hehehe

huda >> tu muda2 dulu la, skrg dah x hbs duit laa hehe

Farah . 5577 said...

wah wah.. mmg gila AF u ni..
tabik spring laa, sampai camtu skali.. :)hebat hebat..

i tak brp minat AF. xtau kenapa.. heee.. n i jrg menggila tv show sampai camtu skali, kalau i suke pun, tp terlepas, i akan tgk blk kat youtube atau internet blk je.. kt rumah pun, i slalu give in to one n nadhrahs.. tgk rancangan diorg je..

xeea said...

perghhhh.
tak sangka ada peminat fanatik gini.

ape lg u, selambe aa register AF9 nanti. for sure ai AFUNDI YATIECHOMEYL. heeeeeee

Unknown said...

Ada lg x vcd AF2? Saya punya dah hilang... Teringin nak tgk balik.. Best sgt... Kalau ada, nak pinjam boleh? Xpun upload kt mana2... Boleh?

Unknown said...

Ada lagi x vcd AF2? Teringin nak tgk balik... Vcd saya hilang... Kalau ada, mintak cik upload kt mana2 ke, boleh la sharing2... :D

yatie chomeyl said...

Siti Aisyah : xtau kat mana dah...kat youtube ada kot org share yg lama2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...