CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday, 23 September 2010

Nasi Air Kelantan Fukuoka ☺

Untuk menebus rasa bersalah melantak tanpa rasa belas kasihan pada perut sendiri dan jugak rasa bersalah sebab makan dengan banyak kat rumah geng Malaysian yang lain masa 1 & 2 Syawal, maka hubby & I decided to host our Raya open house event on last Saturday (18th Sept 2010). Pening kepala jugak nak fikir around nak masak menu apa untuk jamuan tu. Ada permintaan dari Ana yang mintak I masak nasi kerabu; tapi rasa macam dah banyak kali masak nasi kerabu..nak jugak perkenalkan masakan Qelate yang lain pulak. Kak Yati pulak request I masak laksam, tapi memandangkan I tak berapa reti nak buat laksam sendiri.

Setelah berfikir dan mengambil kira berbagai faktor luaran terutamanya faktor MALAS nak masak menu yang complicated, maka kami berdua sepakat untuk memperkenalkan menu NASI AIR KELANTAN kepada warga Malaysia di Fukuoka. Mula2 rasa ragu2 jugak nak sediakan menu NASI AIR KELANTAN ni sebab mesti orang akan confuse dengan bubur nasi sedangkan NASI AIR KELANTAN ni lain sikit konsepnya dengan bubur nasi.


Bagi orang Qelate, nasi air yang paling femes ialah Nasi Air Mok Su Nab yang kedainya terletak di Berek 12, Kota Bharu. (Peta untuk ke kedai Nasi Air Mok Su Nab: click
here). encem Beza Nasi Air Kelantan dengan bubur nasi ialah nasi tidak di masak terus di dalam kuah. Kuahnya juga tidak sepekat kuah bubur nasi tapi kuahnya cuma dari air rebusan daging. Kat sini I tepek resepi Nasi Air Kelantan untuk siapa2 yang rasa teringin nak makan.




NASI AIR KELANTAN

BAHAN2:-
  • Nasi - dimasak sedikit lembik
  • Daging - 1/2 kilo
  • halia - 5 inch -ditumbuk lumat
  • cili padi (hijau atau merah) - segenggam
  • cuka makan - 3 atau 4 sudu besar
  • garam,gula sesedap rasa
BAHAN TAMBAH
  • ikan bilis - digoreng garing
  • bawang goreng
  • bihun - 1/4 dari plastik. Dibasuh dan sejat. Digoreng dalam minyak
  • air lada (cili) - sila rujuk cara membuat
  • daun sup - dihiris halus-halus
  • limau nipis/limau kasturi - di potong (utk diperah semasa makan)
  • **bahan tambah ini-perlu dihidangkan dalam bekas berasingan. Memudahkan anda untuk menambah apa yang anda suka ketika makan.

CARA2:-

    • Masak Nasi seperti biasa cuma lebihkan air sedikit.
    • Daging tersebut -dipotong besar-besar dan direbus dlm air yang banyak. Setelah masak - Air daging tersebut dipanaskan semula dan ditambah garam dan gula sesedap rasa. Kalau rasa tak cukup utk seisi keluarga (bagi yg suka kuah byk) boleh tambah air lagi.
    • Daging yang direbus tadi - dipotong/disiat kecil-kecil dan digaul dengan halia. Seterusnya digoreng hingga garing.
    • Air lada - Cili padi ditumbuk lumat. Masukkan ke dalam mangkuk kecil-tambah cuka, gula dan garam sesedap rasa.
    • Semua sudah siap. Bolehlah ambik satu senduk-masukkan air daging-masukkan semua bahan tambah-gaul2kan semuanya-MAKAN-kalau tak cukup pedas-tambah air lada :).
    • TIP- bahan yang perlu digoreng ialah - bihun, ikan bilis, daging. Anda perlu menggoreng ikut aturan bihun-ikan bilis-daging. Kalau goreng daging dulu nanti-serdak dari halia tersebut akan bercampur dgn bihun atau ikan bilis.
    • CARA MAKAN- ambik nasi sesenduk-masukkan air daging yang tengah panas tu-kemudian di masukkan segala bahan tambah. Sedap dimakan panas-panas apalagi kalau semakin pedas. Jaminan 100% sedap!


Walaupun agak senang nak sediakan menu Nasi Air Fukuoka ni, yang lecehnya ialah untuk sediakan lauk2 yang mengiringi menu ni. Ayam tu kena rebus dulu kemudian di goreng lalu di siat halus2. Daging pulak kene rebus dulu, potong nipis2 dan lepas tu perap dengan halia dan kicap sebelum di goreng garing2. Ikan bilis dan bihun pun kena goreng masa minyak panas2 macam nak goreng keropok gitu. Alhamdulillah, senyum Nasi Air Fukuoka mendapat sambutan yang menggalakkan. Jadi tercapai lah hasrat murni I untuk memperkenalkan masakan Qelate kat kawan2 malaysia di Fukuoka ni.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnircOnUX8fLRK0buj7ZCgPizmzo65l3Y7Vt9nCI62_6UfRpZRxtLGZFF1dU9mUjKWKZhflEI96zsUGoAHPLkvMQ1FzM0T1LnuWu5TH7zenMlx8-1yr35-87Q4OA9gw6phglU8qBA2V-Il/s1600/DSC_0054.JPG
=- Nasi Air Kelantan di Fukuoka -=

Menu lain yang turut di sediakan pada open house chomeyl kami pada hari itu ialah satay ayam, kuah kacang, chilled blueberry cheesecake, puding trifle, bihun goreng, french fries, dan berbagai jenis kuih raya dan kerepek. Pastu Teez & Shahrul selaku penaja bersama turut menyumbang menu nasi impit, kuah lodeh dan buah-buahan untuk di hidangkan pada tetamu di open house chomeyl kami.


=- bihun goreng chomeyl & french fries chomeyl -=


=- dessert section -=


=- puding trifle dan chilled blueberry cheese cake -=

Proses penyediaan satay ayam di tangani sepenuhnya oleh darling hubby dengan bantuan kipas eletrik eheh. Hubby yang teringin sangat nak makan satay, jadi dia berusaha gigihlah potong daging ayam, cucuk kat lidi dan bakar satay2 tu. I cuma tolong sediakan rempah untuk bahan perap satay tu je.peace


=- the making of satay ayam Fukuoka -=

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhf35oAkEX56LK8QvwxDAATzjzgVoZdbmgjnYkNu0UL6WwmG-hO5rDgT3C6hU05UHOIsLDsZi3vSr4hlzM9EzoYMzrQl8Iz4hsdF4b-blQAUI8LI8tg03nxH1CNXwAgvwkynVyEri-IGmMY/s1600/DSC_0032.JPG
=- di bantu oleh kipas eletrik -=


=- dapat lah 180 cucuk -=

Malam sebelum open house tu kami tidur around kul 1:30 pg sebab duk gigih masak sampaikan baby SN tertidur sorang2 atas sofa pastu tergolek2 jatuh sofa macam Ju-On :takot: dah ekekeke.


=- baby SN tidur gaya Ju-On -=

Tetamu mula memenuhi rumah kecik chomeyl kami dari pukul 12tghari sampailah tetamu yang terakhir pulang kira2 jam 8 malam. Kaum perempuan di tempatkan di bilik bersebelahan dengan dapur i.e bilik tidur kami. Manakala kaum lelaki pulak di tempatkan kat bilik toys baby SN dan segala mak nenek toys baby SN di pindahkan kat living room. Memang agak sempit untuk diorang tapi tu pun kira dah OK jugak sebab hubby dah bukak dan buang pintu bilik tu . Budak2 pulak, datang2 je terus masuk living room dan main :lamagawa: sampai lupa nak makan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhUeu-AJ5nt8YsVtndPgqW9z-OsbiKUIaSnh9JX5yuQxz8fuXrmH76CdZbChOqObohKRk5vd5Ir0uMTaJlXApdDI8oT6JSHmfyF4nY6UDYqTVene5ZYg96EV4io4lMtTCWVB32TGKgmijEf/s1600/DSC_0064.JPG
=- tetamu2 menikmati hidangan -=

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5kDvwouFQzB-ce3W7TQoHKPYGIO1lC8orYK7lniVdhx-TBSr6iouyANd_sgU8eL_WXwjO77ebQuBLBs_upRLvSKKVLzrtRFts9kOMKxBv1O151K4hph89CW69Dyx0aPWDZpwqw8wqzHA9/s1600/DSC_0066.JPG
=- sambil makan sambil borak2 -=


Baby SN pun sampai dah susah hati dan mulalah buat perangai kedekut bila tengok kanak2 lain pakat duk main mainan dia. Padahal sebelum ni, mainan2 tu semua lansung tak di pandang tapi bila ada orang lain pegang mainan dia, terus jadi Haji Bakhil jelir hohoho. Nasib baik jugak baby SN tidur dulu sebelum tetamu datang dan senang jugak tidur masa sebelah petang jadi mommy pun senang layan tetamu.


=- tidur keletihan layan tetamu kot -=

Sebelah pagi je baby SN pakai lengkap baju melayu bersampin berkopiah, sekali masa tengahari tu dia poo poo dan bau masyam melekat kat seluar dan samping. adusLast2, bergaya pakai baju melayu dengan seluar jeans jer lah hik3x.


=- baby SN bergaya macam pendekar Hang Buah eheh -=

All in all, I rasa sangat seronok dapat organize untuk open house di rumah baru kami ni. Rasanya I terpaksa tambah masak sup nasi air dan lauk2 untuk nasi air sebanyak 4x sepanjang open house tu. kenyit Tambahan pulak budak2 memang suka kan makan nasi dengan sup gitu, jadi request untuk Nasi Air tak putus2 sepanjang open house chomeyl kami tu.

Walaupun letih penatsebab sediakan semua juadah sendiri (since tak dapat tempah catering macam kat Malaysia), I puas hati bila tengok tetamu makan bertambah2. Kembang kempis hidung yang dah sedia kembang ni bila diorang puji keenakan rasa Nasi Air Fukuoka, sedap sampai diorang tambah makan banyak kali ehehehe gatai *perasantan betol*.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEid0xwA1eoEYr2HDhQIMPAui482GRs8dtPgU18756Wm3-vC_PCa3MERtGd4wkbuaD4LJ1fBrVlyHODGdbTdEwxUZd8efm8BAeOhz0WD96-9Cd7Jd9TypFDlZL8_uXG9HKc_xjXzsKiqTRBF/s1600/DSC_0068.JPG
=- macam2 expression muka ada -=

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiycZ_5vfp7plfP8LKW5ekSxGFTPHi6rnq3M4-Qg3B1JpYJV2_xzQvS55pRJBDAUm2GDdw3bb_ZzK1URC6pNcjCUqu-D1aA8ZRWK0ULGWHFVqitFJPbHnHWClOvB3-K4IZlXy-91-LW-CuR/s1600/DSC_0065.JPG


Bila tetamu dah beransur pulang, operasi kemas rumah segera di jalankan dan lepas tu kami memulakan sesi fotografi pulak sengihnampakgigi ngeee. Alang2 dan pakai baju raya kan, kami posing la sedas dua sebagai kenang-kenangan organize open house sendiri.


=- SN's family @Fukuoka- 9 Syawal 1431H -=

Harap2 kalau panjang umur murah rezeki, bolehlah buat open house lagi tahun depan kalau beraya kat Fukuoka lagi. Seronok kan bila tengok orang makan masakan kita walaupun kita sendiri tak dapat makan banyak sangat sebab sibuk layan tetamu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgFDvFNOj4sdnIn2r7tqLK2G4xTijA48COkCqWRr6SGJwBFm2hax5XdKYSls0pIgdi7G_rZ2buqeAMB7c4l3Oj0irzsfJ-AWBj1iIV-EQpTBB2zDfuwZ9o0jvVaLtT21tJhc9bdA4iDAQ4-/s1600/DSC_0079.JPG

Psssstttt : Eh, tapi bila dah siap berkemas rumah malam tu; kami pon membedal makan sepuasnya jugak ihikhik ekekekeke.

36 words of wisdom & comments:

Unknown said...

wah macam best je kak nasi air kelate tu :) nyum3..nak try la nnti..

CuppyCakeMommy said...

bestnyaaaa nasi air tu..baby sn pun leh join makan skali kan..
nasib baik u pandai masak..boleh buat jamu2 ni..kalau i?.hehehehtak tahu lah

firahadifa said...

babe , salut gile ngan ko , punya la byk menu ! jeles .. cam na la aku kat tempat org nanti... hua.. ade aku nangis sensorang x reti nk buat open house ! x reti nak masak sedap2 , x reti nak masak dalam quantiti yg byk!

Unknown said...

HOHOHO...nasi air memang my hubby punya feveret....raya aritu pun masa balik kelate..sempat beli 3 bungkus nasi air kat mok su nab tu...hehe

isabelle said...

whoaaa..giler ahhh ada satay kat fukuoka tuuuuuu...
bestnyaaa...

Ummi Shira (AshAnas) said...

shira pun hajat nk wat open house sndiri for the first time ni... tp nk masak sndiri semua menu byk2 cm akak, blom mampu kot... hehe.... cayalah akak boleh masak sume wlupun jauh di perantauan...
selamat hari raya kak yatie!
maaf zahir batin...

Hamizah said...

lamo doh xmake nasik air nih..
nak wat la hr ni biar xdaging pon..

mygoldpen said...

klu kat kemaman, ns air kak zah hok plg femes. tq sbb tepek resipi sini, kat jb xdop :)

MiJa said...

sbg org kelate aku pun xtau nk buat nasi air tu.huhu.tengkiu byk2 la yatie!
ramai tetamu tu.mesti penat giler masak,mcm2 menu lak tu.salute ah kt yatie & hubby!

Aleyn said...

E eh..1st time la dengar ader makanan nama nasi air

transformed housewife said...

baguh pilih menu Nasi Air. Knur sokmo mesti wat jeni2 Mee kalu wat open house. thn ni tok wat sbb malu la nok guno rumoh parents Abe Ariff ni. maso rayo hr tu jela knur masok lakso Penang dgn bihun S'pore.

♥MAMASYAZA♥ said...

tahun ni akak tak buat open house pun, penyakit M menjelma
tunggu jamuan hari raya kat taman perumahan akak ajela
tp mmg puas hati, kalo tetamu yg hadir tu, berpuas hati ngan masakan kita, tak makan pun takpe..tetap rasa kenyang

Oyis said...

chaiyok.. chaiyok... saya sblm kawen ngan hubby, x tahu pon bubur nasi tu lain cara masakannya. sokmo doh masok bubur nasi / nasi air ni cari hok yatie tulis ni la, muga nurun hok umi punya resepi n tgk ore kedai duk buat gak lagu tu jah la. rupanya utk org luar lain dih cara masak bubur nasik dia, patut masa baru nikah, hubby pelik tgk saya masak sup suku, nasik suku :P

anyway, mmg sgt puas hati la bila buat open house masak sendiri nih. hrp2 bila balik msia masih kita bole kekalkan nilai2 murni ni, jgn duk gaduh nak helo2 kompeni katering hehhee(peringatan utk saya nih!)

yatie chomeyl said...

Huda >> mmg sedap, try la

cuppycake mommy >> i pon bantai je masak suka hati..huhuhu

firahadifa >> aku mula2 gitu gak, lm2 dah terbiasa..ok la ;)

yatie chomeyl said...

mama Damia >> sedak kan nasi air mok su nab..yummy3x

isabelle >> sbb teringin nak makan..maka gigih la buat hehe

shira >> klu kat Msia, akka pun mals nak masak sendiri..kat sini dh terpaksa kui3x

yatie chomeyl said...

k.Hamizah >> buat jange x buat ;)

mygoldenpen >> ooo..ore x rajing try lg nasi air kak zah..bilo2 gi kemanam nok try retep lah

mija >> dulu2 muloh ma meme suko buat nasi air, sbb tu dey la belajar sikit2 dgn dio

yatie chomeyl said...

Aleyn >> aa try la makan...maysukk wooo

K.nur >> takpola, nti ado rumoh snediri buleh la buat open house

mam syaza >> tu la, kenyang tgk tetamu makan ;)

oyis >> jolo doh, klu di msi ala ..mulo lah kalut nok cr caterin sbb malas nok masok hahaha

kew_chop said...

marin oghe wat laksa kelate supo tok cukup jah kuah. lain kali nak try resepi nasi air ni pulop la. agak2 buleh import tukang masak dr fukuoka dop.. hihi..

Incredible Design said...

Best ye open house kat umah yatie..Nampak sedap je nasi air kelantan...hehehe

Ina said...

wah terliur tgk foods tu sumer. rugi xdok dekat hihi. sian nya la tgk bb sn smpi dh tergolek ke bwh ye tdo :D

yatie chomeyl said...

murni >> lakso guno udon la eh? ko lakso pong buat sendiri?

lieza >> nti kalau gi kelate, try la eh makan nasi air ni

ina >> tu la pasal, tunggu mommy & daddy siap masak smp tergolek2 dia kui3x

Ummu Ammar said...

Salam yatie..

UA dtg beraya..Slmt Hari Raya..Nasi Air Kelantan ada persamaan la ngan nasi air Terengganu..yang penting mmg sedap..kan?

Nanak said...

wah,mcm sedap la nasi air ni..nak try la nti tp nasi tu kena masak asing la kn?or semua sekali msk dlm periuk?

fasham said...

wah kak yati cam sedap jer...teringin la pulak...^^,

*∽ IZAN ∽* said...

Yeasszzaa.............!!
K.Izan pernah rasa open house member orang kelantan 2 tahun lepas..!! First time gak tuhh..!mula-mula tengok memang rasa pelik sbb tak pernah jumpa tapi makan OK je.. sedap gakk..

hari ni pun dengarnya org yg sama nak buat lagi guna sup tulang..!! harus terjah ni..! ngeeeeeeeee

meriah gak open house kat sana ekkk.. dulu k.izan pun harapkan yg berfamily je la buat open house rayaa ha ha

cikpuanhady said...

waahh..sedak ek nasi air..hihi..tak pernah raso..tp pernahla tgk..

yatie chomeyl said...

UA >> x pernoh try nasi air tganu..samo jugop eh?

nanak >> masak asing2..masa nak makan baru cedok sekali masuk mangkuk

tiha >> try la buat..gerenti sedap ;)

k.izan >> selamat 'menegerjakan' nasi air sup tulang itu hehe

haszuraidah >> keno raso dulu, baru tahu sedak ;)

Mama Hanim said...

alahai best tu.. blk kb raya hari tu x dan nk terjah nasi air maksu nab.. tp dan la make sate Baung P.C...tetap best srupo skalo..

ummuabdullahsyaakir said...

Yatie.. meriahnya Raya kat sana...rajin yatie masak banyak macamtu utk open house.


Nak cuba buatlah Nasi Air tu nanti..hehe

@e_da said...

rajin yatie masak... seronok kan dpt kumpul ramai2 camtu.. kurang sket rindu kat kg

yatie chomeyl said...

mama hanim >> ore x rajing gi make lg satay Baung...semula2 kelik kb nok gi make retep la

ummu AS >> try la, gerenti puas hati ;)

@eda >> tu la,bila dah meriah camni..lansung x rasa sedih dah hehe

Hanz Jamaludin said...

pakat leleh air liur tengoh juadah air tangan yatie ni..aritu kalu yatie buat nasi air kan best...

Unknown said...

yatie,
kakyong pun meleleh gak air liur tgk menu.. gigih sungguh... bila di tempat org, selalunya akan lebih berdikari & bersemangat waja....

yatie chomeyl said...

Hanz >> kat Msia sah2 la I mals masak..tu pasal katering je kui3x. kat sini sbb xleh order catering, tu yg tpaksa merajinkan diri memasak tu huhuhu

k.yong >> btol3x, masa kat msia jgn harap la nak buat sendiri semua ni ngeeee

ida said...

sedapnya nasi air, nk try buat jg la esok nih, rase lapo lak tengok, terliur teringat masa kawan kat u bdk kelantan msk nasi air ni

lyssa2u said...

as salam mek, sedap nyaaaaa....apalagi dibulan Ramadhan ni...

mintak izin ambil resepi deh.....

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...