CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday, 9 December 2010

Cerita Hantu dari pengalaman peribadi Yatie Chomeyl

Malam ni malam Jumaat kan? Selalu nya kalau malam jumaat je, mesti orang kaitkan dengan cerita2 seram ataupun aktviti sunat untuk suami isteri :p

I sendiri pun pernah mengalami beberapa kejadian seram ala2 misteri nusantara. Tiap2 kali bila putus bekalan elektrik kat rumah a.k.a blackout je, adik2 akan letak duduk keliling I dan paksa2 I ulang balik cerita2 seram yang pernah I alami tu. Sengal tau sorang2, pastu takut nak gi toilet..siap bawak lilin dengan torchlight, lepas tu suruh kakak yang chomeyl ni tunggu kat luar pintu sambil jerit banyak2 kali nama kakak yang chomeyl untuk check samada kakak yang chomeyl betul2 tunggu ke tak kat depan pintu toilet..ngeeee.

Kebanyakan kejadian yang I alami ni sewaktu I stay kat hostel la. Tapi pernah jugak lah ada 2-3 kejadian menyeramkan yang berlaku kat rumah jugak. Are you ready? Kalau dah sedia, ambik selimut, selubungkan kepala u all..so that kalau rasa takut masa baca cerita I ni, leh cepat2 guna selimut tu untuk tutup mata, okeh?.



Kisah Seram 1: Tengok Budak Baru

Masa I form 3, I nakal sikit dan asyik nak main arcade game jer kat Utama Complex, BM, Penang (sekarang dah bankrupt). So, my mum decided nak hantar I kat asrama so that I terpaksa ikut peraturan ketat kat asrama as well as I will study hard for my PMR.

So, I pun di hantar oleh my mum kat asrama sekolah I masa tu iaitu sebuah sekolah yang femes kat Bukit Mertajam tahun 1997. Asrama 2 tingkat ni merupakan antara bangunan tertua kat sekolah I ni.


Malam pertama di asrama, cikgu kaunseling siap tidur kat asrama sama2. I ingatkan sebab I ni anak cikgu kan, so siap dapat layanan istimewa sampaikan cikgu kaunseling pun temankan kami. I siap bawak my tedy bear yang sgt besar untuk buat teman tidur tapi cikgu nasihatkan suruh simpan dulu teddy bear I kat dalam almari, so I ikut je lah cakap cikgu tu.

Bila dah habis waktu prep, I masuk bilik. Cikgu kaunseling I suruh baca surah Al-Mulk sebelum tidur. Masa tu dah around midnight, so I baca lah kat atas katil tempat I nak tidur. Kat katil bawah pulak, seorang kawan I (kita bagi nama nama dia LIMAH la ye) tengah tidur dah.

Tiba2 masa I tengah baca tu, si Limah ni menjerit2 marah I. Rasa hairan lah jugak I kan, nape pulak si Limah ni nak marah2 I. Cikgu kaunseling terus datang dalam bilik bila dengar Limah marah2 I. Ingatkan dia nak marah Limah balik, but instead cikgu kaunseling I suruh I cepat2 turun dari katil dan keluar dari bilik tu.
I pun ikut cakap cikgu. Then cikgu suruh ketua aspuri pergi panggil Ustaz dan beberapa orang pelajar aspura cepat2.

I blur2 lagi, so tanya kat kawan2.."apsal ni weh?'. Tapi takde sorang pun layan soalan I, semua orang cepat2 pakai tudung, ambil wudhuk dan pegang yassin.
Tiba2 si Limah ni semakin kuat menjerit2 bila ustaz sampai kat asrama.

Terus ustaz suruh budak2 lelaki angkat dia letak kat ruang depan. Walaupun 5 orang budak lelaki pegang dia, selamba je si Limah ni tendang terajang diorang dan dia dapat lepaskan diri dari pegangan diorang..sampailah 8 orang budak lelaik pegang, baru lah Limah tak dapat lepaskan diri.

Sambil Limah meronta2, ustaz sempat pegang ibu jari kaki dia dan baca something.
Suara Limah terus bertukar jadi garau. Lepas dengar dialog perbualan Ustza dengan Limah baru lah I faham perkara sebenar yang terjadi *blur gila, lambat betul nak faham*

Ustaz:
Kenapa datang sini kacau budak2 nak belajar?

Limah:
Aku bukan kacau, aku datang nak kawan

Ustaz:
Siapa Tuhan kau?

Limah
: Allah tuhan aku

Ustaz: Siapa nabi kau?
Limah: Diam lah...sakit lah..lepas lahhhh *berkali2 ustaz tanya soalan ni, Limah tetap tak jawab*
Ustaz:
pergi balik tempat kau, jangan kacau budak2 ni nak belajar

Limah: aku bukan nak kacau, aku cuma nak tengok orang baru je *sambil ekor mata dia memandang tepat ke mata I*

Okeh, sekarang cuba korang bayangkan apa perasaan I masa tu? I tengah berdiri masa tu, terus rasa lembik kaki dan jatuh terduduk tepi pintu. Kawan2 I peluk dan tenangkan I.

Akhirnya 'syaitan' yang masuk dalam badan Limah tu dapat di keluarkan oleh Ustaz, dan parents Limah datang pukul 2 pagi untuk bawak Limah balik.
Sudahnya, sampai ke pagi I tak dapat tidur sebab teringat2 lagi dengan jawapan Limah tadi dan jugak ekor mata di ayang merenung I.

Malam tu I tidur sambil peluk cikgu kaunseling I tu. Sambil tidur, I cuba baca ayat kursi tapi bila sampai ke ayat ke2 je, I lupa dan kena minta bantuan cikgu untuk bantu I baca sampai habis. Lepas solat subuh, barulah I berjaya melelapkan mata dan pagi tu, kami semua budak2 asrama lewat ke sekolah termausklah cikgu kaunseling tu sekali..huhuhuhuhu.


2 minggu lepas tu, parents Limah dah keluarkan Limah dari asrama. Menurut kata cikgu, dah banyak kali gangguan tu berjaya masuk dalam badan Limah sebab dia lemah semangat dan juga agak lemah dari segi kesihatan. Kiranya, malam pertama I di asrama tu juga merupakan malam terakhir Limah di asrama itu.





Kisah Seram 2: Anjing meyalak tepi telinga


Kisah ini berlaku kat asrama yang sama jugak. Masa tu I tengah tidur tapi tiba2 I terjaga tengah malam sebab rasa sejuk. So I bangun untuk tarik semula selimut dari kaki. Bila I baring nak sambung tidur, I dengar suara anjing menyalak kat luar bangunan asrama. I angaap tu perkara biasa je sebab kawasan sekolah tu memang dekat dengan perumahan orang cina dan india.


Dalam cubaan I nak kembali melelapkan mata, bunyi salakan anjing tu semakin kuat dan semakin dekat. I tidur baring mengiring ke kanan, tapi tiba2 badan I menggeletar ketakutan sebab I boleh dengar dengan jelas bunyi salakan anjing tu betul2 kat tepi telinga I.

Anjing tu menyalak dengan lolongan yang sayu dan panjang, memang sebijik bunyi macam dalam cerita hantu kat TV tu.
I cuba tak nak fikir bukan2, dan selimut selubung sampai ke atas kepala tapi bunyi salakan tu semakin kuat betul2 melolong kat tepi telinga I. Nak bergerak tapi sebab badan dah menggeletar sangat, I pejam mata rapat2- pegang selimut kuat2 dan selubungkan muka sambil mulut terkumat kamit baca ayat kursi. Lepas 10 minit gitu, bunyi tu tiba2 berhenti tapi sumpah, I rasa 10 minit tu macam sejam lamanya *I tahu 10 minit sebab I nampak jam loceng kat tepi kepala I*.

Kalau korang nak dalami perasan I, cuba pakai headphone malam ni masa tidur dan pasang bunyi lolongan anjing betul2 kat telinga korang. Nanti korang sure faham apa perasan I malam tu. I takut tu bukan apa, sebab I teringat orang cakap yang anjing ni boleh nampak hantu, sebab tu I duk fikir entah2 anjing tu nampak hantu sebab tu lah dia menyalak gitu. Tapi yang misterinya, macamana bunyi lolongan anjing tu boleh kedengaran betul2 kat tepi telinga I...uhuhuhuhu.


Kisah Seram 3: Sambung nyanyi "Tanya Sama Pokok"


Kisah ni pun berlaku di asrama sekolah I kat BM tu. Masa tu my friend and I seramai 5 orang tengah study kat bilik iron baju. Bilik tidur kitorang pulak kat tingkat atas. Tengah2 study tu kitorang rasa ngantuk pulak, so one of my friend start nyanyi lagu "Tanya Sama Pokok".


So kitorang pun sambung je lirik lagu tu sebaris demi sebaris sorang2.

Kawan 1 : Tanya sama pokok....

Kawan 2: Apa sebab goyang...

Kawan 3: Nanti jawab pokok...

kawan 4: Angin yang goncang...

I : Tanya sama angin..

Ramai2: Apa sebab goyang? Nanti jawab angin ....


Lepas tu kitorang diam sebab semua pun tak ingat sambungan lirik tu. So, sambung la study lagi, masing2 kusyuk menelaah dan suasana senyap sunyi je. Tiba2 terdengar suara sayup2 nyanyi semula rangkap lagu tadi.

Kitorang semua angkat kepala dan tengok ke bibir masing2, tak de seorang pun dari kami yang tengah bukak mulut dan menyanyi tapi kitorang ber5 dapat dengar dengan jelas suara sayup2 dari arah luar pintu bilik tengah menyanyikan lagu tu.


Suara sayup2: Nanti jawab angin..aku yang goncang.....

Tunggu apa lagi, sambil tengok satu sama lain, kami semua cepat2 capai buku masing2 dan berdesup lari naik ke bilik tidur. Tapi kan...laaaa..ada tapi pulak. Tapiiiiii, pintu kat tingkat bawah kena di kunci dulu dan kebetulan malam tu giliran I untuk temankan ketua aspuri kunci pintu tu. Shit!.


Dengan terketar2, kitorang berdua turun jugak ke tingkat bawah dan cepat2 kunci pintu, masa tu siap terfikir bajet2 kalau kunci pintu, hantu yang nyanyi tu takleh naik tingkat atas lah hehehe, sengal derr. Nasib baik masa kami turun kunci pintu tu, suara menyanyi tu dah tak kedengaran,pheww...lega.



=- ceeeewah, bajet berani tu, selamba badak je pegang tangan "hantu" -=


Kisah Seram 4: Bertinggung di tepi baldi


Masa pertengahan Form 4, I dah pindah sekolah kat Kelantan pulak. I kalau boleh memang tak nak duk asrama lagi dah, tapi sebab rumah I kat Tumpat dan sekolah pulak kat KB (about 20km); terpaksa lah stay kat asrama jugak.


Biasalah kat asrama kan, lepas pukul 12 je light off. Ada satu malam tu, I takleh tidur so I baca buku sejarah *nak bagi mengantuk* dengan bantuan lampu dari koridor tepi bilik sambil baring2 kat atas katil. I tidur kat katil tingkat atas dan katil I dekat dengan pintu dorm. Kat tepi pintu dorm, kami susun baldi2 berisi toiletries.

Baru baca 2-3 pages, I dah terlelap tapi tiba2 I terjaga tengah2 malam tapi I tak tahu pukul berapa sebab tak tengok jam.
I terjaga sebab ada bunyi bising kat bahagian baldi2 dekat dengan pintu bilik kitorang tu. I ternampak lah ada seorang perempuan tengah duduk bertinggung dekat baldi2 tu dan kedudukan dia membelakangi I.

Nampak dia berkemban dan rambut panjang paras ketiak. I assume tu salah seorang kakak dorm I la, heran jugak buat apa lah dia nak gi mandi tengah2 malam kan..tapi I tak tanya apa2 lah. Just tengok dia dan kemudian sambung tidur.


Bila bangun subuh esoknya, budak2 kat dalam dorm bising2 cakap semua buku2 kat rak buku bersepah2 dan berterabur jatuh atas lantai. Semua pakat tanya, angkara siapa lah sebab sebelum light off malam tadi, elok je semua buku bersusun kat rak buku.

I pun tiba2 teringat yang I nampak perempuan berkemban kat tepi baldi, so I tanya lah kakak dorm I tu kenapa dia mandi tengah2 malam tadi.
Alih2 kakak tu jawab, dia tak balik dorm malam tadi..dia tertidur kat bilik study. Pagi ni baru dia balik dorm. Pulakkkk..terus meremang bulu roma. Habis tu, perempuan mana yang I nampak duk bertinggung tepi baldi tu?.

Tak de sorang pun budak dalam dorm tu mengaku yang diorang duk tepi baldi lepas light off malam tu...aiseh, agak2nya siapa lah yang I nampak tu ye?
Nasib baik gak I tak tegur or tanya apa2 kat 'perempuan tepi baldi' tu.

Cuba korang bayangkan, if I gatal mulut nak tegur or tanya dia anything, dan dia menoleh untuk jawab soalan I....mampussss terkencing atas tilam kalau I ternampak muka dia yang mungkin mengerikan hohohoho tak sanggup nak bayangkan kemungkinan itu.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjoiyh-gfyIiDKiuFnOgs4r9HWDlYoLE4YPf99ejfa61FILUBSS29UiF2k-mxEJmc9Om3-tXW2zJY3V4hft9jAJL-4EQGt5Di4Xl-z3vi1mqDS5KwDDBxneFXz5UNEyrembTcKslySCp3fc/s1600/poster881bf666ef730c75ff7c73fdfe1fe968ff91cdad.jpg
=- filem "Jangan Pandang Tepi" lakonan Bruce Berus Willis dan Nicholas Cage Sangkar ~ pecah panggung! :p -=


Haaaa...amacam? Itu sebahagian dari kisah2 seram yang pernah I lalui di asrama sekolah I dulu2. Sebenarnya ada lagi 2-3 kejadian seram yang pernah I alami, tapi I pulak rasa seram bila kepala otak ni duk teringat balik kejadian2 seram yang pernah I alami tu. Huhuhuhu, nampaknya kena stop dulu kat sini dan nanti bila ada keberanian dan semangat pulak, I akan sambung lagi kisah2 seram yang pernah I alami.



Owh, by the way nak beritahu jugak untuk orang2 kat Malaysia yang hari ni dah start tayangan untuk filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid. Filem ni ialah sequel kepada filem Zombi Kampung Pisang. Dalam filem ni, Awie jadi hero dan Ummi Nazeera ex-gf Remy Ishak tu jadi heroin nya. Kalau I kat Malaysia, kompom dah I gi tengok citer ni tapi tu lah, kadang2 tak semua orang leh faham lawak Mamat Khalid ni. Lawak dia jenis kena fikir sikit, maksud tersirat pada lawak2 nya itu...apa pun, if takde plan weekend ni, bolehlah kot gi tengok filem Hantu Kak Limah Balik Rumah di panggung2 berdekatan anda!.
*ceewah, promosi percuma gitu untuk Abg Mamat Khalid*.




Psssssttt : Korang pulak camne?. mesti yang pernah duk hostel ada alami kejadian2 seram macam I jugak kan?.

P/s: gambar2 kat atas tu semua ialah dari koleksi peribadi I, terjumpa "hantu2" scarecrow ini sewaktu dalam perjalanan balik dari trip
Autumn Colors from Kokonoe Yume Ootsuribashi hari tu. Macam ni bukan crow je takut, orang pun takut weh, dah la masa kami nampak "hantu2" scarecrow ni ialah pada waktu remang senja..kata orang ,masa syaiton tengah galak bermaharajalela uhuhuhuhu.


20 words of wisdom & comments:

Unknown said...

bab kene rasuk tu mmg slalu la dulu kat hostel huda..tp part jmpe2 ni huda x penah lg..adeh..mesti pengsan nye la..

AA said...

Alhamdulillah so far Allah x uji tiqah lg dgn pengalaman ngeri dan seram mcm tu..dok asrama 5thn then pernah bermlm sorg2 kat hostel UITM Shah Alam mse cti raya haji...bilik yg duk 4 org tggl tiqah sorg dan corridor mmg sunyi sepi gilerr...lgsg x de kejadian yg menyeramkan..Alhamdulillah syukur..

mintak dijauhkan le..sbb tiqah ni bukannye berani sgt..penakut skt2 tu de la..

isabelle said...

dlm byk2 citer tu, i rasa yg real sppoky adalah yg sambung lagu tanya sama pokok tu.
giler siot...
mlm ni kalo i try nyanyi, agak2... ada x yg tlg sambungkan?

Eray Majid said...

yatie..serious sangat menyeramkan
huh siap try bayangkan lagi
huhu serammmm

Ummi Hanie said...

owh kak yatie...sy sgt sukeee baca cerita2 seram tp siang2 hari ajelahhh....kalau tgk DVD pun time hasben tak g outstation...hahahha...

hurm byk jugak pngalaman akk ye?tht means u r speacial jugak la tau dpt tengok/dengar benda2 halus ni...as for me,tak pernah lg dan mmg tak mau lah ! sape nk jumpe antu kan...;)

hoho xsabar nk baca kisah2 seram akk yatie yg lain pule...;p

nieda said...

scary citer kena rasuk tu. Ayat terakhir tu kena kt diri u, mmg patut u tak boleh tido mlm tu. kalau i...entahla..

naik bulu roma baca citer u. i duk asrama dulu pun adalah sekali kena. huhu sudahnya sampai pg x blh tido

Eliss said...

meremang jugak bulu ketiak aku ni membaca entry ko ni yati ..huhuhu..aku tak pernah jumpa hantu dan tak pernah nak jumpa hantu tapi hubby plak jenis mistik sket, selalu nampak menda2 mcm tu :p

katanya mat khalid nak sindir hospital swasta tu pasal kak limah larik dari hospital sebab tak mampu byar bil..wallahualam..

syayassir said...

meremang bulu roma tu baca cerita2 ni... sambung lagi, sambung lagi... hehehe

Nadiah Sidek said...

kite takde pengalaman gitu sbb tak pernah masuk asrama tapi biasa la dengar citer2 gini dpd kwn2 yg sekolah asrama

ziha said...

kisah 2 kak yati tu..sama macam kite..kite pon pernah alami macam tu masa kat asrama dl.mmg betul2 dgar suara anjing dekat tepi telinga n bdn rs mcm kna tindh.

n for kisah seram y ke3 tu mmg seram laa..hoho klu kte laa.tanak g kunci pintu dah takot sgt.hehe

cik osh said...

uihhh!! dah la ore dok sore2 dale bilik nih!! male jumaat lok tu!! woghihhhhhh!!!!!!! uwaaaaaaaaaa!!!

Zaila Mohamad said...

alahai yatie, aku xleh baca sampai habis sebab takut xleh tidur malam ni..hehehehe

transformed housewife said...

Knur tok ghajin dengar pulok cerito hok sambung nyanyi "Tanya sama pokok" tu.

Alimaz-Kembara Terasing said...

biasa jugak nampak pak guard jalan tepi koridor sebelah belakang asrama tingkat tiga..... confius dia jejak atas apa.....

Unknown said...

kakyong x penah alami kes seram ni, walaupun dok asrama & masa kat kampus penah dok bilik single.

;)

yatie chomeyl said...

huda >> kat hostel selalu ada kes rasuk2 ni kan

atiqah >> nasib baik xpernha jumpa...seram wooo

isabelle >> u try la nyanyi, then let me know kalau ada yg sambung ngeeee

yatie chomeyl said...

eray >> jangan bayangkan..nanti jenuh sede kena temankan je nak gi mana2 eheh

ummi hanie >> nanti akak smbung lagi ....tungggguuuuu

nieda >> itu la pasal, siap tgk kat i pulak tu..siot punya hantu

yatie chomeyl said...

eliss >> ko dh gi tgk eh cote kak liah tu? best x?

sya >> sabar ye..kasi saspen sikit hehe

nadiah >> aa biasanya budak2 dok asrama la ada pengalaman macam2 ni

yatie chomeyl said...

ziha >> seram kan masa bunyi anjing tepi telinga tu huhuhu

woghih >> meme ore sengajo tulis male jumaat hahahaha

zaila >> aa...jd baco x habis la ni? rugi3x ekekeke

yatie chomeyl said...

K.nur >> budok2 ni plg tkut klu t cito pasal kisah ni la

alimaz >> woooh, nsb baikx tgeu rpak guard tu kan

k.yong >> nasib baik k.yong..yatie la nasib x berapa baik hohoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...