CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday, 6 October 2011

Artis kencing berdiri, peminat pulak macamana?

 http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Malam tadi masa tengah berlegar-legar baca news feed di wall FB, mata ini di kejutkan dengan perkongsian artikel dari sebuah akhbar arus perdana bertarikh 5 Oktober 2011 (Rabu). Terjojol bijik mata bila ternampak artikel di ruangan Zass Cer Citer yang memuatkan persoalan " hudud wajar atau tidak?" di tanyakan kepada artis-artis Malaysia.


Untuk yang tak tengok lagi artikel tu, sila tengok gambar kat bawah ini.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSsB1JX1-MgFlqM-nsx98s3o7neQCgfLseAvQ3NJPNBYMGYPfQRPX4-kh9MXdpssRoFCKKYxZOeM6zIh5NstnemRml4ZjCQyyt84xktZ0OATBju8SlSyYFZBVHawWioM302v1GoTwUquY/s1600/Hasil+Tarbiah+UMNO.jpg
Kalau tak berapa nampak kenyataan artis-artis tersebut, kat bawah ini ada saya taip kan.
1) “Rasanya ramai terkejut mendengar berita ini,jika ia benar-benar dijalankan di Negara kita satu masa nanti. Hukum Hudud memanglah sudah termaktub dalam undang-undang Islam, tetapi susah juga kalau kita nak ikut. Banyak perkara perlu diambil kira kalau hukum Hudud dilaksanakan nanti, macam manapun kita tak boleh haling sekiranya ia berlaku”~ Ayu Raudah.

2) “Memanglah zaman dulu orang Islam mengamalkan hukum Hudud kepada mereka yang membuat kesalahan, contohnya bagi mereka yang berzina hukuman sula akan dikenakan. Tapi rasanya sekarang ia tak sesuai, Malah kita wajar memberi peluang kepada pesalah untuk berubah. Kalau hukum hudud dijalankan, Pesalah terbabit terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak sempurna seperti tiada tangan, kaki dan sebagainya. Bagaimanapun semua ini tidak menjamin mereka akan insaf sepenuhnya.” ~ Enot

3) “Kalau nak melaksanakan hukum Hudud banyak perkara perlu diberi pertimbangan dan penilaian. Kita kena lihat keberkesanan hukum ini dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia, mungkin di Negara Arab ia sesuai dijalankan kerana mereka sudah biasa mengamalkannya sejak dahulu lagi. Tetapi jika kita baru hendak melaksanakannya di sini, pasti ramai tak dapat terima. Bagaimanapun hukum hudud ditetapkan dalam Islam dan perbezaan zaman banyak meninggalkan impak terhadap hukuman ini” ~ Heliza AF.

4) “Bagi saya, bila isu ini mula diperkatakan, rasanya ramai tidak setuju untuk melaksanakan hukum Hudud sekarang. Memang tidak dinafikan hukum Hudud sudah tertulis dalam agama kita tetapi tidak wajar dilaksanakan terus. Mungkin ia boleh dicuba terlebih dahulu oleh pihak berkenaan, contohnya mereka boleh laksanakan disesebuah negeri dahulu. Jika dilihat baik dan memberi banyak menafaat barulah diteruskan, tetapi jika sebaliknya pihak berkenaan perlu menghentikan hukum tersebut. Lagipun banyak penganut agama lain yang menetap disini, rasanya hukuman sebegini tidak boleh dilaksanakan kepada mereka lagipun kita sama-sama hamba, Allah S.W.T. yang berikan kita peluang untuk berubah” ~ Aziz Sattar
5) "Bila bercakap tentang pelaksanaan hukum hudud ini sebenarnya tidak ada salah dari segi undang-undang Islam, lagipun ia memang di amalkan masyarakat Islam yang masih berpegang teguh kepada hukum tersebut. Cuma pelaksanaan di sini tetap ada kesan positif dan negatifnya, maksudnya kepada mereka yang melakukan kesalahan berat seperti meminum arak, bolehlah disebat dan sebagainya mengikut syariat Islam supaya mereka sedar tentang kesalahan yang di lakukan. Bagaimanapun ia hanya sesuai dijalankan kepada umat Islam sahaja, bukan kepada penganut lain" ~ Alif Satar
6)  "Hukum hudud sebenarnya bukanlah tidak sesuai di laksanakan pada masa kini, lebih-lebih lagi undang-undang sedia ada pun sudah cukup rasanya, tetapi ia amat baik dikenakan kepada penjenayah tegar seperti perompak, perogol, peragut dan lain-lain. Dengan cara ini mungkin ia boleh memberi kesedaran dan pengajaran, bukan sahaja kepada mereka yang melakukan kesalahan sebaliknya juga kepada orang lain. Jadi, bagi saya tidak salah ia di jalankan tetapi biarlah kena pada masa dan tempatnya" ~ Cat Farish.

Saya tak nak lah bagi komen lebih-lebih pasal jawapan artis2 tu sebab saya pun bukannya arif sangat, korang nilailah sendiri samada jawapan artis2 ini boleh di guna pakai atau tidak. Cuma saya rasa menjadi tanggungjawab saya untuk buat pembetulan ke atas jawapan yang di beri oleh Enot : Hukuman bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati BUKANNYA di SULA. 
 
Apa yang saya nak tekankan di sini ialah sifat kurang pandai wartawan dan editor akhbar tersebut yang menanyakan soalan yang tak sepatutnya kepada orang yang tak sepatutnya. Ibaratnya  nak beli nasi lemak, tapi pergi cari kat bengkel kereta. 
 
Yang merisaukan bila tersiarnya artikel sebegini ialah kerana artis di kenali sebagai idola terutama nya di kalangan anak remaja. Kalau kalangan bijak pandai, saya tak risau sangat sebab kita tahu yang artis macamana yang patut di jadikan idola. Cuba bayangkan apa akan jadi dengan generasi akan datang, bilamana pendapat artis lebih di pandang tingi berbanding pendapat alim ulamak dan orang bijak pandai?. Generasi baru kita nampaknya akan semakin 'sakit'!.
 
Menyedari kekhilafan diri ini yang tak berapa cukup ilmu,  saya buat bacaan lanjut tentang hukum hudud yang boleh di baca di mykhilafah, pmram, dan tayibah. Selain itu, saya rasa lebih afdhal kiranya merujuk persoalan ini kepada orang yang lebih arif contohnya macam video jawapan dari Ustaz Azhar Idrus ini.

 
Saya tidak berniat mengupas isu ini dari segi politik seperti yang kecoh di perkatakan sekarang. Penulisan dalam entry ini ialah sekadar perkongsian pandangan peribadi dari seorang yang cetek ilmu agama dan masih banyak yang perlu di pelajari macam diri ini.  
Cuma sebagai orang Islam, kita wajib ingat bahawa hukum Allah yang wajib diterapkan itu bukanlah hudud semata-mata dan kita wajib meyakini bahawa hukum Allah, apa sekalipun ia, baik kecil mahupun besar, baik ibadat mahupun akhlak, baik hudud mahupun muamalat, kesemuanya adalah sesuai diterapkan pada setiap masa, tempat dan suasana, dari mula Islam diturunkan hinggalah ke hari manusia dibangkitkan. 
Lagi pula, saya melihat pelaksnaan itu lebih kepada "mencegah lebih baik dari mengubati". Kita sedia maklum kan gejala sosial dan jenayah sekarang ini agak tak terkawal di Malaysia. Insya Allah dengan pelaksanaan hukum hudud, orang-orang akan merasa takut untuk berbuat jenayah atau berzina kerana takut dengan hukum Allah yang di laksanakan di muka bumi. 
 
Saya juga bersetuju dengan pendapat yang di buat oleh Nik Mohammad Abduh ~ "Mengapa kita, daripada asyik melihatnya sebagai sebuah kongkongan, tidak melihat hukum hudud itu sebagai sebuah kemerdekaan kurniaan Allah untuk kehidupan manusia?. Hudud memerdekakan kita daripada penjara ketakutan terhadap kejahatan. Tanpa hudud, kehidupan akan menyerah kalah kepada ancaman kejahatan". 
Harapan yang terbuku jauh di lubuk hati ini ialah semoga dengan pelaksanaan hukum hudud, kita tidak perlu lagi mendengar kisah-kisah menyayat hati seperti bayi perempuan di buang dalam sebuah beg mesra alam (berita penuh: hmtero) mahupun bayi perempuan yang masih bertali pusat di campak dari tingkat dua sebuah flat (berita penuh: hmetro).


SIASAT...anggota Unit K9 memeriksa beg yang ditemui bayi di dalamnya. KEJAM ...anggota polis mengangkat mayat bayi yang dicampak dari tingkat dua  flat.
+- gambar kiri : anggota Unit K9 memeriksa beg yang ditemui bayi di dalamnya. Sumber: hmtero-+
+- gambar kanan : anggota polis mengangkat mayat bayi yang dicampak dari tingkat dua flat. Sumber: hmetro-_


Firman Allah, “Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal (hukum) siapakah yang lebih daripada hukum Allah, bagi orang-orang yang yakin [TMQ al-Maidah (5):50]. - source: sini


Psssssttt : Kalau  PPSMI tetap di laksanakan *walaupun ramai yang membantah* kerana nak tengok hasilnya ke atas pelajar kita, kenapa hukum hudud tak di boleh di laksanakan bagi melihat hasilnya kepada masyarakat?. *sekadar persoalan yang berlegar di dalam fikiran ini, sambil merenung skrin iPhone4 yang kelabu mungkin kerana berduka di atas pemergian Steve Job*


~ Thanks for reading this (^-*) ~

 

20 words of wisdom & comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ituew la if tataw hukum baik diam dari ternampak kebodohan diri sendiri...bagik ai x salah...laksana jer sbb mcm2 masalah sosial kat mesia la ni...sebab hukum Allah ituew adalah adil.

Soo Hae Daa said...

sy setuju je kak..tgk jenayah kat mesia skg dhla...lau laksana hukum hudud,org xbrani nk buat dh..btoi tak...sy tgk kat neg arab ni, sbb laksanakan hukum hudud la, kedai2 emas dorg mana de pak guard pegang pistol dpn pntu...sape brani nk mrompak kt sini...?Allah tau pe baik bagi segala ciptaanNya ini...takyah nk menidakkan pe yg tertulis...*emo lak..hehehe...sekadar pendapat peribadi..* =)

Eray Majid said...

semakin sedih dengan orang melayu sekarang..ramai yg nak jadi melayu moden, nak jadikan islam liberal.... ramai melayu nak tegakkan islam...walhal tiada ilmu...

pd eray xde kesalahan hukum hudud nak dijalankan di malaysia...cuma paham-paham sajalah iklim politik di malaysia nie...negara yang berstatus negara ISLAM (sedih....)

Sidratul Muntaha said...

kesimpulan..
klu tolak hukum Allah,jgn menganut agamanya.
btw,hudud hanya untuk orang islam bukan untuk non muslim.
ni ler jdinya bile waratwan buat study.
ala,ape nak kesah.
surat yg akhirnya layak jdi pembungkus nasi lemak shj.
buakn sebagai rujukan ilmu dan info semasa.
lagi satu,artis.
huhuh...
ko phnm2 la sendiri.
selagi mana boleh buat cari makan,selagi tu la jdi mcm sekular.
nauzubillah...
yang membaca boleh rosak akidah.

Ida,Japan said...

rajin betul tiey cari info..mcm2 ada

aNgAh_aLiFaH said...

patutnya parti Islam tu wujudkan betul2 hukum hudud.. tapi kalau dah bersekongkong dengan org kafir camne nak wujudkan hukum Allah? dgn Melayu Islam dibuat musuh. dah tu camne?

angah setuju kalau pas ngn umno bergabung, wujudkan hukum hudud. dok dgn dap, smpi bila pun xkan wujud hukum hudud ni.

pasal artis tu, xreti nak komen. dorg sendiri pun tak tutup aurat, mmg la tak setuju dengan hukum Allah. dari situ dah nmpk jelas.

angah sebagai org biasa yg tidak ada kuasa memerintah, dan suara ni takkan didengari, hanya mampu berdoa semoga dilindungi dr Allah.. marilah kita sama2 menjaga iman kita, ibadah kita, menutup aurat dr ujung rambut hingga ke telapak kaki.

cam dalam iklan tu, STOKIN PAKAI...!!

peace~~

e.l.i.z.@ said...

ni la dio artis..kecek ikut sedap.mugo demo hop x ikut suruhan Allah doh, meme la demo xse hukum hudud..tahu sgt DOSA pahala, tp gak menten lagu tu jah..lebih baik xyoh jwb sbb koho jwb, koho napok bodo..samo jgk nge hop jo nanyo tu (reporter), g tanyo ko ore jahil doh, meme la jwpn pun jahil..adeiiiiiiiii

*∽ IZAN ∽* said...

paling setuju statement 'nak beli nasi lemak kenapa beli kat bengkel keta'.
kot ye pun nak laris kan akhbar.. patut2 leee... isk isk isk

transformed housewife said...

ermm jahil2. kalu tok sey ikut, meme baik tok soh ngaku islam.

ddiini said...

tgelak baca statement sula tue... tpengaruh sgt dgn adegan cerita melayu lama sampaikan xtau beza rejam n sula.. hukum Allah xde kesan negatif n sesuai sepanjang zaman, kesian diorg nie xtahu n xnak blaja utk tahu

cikmerpatiputeh said...

i agree with u kak yatie. Allah jadikan sesuatu bukan untuk membebankan umatNya. tapi manusia sekarang ni ramai yang x perasan tentang hal ni. mungkin sistem pendidikan di negara ini yang cenderung ke arah duniawi menyebabkan seolah-olah hal2 berkaitan agama ini dipinggirkan.lagipun, kalau betul lah kita ni manusia yang patuh dgn peraturan, kita tak perlu takut pn kalau hudud ni betul2 dijalankan. ye x?

pang5 said...

Sorry yatie aku nak tinggalkan perkataan yg kurang sedap didengar di sini...

Banganggggg nyer artis ngan wartawan!!!!!

Nadiah Sidek said...

tak tahu la nak kata. wartawan pun satu...gi tanya orang yang tak sepatutnya

mygoldpen said...

Sedihla bc kebykan jawapan2 artis tu...n mmg xpaham ape rasional wartawan tnye golongam artis psl isu tu..

Ambe sebenornye xbape tau/paham sgt psl hudud..patutnye media arus perdana ni watla se platform tuk ulama2 explain ke rakyat pasal hudud ni..ni duk bazir column tnye pndpat artis plop..ish ish...

yatie chomeyl said...

lady Ayu : mmg sepatutnya di laksanakan utk org Islam pun kan?

soo hae da : oo ye ke? akak x pernah gi negara arab, nanti share la cite pelkasanaan hudud kat sana, leh jugak akak kutip pengalaman :)

eray : tu la, nmpk mcm politik lebih penting dr perjuangan menegakkan agama..sigh~

yatie chomeyl said...

Ayu : tu la, aku tkut ada yg percaya dgn pendapat artis tu..x pasal2 terpesong pulak aqidah kalau percay apa yg enot ckp tu huhuhuhu

kak ida : baco2 maso nazhan tidor hehe

angah : yup, tak kisahlah parti apa sekalipun..yg pntg laksanakan hukum ini ikut yg Allah tetapkan. full stop! :)

yatie chomeyl said...

Eliza : reporter dgn editor lah super duper gong dlm hal ni

kak izan : x agak2 kan kak..x logik lansung soalan tu

kak nur : ntah la, gapo la nk jadi huhuhuh

yatie chomeyl said...

ddini : tu la, x selidik dulu main bubuh jah jawape koksir

cik merpati puteh : yup, berani kerana x buat salah, dantakut kerana buat salah la kan? :)

pang5 : takpe, aku faham..aku redha je dgn perkataan itu ehehehe

yatie chomeyl said...

nadiah : tu la, mcm dh xde ulama kat msia ni

mygoldenpen : yup, buat rugi page dalam paper je

useryna said...

well said kak yatie!

inilah petanda akhir zaman, bila orang yang tidak berilmu bercakap mengenai sesuatu yang sah2 bukan bidang dia..isk3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...