CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday, 13 October 2011

Binatang pun tak keji macam kau!

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Tak tahu apa nak jadi dengan lelaki zaman sekarang ini. Lelaki yang sepatutnya menjadi pemimpin keluarga dan pelindung dari segala bahaya, tapi di sebabkan ada seorang seekor dua yang durjana macam ni, telah membuat kan rasa percaya pada lelaki semakin hilang.


Bayi 23 hari diliwat bapa kandung! 

GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.


Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.


“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.

“Dia mula curiga suaminya melakukan sesuatu yang buruk terhadap bayinya kerana sedar sebelum itu lelaki berkenaan bermain bersama anaknya itu di dalam bilik,” katanya.

Sumber berkata, tanpa pengetahuan suaminya wanita terbabit bergegas membawa mangsa ke sebuah klinik sebelum doktor mengarahkannya melakukan pemeriksaan semila di Hospital Selayang.“Pemeriksaan doktor yang mengesahkan mangsa diliwat. Berang dengan perbuatan terkutuk suaminya itu, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Selayang,” katanya lagi.

Sebelum kejadian suspek mengajak ibu mangsa melakukan hubungan seks, namun wanita itu enggan kerana dia masih pantang kerana baru 23 hari melahirkan anak.

Lelaki itu ditahan malam kelmarin dan sedang direman selama empat hari.Sumber juga berkata bayi itu berada dalam keadaan kritikal.Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan penahanan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan.

Sumber: sini 

  10 hari derita didera bapa tiri

ALOR GAJAH: Keji dan tidak berperikemanusiaan! Itulah perkataan layak dihamburkan kepada seorang bapa tiri yang dipercayai mendera anak tirinya menggunakan besi panas dan seterika sepanjang 10 hari ibu kanak-kanak itu dirawat di hospital selepas melahirkan anak.

Selain kedua-dua tapak kaki kanak-kanak itu berlubang, dipercayai terkena besi panas atau seterika, ada juga kesan lebam kehitaman pada seluruh tubuh mangsa.

Mohd Firdaus Mat Dan, 6, dikatakan sudah nyawa-nyawa ikan ketika dibawa suspek ke Hospital Alor Gajah (HAG), di sini, jam 4.30 petang semalam dan riak wajahnya ketika itu seolah-olah menahan kesakitan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Bapa tiri berusia 37 tahun itu menghantar kanak-kanak terbabit ke hospital selepas membawa isterinya berusia 41 tahun pulang ke rumah mereka di Kampung Padang Sebang, dekat sini, sebaik wanita itu dibenarkan keluar dari hospital.

Menurut sumber, mangsa yang bertubuh kurus diberikan bantuan kecemasan hampir satu jam oleh pegawai perubatan sebaik dibawa ke HAG, tetapi kanak-kanak itu gagal diselamatkan.

Sumber : hmetro






+- Ini berita-berita yang di siarkan di akhbar sepanjang minggu ini sahaja! -+


Ke mana menghilangnya rasa kasih kepada ahli keluarga?. Ke mana perginya rasa tanggungjawab untuk melindungi dan mendidik dengan penuh kesabaran?. Mana pergi nya sifat insan dalam diri?. 

Sialan betul, tidak ada sekelumitkah sifat kasihan dalam diri kamu pada anak kecil yang tidak berdosa itu?. 


Allah telah memuliakan lelaki sebagai pemimpin kepada wanita. Islam telah meletakkan garis panduan yang lengkap seharusnya bagaimana peranan pemimpin yang dimainkan oleh lelaki. Peranan lelaki sebagai suami, ayah, abang dan anak itu adalah sebagai pelindung kepada wanita-wanita di bawah tanggungjawabnya. Antara peranan lelaki dalam melindungi wanita dan keluarganya adalah:

■Memastikan prinsip Islam terlaksana dalam keluarga.
■Menjadi teladan yang baik.
■Memastikan komunikasi yang baik dalam keluarga.
■Memastikan keluarga terhindar dari azab neraka.

"Hai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka.." (At-Tahrim, 66:6)


"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.........." (al-Nisa', 4:34)


Lelaki itu sepatutnya pemimpin, bukan pemusnah!. Binatang pun tak keji macam kau lah wei......bangsat!.

Pssstt : doakan ahli keluarga kita terpelihara dari perkara-perkara yang tidak di ingini..Ameen.

  ~ Thanks for reading this (^-*) ~ 

29 words of wisdom & comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

dunia akhir zaman...moga sedara mara kiter di lindungi ngan perkara2 bergini

Cool said...

..haih.. reason aku takmo baca surat khabar.. it is too depressing..

Sidratul Muntaha said...

selalunya tie..
dlm keturunan itu sendiri memang dah ade progol,penzina,penyumbang mahram...
dlm darah daging
itu sebab dlm al quran selalu bercakap...
asal keturunan baik,insyaa Allah baiklah hingga akhir hayat.
tapi kita kena amik juga yg sebenarnya sebagai bentuk ujian
sebabnya aku sendiri pernh menjadi mangsa...

Eray Majid said...

huh kejahatan semakin bermaharajalela..seperti tiada Allah lagi dalam diri.

mohon dijauhkan dari segala kekejian seperti ini.

Liz said...

dah kena hukuman 12 thn pun tak serik. dah tu pulak tu. nampaknya hukuman tu tak mampu menyedarkan dia.

masa dgr bayi umur 24 hari kena liwat tu, mmg sedih la sebab si bapa mmg mcm syaitan. giler seks sgt ke sampai tak boleh tunggu wife habis pantang?

MyKhalish Journey said...

they are VERY2 SICK.... rs sdh2 sgt bc, bila tgk plak anak sendr. Ya Allah, sgt2 risau dgn keadaan dunia skrg..

♥MAMASYAZA♥ said...

betul tu, risau dengan keadaan skrg. nak baca surat kabar pun kdg2 takut, mesti ada cerita yg pelik2

useryna said...

saya terbaca jugak pasal bapa liwat anak 23 hari tu kat FB. sampai hari ni, saya macam tak sanggup nak pecaya benda macam tu boleh jadi. tak terbayang mcm mana sakitnya anak tu dan betapa jahattttttnya bapak dia..

ayat last akak kat entry ni mmg sesuai sgt dah.

Binatang pun tak keji macam kau lah wei......bangsat!.

anumuchan said...

eii gila betul la..bayi kot..geram betul baca! haihh

Nanak said...

i sampai tak lalu baca paper.hari2 mesti ada kes serupa mcm ni..jual anak, bunuh anak,buang anak..mcm2lah..but still xdpt elak utk baca sbb buka fb pn org share benda ni...ntah apa nak jd dgn dunia ni? psl liwat bayi tu better potong terus je kemaluan si bapak jahanam tu lps tu bg anjing mkn..tatau mn letak otak org mcm tu.sungguh keji...
ok,tanak emo,nti high blood pula..huhu...

ddiini said...

bukan nk cakap politik tp nie la pentingnya perlaksanaan hukum Allah...setakat hukuman penjara tue apa lah sgt, belum tentu mampu menginsafkan....penjenayah perogol perompak penjahat bersepah..rasa cam xaman dah..kuar jenjelan takut d curah asid, duk dlm umah takut d pecah perompak...nauzubillah

Eliss said...

moga dijauhkan semua perkara yang buruk ni. amin. keji btol laa..aduhai dunia.

Asmara said...

Nauzubillah..memang tak berani nak baca cerita2 mcm ni. takut betul, nape semua jadi kat negara kita yg agama rasminya Islam! Kuatkan lah iman kami semua Ya Allah..

Oyis said...

menjadi2 jenayah di msia. mcm ramai org dah mental la kalo dah tahap mcm ni

transformed housewife said...

setuju dgn ddini tuh. SBB ni lah HUKUM HUDUD tu patut dilaksanakan. Bila hukuman berat, org2 lain yg nak buat takutla nak buat. Setakat masuk penjara tak de apa2 kesedaran.

*∽ IZAN ∽* said...

tak tau nak kata apa dahh.. kenapa makin ramai lelaki yg di anugerahkan 9 akal meletak kan semua akal mereka di KEPALA LUTUT dan hanya nafsu mereka di KEPALA OTAK! Grrr!!

Bibi Intan Suraya said...

it's really upsetting me to read this kind of news, how on earth a daddy can liwat/rogol anak kecil sendiri?? itu belum lagi kes2 buang bayi. Astagfirullahalazim.

kalo kita fikirkan, golongan2 tersebut bukannya membaca pun blog2 ataupun any media yang bule mertarbiah mereka, mereka hidup dgn kejahilan diri mereka. Walaupun isu ini hebat dikupas sana sini (mahupun di tv), persoalannya, sedarkah mereka ini bahawa tindakan mereka itu kejam dan dikecam?

Agak2nya, apakah cara yang terbaik utk mendidik golongan2 tersebut?

(sory yatie, serius sikit komen aku ni, geram sgt)

sahromnasrudin said...

assalamualaikum

kenal belog ini dr blog mommy lina mysuperkids..

folo blog yang comel ini...

salam perkenalan..semoga tuan belog sekeluarga dirahmati Allah SWT di bumi Jepun sana...

Unknown said...

3-3 berita ni memang hampeh.. nampak sngat org Melayu ISlam ni dah lama jauh menyimpang dari amalan hidup beragama..

memang hidup beraja nafsu..

Unknown said...

macam ni pon malaysia dapat no 19 negara paling selamat kan..hahaha.. dalam rumah sendiri pun dah tak selamat :P

CuTeMiUt78 said...

tu la.. geram n sakit hati bila baca pasal tu kan..

yatie chomeyl said...

Lady ayu : Insya Allah, sama2 kita doa

jiji : tu la, tp ramai org share kat FB gak..aku pun terbaca sekali

ayu : pernah jd mangsa camne tu?> cite sikit

yatie chomeyl said...

eray : yup, mcm dh xde hati perut kan?

liz rohaizat : tu la, mcm tu baikx yah keluar penjara lagi bagus kan?

mykhalish : aah kan, risau fikirkan masa depan anak2 kita nanti ..nauzubillah

yatie chomeyl said...

mama syaza : aah, tp tu la realitinya skrg..huhuhu

useryna : diorg ni lg takde otak dr binatang!

anum : geram sgt2 kalau diorg ada depan mata nak terajang laju2

yatie chomeyl said...

Nanak : tu la, emo sgt baca berita2 gini haisyyy x pasal2 high BP pulak kan?

eliss : keji tahap tertinggi!

Kak As : masa ni lah rasa duk kat Jepun jauh lg selamat kan?

yatie chomeyl said...

Oyis : tu yg kade2 raso x sey kelik tu deh

ddini : aku setuju 100% dgn mung!

kak nur: yup, keno buat hukum Allah...baru selsai masaloh

yatie chomeyl said...

Kak Izan : diorg ni xde akal da rasanya

bibi : aku pun xtau camne nk didik diorg tp aku yakin kalau kita ikut hukum Allah, mesti jenayah2 ni semua akan berkurangan

sahromnasrudin : salam kenal :)

yatie chomeyl said...

kak yong : betul tu, bukan setakat beraj anafsu..tp hidup diorg utk puaskan nafsu saja semata2 huhuhu

rai : tak logik sgt!

cutemiut78 : geram gila kan?

Nur-nba said...

Memang tak boleh terima dek akal.. kenapalah singkat sangat fikiran dan kejam sangat pada darah daging sendiri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...