CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Monday 22 June 2009

Teringat sewaktu abahku.......

Tajuk tu merupakan topik untuk Sinar Pagi yang di kendalikan oleh Krill Rashid & Kak Engku untuk pagi ni kat Sinar FM sempena sambutan hari bapa yang berlansung di seluruh dunia pada 21 Jun 2009. Sana sini kat blog kawan2 sekalian, riuh rendah segala macam ucapan dan kata2 manis buat ayahanda masing2.

Looks like I buat tak tahu je pasal sambutan ni dan tak wish apa2 untuk abah. The truth is, bukan I tak sayang abah..bukan I tak ingat abah..tapi ada sesuatu yang 'menyekat' I untuk mengucapkan ucapan itu untuk abah. Those of you yang pernah baca entry " ~ Belajar Untuk Melepaskan (Part 3) ~", mesti faham kenapa I macam sedikit berjauh hati dengan abah. However, after reading Kak Yong's entry about her ayahnda and Kak Norhayati Berahim about her abah, they made me realize that abah tak lah seteruk mana pun. xpasti I decided to try to forget all those crap that caused me to sulking with abah and just remember all the nice memories that I've went through with abah along this 26years 7months of my life.

Teringat sewaktu abah .... rindu

(1) Membasuh kasut dan baju sekolahku dari kecik sampai Tingkatan 5.
~ I tak basuh baju sendiri sebab abah cakap I basuh tak bersih, so he'll do it for me. Kasut sekolah pulak I sengaja rendam dalam baldi yang abah guna untuk basuh kereta, so abah akan basuh kasut sekolah I dulu baru basuh kereta abah.


(2) Mengajarku menunggang motosikal clutch- 2 stroke
~ Abah is a big fan of Scrambler motorcycle dari muda sampailah ke tua. Abah sayang sangat2 motor2 dia walaupun dah rosak dan kadang2 dah keh jadi taraf tukun, abah tetap simpan dan jaga elok2 motor2 tu. Sewaktu umurku 16tahun dan dah ada lesen motor, abah mengajarku cara2 menunggang motor ada clutch *susah woo nak angkat pedal nak masukkan gear tuh, bukan main tekan macam motor2 biasa...siap kena pakai kasut untuk tunggang motor nih*. I wanted to learn how to ride the bike sebab I suka sangat bila dapat bonceng motor tu dengan abah gi amik angin petang2.


(3) Memujukku bila merajuk
~ I admit yang I memang kuat merajuk dari kecik sampailah dah ada anak sendiri nih. Most of the time, arwah ma yang akan pujuk. But I remember there's one time that I merajuk sebab abah marah I keluar time maghrib *sebab maghrib & Isyak adalah waktu wajib solat berjemaah untuk kami sekeluarga*. Padahal I cuma ke rumah tok sedara untuk hantar makanan yang arwah ma suruh hantarkan, lagipula I cuti solat time tu. I merajuk taknak makan walaupun arwah ma masak bihun sup yang superb mabeles sedap time tu *kalau merajuk, I'll lock my bedroom door dan berkurung tak keluar bilik unless untuk ke toilet je*. Thus, abah merendahkan ego dia selaku lelaki dan bapa, dan tunggu I keluar dari bilik untuk cakap "Abah mitok maaf". Masa dengar tu terus rasa bersalah sebab merajuk sampai abah terpaksa mintak maaf semata2 nak pastikan I berenti merajuk dan makan.


(4) Sediakan minuman untuk bawak ke sekolah
~ Masa Form 5, I bawak bekal gi sekolah. Every night abah akan buatkan air oren sunquick dalam botol air, letak kat freezer dan sebelum I ke sekolah abah akan letakkan kat dalam raga motor Suzuki RGV yang I naik gi sekolah hari2. Abah letak kat freezer coz dia tahu I suka minum air sejuk jadi by the time loceng rehat bunyi, air tu still sejuk dan masih ada ais sikit2.


(5) Ajar I tolong orang susah
~ Abah selalu didik kitorang adik beradik untuk sentiasa bersedekah dan tolong orang miskin. Abah selalu murah hati untuk bagi duit lebih kat I (so that I leh belanja kawan2) bila I cerita pasal kawan2 I yang hidupnya susah sampai takder duit untuk makan. Malah, abah pernah tolong bayarkan yuran asrama untuk one of my friend yang keluarganya tak berkemampuan. Abah akan ambil tahu pasal2 kawan2 I yang susah dan kadang2 jadi kawan pula kepada ayah kawan2 I tu.


(6) Supportive in lovelife
~ Dalam bab2 cinta, abah lebih open berbanding arwah ma. Abah suka dengar bila I cerita ada mamat ni ngorat anak abah, ada mamat ni perasan ensem, ada mamat ni sanggup repair motor I tapi taknak terima bayaran...apa2 cerita pasal guy in my life. Abah selalu layan borak dengan kawan2 laki yang datang umah I *since abah tak bagi I keluar dengan diorang, so diorang datang umah jer lah*. Abah approve mamat-perasan-ensem-berperangai-buruk untuk jadi boyfriend gelapku *walaupun Kak Nur menentang sebab abah tahu anak dia rupalistik...hehe*. Malah, abahlah yang dapat meneka perasaan incik hubby pada I dan perasaan I pada incik hubby walaupun baru pertama kali abah jumpa dengan incik hubby time dia datang beraya *masa tu kami ber2 kawan biasa je..masing2 tak ngaku ada feeling to each other*.


(7) Supportive in education
~ Abah mementingkan taraf pendidikan anak2. Abah is the one that I called masa nak isi borang UPU time kat matrix dulu..dan sebab abahlah I pilih Aeronautical Engineering tu as one of my 8 choices. Even sampai sekarang, abah selalu ingatkan I untuk further my studies sampai PhD *insya Allah, I'll do it one day..not only because of abah but also for my own sake*.


(8) Protective over me
~ Anak perempuan abah cuma 3 orang, jadi wajar untuk abah bersikap protective kan..tapi takder lah sampai over protective. I diberi kelonggaran untuk keluar dengan kawan2 dengan syarat keluar dalam masa satu waktu sembahyang je *kalau keluar lepas zohor, balik sebelum asar...kalau keluar lepas asar, balik sebelum maghrib*. Jadi, kalau terlebih dari waktu tu, kena call to inform kalau takmo bersoal jawab banyak2 time dah balik umah.


(9) Menjadi wali untuk pernikahanku
~ This is the most important thing in father's life. Menikahkan anaknya dan menyerahkan tanggungjawab menjaga anaknya kepada lelaki lain. I tahu abah sebak juga time tu tapi abah buat2 cool.



There are thousands other great memories about abah that I could recall tapi tak muat kertas kajang ni dah nak tulis ngeh3x. While writing this, I managed to treasure all those lovely moments in order to dissolve all those negative feelings in my heart towards abah. I know that abah wont be reading this but at least, I will always read this post and remember how much abah love me all this while and I'm sure he always do!. :inlove:


Abah, I've forgive you even if you never say sorry (actually, you don't even have to say it).. I love you love even if I never say it (though I should have say it).. and I want you to know that you will always be my hero even if I now have my SuperSolah and SuperNazhan around me.

Happy Father's Day to my abah and my abah in law, and also
Happy 1st Fathers Day to my incik hubby
*semalam I baked a cake tak letak telur to celebrate it, so I pun leh curi2 makan sekali hehe..bijak tak I?*.
(abah and abah in law after my solemnization ceremony)



Psssttt: Kehadiran baby SN buat I sedar betapa besarnya juga pengorbanan seorang ayah buat anaknya.
:puppyeyes: I nak baby SN sayang mommy & daddy sampai akhir hayat dia...insya Allah.


(video ni I wat masa I duk sorang2 kat Germany, Jan 2007)

12 words of wisdom & comments:

cik osh said...

ore dop tau bakpo woghih, tapi ore sebok baco nih. basoh mato ore. happy father's day to ur abah as well...

safinah said...

its sooo touching! huhuhu.. tetiba teringat ayahanda ku di kampung. sob! sob! sob!

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

yatie...
apa yang melukakan perlu dibuang dari ingatan, sekurang-kurang yatie ada kenangan manis , simpanlah supaya dapat dijadikan senjata membunuh kenangan jahat ini..bersyukur kerana masih memiliki abah, walau tidak sempurna abah2 orangyang lain yatie...

yatie chomeyl said...

woghih >> sentimental sokmo dio hehe..ore sengajo nk tulis sedih2 bui woghih teriok :p

safinah >> alalala..jgn nanes2 erk...apakata call ayahanda utk hilangkn rindu tu :)

kak NB >> thanks 2 ur entry, buat sy jd ingin lupakn semua kesedihan tu dan ingat yg manis2 saja. ye, sy syukur sy masih ada abah :)

kaknura said...

yati...ustaz akak pesan....kita ni dilahirkan tanpa ada apa-apa. darah dan kulit yang membalut tubuh kita ni pun bukan kita punya. itu hak mak dan abah kita. jadik walau ke mana kita pergi mak dan abah akan sentiasa dengan kita. janganlah berkecil hati...abah kita pun manusia jugak tapi tanpa abah kita...kita tak ada di sini..ok...

yatie chomeyl said...

knura >> thanks 4 the advice. aah, dah xde rasa kecik hati kat abah..lepas luah semua ni, lega dah :)

@e_da said...

bila ingat balik apa yg abah buat tuk ita kdg2 leh bergenang air mata kan.. tak terbalas jasa-jasanya kan...

MyHasla said...

salam yatie,

suka tengok video tu!

mazni_azis said...

sebak sekejap...huhuhu...teringat kat ayah angah di kampung..abah ucu sporting, baik, ucu mmg beruntung...seronok sembang ngan dia walaupun baru 1st time jumpa. Masa hari sabtu tu tgk citer kat tv2 sempena hari bapa "fitrah lelaki"...teringat la kat ucu masa tu

Jiey^Mien said...

rindu ko abah.. =(

yatie chomeyl said...

@eda >> betul tu..kdg2 org tlupa jasa2 ayah kan?

myhasla >> video tu la selalu yatie tgk time rindu2 kat famili

mazni_azis >> cite tu pasal apa angah? abah mmg sporting pon klu dgn kwn2 ucu die mmg suke lyn borak ;)

jiey >> klu rindu, kelikla kelate sokmo2 (tp letihlah klu kelik sokmo deh)

transformed housewife said...

knur pun slowly nok lupo gapo hok abah buat. kito pun takdok ore lain doh selain abah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...