CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday 7 July 2011

Kelantan Juara Liga Super 2011



NORSHAHRUL Idlan Talaha muncul wira Red Warriors selepas membantu Kelantan muncul Juara Liga Super 2011 buat kali pertama, malam tadi.

Skuad bimbingan Datuk M. Karathu itu dinobat sebagai juara musim ini selepas menundukkan Sabah dengan keputusan 2-1 di Stadium Likas.

Video: Sabah 0-1 Kelantan | Gol Norshahrul Idlan Talaha

Video: Sabah 0-2 Kelantan | Gol Norshahrul Idlan Talaha


Selepas jaringan kedua itu, Kelantan yang hanya menantikan wisel penamat dibunyikan agak cemas apabila Sabah bangkit memberi tentangan dengan memperoleh gol menerusi Razlan Otoh, minit ke-76.

Jaringan tersebut menyuntik semangat pemain Sabah untuk memburu gol penyamaan dengan melakukan asakan bertali arus, namun gagal menembusi gawang Kelantan yang dikawal kemas Khairul Fahmi Che Mat.

Kemenangan pada perlawanan terakhir semalam membolehkan Kelantan mengumpul 56 mata dan tidak mampu dicabar Selangor dan Terengganu.


Video: Sabah 1-2 Kelantan |Kelantan Juara Liga Super 2011



Walaupun bermain di Likas, penyokong setia pasukan The Red Warrior tetap bersemangat ke stadium untuk memberi sokongan padu kepada psukan Kelantan.

Lebih manis kejuaraan semalam juga membolehkan skuad Red Warriors menamatkan kemarau tujuh tahun tanpa gelaran Liga Super sejak diperkenalkan pada tahun 2004.


+- Pemain Kelantan meraikan kejayaan menjuarai Liga Super 2011 selepas mengalahkan Sabah 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, semalam. - UTUSAN/Ghazali Basri-+

#Sumber berita : Sokernet


~ Thanks for reading this (^-*) ~

1 words of wisdom & comments:

Che Sayzzuwan said...

Gomo kelate Gomo


http://duniadalamjaket.blogspot.com/2011/07/norshahrul-idlan-talaha-hero-red.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...