CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Wednesday, 20 July 2011

Melaka VS Kelantan



Minggu lepas ada beberapa blog yang telah menyiarkan gambar papan tanda perbandingan KEJAYAAN Melaka dan KEGAGALAN Kelantan. Sila perhatikan terdapat penggunaan perkataan KEJAYAAN dan KEGAGALAN di situ ye, tertanya-tanya juga apakah motifnya penggunaan perkataan itu di papan tanda tersebut?.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhA211zxCXXorhwj8jH0h2NPh7t_N7kCLjZhF5LE61UO2YjO6l9Am6lz80ox-_mN_KrIM5HQonEnrdT2A089lZIjEmgqC4cIORaEn0oLagO-8X12L36MA5csPY1fYXlJmo7wplRyy0K3UQ/s1600/kelantan.jpg
+- sumber: OhDuniaku -+


Lebih membingungkan, apakah motif sebenar papan tanda ini di wujudkan oleh pihak terbabit di Melaka?.

Menambah lagi persoalan yang berlegar di fikiran ialah mengapakah perbandingan di buat dengan negeri Kelantan sahaja?. Bagaimana dengan 11 buah lagi negeri dan wilayah persekutuan yang ada di Malaysia ini?. Istimewa sangatkah Kelantan di mata Melaka?.



Timbul beberapa persoalan di benak fikiran sewaktu meniliti papan tanda tersebut :-

(i) Dari sumber manakah statistik dan peratusan ini di perolehi?.

(ii) Adakah pengiraan berdasarkan peratusan angka atau nisbah yang relatif dan mengamil kira faktor Bilangan penduduk Kelantan =1,453,000 orang manakala Bilangan penduduk Melaka = 687,100 orang (statistik 2003).
Besar kemungkinan perbandingan yang di buat ini tidak konsisten datanya jika semata-mata berdasarkan solid figure tanpa
menggunakan peratusan keseluruhan.

Sebagai contoh no 17. Jenayah. Kalau gunakan percentage pasti melaka lebih tinggi; tapi di gunakan nilai solid figure untuk menampakkan KEGAGALAN Kelantan.
Point no 1 dan 2 amat berkaitan dgn kuasa membeli (purchasing power).

Walaupun pun pendapatan purata di melaka lebih tinggi, namun harga barang juga tinggi. Semua orang tahu barangan di Kelantan lebih murah, sebab itu setiap kali tiba cuti sekolah berpusu-pusu orang menyerang negri Kelantan termasuklah makcik2 dari Melaka semata-mata untuk membeli-belah. Perbandingan hendaklah dibuat dengan tepat. Apple to apple, orange to orange.



Kalau pihak terbabit berhasrat untuk membuat papan tanda kedua untuk perbandingan Melaka dan Kelantan lagi selepas ini, saya ingin memberikan beberapa cadangan untuk perbandingan lain pula seperti :-

(1) Jumlah Enrolmen di IPTA

Jumlah Enrolmen Pelajar Tempatan IPTA and KTAR bagi Melaka dan Kelantan boleh di rujuk kepada jadual yang di keluarkan oleh Ministry Of Higher Education (MOHE) dalam Jadual 2.5 Enrolmen Pelajar Tempatan IPTA and KTAR Mengikut Negeri Kelahiran dan Jantina, 2009 - 2010(muka surat 40-41).

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhE-Pi377Bk-JWD93UMv1x1uwVtWzjm79u3hi8Gg1gnxdRqjxAxGqwgM0_xQbT7ZYHLeW1GLId4THQ3wf1emmtaMSV4eNwACXKo6xgyi97lgGPWGnM4pPIA7J81j_Hgr9ooPCfZRN6pv1g/s1600/jadual1.jpg


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhxy3ZpzIR7BNMMqGBoyGpIxFlg5xSjcSjwj0_k70jKPaCMpI8aeTU8d8FeoCkN5E2EdrjCcyYymRBYqPbLl4ikNWwA4O0OFlrUWqLwUTeojZCEspDZzjZ0LUBGUkiMVzFjuV7-lmfR_Nc/s1600/jadual2.jpg

Mengikut jadual sahih yang tertera di atas, Kelantan menduduki tangga PERTAMA dari segi bilangan warga negeri nya yang belajar di IPTA berbanding dengan Melaka di tangga ke-13. *perbandingan di buat berdasarkan solid figure seperti di papan tanda itu lah jugak*.

(2) Tempoh Operasi Pusat Hiburan

Negeri Melaka, baru-baru ini pada mesyuarat Exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi. Melaka lanjutkan tempoh operasi pusat hiburan sedangkan di Kelantan tidak terdapat pusat hiburan kelab malam pun. Itu juga salah satu sisi KEJAYAAN Melaka bukan?. - sumber: sini -


(3) Jambatan Styrofoam

Melaka ada Jambatan Hang Jebat di Jalan Tun Mahathir yang menelan belanja RM 7.6 juta untuk dibina.Walaupun umur jambatan ini tak sampai 2 tahun sudah berlaku keretakan dan kerosakan pada strukturnya. Hiasan batu pada tepi jambatan sudah pecah dan rekahan panjang kelihatan. Paling mengejutkan ialah ada bahagian jambatan dibina dengan menggunakan STYROFOAM.






Walaupun "arch" dibawah jambatan itu hanya sebagai fungsi estetika bukannya "load bearing structure" tapi agak tidak munasabah rasanya bilamana styrofoam digunakan sebagai bahan binaan. Lihat sajalah "dinding" jambatan yang mudah ditebuk kerana styrofoam digunakan. -sumber: Blogserius -

Mungkin ini juga salah satu KEJAYAAN Melaka kerana kalau di Kelantan rasanya tidak pernah ada jambatan Styrofoam ini.


(4) Statistik Kes Murtad

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang. Mengikut data yang dibekalkan, Melaka menduduki tangga ke-7 dari segi permohonan murtad berbanding dengan TIADA permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

Agaknya inilah salah satu lagi KEJAYAAN Melaka yang boleh di buat perbandingan dengan KEGAGALAN Kelantan.


http://media1.malaysiakini.com/371/dafa2c51600c64ed5ea57f6b1a845ff4.gif


Begitulah serba sedikit perbandingan yang dapat di buat mengenai Melaka dan Kelantan. Tolong jangan menilai isi kandungan artikel ini dari sudut politik Hijau VS Biru. Tujuan artikel ini di tulis ialah atas dasar sayangkan negeri kelahiran. Ibaratnya "cubit paha kiri, paha kanan terasa sakitnya".


Lagipula, saya merasakan agak kurang wajar tindakan yang di buat oleh pihak terbabit untuk membandingkan KEJAYAAN dan KEGAGALAN sesebuah negeri dengan meletakkan papan tanda sedemikian. Apa yang boleh di simpulkan di sini ialah "Jangan terlalu asyik meneliti kuman seberang laut sehinggakan gajah gergasi di depan mata pun tak nampak".


Pssssstt: no heart feeling untuk orang negeri Melaka ye, ini cuma pendapat peribadi berdasarkan papan tanda itu. Saya pasti ada di kalangan orang Melaka sendiri yang turut merasa kurang senang dengan kewujudan papan tanda tersebut.



~ Thanks for reading this (^-*) ~

19 words of wisdom & comments:

Ezna Khalili said...

sungguh tak setuju papan tanda kejayaan dan kegagalan ni. Confirm berunsur politik

Unknown said...

a'ah,pelik la kenapa dibandingkan dgn negeri kelantan saje..sungguh berbau politik la..

Unknown said...

kenapa la kena wujud papan tanda begini..walau pun saya bukan org melaka..tapi rasa malu bila tengok papan tanda perbandingan macam ni..

rasanya satu malaysia tahu yg anak kelantan ramai yg pandai2..

CikPuan Adda said...

Saya orang Melaka. Memang ada motip tak baik buat papan tanda camtu. Memalukan sungguh. Kalau saya nampak papan tanda tu bila blk Melaka, maunya saya sms Tok Ali.

Hanis MY said...

pestaim ore baco pasal papey tando ni, peliknyo bakpo tibo2 nok banding dnga kelatey... kellas jambatan mahal tapi buak dgn styrofoam jah huhu...

CikPuan Adda said...

Yatie, sbg info tak brapa pntg, my hubby kata papan tanda ni ada ms PR di Merlimau lepas. Ntah ada ke idak lagi tak tau le.

Nadiah Sidek said...

haha..ada jgk papan tanda mcm ni. konon2 bukti la tu kelantan bwh pentadbiran bukan kerajaan tu teruk

atoyissan said...

ape kes buat papan tanda cm gitu..buat abis duit rakyat jek..hmm..pembaziran..pembaziran

bobhandburry said...

Salam kunjungan.. blog menarik ;)

zu-
http://www.zuwairiaiman.com

e.l.i.z.@ said...

panah hati weh kelih papan tando tu..negeri kecik nk banding nge negeri sebesar kelate..figure tu ntah betul ko dop..better hop yatie buat lg perbandingan tu, jelas dan nyata ada bukti sahih...hawo melaka duk bawah pemerintahan BIRU, kiro berjaya benar la tu?? buleh blahh *emo sikit bab negeri dihati ku ;)

nieda said...

ada juga papan tanda mcm ni? motif politik

Unknown said...

org kg boleh la di bodoh2 kan dgn fakta auta mcm tu...
x adil kan buat mcm ni.. apsal kelantan..knp tak dngn perlis.. negeri yg lebih kurang jer saiznya dgn melaka... :P

Oyis said...

ish ish. banggo ado ore klate supo yatie hok berusaha menegakkan kesahihan data. x benci ke ore melako pon, tp sungguh x kena nak banding2, doh la statistik mengarut langsung. esp bab jenayah ngan cerai (2 terbawah). hok lain dia tunjuk %, hok bwh tu figure semata, padahal ktan tu neg berganda2 besar pada melaka. ingat ore bodo ko? dio x tahu bekali tu anak2 klate bil tertinggi masuk IPTA supo hok data yatie tu. celik ilmu deh, x leh nak dibelawok mudah2 ngan data hok kalo guna wat present keja PhD, fail dulu ari lg (data x normalize, ambiguous, source x dok, sample size utk comparison terlalu kecik dan tidak menyeluruh i.e. x masuk neg2 lain, blah blah).

x munasabah la jmbtan tu 7.6. juta. lohong di dlm plak tu. berat.. berat...

yatie kalo ada button share ni saya tepek doh ke FB. eh ko ado doh ni? ambo FB ni wa buto sket...

keep up the good piece of writing u investigator you!

Ummi Salsabila said...

lawak betul papan tanda tu.perlu ke buat gitu?motif apa? politik lah tu.Haha

yatie chomeyl said...

Ummi Dania Yasmine >> entah la kenapa diorg nak bubuh perkataan KEGAGALAN dan KEJAYAAN kat situ

azni >> tu la, byk lg negeri lain ye x?

Rai >> erm xtau la apa agenda diorang

yatie chomeyl said...

Ibu Khalish >> thanks utk info pasal papan tand ani. nanti kalau ada lg, jgn lupa sms tok ali tu ye

hanis >> tu la, kelate takdop jambate gitu key

nadiah >> agaknya la kot

yatie chomeyl said...

atoyis >> pembaziran demi menegakkan benang yg basah ye dak?

bobandburry >> terim akaish dtg berkunjung

eliza >> meme emo la, sbb tu ore buat counter-post untuk papan tando tu..gere terlajok tgk

yatie chomeyl said...

nieda >> aah, I pun tahu sbb tgk ramai org post kat blog

k/yong >> org kampung skrg pun dh bijak2...org2 yang kata atas nunnnn yg semakin bodoh

yatie chomeyl said...

oyis >> hhahaha btol2, data dio x tahu mari mano source, pastu kiro gano pun x tahu..pendek kato..keno tende univ la kalu hantar data gini kui3x

ado button share kat atas sekali dale entry ni, teke la share hehe

US >> motif yg nyata , x dpt di sembunyikan lagi dah kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...