CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Monday, 28 February 2011

5 star cleanliness treat at Nazhan's nursery

Dah lama I nak share pasal aspek kebersihan kat Nazhan's nursery known as Kinomi Hoikuen (nursery) as requested by Hanis Kamis masa I tulis pasal Sistem pendidikan di nursery Jepun yang patut di buat di nursery Malaysia jugak. Dah agak lama jugak request tu pending, sampailah I baca luahan hati Jiji tentang sesetengah nursery di Malaysia, terus teringat balik dengan janji2 manisku nak share tentang aspek kebersihan yang amat di titik beratkan di nursery kat Jepun ni.

Hanis Kamis said: nanti, yatie citer pasal safety precaution kat nursery lak, pasal kebersihan...benda2 simple yang selalu nursery malaysia abaikan..huhu..sedih, tp no choice kat sini...


Kebetulan jugak hari Sabtu (5 Feb) *lebih kurang 3 minggu lepas* ada majlis untuk ibubapa kat Kinomi Hoikuen. Macam biasa ibubapa di jemput untuk tengok aktiviti anak2 di kelas. So, I ambil kesempatan untuk jot down few important aspects regarding to the cleanliness.


(1) Hand sanitizer

☺the most important way to prevent the transmission of dangerous diseases is to frequently wash your hands with soap and water and/or use a hand sanitizer.

☺the teachers will wash their hands with hand+soaps or using hand sanitizer before attending to the kids
--> the hand sanitizer is placed near the counter which is situated next to door.
☺ the hand sanitizer is placed not only in the class, but is also placed at the entrance gate provided specially for the parents to clean their hands before picking up their child.



+- hand sanitizer dalam cloth-pocket gantung dekat dengan pintu -+

http://4.bp.blogspot.com/-zcUsb-KeSH4/TWezD9d3R_I/AAAAAAAAKRQ/-RvXWWRZVAQ/s1600/DSC_0055-1.JPG
+- dalam kelas pun ada sink untuk basuh tangan -+


(2) Clean towels
☺ parents will have to prepare at least 3-4 pieces of small clean towel everyday to the nursery.
*3 helai untuk lap tangan sebelum dan selepas makan; 1 helai untuk lap tangan lepas ke tandas*.
☺ sebelum dan selepas makan, cikgu2 akan basahkan tuala dan bagi kat budak2 untuk lap sendiri tangan diorang. Budak2 tu semua dah kenal tuala sendiri, jadi masing2 akan pilih tuala sendiri dan lap tangan masing2.

☺ bila selesai 'urusan2' kat toilet pun macam tu, budak2 tu akan lap tangan kat tuala masing2 yang di gantung di depan pintu toilet.


http://1.bp.blogspot.com/_c3es7FyunLI/S8KegiI-8rI/AAAAAAAAHOg/mH2XalfsSZg/s1600/10th+months.jpg
+- persiapan barang2 yang kena beli untuk ke nursery -+


+- lap tangan bersih2 dengan wet towel -+


(3) Eating procedure
Every kids will wear bib secured under their chin, to protect the clothing while eating.
☺Thus parents will have to prepare 3 pieces of bibs everyday to the nursery
*used during breakfast, lunch and tea break*.
☺ Cikgu2 akan pakai apron + penutup kepala masa bagi baby makan so that takde rambut yang masuk dalam makanan baby
☺ Kanvas besar akan di lapik di bawah meja supaya tidak mengotorkan lantai dan cikgu2 tak perlu susah2 nak kena sapu + mop lantai. Angkat je kanvas tu dan bersihkan kat luar kelas.

☺ Kids will be seated on a small chair and eat by themselves under teacher's supervision by using fork/spoon.


+- makan dalam dulang *sebab makanan Nazhan lain dari baby lain* -+


+- cikgu2 pakai apron + tutup kepala -+


+- lepas budak2 siap makan, lap je kanvas -+



(4) Toilet's procedure
☺ pants and diapers will be taken off at the specific area in front of the toilet's entrance.
*siap ada kerusi rendah untuk babies (age 1-2yrs old) bukak dan pakai sendiri seluar diorang*
☺Although most of the kids are diaper-less during the school hour, tak pernah timbul masalah terkucil dalam kelas ke apa sebab cikgu akan bawak budak2 ke toilet every 45 minutes or after taking the meals
☺the babies are coached to flushed the toilet after every session + wash their hands with water and soaps + dry their hands with clean towel

☺used diapers and soaked pants will be put into a special pail with baby's name written on it. The used disposable diapers and soaked pants will be collected by the parents at the end of the day~ everyday.


+-duduk kat bench rendah; then bukak & pakai seluar sendiri -+


+- mommy ngintai Nazhan shi-shi kat sebalik cermin -+


+- basuh tangan dengan air + sabun bersih2 -+



+- lap tangan dengan tuala sendiri, ada nama masing2 kat tempat gantung tuala tu -+


(5) Learning session
☺ the kids will be seated on the small chair and table; and get to choose variety of educational tools according to their preference.

☺ setiap learning tools tu di letak kat dalam tray kecik supaya alat tu tak bersepah dan hilang; kalau jatuh pun senang nak kutip sebab dalam tray je.


http://1.bp.blogspot.com/_c3es7FyunLI/TM7Ot7V9ENI/AAAAAAAAJX8/e_eJ3Mb7P_8/s1600/DSC_0060.JPG
+-- duduk elok2 kat atas kerusi, belajar dengan tekun tanpa sepah2kan learning tools -+



(6) Personal belongings
☺ semua baby ada tilam + selimut sendiri; tak akan sekali2 share dengan budak2 lain. parents bertanggungjawab untuk sediakan tilam + selimut kepada anak masing2.

☺ setiap baby ada laci sendiri untuk simpan pakaian + diapers + towel + bibs + sweater mereka dalam kelas. kat laci tu siap ada gambar mommy + daddy sekali supaya baby tu kenal laci diorang sendiri.
☺ kat rak kasut depan pintu masuk pun ada nama, jadi budak2 tu semua dah tahu kat mana diorang patut simpan kasut sebelum masuk kelas.


+- left pic: Nazhan tidur nyenyak kat atas tilam dia sendiri -+
+- right pic: laci tempat simpan brg2 peribadi masing2, laci Nazhan yang bawah sekali tu -+



+- rak kasut pun ada tulis nama -+




(7) Balcony, walking area and Playground
☺to ensure the child's safety, balcony, walking area and playground are fully covered with floor and playground safety surface made from rubber

☺ the rubber surface is durable, shock absorbing and weather resistant.

☺ kawasan padang pun di pastikan sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk kanak2 bermain.

http://4.bp.blogspot.com/_c3es7FyunLI/TM7PBAS3INI/AAAAAAAAJYk/rfTbGmY6qvU/s1600/DSC_0078-1.JPG
+- balcony di alas dengan safety surface made from rubber -+


+- kawasan playground yard yang bersih dan selamat -+


Erm...rasanya itulah sedikit sebanyak cleanliness and safety aspects applied at Nazhan's nursery as according to my observation. Hari tu ada jugak yang tanya, berapa bayaran yang di kenakan?. Memandangkan both hubby & I students, so kami tak perlu bayar seposen pun setiap bulan; cuma kena bayar duit dobi untuk basuhkan cadar je. Alhamdulillah, syukur diberi peluang untuk dapat hantar Nazhan ke nursery kerajaan macam sekarang ni.



Awal2 dulu kitorang terpaksa hantar Nazhan ke nursery swasta, bayaran mahal but I have nothing to complain sebab puas hati juga dengan penjagaan diorang. #refer:
here, here and here#. Tapi nursery sekarang ni lagi puas hati lah sebab tip top dari segala segi sampai kadang2 I rasa, Nazhan di layan lebih baik di nursery berbanding kat rumah sendiri hohoho.


I take it as a challenge for myself to treat my baby as good as the teacher at his nursery; or even better than the teachers. Thus, I pun dah cuba terapkan aspek kebersihan macam yang di latih di nursery dan amalkan jugak di rumah. Insya Allah next time I akan share macamana nak applied procedure2 ni kat rumah pulak ye.


Pssssttt : agak2 ada tak pengusaha nursery kat Malaysia yang sudi baca entry2 I pasal Nazhan's nursery here in Japan ni so that diorang boleh applied di nursery di Malaysia jugak ye?

Friday, 25 February 2011

Kaki gergasi

Kaki gergasi bukanlah takbole merujuk kepada gergasi yang giant itu, tetapi merujuk kepada kaki Yatie Chomeyl ini ye tuan2 dan puan2 sekalian.

Kaki I ni kalau ikut ukuran size kasut Malaysia kena pakai size 9. Kalau selipar/sandal; boleh lah lagi ambik size 8. Satu lagi; kaki I ni jenis mudah berpeluh, sebab tu I tak berani nak pakai high heels. Bila kaki berpeluh, tapak kaki jadi licin..tak pasal2 sliding masa tengah nak imbangkan kedudukan badan kan.


Kat Malaysia dulu2 susah jugak nak cari kasut size 9. Biasanya size 9 senang di dapati kat kedai Vinci la kan, I suka sebab harganya affordable duit yet design nya stylish. Kalau kasut2 branded yang mahal2 mungkin senang la kot nak cari size 9, tapi kalau kat kedai2 kasut biasa memang tak semua design ada size 9. Biasanya design yang I berkenan tu mesti takde size, sadis betul. Tapi kadang2 best jugak sebab masa clearance sale, kebanyakan kasut left overs ialah kasut size 9...masa tu memang I pulun shopping dengan gumbiraaaaa sekali menari eheh.


Sepanjang kat Munich & Madrid selama 2 tahun tu I memang takde masalah dari segi nak cari kasut size 9 ataupun kalau ikut European size 41/42. Cuma masalah timbul bila nak kena berebut kasut masa sale je sebab kebanyakan perempuan kat sana size sama macam I. Ada sekali tu masa shopping kasut, I berebut kasut dengan seorang perempuan orang putih tu..dia tengah try sebelah kanan, I pulak try sebelah kiri. Design kasut untuk size tu tinggal yang tu je last stock kat kedai tu. Last2 I mengalah je lah, kang tak pasal2 I kena belasah semata2 berebutkan sepasang kasut je, gatai ekekeke.


Masalah kaki gergasi yang panjang menjadi satu masalah bila I nak beli kasut kat Jepun ni. Faham2 je lah orang perempuan Jepun ni kan kebanyakan cute2, petite dan kecik2 je. maka, saiz kaki diorang pun kecik2 je lah. Kalau kat sini, I cuma boleh pakai kasut size LL; tu pun bukan semua design kasut ada size LL (25cm) ni. Yang banyak ialah size S dgn M je; setiap kali nak shopping kasut je mesti mak tension nyah!.tension


Kadang2 kasut size LL pun agak ketat untuk kaki I, tapi I dah takde pilihan lain. Sepanjang 2tahun kat sini I ada jumpa kasut yang betul2 muat dan selesa dengan kaki I..dan kasut tu bukan saiz LL tapi dia tulis "supermodel size". Perrghhhh, hebat kan? kenyit Terus berangan diri ini supermodel ngeee. Malangnya cuma Jusco je jual kasut supermodel size ni dan lebih malang lagi ialah design nya cuma ada 4 jenis je sepanjang tahun...sadissss betul.


+- himpunan kasut & sandal yours truly -+


Maka nya, dah banyak kali jugaklah I terbeli kasut yang mendatangkan kesakitan pada kaki. Habis tu nak buat camne kan, dah itu lah saiz yang paling besar yang ada..nak tak nak kena pakai je lah jugak. Setakat ni cuma 2 pasang boot je yang betul2 selesa untuk I pakai tanpa menyakitkan kaki. Kasut2 lain tu yang I beli kat sini kalau pakai jalan lama2 sikit memang memudharatkan kaki lah jawabnya; terpaksa I mengamalkan konsep "biar sakit asal stylo ~ beauty with pain".jelir

[DSC_0488.JPG] http://4.bp.blogspot.com/_c3es7FyunLI/TT5Wxp4hULI/AAAAAAAAKDM/yxqVzrNlToQ/s1600/DSC_0220.JPG
+- fokus pada kaki I, kedua2 boot favourite yang setakat ni paling selesa untuk dipakai -+


Sebab tu lah I lebih selesa pakai kasut sport/sneakers je kalau keluar jalan2. Lagipun duk kat negara 4 musim kan, kebanyakan masa suhu sejuk kecuali masa summer je lah panas kot, maka nya lebih sesuai pakai kasut bertutup je lah sepanjang tahun. Tapi bila dah ada anak ni, payah jugak pakai sneakers sebab kadang2 tali kasut terburai masa tengah dukung anak, pastu terpijak pulak..tak pasal2 jatuh tersembam dengan anak sekali.


Kaki gergasi I ni jugak sebenarnya sama saiz dengan kaki hubby. Walaupun ketinggian I ni cuma 165cm berbanding hubby yang 170cm; kami berkongsi saiz kasut yang sama. Cuma tak semua kasut hubby I boleh pakai sebab kasut orang lelaki kan kembang dan lebar. Kaki I ni walaupun panjang tapi kurus je, jadi kalau pakai kasut hubby agak longgar kat bahagian strap. Kalau pakai sandal/selipar memang ngam2 sama saiz lah kaki kami suami isteri, kata sehati sejiwa kan maka haruslah kaki sepanjang sesaiz jugak; baru romantik.love


+- kasut I yang warna kuning (adidas) tu, kasut hubby sebelah kanan. *sama je panjangnya kan?* -+



Nampak gayanya sekarang ni Nazhan turut mengikut jejak kaki gergasi macam mommy sebab saiz kaki dia sekarang dah 13-14cm. Baru umur 20 bulan, tapi dah pun 9-10 pasang kasut/selipar yang kena beli untuk dia.


+- kasut2 si gergasi kecil -+
*Kasut putih kecik dan kasut biru tali merah tu jenama GAP, kasut biru-coklat kat depan tu jenama VANS, kasut merah-coklat kat belakang tu jenama NIKE, kasut light-brown tu jenama APRICA dan kasut hijau tu jenama OSH KOSH*


Nasib baik jugak shopping mall kat sini selalu ada sale untuk kasut2 branded, memang tak tahan lah tengok kasut budak2 semua comel2 cinonet kecik2 je. . Setiap kali beli kasut yang branded kat Nazhan, daddy dia mesti cakap "hebak Nazhan, kecik2 pakai kasut branded doh. Daddy ni dah tuo gobeng baru leh pakai kasut branded". *(translation: hebatnya Nazhan, kecik2 pakai kasut branded dah. Daddy ni dah tua bangka baru dapat pakai kasut branded)*.


Eceh, komplen banyakckp pulak daddy padahalnya ada jugak 2-3 pasang dari kasut2 Nazhan tu yang kitorang beli kat kedai 2nd hand je, elok lagi kasutnya macam tak pernah di pakai pun. Tambahan pulak, memang kasut original bukannya brand celup ataupun replica punya; so memang berbaloi2 lah walaupun beli kat kedai 2nd hand. Ye lah kan; kaki budak2 cepat panjang, macam membazir je if tiap2 bulan nak beli kasut baru ye dak?. *ewah, kalau kasut mommy beli tiap2 bulan tak membazir pulak*.jelir


Psssssttt : kat entry semalam Xeea ada tanya pasal boot Nazhan yang hitam-putih tu kan?. Boot tu I beli masa ada sale hujung tahun 2010 hari tu; dapatlah harga dalam 1000 yen ~ RM 37 je. senyumkenyit

Thursday, 24 February 2011

Bertemu Orang Jepun gila @ World Hobby Fair

Baru2 ini kami sekeluarga berkesempatan untuk bertemu dengan orang2 Jepun yang GILA.

Gila yang I maksudkan di sini bukanlah gila = hilang akal, kurang waras mahupun kurang siuman, blur tetapi gila yang di maksudkan ialah keGILAan orang2 Jepun terhadap watak2 dari kartun dan manga.


Bertempat di Yahoo Dome, Fukuoka telah berlansungnya Next Generation World Hobby fair 2011 - winter pada 6 Feb 2011 from 9 a.m - 4 p.m. Kat bawah ni I quote info pasal world hobby fair yang di war-warkan untuk promosi.
One of Japan’s biggest video game and hobby fairs comes to Fukuoka! 26 companies will be showing off their latest creations, with presents for attendees and limited and pre-release items on sale. You can meet your favorite manga artists from Korokoro Comic, Shonen Sunday and Ciao too. Great fun for both kids and adults. Let’s explore Japanese subcultures!
http://3.bp.blogspot.com/-d9KIQIR9kIU/TWULfFs7upI/AAAAAAAAKOc/tko14lMumxs/s1600/DSC_0106.JPG
+- tengoklah sendiri betapa ramainya orang kat dalam Yahoo Dome tu -+


Dengan niat mahu menyelami salah satu sisi dari japanese culture I pun terus lah memulakan operasi memujuk hubby untuk bawak Nazhan & I ke tempat tu *padahalnya
gedik nak pergi sebab terpengaruh dengan iklan tu*. Mula2 hubby macam malas nak pergi sebab hajat hatinya nak berehat2 je di rumah di hari Ahad. Tapi sebab rimas agaknya dengan rayuan sayu dari si isteri, maka permintaan si siteri itu pun di penuhi je lah. menari


Kegilaan orang2 Jepun terhadap komik, kartun, manga dan anime memang terbukti sebab jalan nak ke tempat pameran tu sesak sangat2. Parking area berdekatan situ semua full, pastu kereta yang bersusun beratur tunggu parking pon panjang gila. Last2 hubby decided to park our car about 700m away from that place, so terpaksalah jalan kaki jauh sikit nak ke Yahoo Dome tu.
Nasib baik penat cuaca hari tu tak sejuk sangat, so tak lah menggigil jalan kaki jauh2 di musim winter nih.

http://2.bp.blogspot.com/-MVjO405fzOI/TWULe6NTl9I/AAAAAAAAKOU/mTV7XCVtHPM/s1600/DSC_0104.JPG
+- Bangunan besar tu lah Yahoo Dome. tengok kereta yang berbaris panjang kat depan tu -+


Nasib baik tiket masuk ke dalam dewan pameran tu free je. Bila sampai je kat situ, tengok ramai betul orang. Nak bergerak pun susah, dah la kitorang bawak stroller Nazhan. End up terpaksa lipat stroller dia masa jalan kat dalam dewan pameran tu sebab sesak sangat dengan manusia. Memang GILA ah orang2 jepun nih!.
tanduk


+- sanggup beratur sejam lebih kat every booth -+


+- dari budak kecik sampailah ke mak-bapak sekali memenuhi ruang pameran -+


Memang ada banyak booth kat dalam dewan pameran tu tapi satu pun kitorang takleh nak masuk tengok sebab dah penuh sangat dengan orang. Dari budak2 kecik sampailah ke mak-bapak budak, semua pakat duk berpusu2 memenuhi booth.


http://1.bp.blogspot.com/-Rmdmw1nTlLg/TWULfWLAMgI/AAAAAAAAKOs/uKjd0BvYx2U/s1600/DSC_0114.JPG
+- tengok kat belakang I tu, mak2 sekali beratur dengan anak -+

http://2.bp.blogspot.com/-cELqgjxbhZ0/TWULqGiiIyI/AAAAAAAAKPc/X9kOlgEELvw/s1600/DSC_0126.JPG
+- Nazhan terpegun tengok robot -+


Ada booth yang bagi main game, bagi free gift macam sticker, jual merchandise dari watak2 dalam manga, dan ada jugak yang organize game untuk visitors. Kitorang tak beli apa2 lah, watak2 tu pun tak semua kitorang kenal; yang paling kenal pun Conan je la kot.





+- special game -+


Bayangkan untuk tengok sneak preview game Nintendo 3DS; kena ikut laluan khas untuk beratur semata2 nak ngintai je game tu. Bukan boleh main pun, cuma ngintai dari celah2 kotak yang disediakan. Nasib baik tak naik ketumbit kat mata ni tumbuk sebab ngintai game Nintendo 3DS tu eheh.

http://1.bp.blogspot.com/-u0Nhe0XHxPk/TWUL0PcpM5I/AAAAAAAAKP0/3zuOPi9USIw/s1600/DSC_0130.JPG
+- booth Nintendo penuh dengan orang2 "gila" -+


Last2, kitorang pusing satu round dari jauh je dan ambik gambar dengan maskot je lah. Itu pun nasib baik dapat posing dengan maskot tu sebab kebetulan maskot tu baru nak keluar dari booth dan kitorang tengah berdiri betul2 tepi booth tu masa tu, maka nya dapatlah jugak posing tanpa perlu bersesak2 huhuhu.


+- posing dengan maskot je lah -+


+- round dari jauh je lah nampak gayanya -+


Untuk mengubat kekecewaan Nazhan, his daddy decided to bought a set of long-bridge track for racing car set. Besar gedabak set tu, berat pulak tu. Dah la parking kereta jauh..makanya stroller Nazhan lah yang jadi mangsa untuk angkut mainan tu. Kesian Nazhan duduk bersempit2 dengan toys tu.

http://2.bp.blogspot.com/-Em6x35hGFpY/TWUL0T7N2OI/AAAAAAAAKQE/rxbWwr8jtOY/s1600/IMG_0024.JPG
+- kesian Nazhan, kena kongsi stroller dengan toys -+



Yang sebenarnya poyo je alasan nak mengubat kekecewaan Nazhan padahalnya daddy yang over nak main dengan set tu. Bila balik rumah, bersemangatlah daddy pasang set tu; siap suruh mommy pegang Nazhan sebab tak nak bagi Nazhan kacau dia. Nazhan pulak macam sengaja je nak sakat daddy, sengaja Nazhan transformed himself jadi raksasa yang nak runtuhkan track tu ..bengang je daddy di buatnya. Aikk, bukan tadi daddy kata belikan track ni untuk Nazhan ke?
soal Ngeee.


+- raksasa mengganas...habis track kena pijak gatai -+


+- selepas siap assemble -+

Pssssttt : sekarang ni racing-track tu tersadai je kat bilik wardrobe je, isk3x membazir je..kalau beli baju baru kat mommy lagi bagus sengihnampakgigi ngeh3x.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...