CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday, 18 May 2012

Sesi bersama Penulis "Ku pinang Kau Dengan Bismillah"

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Masa cuti Golden Week lepas, dalam pada I tengah konon2 sibuk siapkan presentation untuk conference tu ...sempat jugak kami sekeluarga join dengar ceramah "The Secret of Super Family". Ceramah ini di sampaikan oleh penulis novel terkenal dari Indonesia iaitu Ustaz Mohammad Fauzil Adhim. Kalau dengar nama memang tak kenal kan..tapi kalau I sebut "Ku Pinang Kau Dengan Bismillah"; mesti ramai yang familiar kan?. Aaa ustaz ni lah penulis novel tu, bukan penulis lirik lagu yang korang duk dengar Pasha & Rossa duk nyanyi tu hehe.


Ceramah ini ada 2 sesi iaitu Sesi 1 : Menghadirkan Rasulullah dalam rumahtangga kita dan Sesi 2 :  Melejitkan (meningkatkan) potensi moral dan spritual anak. Kitorang pergi yang sesi ke-2 tu je sebab pagi ada hal sikit nak di bereskan di rumah. Ceramah ini anjuran komuniti Indonesia di Fukuoka dan di buat di Masjid Fukuoka.


poster




Alhamdulillah, banyak ilmu dan pengajaran berguna terutama tentang ilmu mendidik anak yang I dapat kutip dari ceramah Ustaz Fauzil ni. Nak share semua memang panjang berjela lah entry ni, plus tak semua I catat..sebab duk berebut ipong dengan SN. I pulak lupa bawak pen/kertas nak catat, so tulis kat ipong je ilmu2 yang Ustaz share. Kat sini I share sikit2 lah ye rumusan apa yang I dapat simpulkan dari ceramah Ustaz Fauzil hari tu.

+- gambar dari ipong, SN yang snap. Ustaz Fauzil yang pakai kopiah tu -+

(1) Memahami Peringkat Usia Anak
• Usia 0 - 7 tahun : anak ialah RAJA
   ---> anak ialah RAJA pada peringkat usia ini sebab mereka perlu di layani dengan sebaik mungkin, sentiasa di berikan perhatian serta tumpuan sepenuhnya dan juga mereka mahukan semua permintaan mereka harus di penuhi *macam raja lah kan?*. 
--> Adalah penting bagi ibubapa melayani anak seperti RAJA tetapi dalam masa yang sama tidak terlalu mengikut segala kemahuan anak.

• Usia 8- 13 tahun : anak ialah BUDAK
--> BUDAK di sini maksudnya boleh dan perlu di suruh. Kena beri tunjuk ajar dan kena selalu bagi arahan pada anak2 di peringkat usia ini. 
--> Macam orang2 tua selalu cakap lah, "sekali di ketuk sekali tukul"...eh ke arwah Mama I je yang selalu cakap cenggitu bila anak dara dia ni lambat bergerak buat kerja2 rumah? hohohoho.

• Usia 14 - 21 : anak ialah MENTERI
--> pada peringkat ini, arahan dan suruhan yang terlalu keras tidak akan mendatangkan apa2 kebaikan. Anak ibarat MENTERI waktu ini, cara diplomasi lebih berkesan. 
--> Perbincangan secara berhemah hendaklah di buat memandangkan anak sudah mencapai usia yang matang untuk berfikir baik buruk sesuatu perkara itu.

• Adalah sangat penting untuk ibubapa memahami peringkat umur anak dan mengasuh mengikut pola asuhan berbeza pada 3 peringkat umur yang di nyatakan di atas. 


(2) Memberikan Inspirasi dan Motivasi kepada anak berupa:
• Inspiring Stories --> ceritakan tentang kejayaan orang2 lain
• Direct Motivation --> sentiasa bagi pujian dan dorongan
• Ideas Sharing --> sentiasa bagi pendapat dan bertukar2 pandangan dengan anak
• Visioning (tentang masa depan anak) --> bayangkan masa depan yang baik2 untuk anak



Kemudian Ustaz Fauzil menjawab beberapa soalan yang di ajukan kepadanya .
(S1)  Bolehkah ibubapa memaksa anak2 menuruti kemahuan/kehendak mereka?
(J1)  Memaksa di bolehkan tetapi perlu dilakukan dengan ilmu. Jangan semata-mata paksa membabi buta tanpa memberi penjelasan dan rasional di sebalik paksaan itu. Paksaan semata-mata tanpa justifikasi secukupnya boleh mendatangkan konflik dan membuatkan anak menentang kemahuan/kehendak ibubapa.

(S2) Bolehkah ibubapa mengancam anak2 di usia 3 tahun dengan ancaman api neraka?
(J2) Seeloknya, untuk anak2 di bawah usia 6 tahun tidak di galakkan ibubapa mengancam mereka dengan kata2 seperti "kalau tak ikut cakap ibu, nanti masuk neraka". Ini kerana anak2 di bawah usia 6 tahun akan menerima respon itu sebagai respon negative dan menimbulkan prspektif negatif juga kepada anak itu. Nanti anak itu akan ingat, buat salah sikit pun terus masuk neraka sedangkan kasih Allah luas tak bertepi bagi hambaNya yang bertaubat.

(S3) Apakah cara terbaik menerapkan disiplin kepada diri anak2?
(J3) Cara terbaik ialah menerapkan disiplin itu secara bertahap mengikut peringkat umur seprti yang di nyatakan sebelum ini. Yang paling penting ialah consistency for every action.  Maksudnya, kalau memang dari awal kita cakap "TAK BOLEH"; maka jangan kalah dengan tangisan anak lepas tu terus cakap "BOLEH" sebab nak anak berhenti menangis. Kalau anak nak menangis, biarkan dia menangis. Bila dah reda; barulah terangkan kepada anak kenapa "TAK BOLEH" dan bagi nasihat kat anak.

(S4) Pendekatan saya dan suami dalam mendidik anak adalah berbeza. Suami lebih garang sementara saya lebih bertoleransi. Bagaimana mencari kesepakatan?
(J4) Tidak ada salahnya jika pendekatan ibu dan ayah dalam mendidik anak2 itu berbeza. Memang perlu dalam sesebuah keluarga untuk ada sorang yang keras dan seorang yang lembut. Yang penting, ibu dan ayah harus saling menyokong dan menguatkan antara satu sama lain. Jangan sewaktu ayah sedang memberi nasihat, si ibu menghalang perbuatan itu. Bila ayah dan anak dah cool down, ibu lah berperanan untuk menerangkan kepada anak "ayah marah bukan sebab benci, tapi sebab sayang. Kena dengar nasihat ayah baru jadi anak yang soleh".


Kalau nak dengar versi penuh ceramah itu, boleh klik kat SINI dan download rakaman ceramah itu. Ustaz Fauzil ni memang banyak tulis buku tentang rumahtangga dan cara mendidik anak mengikut Islam. Sayangnya hari tu dia tak bawak pulak buku2nya untuk di jual. Cuma sebilangan yang bertuah je yang dapat hadiah buku dari beliau pada hari itu.

+- SN tumpang posing dengan salah satu buku Ustaz, nanti nak mintak kawan kat Indonesia tolong belikan lah -+ 


Alhamdulillah, walaupun dapat join sesi ke2 saja tapi I rasa banyak jugak dapat korek ilmu2 parenting mengikut Islam. Memang bukan mudah nak mendidik anak, tapi bukan mudah juga untuk mendidik diri kita sendiri menjadi ibubapa yang terbaik untuk anak2 kita. Sebab itu kena banyak2 cari ilmu2 agama untuk mendidik anak. Semoga mommy dan daddy dapat lebih ISTIQAMAH dan lebih BANYAK BERSABAR dalam mendidik anak2 kami. Memang bukan senang tapi kalau tak mula dari sekarang, bila lagi nak mulakan?.

 +- posing dengan buah hati mommy kat dalam masjid masa dengar ceramah. SN lah harta paling berharga buat mommy di dunia & akhirat. Mommy sayang SN sepenuh jiwa raga ♥ -+


Sekarang ni I tengah baca buku "Prophetic Parenting : Cara Nabi Mendidik Anak" tulisan DR. Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid. Buku ini di tulis berdasarkan kajiannya terhadap Sirah Nabawiyah dan As-sunnah, penulis mengungkapkan bahawa pendidikan bagi anak bermula dari ketika kedua orangtua menikah. Kemudian hubungan kedua orangtua, kesolehan mereka dan kesepakatan mereka dalam melakukan kebajikan, memiliki pengaruh yang cukup kuat dalam membentuk sisi psikis dan kecenderungan bagi sang anak. Nanti dah habis baca, I share ilmu2 best dari buku tu pulak dengan kawan2 semua ye.



+- sempat baca sebelum tidur je sehelai dua...tak tahu lah bila boleh habis baca -+


“Setiap keluarga Muslim memerlukan buku ini untuk diletakkan dalam perpustakaan peribadi dan ditelaah, kemudian seluruh petunjuk kenabian yang terdapat di dalamnya diaplikasikan dalam bentuk amal nyata.” ~ Doktor Mahmud ath-Thahhan (Ketua Jurusan Tafsir dan Hadits, Fakulti Syariah Universiti Kuwait)
 
 
JazakAllah Khayr (جزاك اللهُ خيراً‎) = "May God reward you with goodness."

Pssssttt : “Jumu’ah Mubarak!” to all of you...may this Friday brings barakah in your life..Ameen

~ Thanks for reading this (^-*) ~ 
 

23 words of wisdom & comments:

AA said...

prophetic parenting..kena bli nih..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

bestnyer join event gini
baru tahu byk tahap budak2 ni ngeee
ai pong syg my adam ngeee

Eliss said...

seronok dengar ceramah2 kekeluargaan mcm ni.

AyuArjuna BiGoshh said...

thanks for sharing..seronok membacanya

Mama Zharfan said...

me byk buku kat umah cuma tak pandai cari masa nak baca ;)

rostina76 said...

Bestnya dpt join islamic parenting talk mcm ni kan...kita ni manusia selalu leka, mmg kena selalu dpt 'ketukan' gak. tq sharing the info. semoga kita semua berjaya mendidik anak2 dgn cara islam yg terbaik, insyaalllah

FnF Simple Life said...

FnF pun dah beli prophetic parenting...siap pos dari msia lagi tuh...

transformed housewife said...

bagus nasihat2 dr Ustaz Fauzil tu. Meme kito keno byk lg tamboh ilmu bilo nok didik anok2 ni.

MamaAliya said...

thanks for sharing...buku prophetic parenting tu dlm bhs indonesia or english kak?

Diana @ BKKC said...

nak jadi ibu kena berilmu..nak berilmu kena berguru.. hehe..

Nadiah Sidek said...

tak pernah dengar nama ustaz tu. nama novel pun tak pernah dengar. huhu. thanks for sharing yatie :)

Unknown said...

lama x BW, dpt ilmu rupanya di sini... memang mencabar nak mengasuh anak.. semakin usianya meningkat semakin besar cabarannya...

ddfirdaus said...

bagusla yatie. Nanti buatlah list ur parenting readings boleh tumpang sekaki :-)

Unknown said...

nak jugak tau your parenting reading..i tak berapa nak rajin buat research..sbb selalu attend seminar utk kesihatan je..tak terjumpa lagi seminar keibu bapaan..yang FREE..hehehe.. :P

Aleyn said...

Baguslah buku ni ek....harus carik ni...

yatie chomeyl said...

AA : mmg best, buku wajib beli :)

lady ayu : aah tu lah, bila dh tahu peringkat2 ni sng sikit nk deal dgn diorg

yatie chomeyl said...

Eliss : mmg best, dpt + ilmu

Ayu Ajuna : u r most welcome :)

yatie chomeyl said...

Mama Zharfan : me too, tu yg smpt baca sblm tdo je selai dua huhuhu

rostina76 : Insya Allah, sama2 kita usahakan Ameen

yatie chomeyl said...

FnF : nti leh review jugak bila dh habis baca :)

kak nur : btol3x

yatie chomeyl said...

mama aliya : dlm bhs indonesia, tp boleh faham rasanya

Diana BKKC : btol tu,xleh sembrono je :)

yatie chomeyl said...

Nadiah : yatie pun xpernah baca novel dia, tp tajuk tu pernah dgr sbb sama dnegan tajuk lagu

kak yong : btul tu, boleh hilang sabar layan kerenah anak hari2 huhuhu

yatie chomeyl said...

Balkis & Rai : Insya Allah, nanti I share ye :)

Aleyn : harus2x ;)

Nur-nba said...

Yatie, berapa harga buku ni?... Memang kena lengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...