CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Tuesday, 8 May 2012

Manusia macam semut kat Kinkakuji (Golden Pavilion), Kyoto

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Yosh, selepas 2-3 entry terbaru kat blog ni sekadar entry pendek semata-mata marilah kita kembali ke tabiat semulajadi iaitu update blog panjang lebar *walaupun orang scroll laju2 je* dengan cerita bergambar. 

Macam yang I dah bagitahu kat entry Golden Week Holiday in Japan hari tu, SN's family ke Osaka & Kyoto on the last weekend. Konon2 agenda utama ialah sebab I kena present kat conference tapi agenda sampingan i.e. jalan2 tetap meriah berlansung semata-mata sebab nak cari bahan untuk update blog *alasan tak leh blah* ihikhik.

Pukul 5.50 pagi dah gerak dari rumah, naik train ke Hakata sebelum naik bullet train (shinkansen) dari Hakata --> Osaka. SN yang selalunya merengek bila kena kejut awal pagi pun bangun dengan terujanya sebab excited nak naik shinkansen. It took us about 2 1/2 hour to reach Shin-Osaka station. Dengan pantasnya naik pulak keretapi JR ke Osaka untuk ambil kereta yang dah di sewa.

+- masa ni pukul 6.30 pagi, dah dalam tren dari rumah ke Hakata -+

 +- left pic : dalam bullet train. right pic : baru sampai kat staion Shin-Osaka -+

Destinasi pertama ialah menuju ke Kyoto. Terpaksa sewa kereta sebab mak buyong ni lembik sekarang, tak boleh nak naik train yang sesak dengan orang. Osaka pulak sesak nak mampus dengan umat manusia, hoih...pening kepala. Settle urusan sewa kereta, hubby pun drive ke Kyoto dan mak buyong dan SN tidur setidur-tidurnya sepanjang perjalanan dari Osaka ke Kyoto ihikhik hehe.

 +- incik driver -+

 +- sleepy passenger -+


Dah nama pun jalan2 masa cuti seluruh negara kan, jalan pun sesak lah dengan kenderaan. Sempat menyinggah kat satu tempat je kat Kyoto i.e Kinkakuji (golden pavilion). OK lah tu, lagipun tempat ni lah yang paling famous kat Kyoto pun. 

+- Kinkakuji (golden pavilion) -+

+- peta kawasan Kinkakuji (golden pavilion) -+

Hubby parking jauh sikit dari Kinkakuji tu dan kitorang jalan kaki dalam hujan renyai je sebab susah nak dapat parking dekat2 situ. Ya ampun, bila sampai je kat pagar masuk...ramai gila manusia dah nampak kepala hitam/perang je kat situ. Nak tolak stroller SN pun susah kat orang ramai2, nak ambik gambar pun menyelit kat celah2 orang je lah.


 
+- ramaiii kan orang? -+

 
+- duduk diam2 dalam stroller, hujan kat luar tu -+

Kinkakuji (Golden Pavilion) is a Zen temple in northern Kyoto whose top two floors are completely covered in gold leaf. It is an impressive structure built overlooking a large pond. 

 
+- muka dah sama besar dengan talam ihikhik -+


+- nak ambik gambar pun susah, penuh orang -+

 
Statues of the historical Buddha and Yoshimitsu are stored in the 1st floor. It is not possible to enter the pavilion, but the statues can be viewed from across the pond if you look closely, as the front windows of the first floor are usually kept open.  Korang bayangkan kalau visitors boleh masuk dalam ni, haruslah pakat kikis dinding pavilion ni nak ambik emas sikit2 sorang ihikhik eheh.

 
+- sayup2 je nampak bangunan tu jauh kat belakang -+

 
+- yang ni pulak pandangan bangunan tu dari sisi tepi -+


Inside the 2nd floor is a seated Kannon Bodhisattva surrounded by statues of the Four Heavenly Kings; however, the statues are not shown to the public. Finally, the third and uppermost floor is built in the style of a Chinese Zen Hall, is gilded inside and out, and is capped with a golden phoenix.

+- pandangan belakang -+


After viewing Kinkakuji from across the pond, visitors pass by the head priest's former living quarters (hojo) which are known for their painted sliding doors (fusuma), but are not open to the public.



 

The path once again passes by Kinkakuji from behind then leads through the temple's gardens.

+- jalan menuju ke garden -+

The gardens hold a few other spots of interest including Anmintaku Pond that is said to never dry up, and statues that people throw coins at for luck *berlumba-lumba diorang campak coins kat situ, hubby & I pulak yang rasa macam berlumba2 nak kutip coins yang bersepah diorang campak2 tu*.

+- breathtaking view of the pond -+


+- people lining up to throw the coins -+

  
+-throwing coins for luck -+

Outside the exit are souvenir shops, a small tea garden where you can have matcha (green tea) and sweets (for 500 yen).

+- souvenir shop -+

+- green tea & sweets for 500 yen are available here -+


There's also Fudo Hall, a small temple hall which houses a statue of Fudo Myoo, one of the Five Wisdom Kings and protector of Buddhism.

+- the small temple hall -+

Kitorang sempat jugak lepak kejap kat kedai sebelum keluar dari park tu, bantai aiskrim barang satu dua kon. Nyum nyum...sedapnyer.

+_ muka SN penuh perasaan menghayati keenakan aiskrim green tea -+

Sebelum gerak balik ke Osaka, sempat pusing2 kat bandar Kyoto tapi tak turun pun sebab malas nak jalan kat tengah2 manusia yang ramai tu. Hajat hati nak makan kat restoran Turki tapi tutup pulak hari tu.
+- tengah2 bandar Kyoto -+

+- tak kuasa nak jalan bersesak-sesak dalam orang ramai ni -+

+- temple kat tengah2 bandar Kyoto -+

Last2 drive ke Osaka dan singgah makan kat Restoran Bagus (Indonesia) sebelum check in kat Hotel New Hankyu. Nanti episod jalan2 hari ke-2 akan bersambung kat entry selepas2 ini..macam tak biasa pulak kan...ni pun dah panjang berdepa-depa entry ni siul .

Psssst : haaaa, mesti korang scroll laju2 tengok gambar je tak baca pun apa yang I bebelkan hohohoho kantoi di situ jelir.

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

18 words of wisdom & comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

ai x smpi lagi kat Kinkakuji tue dok belek kat album darl jer ...sadis betul hahaha insyaAllah ada rezeki next year gi but bukan masa GW la sbb ai x thn umut manusia reramai gituew...kasi stress ada la.

Fazlinil Irma said...

saya baca. sampai habis. ;)

Farah said...

emas betul ek?

Muka yatie preg ngan tak sama jugak.farah punye muke awal2 dah kembang

transformed housewife said...

fuhh ramanyo manusio. Rugi tok gi kikih emas tu. hehe

mazni_azis said...

tempat ni sangat cantikkkkkkkkkkk

F.I.Z.A said...

org pregnant yg slim =)

♥MAMASYAZA♥ said...

akak baca sampai habis.
akak tengok gambar souvenir shop tu cam ubat nyamuk dulu dulu le pulak.

norliha said...

kita baca habis tau sbb
akak suka bw blog yati
yang macam ubat nyamuk tu, sweet ke...

dbalkis said...

Lama x baca ur blog x tau pgnt..congrats..cantik gmbar2 hijau..apakah teknik photo editing?

yatie chomeyl said...

lady ayu : aa jgn pergi masa GW, susah nak posing huhuhu

Irma : thanks baca smp habis eheh

yatie chomeyl said...

Farah : aah emas betul, sebab tu xleh gi dekat. muka I pun kembang la 2-3 bulan lagi ni huuhuu

kak nur : ho, ramai gilo..nok jale pun payoh

yatie chomeyl said...

mazni azis : aah cantik, tp tu la bila ramai org sgt..nak menghayati pun payah huhuuhu

FIZA : tunggu lah lagi 2-3bulan xde nye slim lagi dah hahaha

yatie chomeyl said...

mama syaza : aah mcm ubat nyamuk dulu2 kan

k/norliha : yg mcm ubat nyamtuk tu pewangi kalau xsilap

yatie chomeyl said...

dbalkis : xde photo editing, gambar dari kamera je..xsmpt nak editing apa pun dear...bubuh watermark & resize je hehe

e.l.i.z.@ said...

dr fukuoka ke hakata naik gapo?
hakata ke osaka naik bullet train tu, mahal dop? brapo jam?

yatie chomeyl said...

eliza : Hakata tu station utama di Fukuoka ( so ore naik subway jah dari station rumoh ore di Imaujuku ke Hakata). Hakata ke Osaka naik bullet train, sorang dalam 15000yen (sbb ore amik reserved seat..kalu x reserved seat muroh skit tp ado kemungkinan berdiri sepanjang jalan la kot) huhuhu.

perjalanan hakata ke osaka about 2 jam 30 mnt gitu

Eliss Mie said...

sesaknya orang. souvenir satu tu mcm ubat nyamuk jer :p

Nur-nba said...

Damai je melihat gambar pemandangan kat sini.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...