Ohoii..sedar tak sedar kita dah pun masuk ke penghujung Julai...Ramadhan pun dah masuk hari ke 11. Dah masuk hujung bulan baru teringat nak cerita pasal kisah Family Day FUKU(3)M yang di adakan pada 8 Julai hari tu *2 minggu sebelum puasa*. FUKU3M ialah persatuan untuk Malaysians di Fukuoka ni.
Aktiviti family day merupakan aktiviti tahunan untuk FUKU3M macam yang pernah I cerita kat entry INI dan INI untuk tahun2 lepas. Untuk tahun 2012 ini, event ni di buat kat Nagatani Dam. Mula2 mak buyong rasa macam malas nak pergi sebab dah banyak kali kitorang buat majlis makan2 kat Nagatani Dam tu, konon2 macam dah boring lah nak pergi situ tapi bila tengok kat menu makanan yang di sediakan untuk hari tu...terus berubah fikiran. Dasar si boyot yang kuat makan eheh.
Event start pukul 9 pagi konon2nya, tapi ramai jugak yang datang lambat. Here are the list of events that took place on that day :-
(1) BBQ
Setiap keluarga sediakan juadah untuk di bakar. My family buat ikan bakar berempah, ada ayam madu, ayam BBQ, dan macam2 jenis ayam lah.
+- macam2 ada -+
Kerja bakar membakar pada mulanya di monopoli oleh kaum lelaki tapi masa diorang main game untuk sukaneka, kaum wanita pulak ambil alih. Itupun mak buyong tukang tengok dan tukang makan je eheh.
+- bakar membakar -+
(2) Makan-makan
Ini acara yang paling di tunggu-tunggu oleh mak buyong. Selain bawak ikan bakar berempah tu, mak buyong prepared mee kari jugak. Selain itu, ada banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk gila makanan lain yang di bawa oleh ahli FUKU3M.
+- macam2 juadah ada -+
Sumpah banyak, sampai sendat perut nak makan. Paling best, siap ada macam2 resepi inspired by Masterchef Selebriti Malaysia e.g. karipap pusing, kuih butir nangka and etc. Makanan2 lain yang ada macam tiramius, mee goreng, mee bandung, kek pisang, lasagna dan macam2 lagi lah.
(3) Sukaneka
Di bahagikan kepada 3 kategori iaitu :-
(a) Kanak-kanak
Ada beberapa game untuk kanak2 contohnya tiup belon + pijak sampai pecah, kutip gula2, dan isi air dalam botol. ABg SN pun bersemangat jugak nak join sekali walaupun dia duk dalam group yang paling kecik kat situ, lantaklah janji happy kan. Bukan main suka lagi bila dapat kutip gula2, penuh tangan sampai tak muat nak isi dalam poket seluar.
+- ceria je Abg SN masa beratur tunggu giliran -+
+- games untuk kanak2 -+
(b) Lelaki
Games untuk kaum lelaki pulak memancing botol air, isi air dalam botol, passing bola pingpong guna chopstick dan juga dukung anak sambil kepit belon. Game paling best ialah game yang kepit belon sambil dukung anak tu la, lawak okeh tengok sorang2 jalan terkepit2 ekekeke.
+- beria masing2 tiup belon untuk di kepit di celah kaki -+
+- games untuk kaum lelaki -+
+- abaikan suara mak buyong yang over cheering "Go DADDY Go!"-+
(c) Wanita
Untuk kaum wanita, kitorang dah bagi syarat siap2 kepada pengajur games yang sebarang games untuk kitorang tidak boleh melibatkan aktiviti yang kena lari2...aktiviti setempat je yang di benarkan *kalau ada aktiviti lari2 nanti mak buyong tak leh nak join ekekeke*. Kitorang cuma main 2 games iaitu isi air dalam botol dan passing bola pingpong guna chopstic.
+- perbincangan strategi dan taktik nak menang -+
+- isi air dalam botol -+
+- passing bola pingpong guna chopstick, muka2 sorang2 komited gila -+
Standard lah kalau gegirls punya game, kecoh nya lain macam sikit. Bukan main riuh sorang2 buat strategi nak menang. Tapi macam biasa lah, group yang ada I lah yang menang #blow- nails-flip-hair. Itu nama dia tuah mak buyong ekkeke *koya je mak buyong, padahal orang lain yang bersungguh2 nak bagi team kitorang menang*.
+- team gegirl yang MENANG -+
+- team gegirl yang MENANGgung kekalahan -+
(4) Solat zohor berjemaah
Tengah2 bersuka ria tu, kewajipan selaku hambaNya tidak di lupakan. Bila masuk waktu Zohor, ahli2 FUKU3M solat berjemaah dan lepas tu ada buat mesyuarat sikit bincang preparation untuk Grand Iftar kat Masjid Fukuoka nanti.
+- solat zohor berjemaah -+
(5) Penyampaian hadiah
Semua kanak2 dapat hadiah tak kira menang ke kalah. Untuk dewasa pulak, ada hadiah untuk cabutan bertuah sebanyak 20 cabutan. Mak buyong pun bertuah jugak, dapat hadiah penapis sayur; jadi lah daripada tak dapat apa2 lansung kan eheh.
+- macam2 ekpresi muka ada masa sesi penyampaian hadiah ni -+
(6) Sesi bergambar
Acara penutup untuk hari itu ialah sesi bergambar. Macam biasalah mula2 gambar kaum wanita, lepas tu kaum lelaki, lepas tu gambar semua ahli dan di akhiri dengan banner di rebut-rebut untuk gambar family dan individuals pulak ngeee.
+- gegirls FUKU3M -+
+- boys boboyot FUKU3M -+
+- SN's family, eh Abg SN posing tak macho lak, mencangkung dan masam mencuka -+
+- okeh gambar ni Abg SN senyum manis di sisi mommy yang boyot -+
Pssstt : tengah pilih gambar mana yang sesuai nak hantar kat Salam Perantau untuk tahun ini eheh.
~ Thanks for reading this (^-*) ~