Ohoo hooooi*eceh, dah macam M.Daud Kilau plak* dah 10 hari masuk tahun baru, baru terhegeh-hegeh nak up entry pertama untuk tahun 2013. I need to get my mojo in blogging again, tapi tu lah...right now masa memang sangat2 limited for me to sit down in front of the laptop to write blog post everyday like I used to do. I guess selain faktor masa dan malas, lagi satu faktor kurangnya entry kat blog ni sekarang is because hard disk yang I simpan gambar tu dah kaput!.
Serius tension tahap gaban bila tiap kali I plugged in external HDD tu nanti keluar pop-up message "“You Need to Format the Disk in Drive". Dah macam2 cara I guna to fix it but no avail. I guess last option is to just send it to the expert and let them fix it. Bila takde gambar, semangat nak berblogging pun merudum la sebab idea biasanya datang dari gambar2 tu. So, hari ni mari kita borak pasal entry review je lah; boleh gitu?
About 3 months ago, I promised nak review pasal Tanamera Postal Care Set; konon-kononnya untuk kawan2 blogger yang tengah preggy jugak masa tu. Alih2 sekarang ni diorang dah selamat beranak pinak pun..review tu tak naik2 lagi hahaha. Semalam pulak kawan matrix I pulak tanya pasal set ni, maka baru lah teringat janji2 palsu yang telah I taburkan dulu belum di tepati eheh.
Basically Tanamera set ni ada 11 products. Penggunaan product pulak ada yang dah boleh guna before giving birth and after giving birth.
(A) PRE AND POSTNATAL PRODUCTS
1) Cold Pressed Virgin Coconut Oil
- bagus untuk kurangkan stretch mark. Lagi bagus kalau rajin sapu awal2, so tak de lah merekah sangat dan garis2 hitam kat perut tu tak obvious sangat.
- masa dah rasa contraction tu, sapu jugak kat perineum area untuk melicinkan proses bersalin *yang ni memang I buat few hours sebelum bersalin...Alhamdulillah memang agak membantu*. Lagi elok kalau bawak masuk kat labor room dan apply masa nak betul2 bersalin tu.
- boleh jugak di minum 2-3 tsp tapi I tak minum pun.
2) Brown Formulation Soap - bau herba dan elok di gunakan untuk menyental daki2 kat celah2 paha tu.
3) Herbal Massage Oil - bau best, tak ada bau yang tak best macam minyak2 urut lain. Lagi best bila ada orang yang urutkan haha
4) Lavender Floral Water - masa preggy hari tu, kulit muka I kering sangat. So, I selalu sembur floral water ni kat muka; kuranglah sikit gatal2 kat muka.
(B) POSTNATAL PRODUCTS
1) Feminine Herbal Wash - yang ni macam feminine wash yang lain la fungsi dia, cuma kena rendam dulu dalam air panas sebelum apply. Tapi ada banyak, so boleh simpan dama botol dan spray everytime pergi toilet.
2) Herbal Bath - yang ni pun kena rendam dalam air panas dulu, lepas tu mandi macam biasa. Bagus untuk buang angin2 kat dalam badan.
3) Boreh Body Scrub - scrub ni guna 2x seminggu je. Memang fresh sangat rasa lepas sental satu badan guna scrub ni. Lagi elok kalau mandi masa baby tengah tdiur nyenyak, boleh sental lama2 sikit.
4) Firming Herbal Blend Paste - yang ni param, sapu kat perut. Masa apply kat perut memang rasa panas sikti lah, then cepat2 barut perut guna bengkung yang ada dalam set Tanamera ni jugak. Biasanya I pakai bengkung lepas mandi dan sebelum breakfast.
5) Abdominal Wrap - bengkung Tanamera ni tali dia panjang sikit so ambik masa yang lama sikit lah nak membarut perut tu. Tarik tali tu kemas2 tapi janganlah ketat sangat sampai nak berjalan pun tak leh hehe.
6) Calming Herbal Blend Paste - yang ni pilis, guna seminggu 2x je..tak yah nak tepek kat dahi hari2. Yang ni pun rasa panas sikit masa mula2 apply, memang membantu untuk keluarkan angin kat kepala.
7) Herbal Tea - A breastfeeding friendly warming tea that does not contain any caffeine to help new mothers recover after childbirth. Tapi I tak minum pun sebab I tak suka sangat minum teh..so tak leh nak review pasal tea ni lah.
Overall review untuk Tanamera ni, best lah guna sebab tak payah nak makan jamu ke apa..so tak risau baby kena jaundis ke apa *tapi SN Jr kena jaundis gak sebab nurse cakap kalau mommy darah O, baby memang senang kena jaundis*. Cuma yang tak best nya set Tanamera ni sebab ada 14 packets je for each products tu, so maximum boleh guna untuk 30 days gitu je lah. Tapi I guess, 14 sachets tu pun dah cukup untuk membantu mengembalikan kesegaran lepas bersalin.
Kalau tanya samada membantu ke tak untuk menguruskan badan, honestly I tak tahu jawapannya semata2 sebab Tanamera set ataupun termausk sekali dengan cara pemakanan lepas bersalin. I memang tak makan lansung makanan bergoreng dan makanan yang bersantan masa dalam pantang. Hari2 makan lauk bakar ataupun rebus je...memang menguatkan hati sampai 40 hari *eh tapi ada jugak lah sehari dua I curi2 makan ayam percik sebab terliur sangat tengok ayam tu duk terhidang kat atas meja eheh*.
Lagi satu, I memang pakai bengkung almost 24 hours. Pagi lepas mandi, I pakai param dan bengkung Tanamera tu. Sebelah malam pulak I sapu Losyen Halia Limau Nipis Yusmira dan barut perut guna bengkung moden. Yang ni memang I pakai sampai pagi dengan penuh ketabahan, walaupun panas menggelegak lepas apply losyen tu I sabarrrrrr je; janji dapat cepat2 kempiskan perut.
Pung pang pung pang review macam2, gambar diri sendiri yang konon2 dah kembali macam sebelum preggy ni lansung tak pernah tepek lagi kan?. Berat sebelum melahirkan SN Jr is 57kg...dan berat semasa is 46 kg.
Nak tengok samada berkesan ke tak Tanamera set ni untuk I?.
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
Eceh, poyo sangat I kan..siap tulis berapa hari tu. Tapi I tulis tu sebab nak tunjuk bukanlah boleh kurus serta merta lepas bersalin tu. Yang penting kena usaha lebih sikit lah kalau nak kembali ke perut sebelum preggy. I mengaku I ni bukannya pantang sangat bab makan masa dalam pantang, but I did wear the abdominal wrap religiously. Even sekarang pun kalau I makan banyak dan nampak perut I buncit sikit, I cepat2 apply losyen halia yusmira dan pakai bengkung.
Again, I tak boleh nak kata Tanamera Postal Care Set ni saja yang membantu I kembali kuruskan badan tapi makanan lepas pantang + bengkung moden + losyen Yusmira + breastfeeding dah banyak membantu. Sekianlah review seadanya sesuka hati dan seikhlasnya dari I..semoga membantu untuk ibu2 lain yang tengah berkira2 nak guna set apa lepas bersalin nanti.
Pssstttt: Alhamdulillah, tak payah beli korset mahal beribu2 tu untuk kempiskan perut semula...cukup dengan bengkung moden RM200 dan losyen RM20 hehe.
~ Thanks for reading this (^-*) ~