CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Tuesday, 6 September 2011

Kuih Muih Chomeyl

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif 
Masih lagi dalam mood untuk bercerita pasal kisah raya 1432H ~ 2011. Entry hari ini ialah pasal kuih muih raya yang I sediakan sendiri kat sini. Dah jadi macam tradisi bagi diri sendiri untuk buat sendiri kuih raya. I guess it runs in my blood already sebab Arwah Ma dah trained I untuk buat kuih raya dari I kecik-kecik lagi. Kuih raya wajib untuk keluarga kami ialah Cornflakes madu, Tat Nenas, Chocolate Chip, Biskut Gajus, London Almond dan Kek Chocolate Moist. 

+- Kek Chocolate Moist resipi turun temurun Arwah Ma yang di hias comot -+


Kerahan tenaga adik-adik di perlukan masa nak suruh sapu mentega kat dulang pembakar dan juga untuk tabur chocolate rice/ceri sebagai hiasan topping atas biskut itu. Biasanya I akan buat dalam 200 - 300 biji untuk setiap jenis sebab menambil kira bilangan ahli keluarga yang ramai, adik berdik pulak semua hantu biskut, mak sedara dengan pak sedara yang beraya sekali dengan kitorang dan tak lupa juga untuk bagi-bagi kat nenek, tok sedara dan mak sepupu kat kampung.
Nasib baik stove oven kat kampung besar dan ada 2 lapis, at least cepatlah jugak proses membkar tu. Masa mula-mula start proses membakar itu aidk-adik tolonglah lagi, tapi dah last-last semua terbongkang tidur depan TV sebab tak tahan tergoda dengan bau biskut yang dah masak tu, cittt.
http://pics.adoos.ca/93edc5e64220057c7b11b281039ccce4-1-3-stoveovens-for-sale.jpg  
+- macam ini lah lebih kurang stove oven milik Arwah Ma. pic credit: adoos -+


Walaupun beraya di perantauan, dan mak mertua dah poskan beberapa jenis kuih raya untuk santapan anak, menantu dan cucunya ini; tetaplah ada semangat membara dalam hati untuk buat sendiri biskut raya. The main reason kenapa I nak jugak buat sendiri biskut raya ialah sebab setiap kali I buat biskut raya, I akan terkenangkan momen manis yang pernah I lalui dengan Arwah Ma masa kami sama-sama buat kuih raya dulu. 


Terbayang lagi betapa bangganya Arwah Ma bila kek chocolate moist yang I buat masa umur 15 tahun di puji sedap oleh kawan-kawan dia; betapa gembiranya Arwah Ma bila kuih-kuih raya yang I bagi kat nenek di sorok dalam almari *sebab tak nak bagi orang lain makan, nenek cuma hidangkan biskut raya yang beli je kat tetamu* eheh. Terkenang jugak resipi yang di guna setiap tahun itu dari buku resipi yang dah koyak rabak, tapi memang Arwah Ma tak suka guna resipi baru yang tak tentu sedap ke tak..so stick to the old one yang memenuhi selera tekak kami sekeluarga.


Tu dia, kalau dah start mengenang memori memang panjang berjela lah entry ini. Back to the main topic, tahun ini I buat 3 jenis kuih untuk raya dan jugak bulan ini dalam sejarah ialah bilamana I berjaya buat pulut tapai sendiri.



(1) Chocolate chip

Sebab terlupa nak salin resipi turun temurun dari arwah Ma tu, so I icilok resepi kat my resipi .Alhamdulillah, turn out OK dari segi rasa dan rupa. Tak keras sangat dan tak rapuh sangat, just nice. Lupa pulak nak ambil gambar close-up chocolate chip ni, nanti kalau dah ambil gambar I letak sini.

+- chcolate chip dalam balang di temani rakan-rakan seperjuangan menunggu di ngap -+ 


(2) Cornflakes Madu Gergasi

Sekali lagi resipi ambil kat my resipi. Senang je buat biskut ni kan, tapi kali ini I tak guna madu, tapi guna golden syrup sebab madu yang ada kat rumah dah macam tak best bau dia. Dah la tu tak ada hiasan untuk topping pun tak berapa warna warni, campak je yang mana ada. Plus jadi cornflakes madu GERGASI sebab isi dalam bekas muffin, cup kecik kat rumah dah habis, malas nak turun dari tingkat 5 semata-mata nak beli cup je hahaha. 

+- Cornflakes madu gergasi hanya terdapat di rumah kami sahaja -+


(3) French Macaroons

Percubaan pertama dulu, macaroons yag I buat retak seribu kat atas. Alhamdulillah, kali ini macaroons I lebih berseni berbanding masa mula-mula buat hari itu. *refer entry: Yatie Chomeyl mencomotkan Macaroons*. However macaroons kali ini tak ada feet la pulak, adoyaiii tak apa cuba lagi lepas ini sampai berjaya. 
+- the making of French Macaroons -+ 

 
Resepinya I ambil kat youtube. Lepas itu, I tambahkan step hempas tray atas meja dulu bagi batter tu tak ada angin, to avoid crack. Plus, I letak bawah hembusan air cond dalam 15-20 minit sebelum bakar. Tips ini semua I dapat kat you tube la, so I combine je suka hati hehe. Ada yang nak share tips lain lagi tak?. OK la tu, at least ada rupa macaron dah la kan?.

+- yang ini saiz besar, sekali ngap kenyang 3 hari -+



(4) Tapai pulut

Selalunya pulut tapai kitorang dapat dari tok sedara kat kampung yang memang pakar, tapi dah jauh di perantauan ini nampaknya buat sendiri je lah. Nasib baik dapat ragi dari kenalan baru yang sudi poskan untuk I. Dapatlah I makan tapai pulut di hari raya kali ini.

Cara2 buat Tapai Pulut:

1)rendam beras pulut tu sekurang2nya sejam..jgn lama sangat sampai semalaman,takut beras kembang sngt ,

2) buang air, kukus beras pulut sampai berwap


3)angkat , ratakan atas dulang besar...renjis2 air @ gaul sket ngan air supaya beras tu serap air sekejap- jgn bnyk sngt...dlm 1 gelas air jah


4)kukus kali ke-2 smpai beruap... tengok beras pulut tu dah masak ke tak...kalau tak masak lagi,kukus sampai masak


5)angkat...ratakan atas dulang besar...


6)biarkan sejuk ...baru renjis2 ragi ke setiap permukaan beras pulut tu... renjis2 jugak gula ke setiap permukaan tu...jangan bnyk sngt , nanti bila tapai dah masak akan manis sendiri


7)balik kan permukaan atas ke bawah beras pulut yg dah di renjis ragi tu (untuk renjis ragi di permukaan bawah beras pulut tu plak)


8)
renjis ragi ,gula ke permukaan bawah yg dah di balikkan seperti no.6

9)boleh masukkan ke dlm bekas2 kecik utk disimpan

10)simpan tempat panas @ balut dgn kain besar/pelikat/sarung utk bagi dia panas...

11) estimate dlm 2-3hari tapai masak la...boleh test kalu dah nampak berair dlm bekas tu...




+- the making of tapai pulut -+

+- tapai pulut warna warni aidlifitri -+


I siap buat warna warni hijau + putih + pink lagi untuk tapai pulut I tu. Alhamdulillah habis semua tapai pulut yang I buat masa open house rumah kami Sabtu lepas sampaikan tuan rumah pun tak sempat rasa. Ragi ada lagi ni, Insya Allah kalau rajin malam ini nak buat lagi; boleh makan untuk jamuan raya dengan Geng Fukuoka hujung minggu ini pulak.


Pssssttt: bila kat perantauan ini macam-macam teringin nak makan. Tapi masa kat Malaysia, gedik pulak cari makanan Western/Japanese untuk tekak ini, dunia duniaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.


~ Thanks for reading this (^-*) ~

Sunday, 4 September 2011

Cerita ceriti Syawal 1432H : 1 Syawal

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif 
Yeay, start minggu ini dah kembali meriah dunia blog yang suram sejak seminggu yang lepas. Mesti kawan-kawan blogger sekalian tengah gigih nak update entry beraya ye tak?. So I would like to join the crowd jugaklah, nak bercerita pasal sambutan raya kami di perantauan bagi tahun ini.

 +- Family portrait : 1 Syawal 1432H -+


Macam biasa pagi 1 Syawal kami akan ke Masjid Fukuoka untuk solat sunat Aidilfitri dengan warga Islam yang lain. Alhamdulillah, saban tahun makin meriah komuniti Muslim di Fukuoka ni. Tahun ini ramai sampaikan jemaah lelaki terpaksa solat di dua tingkat yang berlainan, sebab ruang solat di tingkat 1 tak muat dah untuk menampung jumlah jemaah yang semakin ramai.

 
+- sebahagian komuniti Muslim di Fukuoka -+

+- sewaktu khutbah raya di baca-+

 +- muslimin bergambar kenang-kenangan dengan Imam dari Mesir -+


Macam-macam bangsa dari seluruh dunia berkumpul di masjid atas nama saudara seagama. Alhamdulillah, terbukti di sini yang warna kulit, negara asal, status diri, pangkat dan nama tidak di beza-beza kan dalam Islam. Yang penting ialah keimanan kita kepada Allah s.w.t.


+- Mommy & SN dalam masjid, lepas solat. ceria je muka budak kecik tu kan? -+




Ada persembahan bacaan Al-Quran dari anak-anak kecil dari pelbagai negara kat masjid lepas selesai solat sunat Aidilfitri tu. Lepas tu pulak, ada sessi penyampaian hadiah untuk para peserta yang join kuiz mengenai Al-Quran sepanjang Ramadhan hari itu. Seronok tengok budak-budak kecil tu fasih baca surah dari Al-Quran. 

 

+- comel-comel je semua -+


Macam biasa jugak, aktiviti wajib ialah bergambar depan Masjid Fukuoka selepas solat sunat itu. Tahun ni tema kami sekeluarga ialah warna biru. Baju I tu sepatutnya baju kurung moden yang ada potongan kecil di pinggang tapi tak nampak sangat shape nya walaupun lepas di alter sebab I memang nak longgar sikit untuk ruang pengembangan perut sewaktu menikmati juadah beraya jelir .

+- kuat jugak angin masa ni, tapi sengih tetap sengih mrgreen -+


  
+- yang ni pulak pose orang sakit pinggang jelir  -+


Dari masjid, kitorang bergerak ke rumah Abg Azli & Kak Ida yang join venture dengan Aimi & Wan untuk open house pertama. Ada macam-macam juadah raya yang tak sempat nak snap gambar properly sebab kalut nak mentekdarah tak pandang kiri kanan dah. Yang I ingat ada nasi impit + kuah kacang, mihun sup dan nasi minyak. Tak lupa jugak ada red velvet cake yang sungguh lazat sampaikan Firas-kun makan sehingga menjilat dahi mrgreen eheh.
 

+- penuh rumah dengan tetamu -+

+- makan-makan sambil borak-borak -+

 +- tu dia, icing sampai atas dahi Firas dah mrgreen -+


Dengan perut yang masih kenyang, kami berjalan kaki pulak ke rumah Abg Hafizal & Kak Sofiah yang join venture dengan Linda & Huzaimy pulak untuk meneruskan misi menambah ketinggian kebuncitan perut. Ada menu lemang + nasi impit + kuah kacang + satay dan ada kek-yang-dah-lupa-nama. Kat sini lansung tak ambil gambar sebab sibuk nak isi perut je, buruk lantak kan?.

 
+- Abg Hafizal yang pakai baju melayu purple tu -+

+-Kak Sofiah yang pakai tudung purple tu -+



Sesi penutup untuk upacara pembuncitan perut pada 1 Syawal di akhiri di rumah Abg Nuri & Kak Pora. Ada pulut kuning + kari ayam + rendang + nasi impit + lontong. Bertambah meriah sebab siap ada tayangan cerita Hantu Kak Limah kat rumah diorang. Betul-betul rasa macam beraya kat Malaysia!. Lepak kat rumah diorang lama jugak sebab syok makan di bawah hembusan angin air-cond yang dingin, sampai ada yang siap tertidur kat rumah Abg Nuri & Kak Pora tu.

+- menu yang sungguh meliurkan dan menggiurkan -+

+- tertidur kepenatan dah, penat beraya -+


Sampai rumah dah pun Maghrib, sakan beraya dari pagi sampai ke malam kat 3 buah rumah. Bila transfer gambar, tengok ada sikit je gambar I. Terus request hubby buat special photoshoot sebelum basuh baju raya itu. Budak kecik tu tak peduli sangat kegedikan mommy nak posing, yang dia tahu nak makan kuih raya je. So mommy angkut sekali kuih raya masuk untuk sesi photo shoot.


+- peace dulu, lepas tu makannnnnnnnnnn -+

  
+- angkut bakul kuih raya takut mommy ambik -+


Haruslah mommy over nak posing okeh, kalu tak sia-sia lah mak mertua pos baju raya idaman hati menantu hantu nya ini kalau tak ambil gambar banyak-banyak untuk tatapan keluarga tercinta di tanah air ye tak?.

+- salam dulu, baru boleh makan kuih raya -+

+- pose ni nama dia 'fasha-letih-fasha-nak-sandar' mrgreen -+


Alhamdulillah, tahun ini I tak menangis pun di hari raya macam tahun-tahun yang lepas. Barangkali dah semakin lali dengan perasaan beraya di perantauan, barangkali juga sebab kemeriahan beraya di perantauan sama meriahnya dengan raya di tanahair. Rasa rindu pada keluarga tetap membuak-buak tapi at least I tahu Kak Nur ada untuk sediakan juadah enak-enak untuk adik-adik, so tak risau sangat pasal adik-adik dah. 

Barangkali juga rasa sedih itu dah tertimbus dengan lemak-lemak yang semakin menebal di perut I ini ngeeeee mrgreen.

+- nak duit raya boleh? mrgreen -+

 +- Selamat Hari Rayo! dari Keluarga SN di Fukuoka -+

Pssssttt : muntah darah tak tengok gambar banyak gila ni? jelir. Dah macam raya di perantauan lagi meriah dari raya di Malaysia pulak, ye dak?.

~ Thanks for reading this (^-*) ~ 


Thursday, 1 September 2011

Pasar Ramadhan Fukuoka


 http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif 
Walaupun hari ini dah masuk hari ke-3 Syawal 1432H, mood untuk update entry raya belum lagi muncul. Sementara itu nak update cerita ceriti kenangan Ramdhan 1432H di Fukuoka ini sahaja dulu. Mungkin minggu depan baru datang kot mood nak update cerita raya. 


Alah, kalau tapai pulut tu kan lagi lama peram lagi sedap..cerita raya pun gitu lah kot. Lagi lama di peram, lagi menarik kot ihikhik eheh.


Hari ini nak bercerita tentang venue Pasar Ramadhan (PaRam) kami sepanjang bulan puasa. Apa ingat kat Fukuoka tak ada PaRam ke? Ada, OK!.jelir


(1) PaRam 1 : Mr Kebab

Started the business with Mr Kebab Mobil, now they have expanded their business by opening a restaurant at Kashihama Aeon 2nd floor food court. They sell superb taste of kebab at a very reasonable price.


+- depan "param" Mr Kebab -+


The thing is kedai agak jauh dari rumah kitorang, almost 50mins by car so we get to go to this "param" on Saturdays only. Order untuk di tapau, then duduk menunggu kat meja. Sangat canggih alat untuk bagitahu order dah siap, ala-la pager di zaman pertengahan 90-an dulu, bila order dah siap..akan bunyi lah "beep" dengan nyaringnya. Sila jangan buat-buat pekak,ihikhik cepat-cepat bangun ke kaunter itu untuk ambil makanan yang telah di pesan ye.

 +- alat canggih yang berbunyi nyaring bila order siap di masak -+

(2) PaRam 2: Kappa Sushi

First time kami makan sushi kat Kappa Sushi Restaurant ialah masa jalan-jalan kat Yokohama dulu, di belanja oleh Murni & Joe.  What makes Kappa Sushi Restaurant difference with another sushi restaurant is that, the sushi that we ordered for dine-in will be sent to the table by using the shinkansen (bullet train). Tapi memandangkan kami order untuk tapau, so tunggu kat kerusi tepi kaunter je lah.

+- wajah riang gembira dapat makan sushi untuk juadah berbuka -+


Masa minggu ke-3 Ramadhan hari itu, ternampak restoran Kappa Sushi yang baru di buka dekat-dekat dengan area kedai toys favorite SN. So, menyinggahlah kami dengan pantasnya untuk beli juadah berbuka. Maka berbuka lah kami dengan sushi pada hari itu, yummyyyyyyyyyyyyyyyyyy.



(3) PaRam 3: Ichiban Udon

Udon is my favourite Japanese food, period!. wink

Udon is a type of thick wheat-flour noodle and served hot as noodle soup in a mildly flavored. It is usually topped with thinly chopped scallions. The common toppings that we ordered is ebi (prawn tempura). Shichimi (seven flavor chili pepper) can be added for better and spicy taste.

http://i122.photobucket.com/albums/o262/dasar_chomeyl/DSCN4465.jpg 
+- enjoying my ebi udon with thinly chopped scallions in the front bowl -+


http://i122.photobucket.com/albums/o262/dasar_chomeyl/DSCN4876.jpg
+- gambar lama, masa ni tengah preggy kan SN..pipi chubby macam ikan buntal, hidung kembang muat masuk bola golf 
mrgreen -+


Itu lah antara kedai tumpuan kami di sini untuk mengubat kerinduan kepada Pasar Ramadhan di Malaysia. Walaupun juadah yang di jual tak sama, tapi OK la buat mengenyangkan perut di kala hari yang malas nak memasak.


Lagipun, kalau tiap-tiap tahun beli juadah yang sama macam ayam golek, murtabak daging, popia basah, nasi kerabu, lompat tikam, onde-onde, puding gula hangus, roti john je buat berbuka pun bosan jugak (*apasal banyak gila contoh, nampak sangat teringat kat makanan2 ni*) jelir . 


Alang-alang dah duduk kat jepun, baiklah kitorang berbuka dengan makanan Jepun kan?. Nanti dah balik Malaysia, mahal pulak nak makan makanan Jepun, ye dak?. *ayat pujuk diri sendiri*.


Psssssttt: bagus juga tak ada pasar ramadhan kat sini, tak ada lah I nak membazir sangat beli banyak-banyak pastu terdampar macam dugong kekenyangan masa waktu berbuka.

~ Thanks for reading this (^-*) ~ 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...